mereka yang tegar

Thursday, March 18, 2010

Dr.Kartini, dapur rumah saya terbakar!

Api. Kecil-kecil menjadi kawan. Bila besar menjadi lawan. Klise kan. Hehe dah macam karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan dah ni.

Malam semalam, sedang saya duduk-duduk bersembang di meja makan dengan Amira & Farah Aina sambil mulut mengudap makanan, Cik Fazreen dan Cik Lubna tengah tung-tang-tung-tang memasak di dapur. Nasi goreng. Hish hish hish, sudah naik bahu! (baca : bau).

Tengok syok makan, Lubna dengan muka tenangnya mai bagitau kami bertiga,

“wei, dapur terbakar. gi tengok jab”



Maka saya, Mira dan Aina bangun dari meja makan menuju ke dapur dengan muka hero.
Tengok dapur dua penunu tu, api penunu dah ditutup. Tapi api kecil masih menyala-nyala di bawah. Pelik. Kenapa api ni sambar meja dapur tu pulak.

Aina cakap, “hah, chem lab management, chem lab management! Cepat Ain dengan Mira, kena buat apa tu”

Saya membalas, masih dengan nada suara tenang “haa, Dr.Kartini cakap kena padam api dengan kain basah”

Lubna, “aku takut dapur tu meletup kalau siram dengan air lah”

(chem lab management tu merujuk pada subjek yang saya, Fazreen dan Mira ambil semester ni, Chemistry Laboratory Management Technique. Dalam subjek ni ada la belajar mengenai teknik pengurusan makmal, termasuklah apa tindakan yang perlu diambil kalau berlaku kebakaran di makmal)

Maka Fazreen yang tengah pegang kain buruk (kecik secoit) basahkan kain tu di sinki, kemudian dia tekupkan pada api di dapur masak tu. Api dah besar sikit dari tadi.

Tapi nampaknya kain buruk basah tu tak memberi kesan langsung pun. Makin marak adalah.

Rupanya bahagian yang sedang terbakar tu adalah kotak tebal yang digunakan untuk melapik dapur tu. Huhu. Jadi bila letak kain basah pun, tak jadi apa. Sebab punca api tu di bawah dapur.

Min, “nak kena pegi pinjam pemadam api dekat pak guard ke ni?”

Api makin besar. Asap dah makin memenuhi rumah. Perlu diingatkan berdekatan dapur ada tong gas.

Tapi masa tu, rasanya tiada seorang pun dari kami yang panik. (mungkin ada yang panik tapi buat-buat muka selamba). Sempat berbincang-bincang dulu apa yang perlu dibuat.

Akhirnya, bila api tu dah makin besar dan terasa hangat membahang di dapur, barulah saya menadah air dalam jag, Mira menadah air dalam periuk, dan kami simbahkan air ke dapur yang terbakar.

Itupun dengan sopan santun supaya barang-barang makanan mentah (bawang, cili bla3) dalam laci tu tidak rosak kena air.

Isk!
Dah dua tiga kali simbah, barulah api padam sepenuhnya.

Kami lap sikit-sikit dulu air yang melimpah di lantai dapur. Kemudian pergi sambung makan!
Lubna sempat merungut nasi gorengnya belum cukup masak. Basah lagi nasi ni, katanya.

Hehe. Kebetulan sejak dua hari lepas ada graduan-graduan UPSI yang sedang berkonvo datang tumpang tidur di rumah kami.

Dan masa kebakaran dapur tu pulak, ibu seorang daripada senior yang berkonvo tu ada di bilik berdekatan dapur. Cikgu pencen. Dari Kelantan.

Melihat kami terus sambung makan (macam takda apa-apa jadi), dan meninggalkan ruang dapur agak lecah (niat di hati nak bersihkan dapur lepas habis makan), makcik cikgu pencen tu pulak yang tolong mopkan lantai dapur. Huhu!

Jenuhlah kawan-kawan serumah saya meminta makcik tu jangan terus mengemop. “Biar ja, nanti kami buat.”
Tapi, tahu lah saya yang nakal ni, dengan nada berbisik, buat macam menjerit,

“makcik, kalau dah mop lantai tu, bersihkan dapur yang terbakar tu sekali ya!”




Cukup kuat untuk di dengar orang di meja makan, tapi rasanya makcik tu tak dengar. Hehe.
Dan Lubna terus marah saya, “isk ko ni ain! Teruk betul!”
Kemudian makcik tu datang melepak sembang-sembang dengan kami di meja makan,
Dengan topik menarik,

CARA MEMILIH SUAMI YANG BAIK.

15 komen tak puas hati:

f_aRa_aINa989 said...

hahaha....ain mmg...
tah pape tah malamtu...
kalau mak mertua dengar...
xtaulaaa.....

alif.nun.ya.nun said...

isk ko neh..lenkali nk masak siap2kan pemadam api kt tepi k.. =p

F.Aminurrashidd said...

adoiii ader jugak kejadian mcm nie? selamba siyees.. siap sambung makan lagi. hahaha

Insan Marhaen said...

dapur terbakar tak apa lagi. jangan hati terbakar...

ninim said...

sengal dak kecik ni
isk

amirah said...

rumah terbakar panggil bomba....
dapur terbakar pggl dr kartini...hoho

MaMa MoDeN said...

salam tata&rakan2..

ish..ish.. anak2 oii, bahaya tu.
lain kali hati2, jgn lapik kertas, paper atau kad2 & kotak2 ke bawah dapur memasak... bahaya.

cari tin aluminium tu lapik..

to IM:
terbakar hati?? dalam maknanya tu...

ain fathihah said...

faina, klu ibu mertua ku ada, tak cakap la mcm tu kot? tp tak tau lah kalau2 aku tetap nakai walaupun depan mak mertua. hehe

ain fathihah said...

DatinSri Anen, rumah aku ni takdak la pemadam api! bahaya ni, kalau dapat kat Dr.Kartini, cnfirm dia tolak 5markah!

ain fathihah said...

Fawez, kami mg gadis-gadis hot & selamba. terbakar, terbakar jugak. perut jgn lupa isi.

ain fathihah said...

Insan Marhaen, bak kata Karam Singh Walia,

'terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu?'

ain fathihah said...

Kak Eni, eh apa plak aku yg sengal. huhu. bukan aku yang bagi dapur terbakar pun

ain fathihah said...

Mira, kalau Dr.Kartini mai, nanti dia tolak markah report kita sbb buat report tp tak amalkan apa yg belajar dlm kelas. haha

ain fathihah said...

Mama, TQ. tak lapik pape dah. sbb kotak yg buat lapik tu dah berbakar habis.

Anakkhas said...

assalammualaikom...

dik apa tips yang makcik tu bagi cerita la sikit... boleh buat persediaan ....