mereka yang tegar

Sunday, March 28, 2010

Nikmat Yang Tak Dinikmati

Selesai aktiviti kayak kelas Kembara Alam. Lega selega-leganya. Dalam pada seronok berkayak, ada perkara yang saya terlepas pandang. Iaitu menjaga hati orang. Hehe, kisahnya semalam saya meninggikan suara pada seorang kawan. Dia merajuk. Dan hari ni dia memerli sikap saya semalam.

 

Ops maaflah tak rasa bersalah pulak. Sebab saya memang selalu begini. Mulut lepas. Isunya, pasal makanan. Makanan yang tak habis dimakan, lalu didermakan pada mulut besar Tong Sam Pah. Dan entri ni bukanlah nak cakap pasal kawan saya yang kecil hati dan merajuk. Tapi mengenai nikmat yang kita tak nikmati, nikmat makan dan nikmat ada makanan.

 

Serasa saya, celik mata saya dan generasi Y yang lain, kebanyakannya memang tak ada masalah dengan makanan. Kalau ada pun masalah, masalah mak masak ayam masak merah, lalu kita membentak mahukan ayam goreng KFC. Masalah ikan goreng terlebih garing, lalu kita hilang selera makan.

 

Masalah kita makan bihun tomyam di kedai makan dan bila dah rasa sesuap, tomyam tu tak kena dengan selera tekak kita, lalu mangkuk tomyam tu ditolak ke tepi. Tak rasa ralat langsung bayar RM4.00 untuk bihun tomyam yang langsung tak dijamah.

 

Saya juga, kerap tak habiskan makanan. Tambah2 kalau nasi bungkus. Kerapkali cuma mampu habiskan setengah, dan setengah yang lain, sedekah pada Tong Sam Pah. Mewah. Terlalu mewah dengan makanan, sampaikan kita lupa pada nikmat makanan.

 

Mungkin kalau kita dah lupa pada nikmat makanan, boleh la tanya pada orang-orang di Negara ini.

 

Zimbabwe.

ada seekor gajah mati. sakit tua.

penduduk sekitar dah jumpa gajah yang mati. wow, gajah! gajah! teriak merekabangkai gajah dikerumuni oleh rakyat yang kelaparan dan kebuluran. bawa pisau dan parang masing-masing.ini lah namanya, "hati kuman sama dicicah. hati gajah sama dilapah". ops ini lapah kulit gajah dulu. ada juga yang bergaduh. berebut. masing-masing lapar.

"tepi! tepi! gajah ini aku yang punya!"yum yum! gajah goreng kunyit, gajah masak rendang, kari gajah, belalai gajah masak lemak cili api, telinga gajah goreng berlada, daging gajah salai. yum yum!

makan besar!dan dalam masa tak sampai 24jam, ini lah hasilnya. ada yang makan terus gajah yang dilapah tu. apa kelas masak-masak dulu! katanya, tak remaja lah makan daging gajah yang dah masak. makan mentah baru lah true black metal.

eh ada kaitan takgaya, mutu, keunggulan.

mamat ini kalau datang Malaysia, agaknya berapa ramai anak gadis Melayu akan terkulai layu di pangkuannya?

heloo, apa ee eee? sekarang ni trend mamat negro lah. tak lama lagi (selang 2-4 generasi), gen orang melayu akan berubah menjadi bertambah sasa, besar, dan gelap menawan.

hasil 'suntikan baka dari Afrika'ni tempat bangkai gajah tadi. tulang pun habis direbut. buat sup tulang!

 

Dan, masih juga ada insan-insan yang mengaku dia lah yang paling malang.

Kononnya, kamu lah yang paling derita. Denyut nadi masih berlagu, dan apakah kita tidak bersyukur?


Friday, March 26, 2010

senapang, ayam dan 'terrorist'

Salam’alaik.  Tengah duduk saja-saja ni teringat zaman anak-anak dulu. Zaman pakai anak tudung sampai kening, dan tudung sekolah terkebelakang sampai setengah dari kepala. Comel tapi comot. Comot tapi comel. Ah, masa tu takda siapa pula ajar saya pakai tudung elok-elok. Ikut suka saja.

 

Walaupun saya comel dan comot, saya tetap ikut main permainan budak-budak kampung. Mungkin tak selasak anak-anak kampung yang lain, tapi masih larat berlari main aci-lut-duduk dari hujung ke hujung kampung. Dari Tanah Perkuburan Islam Telok Bahang, ke belakang Masjid Jamek Telok Bahang. Kampung Mukim Masjid Telok Bahang.

 

Dulu kecil-kecil tak takut langsung melintas kawasan perkuburan pada waktu Magrib. Alasan masuk ke kawasan kubur, sebab nak ambil jalan pintas dari jalan besar ke rumah. Dekat. Berbanding nak pusing taman perumahan, malas nak kayuh basikal jauh-jauh.

 

Ada satu permainan yang saya masih ingat (sebab ada kes) sampai hari ini adalah main senapang kayu. Ala, mesti ramai yang tahu kan. Buat senapang kayu dari papan. Biasanya papan yang orang guna buat rumah tu.

 

Bila dah dapat papan yang sesuai, bentuk senapang (atau pistol) dilukis pada papan itu. Kemudiannya ditarah dengan golok. Bahagian atas pinggir papan yang telah sedia licin diketam tidak ditarah. Ia dijadikan bahagian atas barrel senapang.

 

Tapi janganlah suruh saya buat senapang ni. Memang saya tak tahu. Senapang saya dulu, adik lelaki saya yang buatkan. Adik lelaki yang beza setahun dengan saya. Sangat protektif! Kawan bermain dia, kawan bergaduh pun dia. Main senapang kayu dengan dia, main kawen-kawen pun dengan dia jugak.

(* Angah, rindunya kat kamu)

 

Jadi, bila dah siap senapang kayu ni, pelurunya guna terung pipit @ buah apa entah rupa macam terung pipit. Kutip di belakang pasar Telok Bahang, dekat ja dengan rumah. Sasaran tembakan? Tembak lah sesama sendiri. Tapi saya lagi suka sasarkan pada ayam, kucing dan itik sekitar rumah. Senang kena!

 

Adalah satu petang tu, saya dan Adeebah keluar bermain di halaman rumah. Seingat saya, masa tu saya 9 tahun dan Adeebah 3 tahun. Yang pasti, saya masih comot dan Adeebah baru nak belajar bercakap. Saya tak ingat mana adik-beradik yang lain, dan kenapa cuma saya berdua dengan Adeebah.

 

Dengan peluru terung pipit penuh dalam poket seluar, saya acu-acukan senapang kayu saya pada kucing, ayam dan angsa jiran. Jiran saya dah tua mungkin dia takkan jumpa blog saya. Seronok lah masa tu membuli ayam yang terkepak-kepak lari bila kena peluru saya.

 

Masa tu rasa nak kejar ja binatang-binatang tu semua. Geram. Nak tembak. Tapi tak boleh nak main jauh-jauh sebab Adeebah ada bermain basikal roda tiga di halaman rumah. Kena teman dia. Adeebah pun tak la ke mana sangat. Gohed gostan saja. Isk sibuk ja ikut Tata main

 

Dalam pada seronok mengacu-acu senapang berpeluru terung pipit ke sekeliling rumah, entah macam mana saya tertekan ‘picu’ senapang tu. Senapang tu sedang menghala pada Adeebah. Fuh! Mantap! Peluru tu dengan laju dan tepat mengena kat muka Adeebah. Dahi kot.

 

Waaaa! Waaa!!

 

Apalagi, meraung lah adik saya tu. Kena peluru macam tu, sakit agaknya. Sakit tak Kak Teh? Haha mesti kamu tak ingat kan. Adeebah menangis sekuat-kuatnya.

 

Aduss!

 

Masa tu saya dah terketar-ketar takut. Habis lah nanti kena marah dengan Mama sebab buat adik menangis. Berpeluh-peluh saya masa tu. Rasa nak terberak dalam seluar pun ada. Takutkan Mama. Hellooo, Mama saya masa saya kecik (masa dia muda), garang tau! Singa bunting pun takut kat Mama saya.

 

Lepas saya tak berjaya memujuk Adeebah yang melalak-lalak menangis, saya pun dukung lah dia masuk rumah. Senapang tadi saya sorokkan simpan di rak kasut di depan pintu rumah. Dalam masa tu sempat lagi cubit paha Adeebah sebab tak berhenti menangis. Isk, payah betul dah pujuk-pujuk pun takmau diam.

 

Bila dah masuk rumah, Mama pun tanya kenapa adik menangis.

Dan saya dengan muka control macho dan comel + selamba menjawab,

 

“tak tahu lah tiba-tiba ja dia nangis, jatuh kot”

(ni jawapan standard bila buli adik sampai menangis)

 

Mama saya tanya tiga kali dan saya masih bagi jawapan yang sama. Tak tahu, Ma.

Kemudian mama saya beralih tanya pada Adeebah. Yang baru nak reti bercakap.

 

“Alala, kenapa ni, sayang?”

 

Adeebah masih menangis. Dan dia cuba juga menjawab.

 

“bakk…” sambil tersedu-sedu.

 

Banyak kali lah Adeebah mengulang sebut perkataan ‘bak’ tu. Mama tak faham! Haha. Lega. Saya tahu apa yang nak dikatakan Adeebah.

Bak = Tembak

 

Atau lebih tepat lagi, dia nak mengadu,

‘Tata tembak!’

 

Tapi disebabkan Mama tak dapat nak tangkap apa yang nak diadukan Adeebah, hati saya dah berbunga riang. LEGA BEB! Hihi, nasib baik adik saya tak reti cakap lagi masa tu. Selamat……!

 

Saya pun ambil tuala nak pergi mandi. Entah macam mana, Adeebah yang masa tu cuma tahu sebut 1 patah perkataan, tiba-tiba dia mampu sebut 3 patah perkataan.

 

“Ta…em…bakk!”

Sambil jari kecil Adeebah buat bentul pistol.

 

Terus mama saya menjerit bertanya pada Adeebah,

“apa dia? Tata tembak?

 

Dan budak kecil itu mengangguk.

 

Cisss!

‘Alamak, habis lah aku’ Saya pun cepat-cepat masuk dalam bilik air. Mandi.

 

“TATAAAA!!!!”

 

Tamat.

(pengakhiran cerita tidak dapat saya catatkan di sini disebabkan terlalu ngeri untuk dinyatakan secara lisan mahupun tulisan)

Tuesday, March 23, 2010

4 Jenis Manusia

Situasi : Dapur semak. Meja makan ada sisa-sisa makan tumpah yang tak di lap. Ada sisa kari. Ada sisa kicap. Ada sisa sambal. Ada butir-butir nasi. Lantai di sekitar meja makan ada cebisan-cebisan kulit bawang yang tidak dikemaskan selepas proses mengupas bawang untuk memasak. Lantai nampak agak berhabuk, juga melekit.

 

Jenis 1 :

 

Dapur semak. Semak macam mana pun dia akan buat tak kisah. Tambahan lagi kalau orang lain yang buat semak. Yang pasti, semasa dia makan @ guna dapur, dia akan kemaskan semula supaya kemas dan bersih. Jenis manusia ini tidak berleter mahupun bercakap tak tentu hujung pangkalnya. Cool ja. Leter-meleter bukan sifatnya.

 

Jenis 2 :

 

Dapur semak. Dia bising membebel-bebel. Kadang-kadang (selalu juga) bebelannya sampaikan tak tahu biji butir percakapan. Potpet potpet kenapa dapur semak. Tapi tak pernah sekalipun dia mengemas dapur yang semak kalau itu bukan angkaranya. Padahal dah tentulah orang yang paling kerap memasak yang akan buat dapur tu semak dan kotor. Potpet potpet kenapa air sampah busuk dalam rumah. Potpet potpet sinki tersumbat. Tapi tak pula diusahakan untuk mengatasi sinki tersumbat.

 

Jenis 3 :

 

Dapur semak. Dia tak membebel-bebel. Dapur semak dia kemaskan. Sampah dah penuh dalam plastik, dia ambil buang. Dapur masak nampak kotor berminyak lekit, dia lap. Apa mau bising-bising? Kalau nak buat, buat saja. Kalau takmau buat, tak payah membebel-bebel kasi gegar satu rumah. Cool. Normal.

 

Jenis 4 :

 

Dapur semak. Bila ada mood (yang sangat jarang datang), dia kemaskan dapur. Lantai bersepah dengan habuk-habuk & kulit bawang, ambil penyapu dan sapu. Kadang-kadang ada inisiatif mengatasi sinki tersumbat. Tidak berleter tak ketahuan hala. Tapi, itulah. Mood mengemasnya memang sangat jarang datang. Sesekali cuma.

 

 

Dan, sungguh Allah telah menciptakan manusia itu pelbagai rupa, pelbagai ragam dan pelbagai sifat supaya kita saling berkenal-kenalan dan melengkapi satu sama lain.

Thursday, March 18, 2010

Dr.Kartini, dapur rumah saya terbakar!

Api. Kecil-kecil menjadi kawan. Bila besar menjadi lawan. Klise kan. Hehe dah macam karangan UPSR Bahasa Melayu Penulisan dah ni.

Malam semalam, sedang saya duduk-duduk bersembang di meja makan dengan Amira & Farah Aina sambil mulut mengudap makanan, Cik Fazreen dan Cik Lubna tengah tung-tang-tung-tang memasak di dapur. Nasi goreng. Hish hish hish, sudah naik bahu! (baca : bau).

Tengok syok makan, Lubna dengan muka tenangnya mai bagitau kami bertiga,

“wei, dapur terbakar. gi tengok jab”



Maka saya, Mira dan Aina bangun dari meja makan menuju ke dapur dengan muka hero.
Tengok dapur dua penunu tu, api penunu dah ditutup. Tapi api kecil masih menyala-nyala di bawah. Pelik. Kenapa api ni sambar meja dapur tu pulak.

Aina cakap, “hah, chem lab management, chem lab management! Cepat Ain dengan Mira, kena buat apa tu”

Saya membalas, masih dengan nada suara tenang “haa, Dr.Kartini cakap kena padam api dengan kain basah”

Lubna, “aku takut dapur tu meletup kalau siram dengan air lah”

(chem lab management tu merujuk pada subjek yang saya, Fazreen dan Mira ambil semester ni, Chemistry Laboratory Management Technique. Dalam subjek ni ada la belajar mengenai teknik pengurusan makmal, termasuklah apa tindakan yang perlu diambil kalau berlaku kebakaran di makmal)

Maka Fazreen yang tengah pegang kain buruk (kecik secoit) basahkan kain tu di sinki, kemudian dia tekupkan pada api di dapur masak tu. Api dah besar sikit dari tadi.

Tapi nampaknya kain buruk basah tu tak memberi kesan langsung pun. Makin marak adalah.

Rupanya bahagian yang sedang terbakar tu adalah kotak tebal yang digunakan untuk melapik dapur tu. Huhu. Jadi bila letak kain basah pun, tak jadi apa. Sebab punca api tu di bawah dapur.

Min, “nak kena pegi pinjam pemadam api dekat pak guard ke ni?”

Api makin besar. Asap dah makin memenuhi rumah. Perlu diingatkan berdekatan dapur ada tong gas.

Tapi masa tu, rasanya tiada seorang pun dari kami yang panik. (mungkin ada yang panik tapi buat-buat muka selamba). Sempat berbincang-bincang dulu apa yang perlu dibuat.

Akhirnya, bila api tu dah makin besar dan terasa hangat membahang di dapur, barulah saya menadah air dalam jag, Mira menadah air dalam periuk, dan kami simbahkan air ke dapur yang terbakar.

Itupun dengan sopan santun supaya barang-barang makanan mentah (bawang, cili bla3) dalam laci tu tidak rosak kena air.

Isk!
Dah dua tiga kali simbah, barulah api padam sepenuhnya.

Kami lap sikit-sikit dulu air yang melimpah di lantai dapur. Kemudian pergi sambung makan!
Lubna sempat merungut nasi gorengnya belum cukup masak. Basah lagi nasi ni, katanya.

Hehe. Kebetulan sejak dua hari lepas ada graduan-graduan UPSI yang sedang berkonvo datang tumpang tidur di rumah kami.

Dan masa kebakaran dapur tu pulak, ibu seorang daripada senior yang berkonvo tu ada di bilik berdekatan dapur. Cikgu pencen. Dari Kelantan.

Melihat kami terus sambung makan (macam takda apa-apa jadi), dan meninggalkan ruang dapur agak lecah (niat di hati nak bersihkan dapur lepas habis makan), makcik cikgu pencen tu pulak yang tolong mopkan lantai dapur. Huhu!

Jenuhlah kawan-kawan serumah saya meminta makcik tu jangan terus mengemop. “Biar ja, nanti kami buat.”
Tapi, tahu lah saya yang nakal ni, dengan nada berbisik, buat macam menjerit,

“makcik, kalau dah mop lantai tu, bersihkan dapur yang terbakar tu sekali ya!”




Cukup kuat untuk di dengar orang di meja makan, tapi rasanya makcik tu tak dengar. Hehe.
Dan Lubna terus marah saya, “isk ko ni ain! Teruk betul!”
Kemudian makcik tu datang melepak sembang-sembang dengan kami di meja makan,
Dengan topik menarik,

CARA MEMILIH SUAMI YANG BAIK.

Wednesday, March 17, 2010

peluh berbau tak?

Rasanya ramai orang yang beranggapan, peluh yang menyebabkan bau badan? Iyakah? Betul ke peluh berbau?

 

Nak cuba try test tengok?

Nak cuba?

 

Jom!

Kalau tak percaya, cuba kamu berdiri di tempat yang panas dan tunggu badan anda berpeluh. Kemudian, bila dahi dan tangan kamu sudah mula berpeluh, cuba bau peluh kamu.

 

Busuk tak?

Ahaa, jangan nak tipu.

 

Tidak berbau bukan?

 

Tapi setelah beberapa lama baju kamu yang lembab disebabkan berpeluh terutamanya di bahagian pelipat badan (ketiak la tu), baru akan ada tanda-tanda bau busuk.

 

Ini bukti yang peluh itu sendiri tidak berbau.

 

Sebenarnya, bahan buangan bakteria yang menyebabkan bau busuk (tengik, hangit dan kadangkala bila dah extreme sangat, bau bangkai) tersebut.

 

Ok, sekarang mari kita fikir sejenak. Sambil tunjal-tunjalkan jari telunjuk di dahi dan buat muka kerut berfikir.

 

Bahagian badan manakah paling kuat berbau. Di ketiak bukan?

 

Kenapa? Kenapa ketiak. Kenapa bukan bahagian badan yang lain?

 

Pertama sekali, kamu perlu faham yang bau kurang senang itu disebabkan oleh bahan buangan bakteria. Bukannya peluh!

 

Bakteria suka tempat-tempat yang lembab dan panas. Ketiak kita merupakan bahagian badan yang selalu mengeluarkan peluh. Ketiak kita juga sebenarnya panas (disebabkan selalu terkepit oleh lengan).

 

Kalau tak percaya, cuba kamu kepit jari-jari anda dibawah ketiak. (tapi tolong lakukan bila tiada orang,nanti jatuh pula air muka! Ataupun takut kamu pitam bila bau ketiak sendiri).

Mesti jari jemari anda akan terasa lebih panas dari biasa. Oleh itu bakteria akan dengan cepat sekali berkumpul di bahagian ketiak.

 

Bakteria akan 'makan' (harap tiada pensyarah Bio saya yang baca. Salah istilah ni kot) peluh, sel-sel kulit yang mati, rerambut dan rambut yang mati.

 

Hasil pemakanan ini (seperti manusia juga) bakteria akan 'buang air'. Hasil pembuangan inilah yang menyebabkan bau busuk.

 

Proses ini juga dikenali sebagai 'bacterial fermentation'.

 

Jadi, kamu sudah faham sekarang bahawa bau busuk badan kamu disebabkan oleh bakteria, dan bukannya peluh.

 

Kalau tak faham juga, sila kesali. Ini kelemahan saya menerangkan dalam ayat paling mudah. Bukan disebabkan kebebalan kamu memahami.

Famili Blogger. Famili Mukabuku.

Rasanya semua ahli keluarga saya ada blog. Kecuali adik kecil yang belum tahu membaca itu.

 

Blog Baba http://ustazbaba.blogspot.com/

 

Blog Mama http://junaidahkassim.blogspot.com/

 

Blog Angah http://ahmadfathurrahman.blogspot.com/

(lama tak update ni)

 

Blog Kak Uda http://nurulamirafatin.blogspot.com/

 

Blog Kak Teh http://budakbudakcomei.blogspot.com/

(comei tang mana pun taktau lah, hehe)

 

Blog Kak Chik http://atiqahfarhani.blogspot.com/

 

Blog Kakak http://nuruladilahcute.blogspot.com/

 

Biasalah orang yang berblog ni, bila rajin selalu update. Bila tak rajin, bersawang lah blog.

Saya ni, dah tak larat nak menjawab bila ada kawan-kawan yang terjumpa blog ahli keluarga.

 

“ain, semua family ko ada blog?”

“blog Adilah Cute tu, adik perempuan mu yang kecik tu yang tulis sendiri ke?”

“terernya Mama ko, reti guna internet”

“ahaa, Baba hang cekap internet, maka dia boleh pantau hang yang nakai ni”

 

Dan juga muka-muka terkejut bila ada kawan-kawan yang ternampak saya chatting (YM) dengan Baba @ Mama.

 

Yang best :

1.senang nak tahu perkembangan adik-adik & family. Kadang-kadang memang tak sempat nak bersembang panjang di YM, maka saya boleh tahu apa yang berlaku di rumah dengan membaca blog Mama ataupun adik-adik.

 

2.jimat kredit. Yelah saya mengaku saya memang jarang telefon rumah. Tapi, boleh dikatakan setiap hari tetap akan bertegur sapa di YM. Kalau pagi nampak Baba online, chat sekejab Tanya khabar. Bila malam pulak nampak adik-adik online, chat sekejab Tanya khabar. Bila rindu, yeaa boleh buat video call.

 

3.facebook?nampaknya semua dah ada facebook sekarang.heh,lagi lah kerap berbalas komen di fb.

 

Yang tak berapa nak best :

1.tak boleh la saya nak menakal… haha. Family pantau dari jauh.

 

Maka, apa yang kamu kenal saya di alam maya, begitulah juga saya di dunia sebenar.

Wednesday, March 10, 2010

Eh, ketiak aku tengik tak?

Jumaat lepas, saya agak lewat ke kelas Chemistry Laboratory Management Techniquies. Pukul 8.05 pagi baru terhegeh-hegeh naik bas. Tak perlu berebut, sebab tempat menunggu bas dah agak lengang. Tercabar skil berebut saya, sebab hari berkenaan tak payah berebut bas. Haha.

 

Dengan bangganya, saya duduk seat belakang encik drebar bas. Mula bas bergerak, dari jauh nampak seorang gadis yang agak chubby berlari-lari anak mengejar bas tu. Mujur dia dapat naik.

 

Lepas naik ja, gadis berkenaan terus duduk di sebelah saya. Kebetulan kerusi sebelah saya kosong.

 

Tapi, elok ja dia duduk sebelah saya, serta-merta deria bau-bauan (bahasa sainsnya, Oldfactory) saya menangkap suatu bau.

 

Semerbak, tapi bukan harum. Menyengat, tapi bukan bisa sengatan lipan yang kena kat Shakir masa fieldtrip Gunung Lang. Agak hangit, tapi bukan bau ikan bilis hangit.

 

Walaupun hidung saya kembang-kempis menikmati aroma itu, sempat juga saya menghidu barang dua tiga nafas sambil berfikir-fikir apakah baunya…..


hish hish hish!

 

Teringat kuliah Sensory System…Deria bau-bauan memang sangat berkaitan dengan memori.

 

YA! Itulah dia. Bau ketiak tengik. Huhu. Tak tahu nak takrifkan macam mana baunya. Memang sangat menyesakkan hidung. Tangan saya pantas menyelinap masuk dalam beg, mencari duit kertas. Huhu

 

Maka sepanjang perjalanan ke kampus itu, saya menekup duit kertas RM1 (ini je yang termampu) kat hidung. Lantaknya gadis sebelah ni nak terasa ke tak, yang penting memang saya sesak nafas. Lebih baik ambil bau duit RM1 dari bau ketiak dia.

 

Masa tu, terfikir-fikir jugak, gadis ni tak mandi pagi kah?

Thursday, March 04, 2010

Ustaz saya di sekolah memang tak kenal Pokemon

Rasanya, ramai yang kenal dengan watak anime ni kan. Pokemon. Budak-budak pun kenal. Tapi, sungguh cakap, saya cuma kenal watak Pikachu kuning-kuning ni..yang lain tak tahu langsung.

 

Ada satu kisah pasal Pokemon ni yang buat saya tersenyum simpul sampai hari ni..

 

Kisahnya, semasa saya di Tingkatan 5, cikgu subjek Pengajian Quran & Sunnah adalah Ustaz Adnan (rindunya!)..

 

Ada satu hari tu, Ustaz masuk mengajar di kelas saya, 5 Melur (Sains 1). Kelas 5Melur adalah diapit oleh kelas 5Mawar (Akaun) dan 5Melati (Sains 2).

 

Semasa Ustaz Adnan sedang mengajar tu, kedengaran suara riuh rendah dan agak bising di kelas 5Mawar. Entah apa yang diriuhkan. Ustaz agak terganggu dengan suasana bising tu. Kami yang tengah belajar ni pun rasa terganggu dengan bunyi pekik dan gelak tawa dari kelas sebelah.

 

Kemudian, Ustaz keluar dari kelas saya, dan pergi ke kelas sebelah (5Mawar)..

Dia ketuk pintu belakang kelas yang tertutup kuat-kuat.

*stail di sekolah saya adalah, pelajar suka tutup rapat2 pintu dan tingkap kelas bila takda Cikgu, dan ada yang buka tudung sebab panas.

 

Dan selepas dengar bunyi ketukan pintu oleh Ustaz Adnan, serta-merta ada satu suara menjerit

(saya memang kenal suara siapa tu. Alhamdulillah sekarang gadis yang agak nakal masa zaman sekolah dulu, tengah ambil Syariah Law di UDM)

 

“Whose that Pokemonnn???”

 

Kawan-kawan kelas saya kelihatan agak tersentak dengan suara jeritan tu. Mungkin pelajar kelas 5Mawar yang bertanya begitu, mahu bergurau sesame kawan-kawan. Rasanya dia memang tak sangka langsung orang yang mengetuk kuat pintu kelas dia tu, adalah Ustaz Adnan.

 

Terus Ustaz Adnan berpatah balik masuk ke kelas saya. Sambil itu Ustaz merungut,

 

“isk, kita nak pi tegur dia, dia kata kita puki”

 

Jadi, P&P seterusnya di kelas saya pada ketika itu menjadi suram sebab Ustaz dah moody.

Monday, March 01, 2010

Kewajaran Pendidikan Seks Untuk Kanak-Kanak

Masyarakat kita, bila sebut saja pendidikan seks, makcik-makcik melenting, pakcik-pakcik mengamuk, remaja tersengih-sumbing, pengantin baru tersenyum-simpul..

 

“hey, apahal cikgu-cikgu sekolah nak ajar anak aku benda tak senonoh?”

“kerajaan ni gila ke apa, nak ajar pasal hal dalam kelambu kat budak kecik?”

 

Ehem, saya rasa, masyarakat (ibubapa) terlebih dahulu perlu disedarkan kepentingan pendidikan seks untuk anak kecil.

 

Pendidikan Seks itu, bukan ajar budak-budak apa rahsia malam pertama pasangan baru berkahwin. Bukan ajar anak kecil ‘how to make love’. bukan tayangkan video 'praktikal biologi' persetubuhan. Dan pasti juga bukan ajar titik-titik erotik untuk merangsang pasangan.

 

BUKAN!

 

Pendidikan seks itu, seiring dengan umur anak kecil itu. Anak kecil perlu dijelaskan mengenai perbezaan jantina, kebersihan anggota sulitnya, bahagian-bahagian tubuh badan yang perlu dilindungi dan dijaga dari disentuh sesuka hati oleh orang lain, kenapa kadang-kadang Kak Long dan ibunya tak boleh solat dan puasa…dan macam-macam lagi.

 

Juga perlu ditekankan dari segi penjagaan diri bila sudah akil baligh (bagi anak perempuan) supaya dia tahu jika ada yg bersikap salah laku terhadap dirinya, dia boleh melindungi diri atau meminta bantuan.

 

Pada saya, perlu dijelaskan dengan betul mengenai perbezaan jantina. Kadang-kadang saya pelik dengan sesetengah ibu bapa moden yang tidak menjelaskan secara langsung mengenai perbezaan jantina ini.

 

Situasi 1 :

“ibu, kenapa adik (girl, 3bulan) tak ada bird macam Abang(boy, 3tahun)”

“owh, bird adik belum tumbuh. Nanti baru bird adik tumbuh”

 

Situasi 2 :

“umi, mana bird kakak? Kenapa adik ada bird?”

“owh, bird kakak dah terbang masa kakak baby dulu”

 

Situasi 3 :

“kenapa malam tadi adik nampak ayah tindih ibu? Ayah jahat!”

“ayah tak jahat. Ibu dengan ayah cuma main gusti ja”

 .

.

Keliru kan? keluru jadinya...

 

lukisan kanak-kanak mangsa deraan seksual

kredit : syahrilkadir.wordpress.com

Zaman ni, banyak sangat kes penderaan seksual pada kanak-kanak. Anak laki ke, anak perempuan ke, masing-masing perlu dijaga dan diambil perhatian. Anak perempuan dengan kes mangsa cabul, rogol dan dera. Anak laki? Oh, liwat-meliwat memang sangat glemer buat masa ini.

 

Masyarakat kita? Macam biasa lah. Bila ada kes, semua orang dan semua pihak menyalak marah dan mengaum-aum. Lepas tu, senyap sunyi. Tunggu ada kes baru yang berlaku pulak, masyarakat akan menyalak marah lagi.

 

Kes adik Nurin Jazlin? Senyap dah sekarang. Al-Fatihah untuknya.

 

Kes lain? Haa banyak! Meh saya nak lambakkan.

 

24.10.2009 - Kuantan - Seorang murid perempuan berusia 11 tahun dan adik lelakinya bukan saja didera oleh ibu tiri mereka, tetapi mangsa dipaksa menjadi hamba seks seorang lelaki sejak setahun lalu dengan upah antara RM5 hingga RM10.

Mangsa dan adik lelaki berusia sembilan tahun yang didera di seluruh badan, termasuk digigit di bahu sejak empat tahun lalu.

 

21.10.2009 - Kajang - Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

 

Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun itu tergamak bersubahat dengan warga asing dan sanggup berbohong konon anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

 

30.4.2009 - Georgetown - Seorang bapa mendera anak perempuannya sehingga mati sebelum ditanam di kawasan padang, kira-kira dua kilometer dari rumah mereka di Kampung Pisang, Air Itam di sini, tiga tahun lalu akhirnya terbongkar selepas didedahkan seorang kakak mangsa.

 

Kakak mangsa serta dua lagi adik-beradiknya juga mengaku pernah didera dan dicabul bapa mereka, yang dikatakan tidak bekerja serta mempunyai tiga isteri dan 10 anak. Anak dibunuh itu adalah hasil perkahwinannya dengan isteri kedua.

 

23.02.2009 - Kuala Lumpur - Bayi perempuan malang berusia setahun dikatakan menjadi mangsa cabul serta penderaan secara seksual selepas dia ditinggalkan oleh ibunya di rumah pengasuhnya.

 .....(sumber : Harian Metro).....

Banyak! Banyak sangat.

 

Memang tak faham dengan lelaki pedophile macam ni. Rogol anak kecil! Celaka!

 

Mama saya pernah cakap,

“jaga diri elok-elok. Orang gila seks ni dia memang gila. Kalau buat lubang kat perdu pokok, pokok itu pun dirogolnya!”

 

Hey, situasi seorang gadis remaja bertubuh genit, pakaian seksi dengan skirt sendat pendek dan pinjam baju adik yang merayap di luar rumah pukul 1,2 pagi, diajak berbual dengan seorang lelaki, kemudian diajak berjalan-jalan, mahu dia mengikut. Dan seterusnya jadi lauk kenduri sekumpulan lelaki…..

 

Apa kamu fikir?

Gadis itu sendiri yang gatal tak menjaga diri, kan? Salah dia sendiri kan?

 

Tapi, bila seorang anak kecil dicabul, rogol, liwat dan dera…saya rasa sangat tersayat hati. Terus terbayangkan adik-adik dan juga anak-anak buah seusia mangsa.

 

Moga diri saya, keluarga saya, kawan-kawan saya dan semua orang…selamat sejahtera dan dilindungi Allah fizikal dan mentalnya.