mereka yang tegar

Monday, March 30, 2009

rindu keluarga debat

huhuhu...aku rasa agak resah...disebabkan agak sibuk dengan hal seBio, masa membataskan aku meluangkan masa dengan keluarga debat.

Aku rindukan mereka semua. Aku rindu akak-akak debat dan abang-abang debat aku.

rindu!

terasa aku punya adik-beradik yang ramai dengan keluarga debat ni.

terima kasih semua.

semalam terserempak dengan abg din dan abg kaza di kedai makan. sempat aku duduk berbual dengan mereka berdua. terasa terubat rindu pada keluarga debat bila mendengar celoteh abg kaza. terasa terubat rindu pada keluarga debat bila melihat senyuman bergula abg din. malam semasa latihan kebakaran KUO, rinduku juga terubat bila melihat kak sheera. Ahhh, bila lama tidak meluangkan masa dengan keluarga debat, terasa aku memang sangat menyayangi kalian. 

mungkin banyak makan semut

Salam'alaik. Saya Ain. Kamu tahu kan? Saya Nurul Ain Fathihah. Tapi cuma itu. Banyak perkara tentang saya yang kamu tidak tahu. Tak mengapa. Saya tak minta semua orang tahu segalanya tentang saya. Biarlah rahsia, ala-ala Datuk Siti aka Makcik Tudung Minimum.

Antaranya tentang saya, saya bukanlah seorang yang amat kuat ingatannya. Walaupun saya pelajar Sains yang dikatakan kuat menghafal. Itu bukan saya. Saya sukar mengingat perkara yang pada saya, remeh-temeh. Nombor telefon yang saya ingat, cuma nombor Baba, Mama, Cik Amal, abang sayang Pakcik Padil dan nombor saya sendiri! Jalan dan arah menuju ke destinasi tertentu, sekitar rumah saya dan Penang, jangan harap la saya akan ingat. Lupa. Dilupakan. Melupakan. Hehehe...

Agak memalukan, setelah berkali-kali-kali menjejak kaki je Gurney Plaza, Penang pun, saya masih tidak dapat mengecam tempat-tempat tertentu, arah ke GSC di aras atas, arah ke surau Gurney Plaza, kedai buku Popular di aras berapa, dan bla3.... Berkali-kali juga saya tersesat di situ, lantas menjadi bahan ketawa Cik Nadiah dan Cik Amal. Juga bakal doktor Nabil yang senget. Belum dikira tempat-tempat lain yang memang menjadi laluan saya secara rutin. Huhu...agaknya banyak makan semut kot.

Tambah membuatkan saya kelam-kabut, saya agak sukar mengingat tarikh. Apa saja tarikh. Tentunya tarikh hari ulangtahun kelahiran dan tarikh-tarikh lain. Ahh, seringkali saya anggap, tarikh-tarikh itu semua adalah suatu perkara yang remeh untuk saya ambil tahu. Semasa saya di tingkatan lima barulah saya berjaya mengingat tarikh-tarikh penting ahli keluarga saya. Fuhhh...

Ada suatu kejadian berkenaan tarikh yang sehingga hari ini membuatkan saya malu. Aduhhhh! Malu! Syahdan, tersebutlah kisah..satu tahun yang lepas, di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, sekitar hampir seminggu sebelum study week menjelang peperiksaan akhir semester dua. Selama lebih setahun saya kenal abang sayang Pakcik Padil, memang saya tidak begitu ambil tahu ulangtahun kelahirannya. Ahh, sepertinya..hal agak remeh. Cuma satu yang terpahat di minda, sama ada tarikhnya jatuh pada 28 Mac atau 29 Mac.....29 Mac atau 28 Mac. Selama lebih setahun jugalah saya berteka-teki. Nak bertanya empunya badan? Huhu, tak mahu la...nanti mesti abang sayang Pakcik Padil fikir saya tak endahkan tarikh penting dia.

Memang sudah perangai saya, jenis redahhh je! Ahh, tak kisah la mana-mana pun. Dengan yakinnya saya memahat fikiran, ulangtahun kelahirannya pada 28 Mac. Yakin! Pasti!

Malam 27 Mac, saya terfikir sesuatu. Hajat di hati mahu buat sesuatu yang romantis kononnya..Ahhh, indahnya kalau menjadi dan si dia terharu. Pasti si dia akan mengenang saya sebagai seorang kekasih yang romantis, baik hati, comel, kiut, miut bla3333....!

Dengan muka keterujaan tahap tinggi, saya memanggil kawan-kawan sebilik, jiran-jiran bilik sebelah, dan Cik Tira di aras bawah. Nak buat apa? Saya minta mereka tolong saya nyanyikan lagu Happy Birthday beramai-ramai. Buat VoiceSMS. Dalam hati, ‘ahh, romantisnya aku!!!” Keterujaan saya persis kanak-kanak dapat lolipop warna merah jambu yang sebesar tapak tangan.

Makanya, menjelang 12 malam, operasi bermula. Saya menetapkan nombornya untuk menghantar VoiceSMS, dan kami mula menyanyi beramai-ramai. Habis lagu, saya dengan gediknya mengucapkan, ‘i love u, sayang......’. Kuat. Terus saya hentikan VoiceSMS itu. Hantar ke nombor abang sayang Pakcik Padil. Kemudian, hati saya berbunga-bunga. Melayang-layang. Menunggu reaksi si dia. La la la..

5minit kemudian..... satu SMS menyusul. Pasti. Dari si dia.

“huhuhu, bukan hari ni la Ain. Esok la”

Hah?? Waaa! Terus saya menjerit. Maluuuuu!!!! Kawan-kawan yang masih melepak di bilik saya terus bertanya. Apa halnya? Weiii, birthday pakwe aku bukan hari ni, esok la! Macam mana boleh silap tarikh ni!

Serentak dengan itu, terasa darah menyerbu ke muka. Panas. Hangat. Yang pastinya, saya malu. Nak tergelak pun ada. Demi cover malu, saya bantai gelak, digelakkan dan tergelak-gelak dengan semua yang ada di situ.

Kutukan demi kutukan saya terima. Apa la Ain, tarikh penting macam ni pun boleh silap. Malangnya pakwe kauuuu.

Mujur si dia tak begitu kisah hal itu. Heh, lega! Selamat. Buatnya dapat pakwe yang mengada-ngada dan merajuk, jenuh laaa saya nak buat operasi memujuk pula.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Tua buat abang sayang Pakcik Padil, selamat ulangtahun kelahiran ke-22, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki, moga sukses dalam pelajaran, kerjaya dan masa depan. Moga cepat-cepat kawen dan dapat anak-anak yang comel macam Ain. Ahaks!

Saturday, March 28, 2009

Pil 'Chi-kit' Teck Aun

Saya ada seorang kawan. Nama kawan saya Raja Nur Aimi. Jangan main-main dengan nama dia. Dia ada susur galur keturunan raja. Raja kelantan kut. Saya panggil kawan saya, Amy. Dia dari Pahang. Dia juga suka makan budu. Macam saya.. hehe.

Malam tadi, saya keseorangan. Amy pergi senamrobik di dewan KUO. Tak mengapa lah. Maka saya tertidur awal. Letih barangkali. Tidur yang lena.

Hampir jam 2pagi, saya terjaga. Dikejutkan Amy. "kau ada nampak HP aku tak? hilang laa"

"hah? HP hilang!" serta merta saya terus mencapai HP saya. Mendail ke nombor Amy. "tak dapat la cik kak, masuk voicemail"

huhu..kebiasaan kami berdua, kami memang tak reti nak duduk bilik. Memang sentiasa lepak di ruang tamu rumah, atau meja makan. Segala buku-buku (sebenarnya jarang ada buku dengan kami), laptop, nota-nota, tugasan kuliah dan barang peribadi (HP, beg duit) kami memang ada di ruang tamu. InsyaAllah. Kami yang berfikiran baik dan sopan ni beranggapan semua orang pun baik. Yela, dalam rumah sendiri, takkan barang nak hilang pula kan kan?

Semalaman mencari, sah! HP Amy hilang. Model Samsung yang agak tergiur untuk sesiapa yang melihat. Huhuhu. Kesian dia. HP hilang dalam rumah? Bukan menuduh, tapi entah siapa la yang panjang tangan. Harap tangan orang yang panjang tangan tu naik kudis. Padan muka!

Keesokan pagi, Amy sakit perut. Keluar masuk bilik air. Huhuhu. Sebelum pukul 11pagi saja, dah 10kali dia keluar masuk bilik air. Kesian dia,. Cirit-birit pula. Ahh, malang bertimpa-timpa. Melihat Amy yang macam dah nak pitam, saya sebagai teman sebilik yang prihatin + comel + kiut plak tu, ke rumah Teh. Nak minta ubat. Teh bagi saya Pil 'Chi-kit Teck Aun'. Sebelum saya keluar untuk ke kelas BSMM, saya letakkan ubat tu, dan air suam segelas atas meja makan. "Nanti kau makan ubat ni tau, Amy! Teh cakap okey jugak ubat ni. Nanti hilang la sakit perut kau tu"

----------malas nak cerita pasal kawad BSMM tadi-----------

Balik rumah, saya lihat ada Suzi di ruang tamu. Lepak bersembang dengan Amy. Segera saya tanya Amy, "kau makan tak ubat tadi?"

"Aku tak boleh telan la ubat tu. Rasa jamu. Tu pun aku dah masukkan dalam air"

"Hah? kau larutkan ubat tu dalam air ke? Oit, orang telan terus je la ubat tu. tak payah nak larutkan dalam air dulu.."

"yeka, mana aku tahu. Tak penah makan pun ubat tu..... Apasal kau letak air sebelah ubat tu.. Aku ingatkan nak kena larut dalam air dulu..." dengan mimik muka kesian. Alahaaiiii Amy..

serentak tawa saya dan Suzi bergema. Hehehe...

Jom Bersama Masuk Zoo...1

Kenangan program 'Jom Bersama Masuk Zoo'..

anjuran bersama siswa/i Biologi semester 2 di bawah Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Sekolah Kebangsaan Sultan Idris 2. Nama dah sama kan? Sultan Idris. Tapi bukan Sultan Idris yang sama ya..

Di bawah seliaan pensyarah Biodiversity of Protist & Animalia kami, Cik Mai Shihah binti Abdullah..kami dah mulakan gerak kerja program ni sejak minggu kedua semester ini. Awal betul! dekat nak hujung-hujung semester ni, baru program kami berlangsung. Berjaya @ tidak? Akan dinyatakan di entri akan datang.

Pada saya secara peribadi, memang terasa terbeban mulanya dengan tugasan ini. Serasa tidak yakin. Huhu, Cik Mai, kami baru semester dua, mampukah kami anjurkan program macam ni? Kami tiada pengalaman, kami masih baru. Mampukah kami? Heh, sangat pesimis pula saya ni. Dengar ya, tidak bagus bersikap pesimis...untuk kelangsungan hidup.

Bermula gerak kerja program ini, daripada memilih sekolah bertuah, pengurusan penginapan, pengangkutan, makanan dan blaa3....hadiah dan cenderahati..saya dan semua rakan-rakan sejurusan mula menjadi rapat. Yela kan..sebelum ni keluar kelas masuk kelas...tak sempat nak kenal semua pun. Sebelum ni, saya tak tahu pun kelas seBio saya ada begitu banyak AIN. Nur 'Ain Ibrahim (ahli MAjlis Tertinggi yang ditugaskan memantau unit kami), Nur Ain Fikri, Ain Nabilah, Ain Fathihah. Yang pasti, semua AIN ni memang comel-comel belaka. Dah la comel, kiut plak tu. Dah la kiut, baik hati plak tu...arr, apa lagi eh.. Yang payah, kesemuanya AIN yang comel dan kiut ni diletakkan di bawah satu unit. Unit Aktiviti. Ahh, memang payah. Sekali sesiapa memanggil AIN...semua kami serentak menoleh dan menyahut. Kemudian tertawa..

Unit Aktiviti diketuai oleh Marena Saad..Robiah Romli (kena panggil Ruby, dia akan marah bila sesekali saya menyakatnya, memanggilnya Robiah).. Konco-konco di bawahnya...Ain Nabilah, Ain Fikri, Ain Fathihah, dan Raja Nur Aimi..dipantau oleh 'Ain Ibrahim..

Banyak lagi nak tulis..hehe..ni baru mula merancang program..belum perlaksanaan lagi..tunggu je la entri akan datang. Saya perlu sudahkan tulisan sekarang...

p/s : perlu bersiap ke kelas BSMM, kawad! huhu, tak suka kawad. Muka jadi berbelang..wuuu

Thursday, March 26, 2009

tak nak umur 20 tahun depan!!

ni gambar semasa masih hingusan. teka umur berapa?

Salam'alaik. Sempena saya akan berumur genap sembilan belas tahun minggu depan, rasanya nak tulis entri pasal ulangtahun kelahiran pulak.. tahun ni tahun terakhir saya berumur belasan tahun. Huhu, tahun depan dah dua puluhan..wuuu, tak rela!! umur puluh-puluhan macam dah tua sangat kan? (maaf ya kak bieb, kak matun, sheera & bae..korang semua memang dah tua, kan kan?)


Bila tiba ulangtahun kelahiran, bukan semata-mata bergembira berseronok dengan pertambahan usia. Matang la konon? Umur sekadar angka. Apalah yang ada pada umur 23 kalau pemikiran dan perangai mengalahkan remaja si manis 15. Kadang-kadang kita boleh jumpa remaja yang nampak macam budak-budak, saiz badan macam si cilik 12, tapi pemikiran dan ideanya mengalahkan yang si 23 tadi. Jadi, kematangan bukan pada angka umur kan?

Perlu diingatkan, tarikh ulangtahun kelahiran juga merupakan peringatan. Dah kurang setahun kita hidup. Dah makin kurang tempoh masa kita diberi nikmat bernafas. Amal ibadat? Iman dan amal? adakah bertambah seiring dengan pertambahan usia, atau masih naik turun, (iman yazid wa yankuz) yang lebih banyak turun dari naiknya..

sambil-sambil tulis pasal ulangtahun kelahiran ni, nak selit-selit juga menjawab tag. entah tag siapa, dah tak ingat. yang penting jawab juga kan.. 10 perkara yang diinginkan semasa hari jadi..macam ni la lebih kurang tajuk tag tu..Ehem-ehem, sebelum tu..sebagai pelajar biologi, saya lebih suka gunakan istilah 'hari lahir' atau 'ulangtahun kelahiran'.. Bukan hari jadi. Sebab? yelaa....hari jadi kita kan sembilan bulan sebelum hari kita lahir. Bab ni kena pergi tanya mak ayah korang, bila hari jadi korang. Errr, kalau rasa-rasa berani nak kena penampar, sila la tanya..hehe..

1. Saya masih nakkan patung itik kuning yang besar sepemeluk. Itik tau, bukan ayam. Dari tingkatan dua dulu dah mencari-cari patung itik kuning yang besar.. Nak buat teman tidur. Tapi sampai sekarang belum jumpa. Kalau jumpa pun, rupanya agak susah nak beza..itik ke ayam, ayam ke itik..

2. Saya nak jadi seorang yang rajin menelaah pelajaran. Ahaha, sangat choi.. Ni azam berulang sejak tingkatan satu. Setiap kali dapat keputusan peperiksaan yang teruk, akan buat azam ni. Setiap kali tahun baru dan hari ulangtahun kelahiran, pun akan buat azam ni. Huhu, hasilnya? Agak hampas. Tapi tak apa lah, asalkan ada cita-cita yang baik. Saya memang seorang yang bercita-cita tinggi. Hihihi..

3. Saya nak sangat-sangat-sangat berada dengan keluarga pada 3 April ni. Huhu. Tak best la sambut hari lahir sorang-sorang kat sini. Amat! Anak manja, mesti la nakkan sentiasa dekat dengan keluarga kan. Tahun lepas, malam 3 April tu saya menidurkan diri dengan secepat mungkin. Handphone pun ditukar mod senyap. Sayu laa.. Waaa, ain mengada.

4. Saya akan terasa hati kalau orang-orang terdekat lupa hari lahir saya. Siapa orang terdekat? Hehe.. Keluarga..Baba, Mama, adik-adik.. (bab adik-adik ni dimaafkan, sebab kalian semua memang tak ingat pun hari lahir Tata, kan?) Sahabat tercinta, Cik Amal.. Dia ni kalau lupa nak wish, memang akan dibelasah cukup-cukup sekejamnya. Tapi, sejak tingkatan dua, dia memang tak pernah lupa. Antara orang terawal mesejnya masuk ke HP saya. Lagi...Cik Tira. Kalau kau lupa birthday aku, tira...tak nak pergi kenduri kawen kau nanti. Eh, ada kaitan ke? Wuu.. Che Abg.. tutttt! Erm..lagi..kawan-kawan AP. Ada yang masih tak lupakan saya. Teman-teman saya yang manis, Cik Tasneem & Azlan. Hehehe. Hari tu, Azlan telefon saya dari Autralia, dengan suara yang amat bersalah minta maaf sebab lupa birthday saya. Ahaks! Dia keliru 4/3 ke...3/4.. Saya pun kadang-kadang keliru, Lan apatah lagi. Kan kan?

Selalunya, sepanjang malam birthday, saya memang tak dapat tidur nyenyak. Sepanjang malam sampai ke awal pagi akan ada yang menelefon. Wuu! & bila bangun tidur, akan ada berlambak-lambak mesej dalam inbox. Terima kasih semua.. muahh3x!


5. Saya nak tambahkan berat badan. Huh? Kecik molek sangat laa..tak best. Susah cari baju. Kasut jangan cakap la..payah amat nak jumpa sepatu/sandal yang berkenan di hati sekaligus sepadan dengan saiz kaki. Saiz lima, jarang nak jumpa. Saiz empat, alahai memang takda kut.

6. Saya nak ada kamera sendiri. Geram! Pergi merata tapi tak dapat abadikan kenangan puas-puas. Ehem, ain..jangan kufur nikmat. HP kau, Nokia 6630 tu kan dah ada kamera. Jangan membazir. Tapi tak puas la..gambar tak cantik. Ain, bersyukur la ada HP yang memuaskan hati. Huhu. Yaa, baiklah. Semester depan saya berhajat nak beli kamera digital sendiri. Ahaks! Budak tak makan dek nasihat.

7. Saya bercita-cita nak pakai kanta lekap. Tapi Baba tak bagi. Dia cakap nanti kanta lekap tu pecah dalam mata, nanti kanta lekap tu hilang masuk dalam mata, bla..bla..bla... Hehe, sebagai anak yang taat, saya akan tunggu sampai dapat kebenaran dulu. Sampai sekarang saya rimas pakai cermin mata. Tak comel rasanya.

8. Saya nak tukar cermin mata kepada paten yang akan buat muka saya nampak tua sikit. Haha, nak buat macam mana kan..dah muka bajet budak-budak. Bila saya buka cermin mata, memang nampak sangat si kenit 12! 

9. Saya nak belajar memasak. Errr, yang ni tak nak komen apa-apa.

10. Saya nak lebih kreatif (sebenarnya lebih rajin) mengemas. Ni pun tak nak komen apa-apa.

11. Ohh Mama, saya mahu kawen! 

Tuesday, March 24, 2009

tahniah

tahniah pasukan debat KHAR yang dah johan debat NC..

tahniah buat Aini, Hafiz dan Baehaqi..

tahniah buat semua pendebat UPSI

Sunday, March 22, 2009

happy birthday

selamat ulangtahun kelahiran buat

1. Kak Matun

2. Kak Bieb

3. Kery aka khairiah

Moga kalian berjaya dunia & akhirat

Jaga diri hiasi peribadi

Friday, March 20, 2009

kamu, mari sini!

Hei kamu!

kamu.

iya

kamu yang di sana

mari ke sini

ya, kamu mari ke sini.

sekarang

tiada apa

.:cuma:.

saya rindu

rindu kamu

..:saya rindu kamu:..

Thursday, March 19, 2009

saat terakhir


Salam'alaik. Sekarang ni mesyuarat seBio sedang berlangsung. Terakhir kali sebelum esok pagi bertolak ke Kuala Kangsar.

6.30 pagi beb! Awal kan.....

Harap semuanya berjalan lancar. Kami dah mengorbankan apa yang boleh dikorbankan untuk program ini.

Demi Cik Mai.

Demi Biodiversity of Animalia.

Demi keintelektualan kepelbagaian hidupan.

demi 40% markah...hwa3!

tengah-tengah malam buta..tiba-tiba aku menyanyi dengan agak kuat lagu ni..Jom, kita ronggeng nyanyi sama-sama..

GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia,
Berikrar & berjanji,
Membimbing & mendidik,
Putera puteri negara kita,

Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua,

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu,
membina,
Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan.


laa laa laa

Macropus rufus


Ni la 'haiwan angkat' aku & Amy.. Red Kangaroo..

zoo

JOM BERSAMA MASUK ZOO

program bermarkah untuk subjek Biodiversity of Animalia

kerjasama dengan Zoo Taiping dan Sekolah Rendah Sultan Idris, Kuala Kangsar.

bila?

hujung minggu ini juga..

kecewa...dan terkilan

hermmm...

tak tahu nak tulis apa

rasa sangat kecewa dan terkilan

amat!

huhu

tak dapat sertai debat NC hujung minggu ni

arghhh!

kenapa aku perlu memilih..kenapa dua program yang penting bagi aku ni bertindihan..kenapa aku tak boleh 'regenerate' diri sendiri supaya wujud dua ain fathihah..sorang pergi debat NC, sorang pergi kuala kangsar..(ehh, takut dua-dua ain berebut nak p debat NC pulak!)

cuma

antara pelajaran dan minat

terpaksa la aku memilih pelajaran...

kan kan?

aku yakin pilihan aku betul

walaupun agak mengecewakan hati sendiri..

apa pun, moga berjaya kepada semua kawan-kawan yang akan bertanding Debat Naib Canselor hujung minggu ni ya....moga berjaya!

Monday, March 16, 2009

Sg.Samak dalam renyai hujan

Sangat-sangat best! Luang masa dengan geng kelab debat..Terima kasih pada Kak Matun, Kak Nadiah, Kak Bieb, Kak Sheera, Abg Kaza, Abg Bae, Fawis...& Ain Ibrahim, Emyra


Perkara 1 ## Disebabkan saya nak sertai keluarga debat pergi Sg.Samak, saya tidak pergi ke pasar malam Tanjung Malim...arrr, terlepas 20rm..(nanti saya ceritakan apa kisahnya)
Perkara 2 ## Saya menunggu Puan-puan Besar (k,Matun, K.Bieb, K.Nadiah) di foyer blok 1, sambil menonton cerita hindustan. Hampir setengah jam menunggu, saya sempat terlelap di sofa depan tv tu...huuu..biasa la makcik-makcik memang lambat bersiap.
Perkara 3 ## Teringin sebenarnya nak sertai K.Sheera, Fawiz, Ain Ibrahim & Emyra berbasikal ke Sg. Samak, tapi tak disuarakan...segan pula...lagipun bimbang saya dah lupa macam mana mengayuh basikal..huhu
Perkara 4 ## Kereta tak muat!!! Ada Kak Nadiah (supirnya), Baehaqi, Kak Matun, Kak Bieb, Kaza dan saya! Arghh, mesti saya mangsanya. Mangsa apa? Yela..sepanjang perjalanan saya kena duduk atas riba kak Matun. Elehhh, tau la saya kecik kan? Tapi kak bieb pun kecik jugak!! Sakit bontot tau kena duduk atas riba orang camtu...mujur kak Matun empuk jugak..hehe
Perkara 5 ## Pertama kali saya sambut birthday kawan-kawan dengan tepung. Sanggup Puan-puan Besar bertiga singgah kedai runcit dulu untuk beli tepung gandum. Kaza sorokkan dalam seluar dia yang seksi, sebelum baling tepung pada Baehaqi & Sheera.. Ahh, tapi akhirnya semua orang pun kena tepung jugak..Putih batu-batu kat sekitar kami dengan tepung gandum. Putih juga muka kami dicomotkan tepung. Tapi memang seronok la..dah la main dalam sungai..Tak lupa, Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk Baehaqi & Sheera..
Perkara 6 ## Sangat seronok main gelongsor ala-ala Sunway Lagoon. Caranya? Duduk di kawasan jeram yang airnya deras, dan biarkan diri anda dibawa arus! Ahaha, memang seronok. Buat keretapi dengan kak bib, kak sheera, & ain ibrahim..Gelongsor beramai-ramai. Yang ringan, macam saya dan kak bib, selalunya dibawa arus deras lebihhhhh jauh dari kak sheera yang _ _ _ _ _?? Hihihi
Perkara 7 ## Makan-makan atas batu, masing-masing kelaparan lepas main air ..makan ramai-ramai..saya sebenarnya terasa sedikit sebak masa ni..Ahhh, sayangnya saya pada keluarga debat. Sayang sangat!
Perkara 8 ## Masa dah nak balik tu..sangat sayu..wuu, detik-detik indah bersama keluarga debat saya di Sg.Samak dah berakhir..Rasa taknak balik! Tapi dah sebab Mama Matun suruh balik, keluar la dari air dengan rasa berat hati. Hehe..mama matun?
Perkara 9 ## Kalau Abu Handhalah, Hafiz dan Aini ada lagi seronok..kan kan?
Perkara 10 ## Kalau semua keluarga debat ada, lagi meriah kan kan?
saya sayang semua kawan-kawan saya
saya sayang semua teman-teman saya
saya sayang semua sahabat-sahabat saya
saya sayang semua kakak-kakak saya
saya sayang semua abang-abang saya

terima kasih semua
yang telah memberi jalur warna pelangi dalam hidup saya.
warna yang terindah..

Sunday, March 15, 2009

Kepelbagaian hidupan di Kalumpang

Kalumpang dalam kenangan. Ada jodoh kita berjumpa lagi..mesti! hehe..insyaAllah..
Terima kasih pada kawan-kawan seBio saya yang manis.. Amy, Teh, Na, Ecah, Syahiran & Acap..



Friday, March 13, 2009

sang hero pujaan

"Demi cintaku padamu, ku korbankan jiwa dan raga,
biarpun harusku telan lautan bara.
Demi cintaku padamu, ke mana pun kau kan kubawa,
ke hujung dunia ke bintang kejora.."

Tahu lagu ini? Alaa, lagu lama ni..jiwa-jiwa sikit.. Saya tujukan lagu ini buat sang hero pujaan saya yang tersayang, yang tercinta, yang saya rindui selalu....muahhh3x! Love U..!!

Gambar apa ini? Yang ada muka tikus tu...bantal bucuk saya..bucuk sungguh bantal ini, tapi bantal ini la teman tidur saya sejak di matrikulasi, sejak berjauhan dari keluarga, sejak tidur saya tidak sebumbung dengan baba, mama dan adik-adik. Saya tak suka basuh bantal ini, sebab bila lepas basuh, bau saya pada bantal ini akan hilang. Hahaha, bucuk! Tapi, nak tak nak, setiap bulan saya akan basuh bantal ini. Supaya wangi..(tapi saya lebih suka baunya yang bucuk, menusuk sukma..ahaha!)

Sebenarnya bukan nak bercakap soal bantal ini. Saya nak cakap soal benda bercorak kotak-kotak atas bantal tu. Apa tu? Ahaaa, kain pelikat lalala, kain pelikat lalala, kain pelikat diguna pelbagai cara..aaa...aaa... Uit, orang perempuan pakai kain batik la ain, bukan kain pelikat. Pelikat ni orang lelaki yang guna! Elehh, suka hati la..wekkk!

Ini kain pelikat sang hero pujaan. Saya curi (ambil tanpa beritahu) dari rumah, bulan lepas, semasa saya tergesa-gesa balik rumah tanpa rancangan awal. Malam pertama tidur di rumah selepas kian lama (hampir dua bulan, lamaaaa tu untuk seorang anak manja macam saya), saya cuma tidur di sofa di ruang tamu. Kononnya menyiapkan tugasan berkumpulan, subjek EDU. Menaip satu perenggan, kemudian saya pergi main dengan adik. Menaip dua ayat, saya pergi bersembang dengan mama. Menaip tiga perkataan, saya dah tertidur-tidur atas sofa tu. Tidur tanpa bantal, tanpa selimut. Malamnya, dalam sedar tak sedar, saya terasa-rasa seseorang menyelimutkan saya. Owhh, sesuatu yang menghangatkan badan saya tika malam yang amat sejuk. Dah tidur pun betul-betul bawah kipas, memang la sejuk amat kan? Itulah tidur saya yang amattttttt nyenyak setelah beberapa lama.

Bangun esoknya, saya spontan melipat pelikat ini, sumbatkan dalam beg laptop. Entah kenapa. Secara tiba-tiba saya jatuh cinta pada pelikat ini. Sebab ini pelikat hero pujaan saya.

Sehari kemudian, pelikat itu masih ada dalam beg laptop saya. Tidak saya keluarkan. Saya tak tahu mengapa. Saya tahu pelikat itu belum berbasuh, sebab ada bau sang hero pujaan.

Semasa sedang bersiap-siap untuk ke stesen keretapi Butterworth, saya mengemas beg laptop. Periksa semua barang-barang yang dibawa balik, telah disimpan dalam beg ini. Tak perasan Mama ada di depan. Usai nampak pelikat kekasihnya ada dalam beg saya, mama tanya "ehh tu kain Baba nak buat apa letak dalam beg?" Alamak! kantoi. Apa nak jawab ni..huhu..takkan nak mengaku saya curi pelikat Baba, nak buat ubat rindu pada keluarga. Huhu.. Soalan kedua dari Mama, "nak buat apa kain Baba tu? meh Mama nak simpan" Saya masih mendiamkan diri, buat tak tahu dengan soalan Mama. Seketika kemudian, saya hela nafas paling berat. Lepas. Menjawab, "err, kain ni nak buat kain basahan mandi..ehh, bukan. Tata nak buat lapik iron kat UPSI.."

Malamnya, semasa perjalanan pulang ke Tanjung Malim..di dalam gerabak 4, KTMB.. kain itulah yang saya peluk sepanjang perjalanan.. (n_n) Buat selimut, hangat. Sampai hari ini, kain ini teman tidur saya. Huhu, dua minggu lepas, saya terpaksa basuh dengan berat hati sebab tertumpah air teh pada kain pelikat ini.

Sesiapa yang baca entri saya kali ini, tolong jangan beritahu Baba & Mama saya pasal entri kali ini. Sebab mereka mesti akan gelakkan saya. Anak manja. Kakak manja. Anak manja Baba. huhuhu...

Wednesday, March 11, 2009

ubat perisa buah

Salam'alaik. Dua minggu lepas saya mula batuk-batuk. Tambah selsema pula. Badan kuat berkerja agaknya. Badan tu tak cukup rehat tu. Bebel sang belahan jiwa. Tapi, saya lagi rindu bebel sang hero pujaan. Rindu gagah dan lembut tangan hero pujaan saya yang membelai-belai melegakan jika saya ditimpa sakit.. (beremosi...arghh, nak balik rumah)
Seminggu tak sihat badan, saya gagahkan kaki ke Pusat Kesihatan UPSI. Saya paling malas ke klinik. Amat! Fobia dengan bau ubat dan hospital. Cukup lah berumah-tangga hampit sebulan di hospital Penang suatu tika dulu.
Seperti biasa, (padahal saya tidak biasa) ambil nombor giliran dan menunggu di kerusi empuk. Ahh, lamanya. Bosan. Berseorangan.

Akhirnya tiba giliran saya. Jumpa doktor wanita yang comel (mulanya merungut dalam hati kenapa tidak berjumpa doktor lelaki yang kacak, hihihi). Mengadu itu ini. Doktor wanita menunjuk prihatin. Ahh, terharu. Andai doktor itu ibu saya, pasti ku peluk. Kemudian, ambil ubat di farmasi. Aduhh, comelnya beg ubat. bertulis..
PUSAT KESIHATAN UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
Semoga Cepat Sembuh

Bila sudah balik ke KUO, baru saya membelek ubat yang ada dalam beg kertas kecil yang comel itu. Ubat selsema, ubat batuk dan bla3.. Tergelak seketika, ubat batuk tu...labelnya

Expectorant, Antihistamine

Clears chesty cough

Mixed fruity flavour

Hihi, doktor ini ingat ubat kanak-kanak ke..siap ada perisa buah. Hihihi... Ini ubat orang dewasa lahh..

Err, petangnya..saya tertidur-tidur hingga ke malam. Mata langsung tak boleh dibuka. Mengantuk amat! Sebab? ter-over dose ubat batuk. Tu laa, sapa suruh bagi ubat yang rasanya sedap. Kan saya dah makan dua sudu besar. Rasa ubat yang manis dan sedap. Hahaha.

aku bukan belangkas

(Entri ini khas untuk adik-adik saya di rumah. Kalian yang lain, jangan menyibuk)
Kamu pernah tengok belangkas? Alaa, bukan belangkas couple bercinta yang berkepit 24jam itu. Bukan, bukan. Belangkas betul ini. Saya pun pertama kali tengok belangkas secara langsung (life laa, hehe) Belangkas ni dalam bahasa inggeris, namanya Horseshoe Crab. Nama saintifiknya, Limulus polyphemus. Belangkas ni haiwan yang unik. Ia takkan ditemui kecuali bersama-sama pasangannya. Haa, sebab tu la timbul perumpamaan 'berkepit macam belangkas' tu. Darah belangkas ni warna biru, sebab dalam darah dia takda hemoglobin macam darah kita. Tapi darah belangkas ada pigmen hemocyanin. Tadaa! comel kan darah dia warna biru.
Ini la rupa belangkas. Mahasiswi/a Biologi semester dua kena belek-belek belangkas ni dalam Lab Biodiversity. Ada lagi la haiwan lain yang sama waktu dengannya, tapi saya lebih jatuh hati dengan belangkas. Sebab jatuh hati tu la kami (saya dan kawan-kawan) buli dia. Terbalikkan belangkas tu. Ketuk-ketuk exoskeleton (kulit luar tuu, yang keras tuu) dia dengan pensil. Geletek bahagian dalam belangkas tu, seronok pula tengok kaki dia gerak-gerak.. HeheheComel kan encik-encik belangkas ni. Kenalkan, yang terbalik tu nama dia Encik Wahab..yang lain-lain tu jiran-jiran Encik Wahab (ahaha, sesuka hati ja letak nama)Bahagian ni paling best! Kami sempat anjurkan Pertandingan Lumba Belangkas dalam makmal tu.. Ahaa, pertama kali dalam sejarah ni..mesti orang lain tak pernah buat kan. Caranya, letak belangkas-belangkas yang dipercayai gagah atas lantai, pastikan sebaris. Lepas tu ketuk-ketuk sikit belangkas tu..supaya dia bergerak. Hahaha..belangkas mana laju, dia la menang. Belangkas Azie menang!! Yuhuuu...
Pemerhatian :
1. Belangkas kecil bergerak paling laju
2. Belangkas besar bergerak paling perlahan
Inferens :
1. Belangkas kecil bergerak laju kerana dia rajin
2. Belangkas besar bergerak perlahan kerana dia malas
Teori :
1. Budak kecik comel
Praktikal :
1. Kalau Ain berlumba lari dengan Hafiz, rasanya Ain menang. Tertinggal Hafiz termengah-mengah di belakang.
"Hoi Ain, cepat la buat lab report, asyik siap lambat jaa ni. Apa tu gelak-gelak depan laptop. Cepat buat!!" kata Amy.

blog berhabuk

ada yang asyik bertanya aku
kenapa blog kian berhabuk
dah ada habuk ke?
cuma seminggu tidak disentuh

jiwa kacau
aku tak punya kekuatan untuk menulis

cuma
malam ini
keghairahan menulis blog timbul semula
setelah meluangkan masa dengan kerenah keluarga debat aku

bahagia
sekali lagi

terima kasih kerana ada dia
dan
terima kasih kerana ada mereka

semut dan biskut kacang

SEMUT NI DITANGKAP KETIKA SEDANG CUBA MELARIKAN TIGA KEPING BISKUT KACANG AKU!!

AKU TAK TAHU SAMADA NAK KATAKAN SEMUT INI GAGAH SEBAB MAMPU MENGANGKAT 3 KEPING BISKUT SEKALIGUS

ATAU

SEMUT INI TAMAK SEBAB MEMBOLOT 3 KEPING BISKUT SEKALIGUS!!

EHEMM, LETAK BALIK ! SEKARANG!

sharing is caring

caring is loving

Tuesday, March 03, 2009

hormon kak sheera

Melepasi jam dua belas tengah malam semalam, saya teringat hari lahir kak senior debat saya, kak sheera. Apalah salahnya kalau saya menghantar SMS tanda ingatan kan. Kebetulan tidak berjumpa dia malam itu. SMS saya,

"dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis. peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata itu tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-22, MOGA DIPERMUDAHKAN JALAN OLEHNYA."

tak sampai lima minit, SMS balasan menyusul..berbunyi,

"TQ, jangan lupa doakan aku cepat kawen tau..huhu"

erkkk? saya cuma tersenyum sendiri. Isk...isk...isk...gatal jugak rupanya akak debat aku ni..hehe

Monday, March 02, 2009

teman saya, Azlina

salam'alaik.. Apa khabar semua? Sihat ka? Sila buka buku teks Biologi mukasurat 34 ya. Baca tanpa nada...bla3....latihan..peperiksaan....buku rekod pelajar....rancangan mengajar...guru besar, guru kecik bla3...adoiii...itu ke kehidupan aku selama 30tahun mendatang?

tapi, tak semestinya aku panjang umur sehingga boleh lepas umur pencen kan. Ajal maut jodoh dan pertemuan di tanganNya (ayat klise). Minggu lepas, saya dan kawan-kawan seBio dikejutkan dengan berita kematian abah sahabat kami, Azlina.. Al-Fatihah.. Sakitnya rasa kehilangan seperti itu, saya tak pernah tahu dengan mendalam.. Saya cuma boleh bersimpati dengan Na, tapi kesedihan yang dia alami saya takkan dapat fahami. Sungguh, kawan saya yang seorang itu memang seorang yang tabah. Dalam senyumannya, masih ada simpul-simpul kesedihan yang tampak..

pagi ini, saya bangun agak awal. Niat kononnya nak mengulang kaji sedikit subjek EDU, tapi...hehehe...masa dihabiskan dengan melayari internet pula.. Sambil-sambil itu, saya sempat menjengah ke FS Group Melur_AIGS dan Upsi_BIO. Dah lama saya tak menapak ke sini. Membaca coleteh kawan-kawan membuat saya tersenyum seorang diri. Namun, mata saya terpaku suatu coretan panjang..... dari Azlina, untuk abahnya yang dah pergi menemui Dia..

salam..n salam sejahtera
hmm..firstly thank for all atas ucapan takziah..

tipu la kalau kata xsdey..
tapi insyaALLAH na akan cuba mulakan hidup baru ni dengan lebih baik..

suka na coretkan cket di sini sedikit pasal abah na..

abah yang disayangi..
kau pergi dulu...
tanpa sempat kringatku mengalir untuk membalas jasamu..
berjuta kenangan terindah kau tinggal dalam diari hidupku..
19 tahun bersamamu...
suka duka, sakit sihat, dikaulah tempat aku mengadu..

abah yang disayangi,
diri ini x pernah kau tinggalkan parut,
x pernah sejak aku mula mengenal erti hidup,tangan naik ke tubuhku..
marahmu cuma, sekadar jelingan penuh harapan,
manja kami dek murahnya senyumanmu(sesuatu yang aku akan aku rindui)

tawa mu..
telatahmu yang suka bergurau, antara yang aku warisi..
dulu..
diri ini suka menggambarkan dirimu sebagai abah yang comel..
dan abah kali terakhir aku menatapmu..
wajahmu tetap 'comel'..
bagai tidur melepaskan lelah..

terlalu banyak kenangan bersamamu abah,
kenangan yang x mungkin aku lupakan dalam masa seminggu, sebulan, atau setahun..dan aku tidak berharap untuk melupakannya..

namun,
untuk abah,
na akan cuba jadi yang terbaik..
lakukan yang terbaik..
berusaha sebaiknya..
seperti yang abah harapkan..

hanya doa yang mampu ku kirim untuk abah ....

coretan ini..
hanya sedikit dr kenangan pasal abah...

sungguh kehilangan itu..
pahit..

tapi..
sebagai hambaNYA..
aku redha kerna
dia lebih menyayangi abah..

sape yang masih mampu untuk memegang tangan, peluk dan cium abah
masing..berbaktilah kepada abah awk sume..
walau hanya dengan seulas senyuman....
jaga la hati dia..

wassalam..

Belum pun habis membaca bait-bait terakhir nukilannya, muka saya sudah comot dengan airmata. Mampukah saya setabah dia kalau saya ditempatnya?