mereka yang tegar

Wednesday, May 25, 2011

Ain Fathihah di Sg.Petani

salam sayang. saya makin jarang online. empat lima hari sekali baru saya terasa nak tengok laptop. kasihan blog ni kurang kasih sayang. apa cerita terbaru saya ya?

1. saya dapat 12 waktu mengajar seminggu. tiga kelas Biologi tingkatan empat. setakat ni, mereka okay. P&P belum bermula sebab bila saya masuk sekolah, dah musim peperiksaan pertengahan tahun. habis exam, dah cuti pula. hehe.

2. saya baru terhegeh-hegeh nak ambil lesen. lesen motor okay. lesen kereta nanti dulu la jawabnyaa...huu. segan juga la duk baca buku JPJ tu dalam bilik guru masa takda kelas. hehe. sabtu lepas dah hadir kursus KPP enam jam. insyaAllah esok test komputer dan sabtu ni hadir ceramah teori motor pula.

sampai tertidur-tidur 'study' buku JPJ tu dalam bilik guru. tak pasal-pasal kena kejut dengan Guru Kanan Matapelajaran. Malu i. rasa nak sorok muka dalam handbag.

3. Saya serumah dengan Dida, Mira dan Ruby. setakat ni seronok di rumah sewa serba seadanya ini, walaupun hari-hari saya bergaduh dengan Ruby. hal cawan pun nak bertekak. saja masing-masing suka menyakat. Setakat ni, rumah sewa saya boleh dikatakan cukup keperluan asas.

ada peti ais (dida bawa), dapur (dida juga bawa), TV (mira bawa). nasib baik mesin basuh takda. hehe. peti ais hampir penuh sebab kami berempat rajin mengalirkan duit membeli stok makanan. muahaha. setakat dua minggu ni dah masak

nasi ayam (jenuh google nak tau cara-caranya)
tomyam (serai dan daun limau purut petik depan rumah)
sambal udang (edited : ruby bising kenapa saya tak kredit nama dia. okay, SAMBAL UDANG ROBIAH. sedap. mak bf ruby, dah boleh masuk meminang sekarang)
telur masak sos (muahaha yang ni tak perlu bagitau pun)
ikan jaket masak kicap. (sebenarnya hari tu saya nak beli ikan tongkol nak buat masak singgang tapi kes tak kenal ikan, masa beli pula berlagak pandai.)
agar-agar koktel
trifle (tak berapa jadi. ruby cakap tak best trifle saya. takpa, nanti cuba lagi)

4. sakit badan tidur atas tilam toto. ada sapa-sapa nak derma tilam pada saya tak? hehe

6 komen tak puas hati:

MaMa MoDeN said...

salam
wah!! rumah sewa tata lagi nampak macam best dari umah mama dok, macam2 ada... masak2 pun macam2...

p/s: kalau ada masa & knderaan, mailah ambik tilam bujang kat umah ni.. bukan pakai pun...nanti adik2 balik guna toto...

azah_rohaizah said...

ada katil dan tilam dan bilik kosong di Nilai...( empunya nya dah berhijrah jadi orang KL..

Tata sudi kaa??

HEROICzero said...

hehe duk ngn kawan2, meriah.

gud luck JPJ nanti ! =)

jAuh hAti said...

lesen motor? cantik,.nanti leh bwk aku merempiit yeeha

bintang27 said...

p la ambik kat umah nu... dkat ja sg petani dgn sg pasir

Hagakure Kira said...

haa..rajin2 la kemas kwsn rumah bila ada masa hujung mggu ye ;)