Sunday, January 30, 2011

SK Tg Tokong

Pagi Jumaat, tren sampai ke stesen Butterworth 1jam 30minit lewat dari waktu yang sepatutnya. Huhu. Alah biasa tegal biasa saya dengan kelewatan tren ini. Walaupun dah biasa, masih ada geram di hati.

Terkedek-kedek saya dan Amirah mengheret beg besar naik feri. Ramai orang terkejar ke tempat kerja. Dalam keramaian umat manusia di pagi hari, saya nampak seorang perempuan berambut botak.

'weh mira. itu bukan mislina mustafa ke? pelakon tu kan'

'rasa macam dia'

'haah'
Itu saja lah. Tak ada pula saya dan mira terkejar-kejar artis tu untuk bergambar mahupun tandatangan. Tak begitu teruja dengan artis. Muahaha. Tapi kalau Siti Nurhaliza, mau jugak la pi bergambar. Eh, Dato' Siti mau ke bersesak-sesak atas feri dengan orang ramai?

Encik Baba ambil di jeti Penang. Ambil dengan moto. Hoho. Dah la saya bawa balik beg besar. Apapun, selamat tiba di rumah. Manis rumah ku!

Budak sekolah bersekolah. Baba pergi kerja. Kak Uda masuk kerja (Watson) pukul dua.

'Mira, jom pi tengok adik kat sekolah'

'Jom'

Saya intai-intai Adik Nin di pra-sekolah Tg.Tokong. Jenguk kat tingkap. Tapi, belum sempat mata saya mencari kelibat Adnin, cikgu pra-sekolah cepat-cepat tutup tingkap. Huhu. Nasib baik hidung saya yang mancung ni tak tersepit kat tingkap.

Sementara menunggu si Kakak (Adilah) keluar rehat, saya dan Kak Uda menunggu di bangku berdekatan koperasi.

Elok saja bunyi Kringggg!!!!!, terus berkicau budak-budak sekolah, 'yeaaa rehat'. Kalut bunyinya seretan meja dan kerusi. Lima enam orang pengawas berlari-lari menuju kantin. Budak darjah satu dan dua berlari-lari di kawasan parking.

Lari sesungguh hati berkejar sesama mereka. Entah kejar apa saya pun tak tau.
Hang ligan aku, aku ligan hang.
Hang tolak aku, aku tolak hang.
Hehe, seronok tengok budak-budak lari. Rasanya kalau saya pi berlari-lari sekali, cikgu disiplin sekolah tu mesti tak perasan mana satu murid, mana satu orang luar. Pinjam baju sekolah rendah meh!Ini Adilah. Itu sebotol air. Dan tiga bungkus nasi lemak. Nampak tinggal satu dalam plastik? Ya, dua bungkus nasi lemak dibaham serakusnya oleh si Kakak. ceh, badan ja kecil, makan banyak tapi tak besar-besar.

Yeah, kerinduan terubat. hehe.

7 komen tak puas hati:

Mas said...

first!! (saje tiru certain komen kt blog lain yg asyik2 dok rebut jd first, nyampah aku)..

hebat tul leh kenal pelakon 2..kalo aku cam pon muke die, msti aku x taw nme die..huhu

kapten said...

semacam jer tgk pelakon tue.....

chiLleD...!! said...

sonoknyer dpt tgok suasana kt sekolah..ttbe rndu nk sekolh blik..hehe

Nurul Amal said...

hahaha
dila potong rambut ekh

woaa,skolah lamakuu
dah banyak perubahan
;p

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

euwwwwwwww
sape pmpuan botak tu??
kenal plak ang kan..hahaha
jelek ah!

faINa989 said...

eh..adik hang dah pendeklah rambut dia..

Hagakure Kira said...

ok la tu..mkn byk2 tp x besar2 gak..sama je mcm..