mereka yang tegar

Saturday, November 21, 2009

i'm not single but still available.. shuhhhh!

Ada suara-suara sumbang yang pernah bertanya,

“ain, kenapa kau tak cakap kau ada pakwe ke tak dalam blog?”

 

“ain, ko sorokkan pakwe ko sebab taknak orang tahu ko kapel ke?”

 

“teruknya mu ain bila mu buat-buat macam takda bf. Nak cari bf baru lah tu!”

 

Adess...helloo encik-encik dan tuan-puan pembaca blog yang disayangi dan dihormati sekalian. Ini blog peribadi Ain Fathihah. Cerita saya. Kisah saya. Sesekali boleh lah saya selitkan mengenai pakcik Fadzil. Sekali-sekala!

 

Tak sanggup saya nak masukkan semua kisah mengenai kami. Takkan lah tiap-tiap entri saya perlu masukkan ayat cintan cintun begini,

 

‘saya sayang dia ketat-ketat’

‘cinta sampai mati’

‘ i’m yours, you’re mine’

‘jangan siapa-siapa berani kacau jejaka ini sebab dia hak milik saya sepenuhnya’

(haha, ayat ditiru dari seorang blogger gadis. Takleh bagitau siapa)

 

Perlu ke?

 

Saya sendiri tak gemar membaca blog gadis-gadis yang menulis segalanya berkisar tentang bf, buayafren masing-masing. Bluekk, nak baca pun kadang-kadang geli-geli gitu. Inikan pula saya nak menulis sedemikian. Tapi tunggu lah bila saya dah nikah+kahwin nanti, insyaAllah akan selalu ada cerita pasal suami saya. Haha bajet macam dah nak kawen esok lusa kan?

 

Bosan lah nak baca blog yang asyik-asyik nak tulis ‘bf ku tersayang cuma SMS sembilan puluh sembilan kali hari ini dan sebab tak cukup seratus mesej sehari, adakah dia sudah tak sayang padaku?’

 

 Asyik-asyik nak tulis ‘hari ini cinta kami berumur genap tiga minggu’, kemudian esoknya tulis pula ‘hari ini cinta kami berumur tiga minggu satu hari’. Dan bila berselisih dengan bf perlu ke tulis dalam blog dan bagitau satu dunia (itupun kalau ada orang baca blog kamu),

 

‘aku gado dengan my sayang, aku nanges teresak-esak sampai tertidur. Arghhh, kenapa dunia tak adil pada aku’

 

Heyy, saya memang cukup bosan kalau termasuk dengan sengaja ataupun tak sengaja dalam blog-blog macam ni. Tapi, perlu diingatkan, blog ini sifatnya peribadi, maka suka hati dia lah nak tulis apa dalam blog dia asalkan jangan paksa saya jadi followernya! Haha.

 

Bukannya saya tak suka baca kisah cinta. Sukaaa sangat! Blog cinta yang kisahnya paling saya suka baca, blog Warna Nostalgia (blogger Encik Diman). Perghh, memang mengancam jiwa.

 

Lagi satu sebab minor kenapa saya tidak menulis sangat pasal bf, sebab blog ini, ini, ini, ini, ini, ini, dan ini! Haha nasiblah kan saya ada keluarga blogger, maka tidak boleh terlalu over menulis pasal bf sebab Baba Mama saya akan sentiasa memantau blog saya dan mengikuti perkembangan kehidupan saya.

& malu lah adik-adik baca kakak depa tengah angau tak hengat dunia!

19 komen tak puas hati:

F.Aminurrashidd said...

sangat motipp.. hahahaha~ well belog aku kategori maner agaknyer? heh

sI tEDI said...

aku setujulah..

x perlu setiap hari nak update pasal bf.gf..
ha ha ha ha

pastu posing macam dah nikah!!

CikGu_MaN said...

hahaha... no komen

Luth Textile said...

ayyooo... wek.. sayang ketat2,, pigi daa,,, nt sapa bloggers yg tulis macam tu bgtau,, kita nak perli dia,, wakakakak..


gud gud ain ..

MuhD NoR AzyM said...

Haha. Betul2. Ak pun jarang2 ceirta pasal Si Dia..haha :p

ABD MALEK SELAMAT said...

Sebagai orang tua (hehe).. ingin berepesan...
Sayangilah seseorang itu berpada-pada, dan kalu membenci seseorang juga berpada-pada... Sebab, belum tentu yang kita sayangi itu menjadi milik kita dan yang kita benci itu menghindar jauh dari kita... Mungkin sebaliknya akan berlaku....

ain fathihah said...

Fawez,
blog kau serupa blog aku (mungkin?)..pasal diri sendiri ja..

sI Tedi, betul3.. lebih sudu dr kuah, bosan huh

Cikgu Man, komen jangan tak komen

ain fathihah said...

Luth, suka noh bab2 perli orang ni.

Azym, sesekali je selitkan. kisah cinta simpan utk diri sniri sajaaa...

ain fathihah said...

terima kasih Cikgu Malek.
tua ke? haha, mana ada. anggap je muda

alang said...

haha. Agreed with u. :D

Kuwe said...

nk tau kenapa anda bosan ttg blog sebegitu?


p/s:sbb diorang punya balak.bkn ko punya balak ponnn.kan.

Fathi Baik said...

haha..
lawak gila :)

mier@merr said...

stujuk2........
me pon x suke sgt nk cite2 lap u lap me tuh...
si dia pon xsuke... kisah kte..biar kite je smpan katanya...

sekali skala maw kongsi rs hepi tu xpela...hehe

a kl citizen said...

assalammualaikum ain

alhamdulillah...ain tak gitu
saya pun ponin baca bab cinta minta ni...cukuplah tengok Nur Kasih...

tapi betul macam ain cakap, blog diorang lantaklah nak tulis apa...kan

banyak benda penting yang lain yang patut dikongsi

ain fathihah said...

Alang, kan kan kan? hehe

Kuwe, ya depa punya blog maka suka hati lah nak tulis psl balak depa...cemuih che' naa...

Fathi, apa yang lawak huh?

ain fathihah said...

Mira aka Blogger Cacing,
yup ceritera peribadi akan jd tak mengancam dah bl sll sgt cerita kt umum...tp cerita cacing awak memang buat saya gelak golek2..hehe

ain fathihah said...

Cikgu KL, terharu lah cikgu sll baca blog saya yg merapu meraban ni.. haha..

rasa lain bila orang yg dah senior baca blog saya berbanding kawan-kawan yg sama level

Anakkhas said...

assalammualaikom..

saya setuju...
lagu ramli sarib ada sebut..

jikalu merindu pada purnama..
kenalah tunggu tika dan waktunya..
jika kau rindu pada diriku..
ketuklah pintu hati ku sedang menunggu...

jikalau berkasih biar berpada...
.............ringkaskan......
jangan dipuji si buah hati
kelak nanti kau yang malu sendiri......

fikir lah sendiri...

tapi isteri anakkhas lah yang paling manis dan penenang hati...
he.he.he semoga tak malu sendiri...

Luth Textile said...

suka woo bab perli2 lagi.. nantikan sambungan citer tuu.. haha