mereka yang tegar

Wednesday, March 17, 2010

peluh berbau tak?

Rasanya ramai orang yang beranggapan, peluh yang menyebabkan bau badan? Iyakah? Betul ke peluh berbau?

 

Nak cuba try test tengok?

Nak cuba?

 

Jom!

Kalau tak percaya, cuba kamu berdiri di tempat yang panas dan tunggu badan anda berpeluh. Kemudian, bila dahi dan tangan kamu sudah mula berpeluh, cuba bau peluh kamu.

 

Busuk tak?

Ahaa, jangan nak tipu.

 

Tidak berbau bukan?

 

Tapi setelah beberapa lama baju kamu yang lembab disebabkan berpeluh terutamanya di bahagian pelipat badan (ketiak la tu), baru akan ada tanda-tanda bau busuk.

 

Ini bukti yang peluh itu sendiri tidak berbau.

 

Sebenarnya, bahan buangan bakteria yang menyebabkan bau busuk (tengik, hangit dan kadangkala bila dah extreme sangat, bau bangkai) tersebut.

 

Ok, sekarang mari kita fikir sejenak. Sambil tunjal-tunjalkan jari telunjuk di dahi dan buat muka kerut berfikir.

 

Bahagian badan manakah paling kuat berbau. Di ketiak bukan?

 

Kenapa? Kenapa ketiak. Kenapa bukan bahagian badan yang lain?

 

Pertama sekali, kamu perlu faham yang bau kurang senang itu disebabkan oleh bahan buangan bakteria. Bukannya peluh!

 

Bakteria suka tempat-tempat yang lembab dan panas. Ketiak kita merupakan bahagian badan yang selalu mengeluarkan peluh. Ketiak kita juga sebenarnya panas (disebabkan selalu terkepit oleh lengan).

 

Kalau tak percaya, cuba kamu kepit jari-jari anda dibawah ketiak. (tapi tolong lakukan bila tiada orang,nanti jatuh pula air muka! Ataupun takut kamu pitam bila bau ketiak sendiri).

Mesti jari jemari anda akan terasa lebih panas dari biasa. Oleh itu bakteria akan dengan cepat sekali berkumpul di bahagian ketiak.

 

Bakteria akan 'makan' (harap tiada pensyarah Bio saya yang baca. Salah istilah ni kot) peluh, sel-sel kulit yang mati, rerambut dan rambut yang mati.

 

Hasil pemakanan ini (seperti manusia juga) bakteria akan 'buang air'. Hasil pembuangan inilah yang menyebabkan bau busuk.

 

Proses ini juga dikenali sebagai 'bacterial fermentation'.

 

Jadi, kamu sudah faham sekarang bahawa bau busuk badan kamu disebabkan oleh bakteria, dan bukannya peluh.

 

Kalau tak faham juga, sila kesali. Ini kelemahan saya menerangkan dalam ayat paling mudah. Bukan disebabkan kebebalan kamu memahami.

2 komen tak puas hati:

KAZA said...

Ain.. Tahi bakteria tu bentuk mcmana ekk? Mcm tahi manusia ke? Huhuhu

Anonymous said...

yes betul. tapi ade sesetengah orang tu dah pakai deodorent pun still berpeluh+ busuk/tengik/hangit. macam mana solusinya? kadang2 kita kata orang tu tak mandi, tak pakai deodorent tapi hakikatnya dia try macam2 deodorent tapi still tak berkesan? kesian kan? masalah camni jadi kat kawan saya merangkap kawan sekolah saya. kesian dia sampai stress and confident level drop to zero! so macam na nak kurangkan bau ketiak yg busuk tu. kesian lah kat orang yang dihina sebab dia ade bau badan/ketiak yg dia memang tak mintak pun. btw kawan saya tu dah berhenti sekolah sbb malu ngn kawan sekolah sbb setiap hari kene bahan sampaikan tak ambik spm pun