Wednesday, March 10, 2010

Eh, ketiak aku tengik tak?

Jumaat lepas, saya agak lewat ke kelas Chemistry Laboratory Management Techniquies. Pukul 8.05 pagi baru terhegeh-hegeh naik bas. Tak perlu berebut, sebab tempat menunggu bas dah agak lengang. Tercabar skil berebut saya, sebab hari berkenaan tak payah berebut bas. Haha.

 

Dengan bangganya, saya duduk seat belakang encik drebar bas. Mula bas bergerak, dari jauh nampak seorang gadis yang agak chubby berlari-lari anak mengejar bas tu. Mujur dia dapat naik.

 

Lepas naik ja, gadis berkenaan terus duduk di sebelah saya. Kebetulan kerusi sebelah saya kosong.

 

Tapi, elok ja dia duduk sebelah saya, serta-merta deria bau-bauan (bahasa sainsnya, Oldfactory) saya menangkap suatu bau.

 

Semerbak, tapi bukan harum. Menyengat, tapi bukan bisa sengatan lipan yang kena kat Shakir masa fieldtrip Gunung Lang. Agak hangit, tapi bukan bau ikan bilis hangit.

 

Walaupun hidung saya kembang-kempis menikmati aroma itu, sempat juga saya menghidu barang dua tiga nafas sambil berfikir-fikir apakah baunya…..


hish hish hish!

 

Teringat kuliah Sensory System…Deria bau-bauan memang sangat berkaitan dengan memori.

 

YA! Itulah dia. Bau ketiak tengik. Huhu. Tak tahu nak takrifkan macam mana baunya. Memang sangat menyesakkan hidung. Tangan saya pantas menyelinap masuk dalam beg, mencari duit kertas. Huhu

 

Maka sepanjang perjalanan ke kampus itu, saya menekup duit kertas RM1 (ini je yang termampu) kat hidung. Lantaknya gadis sebelah ni nak terasa ke tak, yang penting memang saya sesak nafas. Lebih baik ambil bau duit RM1 dari bau ketiak dia.

 

Masa tu, terfikir-fikir jugak, gadis ni tak mandi pagi kah?

11 komen tak puas hati:

amirah said...

ketiak aku xtengik kot sbb hg xpenah tutup hdg hg dgn dwet depan aku..

KAZA said...

Napa Ain tak 'hadiahkan' dia deodorant utk ketiak?? Huhuhu, bagi kat dia dan ckp kat 'ni untuk persekitaran yang nyaman'.. Huhuhu

Anonymous said...

wahai penulis dan jugak pembaca, jom la kita cuba hidu bau bdn masing2..mn tau tnpa disedari, bdn kita jgk ad bau n kwn2 sblh x t'gamak nk bagitau..

tnya la org yg paling dekat dan kalau boleh org tu kna celupar sikit,bru kita tau thp bau badan kita..

Anonymous said...

smua org ada bau bdn kot..tp thp bau je lain2..

buat blogger n p'baca setia, jom cek bau bdn masing2..tnya org yg paling rapat dan kalau blh, org tu kna celupar sikit.kwn2 sekeliling pon kdg2 segan nk bagitau yg kwn dia ni ada bau badan..

..odour oh no..

Amir Batrisya~ said...

memang i xselesa!!
huhu~

ain fathihah fhm said...

haha, mira. aku tak penah bau apa2 yg tengik dr hang. eh kalau terbau kt aku, bagitau noh. kawan yg baik akan bagitau bila ada cabai di gigi, dan juga bila badan & mulut berbau.

Kaza, ain pn tak pakai deodorant, mcm mana nak bagi kat dia tu. haha, eh sbnrnya kan...tak elok la pakai deodorant...menyekat liang peluh, tak elok.

ain fathihah fhm said...

oh cik anon, cadangan yg sgt baik. jadi, marilah beramai-ramai bau ketiak kawan.

ain fathihah fhm said...

amir, memang lah..semua org pun tak selesa. rasa terseksa hidung.

KAZA said...

Eee, tak mau la hidu ketiak kawan... Huhuhu

Anonymous said...

dia x cukur bulu ketiak tuh. tu tengik. haha

Unknown said...

he..he..no komen...