Monday, March 02, 2009

teman saya, Azlina

salam'alaik.. Apa khabar semua? Sihat ka? Sila buka buku teks Biologi mukasurat 34 ya. Baca tanpa nada...bla3....latihan..peperiksaan....buku rekod pelajar....rancangan mengajar...guru besar, guru kecik bla3...adoiii...itu ke kehidupan aku selama 30tahun mendatang?

tapi, tak semestinya aku panjang umur sehingga boleh lepas umur pencen kan. Ajal maut jodoh dan pertemuan di tanganNya (ayat klise). Minggu lepas, saya dan kawan-kawan seBio dikejutkan dengan berita kematian abah sahabat kami, Azlina.. Al-Fatihah.. Sakitnya rasa kehilangan seperti itu, saya tak pernah tahu dengan mendalam.. Saya cuma boleh bersimpati dengan Na, tapi kesedihan yang dia alami saya takkan dapat fahami. Sungguh, kawan saya yang seorang itu memang seorang yang tabah. Dalam senyumannya, masih ada simpul-simpul kesedihan yang tampak..

pagi ini, saya bangun agak awal. Niat kononnya nak mengulang kaji sedikit subjek EDU, tapi...hehehe...masa dihabiskan dengan melayari internet pula.. Sambil-sambil itu, saya sempat menjengah ke FS Group Melur_AIGS dan Upsi_BIO. Dah lama saya tak menapak ke sini. Membaca coleteh kawan-kawan membuat saya tersenyum seorang diri. Namun, mata saya terpaku suatu coretan panjang..... dari Azlina, untuk abahnya yang dah pergi menemui Dia..

salam..n salam sejahtera
hmm..firstly thank for all atas ucapan takziah..

tipu la kalau kata xsdey..
tapi insyaALLAH na akan cuba mulakan hidup baru ni dengan lebih baik..

suka na coretkan cket di sini sedikit pasal abah na..

abah yang disayangi..
kau pergi dulu...
tanpa sempat kringatku mengalir untuk membalas jasamu..
berjuta kenangan terindah kau tinggal dalam diari hidupku..
19 tahun bersamamu...
suka duka, sakit sihat, dikaulah tempat aku mengadu..

abah yang disayangi,
diri ini x pernah kau tinggalkan parut,
x pernah sejak aku mula mengenal erti hidup,tangan naik ke tubuhku..
marahmu cuma, sekadar jelingan penuh harapan,
manja kami dek murahnya senyumanmu(sesuatu yang aku akan aku rindui)

tawa mu..
telatahmu yang suka bergurau, antara yang aku warisi..
dulu..
diri ini suka menggambarkan dirimu sebagai abah yang comel..
dan abah kali terakhir aku menatapmu..
wajahmu tetap 'comel'..
bagai tidur melepaskan lelah..

terlalu banyak kenangan bersamamu abah,
kenangan yang x mungkin aku lupakan dalam masa seminggu, sebulan, atau setahun..dan aku tidak berharap untuk melupakannya..

namun,
untuk abah,
na akan cuba jadi yang terbaik..
lakukan yang terbaik..
berusaha sebaiknya..
seperti yang abah harapkan..

hanya doa yang mampu ku kirim untuk abah ....

coretan ini..
hanya sedikit dr kenangan pasal abah...

sungguh kehilangan itu..
pahit..

tapi..
sebagai hambaNYA..
aku redha kerna
dia lebih menyayangi abah..

sape yang masih mampu untuk memegang tangan, peluk dan cium abah
masing..berbaktilah kepada abah awk sume..
walau hanya dengan seulas senyuman....
jaga la hati dia..

wassalam..

Belum pun habis membaca bait-bait terakhir nukilannya, muka saya sudah comot dengan airmata. Mampukah saya setabah dia kalau saya ditempatnya?

4 komen tak puas hati:

Atan said...

kehilangan orang yang kita sayangi memang la amat sakit.. namum bertitik tolak dari satu bermula lah satu kekuatan yang akan ujud dalam diri

MaMa MoDeN said...

salam takziah buat na&keluarga. smoga tabah mhadapi dugaan dr ALLAH. Dari ALLAH kita dtg kpd ALLAH kita kmbali. smga roh abah na dtmpatkan dikalangan org2 beriman. Al-Fatihah

neem said...

jaga lah mereka..sebaik mungkin selagi ada peluang. jgn menyesal hari kemudian..

neem penah pk juga. kadang2 sampai nangis. tpi itu ketentuan Allah. ajal maut DIA saja yg menentukan..

Anonymous said...

Siapa pun kita..

Setinggi mana pun kita..

Sejauh mana pun kita berada..

Kita tetap lahir dr perkongsian hidup di antara 2 insan..

Yang bergelar ibu & ayah..

Yang pasti..

Mereka xkn melupakan kita..

Bukan seharusnya..

Tapi..

SEPATUTNYA secara WAJIB!!

Kita sbg anak..

PERLU membalas jasa mereka yg mulia di sisi kita..

Walaupun mereka x pernah menuntut semua itu..

Kita sbg anak..

Perlu ada rasa TANGGUNGJAWAB sbg anak..

Terhadap mereka..

INSYA'ALLAH :)