Wednesday, January 12, 2011

eh, jangan! aku tak kawen lagi.

Kamu pernah tak berada dalam situasi begini,

"wei, bawak moto elok-elok. aku ni belum kawen", kata Seman.

atau ini,

"isk, baik-baik la goreng telur tu. aku bujang ni, belum kawen", kata Senah.

"Ahh, aku takmau mati sekarang. Aku tak kawen lagi!"

Biasanya, orang bujang la yang cakap begini. Jarang la dengar orang yang dah berkahwin mengungkap begini. Kalau ada pun, 'aku tak kawen lagi' tu mungkin bermaksud 'aku tak kawen lagi satu, dua atau tiga'. hehe.

kenapa ya, wujud ungkapan begini? apa kaitannya mati dengan belum berkahwin? lama juga saya tercari-cari jawapan. dan saya tak menemukan jawapannya, sehinggalah saya telah cukup bersedia (agaknya) untuk memahami jawapan itu.

Rupanya, maksud ungkapan orang bujang, 'aku tak kawen lagi ni' adalah,

'aku takmau mati sekarang sebab aku belum rasa nikmat bersetubuh'.

Siapa mampu nafikan, remaja / orang muda sekarang kebanyakannya keluar rumah dengan keinginan bersetubuh yang tinggi. Balik rumah dengan keinginan bersetubuh yang meluap-luap. Masuk tidur juga dengan perasaan yang sama.

Semuanya sama. Bezanya, sama ada orang itu dapat menunaikan keinginannya atau tidak.

Yang berkeinginan tapi tak mampu, menahan diri dengan pasak iman yang kukuh ataupun melampiaskan keinginan bersetubuh itu dengan cara lain.

Yang dapat menunaikan gelojak diri itu, sama ada melalui pernikahan yang halal, ataupun proses berkasih sayang bersama pasangan tanpa pernikahan. Yang merasakan diri mereka bijak sedikit berbanding yang lain, mereka melariskan jualan kondom di kedai-kedai, yang kurang bijak pula bersetubuh tanpa berjaga-jaga, seterusnya membuatkan perilaku berkasih sayang itu membuahkan hasil.

nota tumit ; ini entri kesalan dengan trend buang bayi sekarang ni. orang dulu-dulu buang bayi supaya dijumpai orang lain, dijaga dengan elok dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. orang sekarang buang bayi sebab memang nakkan bayi itu mati.

Saturday, January 08, 2011

Payung yung yung

Selain Taiping, Tanjung Malim adalah antara bandar tempat yang menerima taburan hujan yang tertinggi di Malaysia. Anugerah Allah pada bumi Tanjung Malim, titis hujannya banyak dan agak kerap.


Semasa hari pertama pendaftaran di UPSI, saya sempat tercengang bila petugas kaunter memberikan payung kepada pelajar baru wanita perempuan selain beg, fail, tag nama dan baju rasmi UPSI.


'eh, payung? nak buat apa. apalah, bagi la benda yang berguna'


itu desis hati saya, memperkecilkan fungsi payung bercop UPSI.


Setengah semester berlalu, barulah saya menyedari betapa meriahnya bumi Tanjung Malim dengan titisan hujan. Sehinggakan payung menjadi komoditi penting di sini. Mungkin bilangan payung sama banyak dengan bilangan pelajar.


Payung menjadi rakan karib untuk sesiapa yang menjadi pelajar UPSI. dalam handbag / beg kuliah mesti ada payung. Tapi pelajar lelaki ada juga yang kelihatan enggan menggunakan payung. Kononnya tak macho kalau pakai payung bila hujan.


Cit poodah!


Kalau dah hujan tu, pakai sajalah payung. Jangan pula kufur nikmat (dengan terciptanya payung). Kalau Encik Lelaki tu pakai payung pink, sambil jalan meliuk lintuk pinggulnya, terkepit-kepit pula (entah apa yang dikepit) itu baru tak macho.


Berkenaan lelaki celaru jantina ni, kadang-kadang saya rasa mau saja sepak (dengan kaki, bukan sepak dengan tangan) ke celah kangkangnya. supaya telor dia sakit dan kemudian mungkin baru dia sedar dia ada telor, jadi takyah berlagak perempuan lagi.


Ops, melalut. Saya cuma nak cakap soal payung saja.


Walaupun payung harus menjadi teman setia sementelah bermastautin di tanjung malim, saya bukanlah seorang yang mesra payung. Saya kerapkali juga bermasalah dengan payung.


1. sejak semester satu (sekarang semester enam), entah berapa banyak biji kaki payung yang telah saya hilangkan dan rosakkan. pergi lab, pergi kelas, pergi library (macam tipu je?) berpayung, bila balik melenggang tanpa payung. selalunya keesokkan hari baru saya sedar saya tertinggal payung entah di mana-mana. huu.


tangan saya kecil, tak putih gebu sangat, kiranya tangan comel kiut miut macam saiz tangan budak darjah lima. Tapi entah apa masalahnya, dah banyak kali payung tiba-tiba rosak bila saya nak buka payung tu. Patah rangkanya. erk.

anatomi payung

2. bila berpayung dengan orang lain, selalunya rakan seBio dalam perjalanan pergi/balik kelas, saya dengan rela hati akan menyerahkan payung di tangan saya pada rakan sepayung. orang-orang yang berpayung dengan saya kebanyakkannya merungut, payung yang saya pegang terkena kepala mereka.


terserlah keketotan saya bila insiden seperti ini kerap sangat berlaku. huhu.


motif entri ; saya baru beli payung baru (lagi).

perkataan sihir. tapi bukan mantera.

Itulah jadinya bila saya cuba menterjemahkan istilah 'magic word' secara literal. Jadilah 'perkataan sihir' itu.

Ada dua perkataan yang saya rasa diakui ramai mempunyai kuasa sihir tertentu.

'Tolong', dan 'Terima kasih'.

Apa rasa kamu bila ada seseorang yang berkata begini,

'weh, pi ambik pinggan'

berbanding

'hang nak pi dapur eh? tolong ambik pinggan untuk aku sekali'

Isunya di sini bukanlah soal ambil pinggan, sudu atau tutupkan pintu. Tapi berkenaan perkataan 'tolong' yang sangat susah (boleh dikatakan tak pernah) didengar dari mulut seorang gadis di sekitar saya ini.

Pandai mengarah. Bahasanya kaku, kasar. Langsung tidak mesra. Saya ni bukanlah kisah sangat setakat mau tunaikan permintaan-permintaan mudah. Elok-elok rasa ikhlas dan senang hati mau menolong, malah berlaku sebaliknya pula. Hati rasa sebal, geram dan meluat bila memdengar permintaan seakan arahan bersifat mandatori.


Bila dah minta orang lain tolong buatkan suatu hal untuknya, payah pula mau dengar bibir mongel tu mengucapkan 'terima kasih'. Sungguh, sepanjang mengenali gadis ni, telinga saya tak pernah mendengar dia mengucapkan perkataan tolong dan terima kasih.

Atau mungkin juga telinga saya tersumbat dengan earwax (buku Bio tulis taik telinga), membuatkan dua perkataan ini sahaja yang terhalang dari memasuki corong telinga seteruskan ditafsirkan oleh otak. Mungkin.

Kasihan. Kadang-kadang terfikir, tak ada sesiapakah yang melatih dia mengucapkan terima kasih.

nota tumit ; Patutlah ada Kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan penerapan nilai murni di sekolah. Itupun pendapat saya secara peribadi, mungkin boleh dikatakan gagal. Sayang, kononnya orang timur dikatakan berbudi bahasa.

bisik-bisik...(eleh Ain Fathihah pun sama, dia pun bahasa sentap juga). hehe

Tuesday, January 04, 2011

dah mula sekolah!

Semalam dah mula hari persekolahan. dan saya tersenyum-senyum bila membaca status FB budak-budak sekolah yang ada di FB. tapi, ini yang paling mencuit hati saya.

Petang Isnin, saya SMS Baba, tanyakan adik-adik. Risau sebenarnya mengenangkan Baba bersendirian menguruskan rumah dan persekolahan adik-adik. Harap semuanya berjalan dengan baik. Hero Baba memang superb..(di mata saya lah. dah tentulah sebaliknya di mata orang yang sering menghinanya)

Balasan SMS Baba lewat petang semalam,

Salam. adik-adik ok ja. adik Nin nangis takmau duduk dalam dewan masa assembly tadi. kakteh pun ok jugak kat sekolah tadi. hek3. semangat nak belajaq sungguh2! hee~
untuk adik-adik ;

Angah di semester 3 Syariah UDM, lebihkan usaha

Kak Uda yang baru habis SPM, rilek puas-puas

Kak Teh nak PMR tahun ni, belajaq rajin-rajin

Kak Chik dah masuk tingkatan dua, jangan naik sentimeter dah

Kakak mulut murai dah naik darjah dua, rajin-rajin ikut jadual waktu, makan banyak-banyak bagi tak senget badan bawa beg berat

Adik Nin dah masuk pra-sekolah, malunyaaa kamu nangis! hahaha.

nota tumit ; dah mula rindu.

Monday, January 03, 2011

kembali single.

masih ingat entri ini? berkenaan teman sebilik saya sejak semester lepas. Suraya yang manis orangnya tu..

Saya datang awal ke Tanjung Malim semester ini. Hampir seminggu awal. Hari Sabtu, sempat saya SMS Suraya,

'bila balik sini?'

'isnin'

'ok'

Isnin pagi, saya bersemangat waja mau ke kelas pertama di hari pertama. Jam 6.45 pagi dah berduyun pelajar beratur di belakang rumah saya, untuk menaiki bas kitaran UPSI. Heh, sapa la yang awal sangat tu.

7.30 pagi baru saya keluar rumah. Beratur panjangggg! Saya sampai ke kelas tepat jam 8. Kelas dah penuh. Semangat semester baru lah katakan. Bagus. Alhamdulillah. Teruskan semangat. (muka sinis, hehe).

Saya duduk dalam kelas setengah jam, mana pensyarah tak masuk-masuk ni? Sebab kami penyabar, tunggu la juga setengah jam. Orang yang tak sabar, 10minit mungkin sudah berangkat keluar jika pensyarah masih tak kunjung tiba. Semangat semester baru lah katakan.

Jam 11 pagi sebab ada kelas Kimia Analisis. Kelas pertama yang sangat teruja, menakutkan, seram sejuk tubuh badan dan sesi pengenalan subjek yang memeningkan daripada pensyarah. Ohh, moga saya tak dapat nightmares malam ni.

Petang hari, semasa saya balik dari keluar makan dengan Gadis Mira dan Gadis Aina, saya lihat Cik Roommate, Suraya sedang mengangkut barangnya ke bilik sebelah.

(sementelah bilik sebelah kosong sebab dua orang senior Pendidikan Kimia pergi Latihan Mengajar)

'eh, Su. Pindah bilik?'

'haah, Su pindah bilik sebelah. nak duduk seorang'

'wah, bestnya. Ain pun dapat duduk bilik seorang lagi sem ni. hehe'

tanpa penafian, muka teruja saya memang tak dapat diselindungkan. suka bila roommate pindah, jadi saya dapat meluaskan semula kawasan jajahan dalam bilik ni. ngee!

Lima minit kemudian, terfikir-fikir pula, apa sebab Cik Roommate pindah bilik. Adakah semata-mata dia mau duduk seorang satu bilik, ataupun saya yang bermasalah?

Saya belum tanya Su. Mungkin sekejab lagi atau esok baru nak slowtalk.

Mungkin juga Suraya tak selesa sebilik dengan saya.

Dia jenis tidur awal, tapi saya tak dapat tidur awal sebab banyak tugasan perlu disiapkan. Mungkin dia jenis tak lena tidur dengan lampu terpasang, sebab saya selalu tengok dia tutup muka dengan bantal bila dah tidur pukul 10 malam, sedangkan saya masih bergelut dengan tugasan rasmi pelajar.

Maafkan saya, Cik Roommate, atas ketidakselesaan kamu sepanjang sebilik dengan saya. Saya percaya kamu berpindah bilik demi keselesaan bersama. Hehe.

Apapun, Suraya memang teman sebilik yang baik dan tidak bermasalah. (justeru itu, saya percaya, saya yang bikin masalah kepada beliau)

p/s : Nuriha Ismail masih mengungguli carta teman sebilik terbaik saya! lalala.

Sunday, January 02, 2011

refleksi

salam'alaik. keputusan exam sem 5 dah keluar 25/12. jadi, sudah agak basi untuk diperkatakan. tapi, saya tetap mau buat ulasan ke atas diri sendiri juga.

sejak semester 1 hingga 4, alhamdulillah, saya dapat mengekalkan pointer. tak la setinggi langit, tapi memuaskan juga.

sem 1 = 3.63
sem 2 = 3.65
sem 3 = 3.63
sem 4 = 3.58

sem 5 = 3.36

woohooo, jatuh agak banyak. hehe. walaupun pointer jatuh, saya tetap gumbira rasa hati sebab tak jatuh sampai bawah 3.0. lega.. (sebab lepas habis exam sem lepas, saya bajet akan dapat pointer bawah 3.0)

ada dua cara untuk saya membuat refleksi kejatuhan keputusan peperiksaan semester lepas.


satu :

macam-macam hal jadi kat famili. itu dan ini. begitu dan begini. mau atau tidak, terpaksa menghadapi debaran yang sangat meresahkan jiwa kecil saya sejak awal semester hingga saat peperiksaan. resah memikirkan adik-adik dari kejauhan.

akibatnya, keputusan peperiksaan merosot.

dua :

sungguh orang cakap, makin naik sem, makin susah subjek. betul.
malangnya usaha saya untuk menghadapi subjek-subjek semester lepas masih di takuk lama. banyak main. banyak lagha. banyak nangis dan tak study (berbalik kepada sebab di atas. tapi ini salah sendiri sebab mencampur-adukkan urusan peribadi dengan urusan pejabat pelajaran). dan, usaha kurang.

akibatnya, keputusan peperiksaan merosot.

hehe.

hei Ain Fathihah! hati-hati!

Saturday, January 01, 2011

Wahid

Ini entri pertama dua ribu sebelas.

sedekad abad sudah berlalu.