mereka yang tegar

Tuesday, March 23, 2010

4 Jenis Manusia

Situasi : Dapur semak. Meja makan ada sisa-sisa makan tumpah yang tak di lap. Ada sisa kari. Ada sisa kicap. Ada sisa sambal. Ada butir-butir nasi. Lantai di sekitar meja makan ada cebisan-cebisan kulit bawang yang tidak dikemaskan selepas proses mengupas bawang untuk memasak. Lantai nampak agak berhabuk, juga melekit.

 

Jenis 1 :

 

Dapur semak. Semak macam mana pun dia akan buat tak kisah. Tambahan lagi kalau orang lain yang buat semak. Yang pasti, semasa dia makan @ guna dapur, dia akan kemaskan semula supaya kemas dan bersih. Jenis manusia ini tidak berleter mahupun bercakap tak tentu hujung pangkalnya. Cool ja. Leter-meleter bukan sifatnya.

 

Jenis 2 :

 

Dapur semak. Dia bising membebel-bebel. Kadang-kadang (selalu juga) bebelannya sampaikan tak tahu biji butir percakapan. Potpet potpet kenapa dapur semak. Tapi tak pernah sekalipun dia mengemas dapur yang semak kalau itu bukan angkaranya. Padahal dah tentulah orang yang paling kerap memasak yang akan buat dapur tu semak dan kotor. Potpet potpet kenapa air sampah busuk dalam rumah. Potpet potpet sinki tersumbat. Tapi tak pula diusahakan untuk mengatasi sinki tersumbat.

 

Jenis 3 :

 

Dapur semak. Dia tak membebel-bebel. Dapur semak dia kemaskan. Sampah dah penuh dalam plastik, dia ambil buang. Dapur masak nampak kotor berminyak lekit, dia lap. Apa mau bising-bising? Kalau nak buat, buat saja. Kalau takmau buat, tak payah membebel-bebel kasi gegar satu rumah. Cool. Normal.

 

Jenis 4 :

 

Dapur semak. Bila ada mood (yang sangat jarang datang), dia kemaskan dapur. Lantai bersepah dengan habuk-habuk & kulit bawang, ambil penyapu dan sapu. Kadang-kadang ada inisiatif mengatasi sinki tersumbat. Tidak berleter tak ketahuan hala. Tapi, itulah. Mood mengemasnya memang sangat jarang datang. Sesekali cuma.

 

 

Dan, sungguh Allah telah menciptakan manusia itu pelbagai rupa, pelbagai ragam dan pelbagai sifat supaya kita saling berkenal-kenalan dan melengkapi satu sama lain.

13 komen tak puas hati:

amirah said...

hahaha...
aku jenis ke berapa ain?

ain fathihah said...

apa yg aku sll panggil kat hg, mira? hehe

amirah said...

mira?

Luth Textile said...

kamu jenis yang no. brapa tata? :P

jadi macam no.3 suda. no.4 tu orang kata pompuan penyegan jugak! :D

sI tEDI said...

tengah nilai aku yg mana satu!

ain fathihah said...

Luth, rahsia.hehe Ain ni taklah rajin sgt, taklah malas sgt..
ehem, Luthfi. anda tidak dibenarkan memanggil saya dgn nama timangan tersebut. harap maklum.

ain fathihah said...

si tedi, kamu yg mana 1? hehe.

F.Aminurrashidd said...

aku jenis ke 4. hahahah..

f_aRa_aINa989 said...

ain...hang kemas bwh ek td??

ehem, sy tggu melihat sapelah yang akan kemas bwhtu...sbb jumaat aritu kita baru kemas...ehek

ain fathihah said...

faina, semak skit bawah td. 2yg aku kemas. penuh kulit bawang.

fawez, nilai diri sniri noh

Fiq said...

dapur semak pun leh jadi citer kehidupan kan... huhu

ain fathihah said...

fiq, hidup ini adalah..
bagaimana kita memandang kehidupan..

Anakkhas said...

ha..ha.. no1 je ada penerangan lanjut yang lain cam mana dik?