Monday, January 31, 2011
luruh gigi.
Sunday, January 30, 2011
SK Tg Tokong
Thursday, January 27, 2011
Sg.Tekala - JJ Cheras
Lepas penat memanjat mendaki sedaya upaya Bukit Broga, kami berlima mengambil keputusan untuk pergi mandi sungai.
Sungai Congkak = jarak sejam lebih (kata 'Ain Ibrahim)
Sungai Tekala = setengah jam saja.
okeh, jom!
(sebenarnya masa ni Cik Zety dah merengek nak balik sebab katanya dia kena siapkan proposal. hehe)
Sungai Tekala tak berapa best sebab ramai sangat pengunjung. wuuu.
Selesai menyegarkan badan lebih kurang dua jam di Sungai Tekala, lebih kurang waktu zohor, kami singgah rumah 'Ain, untuk rehat, solat, dan makan-makan (disponsor sepenuhnya oleh Encik Ibrahim).
Demi menunaikan niat Cik Noriswana yang tak pernah tengok wayang dan teringin nak tengok wayang katanya, kami pergi Jaya Jusco Cheras.
Noris = pertama kali tengok wayang
Zety = pertama kali tengok movie seram (seram ke?) di pawagam
Ain Fathihah = pertama kali tengok movie Melayu di pawagam
hehe.
Ini Noris. saya tak suka bergambar dengan orang tinggi. Keketotan terserlah dengan jayanya. Huh, tak mau, tak mau. nak bergambar dengan orang lain pulak.
Ini Aznin. errr, saya masih tidak kelihatan tinggi. Siapa tingginya kurang 150cm? mari lah mari, bergambar di sebelah saya. hehe.
Kaki pendek bukanlah alasan saya tidak memandu. Memang saya belum reti memandu kereta, dan belum berlesan. Jadi 'Ain Ibrahim adalah cik supir setia kami.
Gambar berlima. sob..sob..sob. tiada komen. Waa! dari kiri ; Noris, 'Ain Ibrahim, Ain Fathihah, Aznin dan Zety.
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kenalan Ain Fathihah yang menyambutnya..hehe balik penang ni, boleh tengok tarian naga di kawasan berhampiran rumah. meriah tau Raya Cina di Penang.
Saya dan Zety nampaknya tidak mempedulikan kamera. Wahh, besarnya bekas bertih jagung. Tapi rasanya macam tak cukup saja ni.
Dan saya kelihatannya masih tidak mempedulikan kamera. Makan lagi best!
Tuesday, January 25, 2011
Bukit Broga, Semenyih.
"Ain Fathihah, jom pi daki Broga. Tengok sunrise"
Rancangan dibuat di saat akhir. Asalnya saya diajak untuk memenuhkan sidang kereta. Uishh, saya ni, pantang diajak. Jom aja. Dengar mau hiking, terus saya teruja. Kalau ajak pergi Mid Valley atau mana-mana Mall, memang takkan nak menurut. Bosan lah jalan-jalan kat Mall. Mall yang ada kat Penang pun saya belum habis jelajah.
Kami 10 gadis bertolak dari Tanjung Malim jam 5pagi menaiki dua Kelisa, solat subuh di RNR Sg.Buloh, dan sampai di Semenyih hampir jam 8 pagi. Huh, dah 8 pagi. Sunrise apanyaa..hehe.
Sekereta dengan saya adalah 'Ain Ibrahim, Zety Liyana, DatinSri Anen, Noris Awana Chenta dan Ain Fathihah (macam kenal kan nama ni? ni saya!)
Baru jumpa papan tanda ini, masing-masing dah pancit. Muahaha, baru jalan sikit. Biasalah kan, cikgu-cikgu duduk dalam bilik kuliah berhawa dingin. Memang kureng stamina.
Suku perjalanan, saya dah pucat muka. Semput! dalam hati sempat menyesal, kenapalah aku mai sini. kenapalahhhh. Tapi semangat muncul semula bila ada makcik Cina bongkok tiga bertongkak selamba dek memintas saya.
Makcik tu sangat tua okeh. Siap bertongkat lagi! Fuh fuh.
Ramai orang berselisih dengan kami ketika mendaki. Depa turun, kami naik. Tiap-tiap kali selisih dengan orang yang agak ramah, mereka akan beri semangat,
"nak sampai dah. lima minit ja lagi!"
lima minit kemudian,
"sikit lagi dik. lima minit lagi sampai la"
lima minit kemudian (lagi),
"man jadda wa jadda ya. sikit lagi dah sampai puncak ya, akak-akak"
Lima minit bertambah minit-minit seterusnya, hampir sejam juga baru sampai puncak. Kalau kamu cukup bertenaga, mungkin setengah jam sudah sampai ya.
Bila dah sampai tempat yang takda pokok besar lindung, tu diaa aih! ramainya manusia!
Tapi ini belum betul-betul sampai puncak. puncak dah nampak, tapi cerun 45 darjah, payah juga nak naik.
Bila dah nampak puncak, makin bersemangat untuk daki. Semasa gigih memanjat bukit bertanah merah tu, tiba-tiba Zety berteriak,
"wehh, tengok belakang! tingginya!"
erk? serta merta baru tahu diri ada di tempat tinggi bila menoleh ke belakang. Ketaq lutut ceq!
Bila dah dapat port yang agar mendatar, cepat-cepat kami kibarkan banner tulis UPSI. hehehe. kami sayang universiti! Semangat tak kami? siap ada banner.
Dalam ketar kaki pun, saya gagahkan hati juga untuk bergambar sakan. Bukan selalu ye dak, nak naik Bukit Broga ni. Pemandangan tanah rendah yang sayup, mendebarkan rasa. Indah dan menakjubkan. Subhanallah.
Ini namanya meditasi tahap tinggi di samping menikmati pemandangan dari tempat tinggi. Opss, tanah gondol itu agak mencacatkan gambar.
Lama juga kami lepak di atas bukit. Sebenarnya tak naik betul-betul ke puncak sebab manusia sangat ramai dan payah nak naik. Kebetulan pula langit nampak macam nak hujan dan kami ambil keputusan untuk turun awal. Kena elak hujan sebab kalau tanah licin, lagi payah nak turun. Tanah kering tu pun, banyak kali juga saya tergelincir.
Bila saya berdiri di tempat cerun untuk turun, rasa macam nak tertonggeng ke bawah. Langkah selamat, menggelongsor saja atas tanah dan rumput. Haa, ini best! hehe. Tengok seluar saya dan Zety yang berlemuih sebab menggelongsor atas tanah. Cepat sampai. Tapi bila bangun ja, adoi adoi.
Bukit Broga best! Saya menyimpan hajat untuk datang lagi sekali, khas nak tengok sunrise. Mesti syahdu kalau dapat solat subuh di atas bukit.
Jam 11, kami dah selamat turun. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang buruk berlaku. Ngeri juga bila dengar ada pelajar perempuan Uitm yang cedera tulang belakang dihempap batu besar, dan kemalangan berlaku lebih kurang pada masa yang sama saya dan kawan-kawan mendaki Broga. Moga kesihatan gadis itu tidak terjejas.
Wednesday, January 19, 2011
gigi adik
Saya homesick.
Homesick!
Homesick!
Nak balik. Wuu huhu.
Jalan-jalan tengok blog, banyaknya iklan Colgate. Tengok Colgate, teringat ubat gigi.
Sambil tu sempat membebel,
“jangan la lompat-lompat. Nanti tata basah. Waa, takmau la percik ayaq tu kat tata”
Okay, badan budak dah berbuih-buih. Bahaya. Bilas dan bilas. Bersih-bersih. Oh, lupa. Lagi satu. Gigi belum gosok. Cari-cari berus gigi adik. Eh, apa ni? Berus gigi Spongebob, tak remaja betul lah.
Saya ambil ubat gigi Kodomolion. Letakkan secoet atas berus gigi. Bau strawberry. Yummy!
Dengan yakin, bagi berus gigi yang dah taruk ubat gigi tu pada adik. Sambil saya memasukkan baju kotor dia ke tempat sepatutnya. Sempat mengerling pada adik, dan
“eh? Laa, kenapa kamu makan ubat gigi tu!”
Lagak mak nenek, saya bubuh lagi ubat gigi. Dan mencangkung mengadap adik. Dah lama tak gosokkan gigi budak ni.
“bukak mulut. Rapatkan gigi!”
Spontan adik menyeringai bila mendengar arahan saya. Saya cuba menggosok giginya, atas ke bawah. Bawah ke atas. Isk, susahnya. Berlaga-laga gigi dengan berus gigi.
“kamu ni kan, jangan la main-main. Rapatkan gigi. Nak gosok ni”
Dan masih juga begitu. Terkial-kial lah saya cuba memberus gigi adik. Jeda. Saya tersenyum.
Lupa pulak adik seorang ni bergigi mancung. Sedikit jongang. Haa, itu laa..dah besar pun duk hisap lagi puting botol susu. Tapi tak apa lah, dah besar nanti pakai braces ya! Bertambah kacak.
pakcik gardenia
Salam’alaik. Saya dah empat minggu berada di Tanjung Malim. Tak sabar mau pulang ke Penang semasa cuti Tahun Baru Cina & pertengahan semester nanti. Rindu adik-adik.
Bagi sesiapa yang memang mengikuti Blog Ain Fathihah sejak 2010, pasti ada membaca celoteh saya mengenai pengalaman bekerja sambilan semasa cuti semester. Banyak juga kisah yang saya catatkan, antaranya
Lu Apahal Tengok-tengok? Jatuh Cinta?
Ini, dan
ini Hehe.
Apapun, ini yang paling tragis.
Ada satu hal yang saya tak pernah ceritakan di sini. Mengenai Pakcik Gardenia. Ya, roti Gardenia…sungguh enak dimakan begitu saja itu.
Semasa minggu awal bekerja, saya masih malu-malu. Tidak begitu banyak bertegur sapa dengan customer dan pekerja yang hantar stok barang, mamak paper, abang roti (Hi-5), uncle Vitagen & Solitare dan termasuk juga pakcik gardenia. Kalau adapun komunikasi, saya cuma senyum dan bertanyakan ‘kat mana saya nak cop invois ni, encik?’ Harus guna ayat skema.
Kali pertama saya beramah mesra dengan pakcik gardenia adalah semasa saya bekerja shif malam. Sekitar jam 5pagi, ada seorang budak nakal 18tahun (bekas anak murid Baba) datang mengusik-ngusik saya. Selamba dia meminta nombor telefon. Spontan saya berikan. Budak nakal tu berlalu dan 5minit kemudian datang kembali ke Happy Mart.
“weh ni nombor pak hang. Aku mau nombor hang.”
“takleh”
“aloh, puki mak hang aih. Kedekut. Mai la nombor telefon hang”
“takmau bagi”
Agak lama juga la saya berbalas-balas cakap dengan budak tu. Jam 6 pagi, lori Gardenia kelihatan di luar kedai. Memang tiap-tiap pagi jam 6, roti akan sampai. Saya memerhatikan pakcik gardenia mengasingkan roti yang hampir tarikh luput, dan menyusun roti-roti baru.
Dalam masa yang sama, budak nakal tu mengomel-omel mengatakan saya tak lawa, muka buruk dan takdak sapa mau. Hehe, agaknya dia dah bengang sejam berdiri minta nombor telefon saya tak dapat-dapat. Mad Ezun cuma senyum, tapi tidak mengendahkan budak nakal tu.
Bengang juga saya dikatakan tak lawa. Kenapa saya bengang? Sebab saya yakin saya comel. Muka yakin! Alang-alang pagi-pagi buta tu customer tak ada, saya pergi mendapatkan pakcik gardenia yang sedang buat kerja.
“Pakcik, tengok dia ni kutuk saya!” adu saya.
“Hahaha. Kenapa ni?” Pakcik gardenia bertanya. Padahal dari tadi dia memang dengar perbualan saya dan budak nakal tu.
“Dia ni cakap saya buruk!”
“Haha. Dia melawak ja tu. Dia ni memang macam tu.”
Saya senyum sinis. Ramah juga pakcik ni rupanya. Rasa macam mengadu kat ayah pun ada. Spontan saya bercekak pinggang,
“Pakcik. Pakcik. Saya comel tak?”
“uih..comey lote aih.”
“Pakcik, saya lawa tak?”
“Lawa, Nurul lawa. Sapa kata Nurul tak lawa, mata dia rabun”
Senyum. Puas.
“Haa, hang dengaq tu. Orang tua pun reti tengok. Hang muda-muda mata dah rabun ayam. Berani hang kata aku buruk.”
Serentak pakcik gardenia, mad ezun dan budak nakal tu ketawa dalam Happy Mart.
Hehe. Kadang-kadang duk teringat balik apa yang jadi masa kerja sambilan dulu. Tapi serik takmau dah kerja macam tu. Penat!
Tuesday, January 18, 2011
Tak mudah sebenarnya…
Ada yang berkata, saya nampak okay saja di kelas, dan semasa di UPSI. Seperti tiada apa-apa berlaku. Tak seperti anak yang sedang berada dalam keluarga bermasalah. Uh, bermasalah? Iya. Terma apa lagi yang layak saya katakan jika ibu bapa dalam proses berpisah. Paling memilukan saya adalah bila memikirkan adik-adik.
Semasa saya 15 tahun, seusia adik perempuan saya nombor empat, masalah saya cuma memikirkan bagaimana nak mengenepikan wang saku sekolah supaya saya dapat makan KFC satu kali seminggu. Kalau tak cukup duit, saya akan kongsi seorang RM5 bersama kawan, dah dapat beli snack plate. Ada ayam dua ketul kan.
Sebaliknya adik-adik saya, dalam usia sebegitu, terpaksa merasakan kegelisahan dan kecelaruan yang semestinya mengganggu emosi. Yang mampu bersuara dan meluahkan perasaan dan kekecewaan yang dirasakan sekurang-kurangnya pada rakan terdekat, mungkin boleh mengurangkan tekanan. Tapi dua orang adik kecil saya, lima dan lapan tahun, mampukah mereka meluahkan apa yang mereka rasa.
Bila balik rumah, terasa lain sangat dengan ketiadaan mama. Mama keluar rumah demi mencari maruah dan harga diri, katanya. Saya takkan persoalkan sebab dan alasannya, saya pasti dia ada sebab tersendiri.
Antara kebiasaan kami sekeluarga, adalah melepak atas katil beramai-ramai, sambil anak-anak berbual dan menceritakan apa yang berlaku pada diri masing-masing semasa jauh dari keluarga. Nombor tiga boleh bercerita mengenai abang form 6 yang menguratnya pada Baba, Mama dan yang lain. Nombor empat dan lima bercerita mengenai kawan-kawan di asrama. Nombor satu dan dua juga galak bercerita apa perkara menarik yang berlaku semasa di Uni. Yang kecil juga mencelah menyibuk bila didapati Baba Mama memberi perhatian pada abang dan kakak-kakaknya yang sesekali balik bercuti.
Semua tu dah tiada. Bila saya balik bercuti, rumah senyap sunyi. Tambah-tambah kalau adik kecil yang berdua itu tiada. Pernah semasa saya baring-baring dengan nombor empat, sambil berbual-bual dan bergurau berdua. Habis modal bercerita, masing-masing terdiam. Agak lama.
Tiba-tiba nombor empat berkata,
“Ta, rindu la kat mama.”
“Haah, tu la. Rindu sangat. Bila la mama nak balik kan.”
Diam.
Ya, diam. Sungguh kami tiada jawapan.
Saya pasti, ramai yang menyalahkan Baba saya. Mungkin kata mereka, ‘itulah. Gatal sangat kawen dua. Kan bini dah lari’. Biarlah apa orang nak cakap. Yang serumah lebih tahu apa yang berlaku, hujung pangkal cerita. Bukan memberi komen setakat membaca apa yang tertulis di Twitter, blog mahupun FB.
Saya sebagai anak, secara normalnya pasti berasa kecewa dengan apa yang berlaku. Normal la kan. Eh, kenapa jadi macam ni? Keluarga saya selama ni bahagia. Eh, kenapa jadi begini? Kan selama ni kami sekeluarga rapat. Buntu.
Sekarang baru saya faham apa itu ‘hidup ni macam roda. Sekejab kita di atas. Sekejab kita di bawah’. Ya, saya sekarang sedang berada di bahagian bawah roda. Mungkin. Mungkin juga sebenarnya taklah di bahagian bawah roda sangat. Sipi saja. Terhimpit, tapi masih boleh bernafas. Tak selesa, tapi masih boleh bernyawa.
Pernah juga saya tersenyum sinis bila ada kenalan yang berkata,
“nasihat la parents hang, Ain. Suruh berbaik”
Saya cuma senyum. Tak mampu menjawab. Dalam hati saya membebel, kalau la parents saya tu besar budak 7 tahun, boleh la nak marah-marah, piat telinga dan tanya, ‘ni kenapa gaduh ni? Salam balik, salam. Cepat salam’. Kalau semudah itu.
Saturday, January 15, 2011
gelagat microteaching
Mudah cakap, semua pelajar (cikgu-to-be) kena mengajar olok-olok. Yang jadi pelajar adalah rakan-rakan sekelas juga. Mujur ramai yang sporting dan banyak membantu rakan-rakan lain yang sedang 'mengajar' di depan.
Tempat : Makmal Bestari, IPSI.
Masa : Jumaat, 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Rancangannya, nak habiskan microteaching 29 orang dalam masa empat jam tu. Saya giliran ke 18. Harus sabar menunggu. Paling best, siap ada video kamera untuk rakam. Kata Dr. 'Arbaat, supaya kami boleh lihat semula dan buat penambahbaikkan untuk persediaan macroteaching pula. Boleh bajet artis. hehe
Gelagat 1
Pengangkutan Aktif
Cikgu : Siapa boleh berikan maksud pengangkutan aktif?
Pelajar : Pergerakan bahan merentas membran plasma menentang kecerunan kepekatan, iaitu dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi dengan menggunakan tenaga.
Cikgu : Bagus. Pandai anak murid cikgu.
suara menyampuk : Ala, dia tu kan pi tusyen. Memang la pandai.
Gelagat 2
Mitosis
Cikgu tunjuk video berkaitan pembahagian sel dan anak benih yang baru tumbuh membesar.
Cikgu : Murid-murid, berdasarkan video tadi, apa yang dapat kamu simpulkan?
Pelajar : Cikgu, saya rasa video pertama tunjuk sel sedang bergerak mencari makanan, dan dalam video kedua, anak pokok tu sedang menggeliat. Sebab nampak daunnya bergerak-gerak.
Gelagat 3
Ekosistem
Cikgu : Pejamkan mata kamu, dan bayangkan kamu berada di padang UPSI. Apa yang kamu nampak?
Rumput!
Pokok!
Tanah!
Batu!
Budak Sains Sukan!
Haah, dengan budak Coaching sekali!
Hampir jam 12 tengah hari, cuma dapat selesaikan 17 orang sahaja. Saya 'bernasib baik' dan akan menjadi orang pertama buat microteaching hari Selasa akan datang.
pengajaran mikro
Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja.Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.
Dr. 'Arbaat beri kebebasan memilih tajuk apa nak diajar. Giliran ikut turutan senarai nama. disebabkan ini microteaching, cuma perlu buat induksi (pengenalan tajuk) dan menyelitkan teknik menyoal dan memberi penerangan.
Wednesday, January 12, 2011
eh, jangan! aku tak kawen lagi.
Saturday, January 08, 2011
Payung yung yung
Semasa hari pertama pendaftaran di UPSI, saya sempat tercengang bila petugas kaunter memberikan payung kepada pelajar baru wanita perempuan selain beg, fail, tag nama dan baju rasmi UPSI.
'eh, payung? nak buat apa. apalah, bagi la benda yang berguna'
itu desis hati saya, memperkecilkan fungsi payung bercop UPSI.
Setengah semester berlalu, barulah saya menyedari betapa meriahnya bumi Tanjung Malim dengan titisan hujan. Sehinggakan payung menjadi komoditi penting di sini. Mungkin bilangan payung sama banyak dengan bilangan pelajar.
Payung menjadi rakan karib untuk sesiapa yang menjadi pelajar UPSI. dalam handbag / beg kuliah mesti ada payung. Tapi pelajar lelaki ada juga yang kelihatan enggan menggunakan payung. Kononnya tak macho kalau pakai payung bila hujan.
Cit poodah!
Kalau dah hujan tu, pakai sajalah payung. Jangan pula kufur nikmat (dengan terciptanya payung). Kalau Encik Lelaki tu pakai payung pink, sambil jalan meliuk lintuk pinggulnya, terkepit-kepit pula (entah apa yang dikepit) itu baru tak macho.
Berkenaan lelaki celaru jantina ni, kadang-kadang saya rasa mau saja sepak (dengan kaki, bukan sepak dengan tangan) ke celah kangkangnya. supaya telor dia sakit dan kemudian mungkin baru dia sedar dia ada telor, jadi takyah berlagak perempuan lagi.
Ops, melalut. Saya cuma nak cakap soal payung saja.
Walaupun payung harus menjadi teman setia sementelah bermastautin di tanjung malim, saya bukanlah seorang yang mesra payung. Saya kerapkali juga bermasalah dengan payung.
1. sejak semester satu (sekarang semester enam), entah berapa banyak biji kaki payung yang telah saya hilangkan dan rosakkan. pergi lab, pergi kelas, pergi library (macam tipu je?) berpayung, bila balik melenggang tanpa payung. selalunya keesokkan hari baru saya sedar saya tertinggal payung entah di mana-mana. huu.
tangan saya kecil, tak putih gebu sangat, kiranya tangan comel kiut miut macam saiz tangan budak darjah lima. Tapi entah apa masalahnya, dah banyak kali payung tiba-tiba rosak bila saya nak buka payung tu. Patah rangkanya. erk.
anatomi payung
2. bila berpayung dengan orang lain, selalunya rakan seBio dalam perjalanan pergi/balik kelas, saya dengan rela hati akan menyerahkan payung di tangan saya pada rakan sepayung. orang-orang yang berpayung dengan saya kebanyakkannya merungut, payung yang saya pegang terkena kepala mereka.
terserlah keketotan saya bila insiden seperti ini kerap sangat berlaku. huhu.
motif entri ; saya baru beli payung baru (lagi).