mereka yang tegar

Friday, November 06, 2009

tahniah Fika


Tahniah Pika @ Kak Pek.

Syafiqa Amirol Melvin atau panggilan mesranya, Fiqa berjaya mengenepikan empat finalis lain - Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) - untuk merangkul gelaran Gadis Melayu 2009.

.

.

hehe Fika ni dulu jiran bilik sebelah masa kat KMPP dulu. Saya bilik B4.3.5, Pika bilik B4.3.7.. mula-mula masuk matrik dulu, bila selisih dengan Fika bila nak ke kelas @ bilik air, terus terdetik, "mak aiii, cunnya dia ni."

.

Teringat balik masa kami budak2 blok B4 paksa Fika masuk pertandingan Busana Muslimah, House of Jubah antara blok-blok perempuan di matrik Penang. dah dalam blok kami tu Fika ja yang paling menawan cun tinggi lampai, maka semua tolak dia untuk jadi wakil blok B4..

.

dia jahit sendiri manik-manik kat jubah dia, bagi lawa. lepas tu ramai-ramai duk tolong dia testing-testing selendang malam sebelum hari pertandingan.

.

Yang lawaknya, Fika ni bercermin mata. masa duk buat 'fashion show' atas pentas, Fika tak pakai spec. Mata dia memang tak nampak. Jalan pun menonong laju ja atas pentas. Pi kiri, pi kanan, pusing2 tengah pentas, dengan kadar laju dari biasa. hehe.

.

Yang saya ingat, malam sebelum paper final Biologi semester dua, saya semalaman di bilik Fika, paksa Fika ajarkan saya and Aishah bilik hujung pasal genetic biotechnology. ada pulak soalan yang Fika ajar tu. hehe. tq tq

.

Sekarang dah jadi Juara Gadis Melayu 2009 kamu ya Pika.. Tahniah..tahniah..

Jangan lupa sambung study balik tau.. UKM menunggu.

ini cilok gambar fika masa di matrik, dari Siti Aishah, classmates saya di UPSI. dia dan Husna (roommate masa matrik) sekelas dengan fika masa di matrik dulu. KMPP (bold sikit).

.

saja letak gambar-gambar Fika. dia ni dah memang cun. natural. tak mekap pun cun.

12 komen tak puas hati:

F.Aminurrashidd said...

cantik dan berbudi.. itu penting.. yang lagi penting study.. hahaha~~ betul2x.. sambung belajo dulu yerr Miss Pika.. anyway, congratz.. tak sangka Hang na Ain, hang ader kawan celebs skrg. hehehe

MuhD NoR AzyM said...

Owh..kwn hang eh? Hihihihihihihi... :p

Insan Marhaen said...

Ain tak ikut nangis ke tengok Fika kena dera dengan 'abang' dia? Pada saya lakunan 'abang' dia banyak membantu kebersanan lakunan Fika.

ain fathihah said...

haa fawiz n azym.. nak kata kawan rapat sgt tu tak lah. selalu lepak2 sekali dgn fika n member lain pun sebab bilik sama aras kat blok tu. ada member aku yang sekelas dgn fika, lagi rapat dgn dia..

ain fathihah said...

insan marhaen, saya tak penah ikut pun Gadis Melayu. musim 1 tak tengok, musim 2 lagi la tak tengok.

vote si Fika ni pun tak pernah.

cuma sesekali tgk di Youtube episod2 GM sbb nak tahu perkembangan Fika ni.

bila dah tau kata dia menang (tu pun lewat sehari), memang tumpang seronok je lah. hehe.

she deserve it!

sI tEDI said...

tahiniah untuk kawan kamu!

athirah hanafiah said...

adakah aku perlu berbangga sebab dia adalah coursemate aku? ngeee~

ninim said...

hahaha..tak boleh blah nasihat future study tu...adik2

una dien said...

huhu
mmg fika layak mng pn
nk taw ain::
betapa smngt nye una ng hasni
siap g dbp mse die final
nasib baik die mng
klu x buat penat je
hiho

ain fathihah said...

hehe rajin betul una dgn hasni..

best2, p support fika.
sapa lagi geng2 aras 3 b4 yg pi jugak?

jAuh hAti said...

pergh..2la smlm la kan..xsgka..fika 2 antara gds cun ms kuliah mtrx dlu..aritu tertengok skali gds mlyu,muka mcm fika..skali diala..ho3
mmg layak pon..dia cantik dan tak sumbung..

ismiaisha said...

wooo...
cilok aku nye gambar yerr...
m'glamerkan muka aku dlm blog ang lakk..
hehe~
:D

fieqa mmg lyak dpat itu..
dia mmg sgt baik n xsombong..
:)