Friday, March 26, 2010

senapang, ayam dan 'terrorist'

Salam’alaik.  Tengah duduk saja-saja ni teringat zaman anak-anak dulu. Zaman pakai anak tudung sampai kening, dan tudung sekolah terkebelakang sampai setengah dari kepala. Comel tapi comot. Comot tapi comel. Ah, masa tu takda siapa pula ajar saya pakai tudung elok-elok. Ikut suka saja.

 

Walaupun saya comel dan comot, saya tetap ikut main permainan budak-budak kampung. Mungkin tak selasak anak-anak kampung yang lain, tapi masih larat berlari main aci-lut-duduk dari hujung ke hujung kampung. Dari Tanah Perkuburan Islam Telok Bahang, ke belakang Masjid Jamek Telok Bahang. Kampung Mukim Masjid Telok Bahang.

 

Dulu kecil-kecil tak takut langsung melintas kawasan perkuburan pada waktu Magrib. Alasan masuk ke kawasan kubur, sebab nak ambil jalan pintas dari jalan besar ke rumah. Dekat. Berbanding nak pusing taman perumahan, malas nak kayuh basikal jauh-jauh.

 

Ada satu permainan yang saya masih ingat (sebab ada kes) sampai hari ini adalah main senapang kayu. Ala, mesti ramai yang tahu kan. Buat senapang kayu dari papan. Biasanya papan yang orang guna buat rumah tu.

 

Bila dah dapat papan yang sesuai, bentuk senapang (atau pistol) dilukis pada papan itu. Kemudiannya ditarah dengan golok. Bahagian atas pinggir papan yang telah sedia licin diketam tidak ditarah. Ia dijadikan bahagian atas barrel senapang.

 

Tapi janganlah suruh saya buat senapang ni. Memang saya tak tahu. Senapang saya dulu, adik lelaki saya yang buatkan. Adik lelaki yang beza setahun dengan saya. Sangat protektif! Kawan bermain dia, kawan bergaduh pun dia. Main senapang kayu dengan dia, main kawen-kawen pun dengan dia jugak.

(* Angah, rindunya kat kamu)

 

Jadi, bila dah siap senapang kayu ni, pelurunya guna terung pipit @ buah apa entah rupa macam terung pipit. Kutip di belakang pasar Telok Bahang, dekat ja dengan rumah. Sasaran tembakan? Tembak lah sesama sendiri. Tapi saya lagi suka sasarkan pada ayam, kucing dan itik sekitar rumah. Senang kena!

 

Adalah satu petang tu, saya dan Adeebah keluar bermain di halaman rumah. Seingat saya, masa tu saya 9 tahun dan Adeebah 3 tahun. Yang pasti, saya masih comot dan Adeebah baru nak belajar bercakap. Saya tak ingat mana adik-beradik yang lain, dan kenapa cuma saya berdua dengan Adeebah.

 

Dengan peluru terung pipit penuh dalam poket seluar, saya acu-acukan senapang kayu saya pada kucing, ayam dan angsa jiran. Jiran saya dah tua mungkin dia takkan jumpa blog saya. Seronok lah masa tu membuli ayam yang terkepak-kepak lari bila kena peluru saya.

 

Masa tu rasa nak kejar ja binatang-binatang tu semua. Geram. Nak tembak. Tapi tak boleh nak main jauh-jauh sebab Adeebah ada bermain basikal roda tiga di halaman rumah. Kena teman dia. Adeebah pun tak la ke mana sangat. Gohed gostan saja. Isk sibuk ja ikut Tata main

 

Dalam pada seronok mengacu-acu senapang berpeluru terung pipit ke sekeliling rumah, entah macam mana saya tertekan ‘picu’ senapang tu. Senapang tu sedang menghala pada Adeebah. Fuh! Mantap! Peluru tu dengan laju dan tepat mengena kat muka Adeebah. Dahi kot.

 

Waaaa! Waaa!!

 

Apalagi, meraung lah adik saya tu. Kena peluru macam tu, sakit agaknya. Sakit tak Kak Teh? Haha mesti kamu tak ingat kan. Adeebah menangis sekuat-kuatnya.

 

Aduss!

 

Masa tu saya dah terketar-ketar takut. Habis lah nanti kena marah dengan Mama sebab buat adik menangis. Berpeluh-peluh saya masa tu. Rasa nak terberak dalam seluar pun ada. Takutkan Mama. Hellooo, Mama saya masa saya kecik (masa dia muda), garang tau! Singa bunting pun takut kat Mama saya.

 

Lepas saya tak berjaya memujuk Adeebah yang melalak-lalak menangis, saya pun dukung lah dia masuk rumah. Senapang tadi saya sorokkan simpan di rak kasut di depan pintu rumah. Dalam masa tu sempat lagi cubit paha Adeebah sebab tak berhenti menangis. Isk, payah betul dah pujuk-pujuk pun takmau diam.

 

Bila dah masuk rumah, Mama pun tanya kenapa adik menangis.

Dan saya dengan muka control macho dan comel + selamba menjawab,

 

“tak tahu lah tiba-tiba ja dia nangis, jatuh kot”

(ni jawapan standard bila buli adik sampai menangis)

 

Mama saya tanya tiga kali dan saya masih bagi jawapan yang sama. Tak tahu, Ma.

Kemudian mama saya beralih tanya pada Adeebah. Yang baru nak reti bercakap.

 

“Alala, kenapa ni, sayang?”

 

Adeebah masih menangis. Dan dia cuba juga menjawab.

 

“bakk…” sambil tersedu-sedu.

 

Banyak kali lah Adeebah mengulang sebut perkataan ‘bak’ tu. Mama tak faham! Haha. Lega. Saya tahu apa yang nak dikatakan Adeebah.

Bak = Tembak

 

Atau lebih tepat lagi, dia nak mengadu,

‘Tata tembak!’

 

Tapi disebabkan Mama tak dapat nak tangkap apa yang nak diadukan Adeebah, hati saya dah berbunga riang. LEGA BEB! Hihi, nasib baik adik saya tak reti cakap lagi masa tu. Selamat……!

 

Saya pun ambil tuala nak pergi mandi. Entah macam mana, Adeebah yang masa tu cuma tahu sebut 1 patah perkataan, tiba-tiba dia mampu sebut 3 patah perkataan.

 

“Ta…em…bakk!”

Sambil jari kecil Adeebah buat bentul pistol.

 

Terus mama saya menjerit bertanya pada Adeebah,

“apa dia? Tata tembak?

 

Dan budak kecil itu mengangguk.

 

Cisss!

‘Alamak, habis lah aku’ Saya pun cepat-cepat masuk dalam bilik air. Mandi.

 

“TATAAAA!!!!”

 

Tamat.

(pengakhiran cerita tidak dapat saya catatkan di sini disebabkan terlalu ngeri untuk dinyatakan secara lisan mahupun tulisan)

10 komen tak puas hati:

adeebahfarzana said...

salam ta . amboi.. dan lagi na cubit paha k.teh .
HAHA, suka sngt cubit2 ni . dah tu xmau mengaku pulak eh ?
hua3, maa, ta em bak !!! huhu . cerita ja la the end of this story !
sure gempak punya . kih3 ;))
still ingt yea crita lama . nsib baik k.teh kecik lagi wktu tu .hadoii .

ain fathihah fhm said...

haha. padan muka. tata memang sll cubit kamu dulu.

adeebahfarzana said...

xpa la ta, slalu kna cubit pun .
kamu dh selamatkan k.teh dari kena buaian kat tman pmainan dulu, krna nak slamatkan k.teh kamu y cedera,
DARAH-DARAH, TATA CEDERA PARAH !!
buat la entri pasal buaian tu pulakk .. kih3,

Hafiz Yusof said...

i suka main guli,gasing..batu seremban..baling kasut

nadianarzaray said...

hahahahha ain2..mmG dr dlu kamu ni nakal yea???hehehhe

faINa989 said...

sy x main camni...maka..sy normal..haha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

teringat aku masa kecik dulu

chec said...

ahaha..nakal yek tata ni..kena cubit ni..=)

Lia3003 said...

ha3..lawak2, kelakar lah..budak kecik kena buli..cian adik...x kering gusi gelak baca ni

ain fathihah fhm said...

TQ yg sudi membaca.
hehe
nakal baru best