mereka yang tegar

Thursday, May 05, 2011

gaya

Makcik 1 : Sekolah tingkatan berapa ceq?
saya : tingkatan 3. (muka yakin)
Makcik 1 : Lah, keciknya. Tingkatan 3 dah. Ingatkan darjah enam.
saya : (senyum-senyum)

Makcik 2 : Kerja kat mana ni, dik?
saya : mengajar di Sungai Petani.
Makcik 2 : oh, cikgu rupanya.

Kakak 3 : Adik darjah berapa ni?
saya : ar..darjah enam. (sengih)
Kakak 3 : uihh, UPSR la tahun ni noh.
saya : ya, nak peksa.

Pakcik 4 : Assalamualaikum, cikgu, Mau kuih apa?
saya : nak campur-campur boleh noh?
Pakcik 4 : boleh, boleh. pilih mana mau.
saya : karipap satu, donut satu, lepat pisang satu. eh, kenapa panggil saya cikgu?
Pakcik 4 : gaya serupa cikgu.

nota tumit : semua dialog di atas berlaku dalam masa satu hari. hari ini. senyum. dan, rasa nak tergelak. hehe

4 komen tak puas hati:

mizz_aainaa said...

erkk.. speechless ak..

GamUHU said...

jangan simpan gelak tu. gelak jerk bagi puas. :)

MuhD NoR AzyM said...

Uish..biaq betui hg ni mcm budak darjah 6 ain? Haha. ;D

Hagakure Kira said...

budak2 d mata yg melihat..tp dh dewasa d hati abg..pandai berkata-kata selayaknya sbg sorg yg dh matang bfikir..kagum ;)