mereka yang tegar

Monday, November 23, 2009

Ain, aku geli nak pinjam buku Bio hang! – Amal

Entri sebelum ni saya ada sebut pasal buku rujukan Biologi. Hehe, buku kesayangan zaman sekolah. Seingat saya, saya masih simpan buku warna hijau terbitan Fajar Bakti (sekarang Oxford Fajar) di rumah. Err, tapi saya tak ingatlah simpan di mana. haha

 

Buku Biologi tu antara buku paling lusuh dan lunyai dikerjakan saya. Puas hati bila buku tu nampak lusuh, tanda saya selalu belek dan tidak mengabaikan buku itu.

 

Tapi, buku itu ada ‘sesuatu’ yang sering menjadi kutukan kawan-kawan yang selalu belajar bersama saya.

Ini.........

Haha. Amal, Faiezah, Che’ Pah dan Sherry selalu cakap geli nak pinjam buku saya. Depa merungut banyak sangat contengan ala-ala berudu dan telur mata tu di buku saya. Hampir setiap mukasurat! Dan setiap mukasurat tu ada banyak ‘berudu’  dan satu telur mata.

 

Saya akan lukis ‘telur mata’ dengan saiz yang besar. Kemudian kepala ‘berudu’ tu kecil sedikit dari saiz ‘telur mata’, dan ekornya panjang berlingkar-lingkar. Ada juga ‘berudu’ yang berlaga sesama sendiri dan ‘berudu’ yang hilang arah dalam menuju ke arah ‘telur mata’

 

Suka hati lah!

Entah kegemaran atau tabiat, tatkala Cikgu Zaharah mengajar, sambil dengar saya akan melukis banyak-banyak ‘berudu’ tu di buku. Juga semasa ulangkaji atau study group dengan kawan-kawan, saya akan tambah koleksi ‘berudu’ tu di buku saya.

 

Hehehe. Motif sangat suka lukis berudu tu, kan kan kan??

 

Telur mata = ovum (gamet perempuan)

Berudu = sperma (gamet lelaki)

11 komen tak puas hati:

Lun said...

da 4thn tggalkan bio~ kenangan ^_^
("berudu" kat buku tu simpan lama2 nnt jg "katak")

ninim said...

adik2

patut la cepat masuk


erm..sayang kamu wahai adikku


jaga diri tau

sI tEDI said...

he he he.. gambar berudu pun aku x lulus nak lukis lg

Syahidah Mahassan said...

hehe, dah lima tahun saya meninggalkan dunia biologi, biarlah kan nak lukis apa pun kan, haha, oh ya Ain, saya add Facebook kamu ya, supaya saya tak hilang jejak kamu,

jAuh hAti said...

haha
mmg geli buku bio hg
byk gla lukis sperm
xdak keja tol
buku lunyaii
hg kan suka sgt study bio dlu
p blakg clas duk pulun wat bio bio bio
mmg patot jd ckg bio
=b

Anakkhas said...

assalammualaikom

berudu macam sperma.
telur mata macam ovum.
proses pembentukan janin....

hai anak murid moden....
kalau nak rotan pun cikgu kena sedia 35 juta.... mana tahu kena saman malu... ganti rugi tauladan... tekanan perasaan....

hu.hu salam ziarah dik comel....

ain fathihah said...

Lun, saya taktahu berudu tu dah jd putera katak ke belum. ataupun masih berenang-renang dlm buku saya tu lagi. hihi.

Kak Aini, tq sayang kak jugak. Bakal adik ipaq k.Nad. kiki lala.

si tedi, kamu reti snap gambar kucing2 kamu yg comel saja ke...geram2 nk jentik telinga depa..haha

ain fathihah said...

Syahidah, ya saya dh approve kamu. keep in touch ya!

Amal, kalau nak tau kalau aku p duk belakang kelas buat keja sorg2 dulu tu, maknanya aku duk majuk @ terkecit hati dgn hang. hahaha.

ain fathihah said...

anakkhas, perlambangan2 mcm tu buat pembelajaran lagi menarik. hehe. ya, byk cabaran guru zaman sekarang. seram sejuk saya bila pensyarah cerita itu ini psl karenah anak2 murid, ibu bapa dan masyarakat masakini. huhu

Budak_Anti_Skema'93 said...

hoho..akak2.. Best laks study cam tue ea. Actually susah gaks Bio nie, but senang laks akak wat 'sesuatu' yg klakar.. Hu3x..
Memang senang nak faham laks chapter 'berudu' ea.. Kengkawan sye kat kelas pon cepat 'hafal' chapter tue.. Huhu..

Berudu2..

aimi amalina said...

HAHA . Boleh tahan ar cikgu . Patut jadi Cikgu Bio . HEHE