Saya datang awal ke Tanjung Malim semester ini. Hampir seminggu awal. Hari Sabtu, sempat saya SMS Suraya,
'bila balik sini?'
'isnin'
'ok'
Isnin pagi, saya bersemangat waja mau ke kelas pertama di hari pertama. Jam 6.45 pagi dah berduyun pelajar beratur di belakang rumah saya, untuk menaiki bas kitaran UPSI. Heh, sapa la yang awal sangat tu.
7.30 pagi baru saya keluar rumah. Beratur panjangggg! Saya sampai ke kelas tepat jam 8. Kelas dah penuh. Semangat semester baru lah katakan. Bagus. Alhamdulillah. Teruskan semangat. (muka sinis, hehe).
Saya duduk dalam kelas setengah jam, mana pensyarah tak masuk-masuk ni? Sebab kami penyabar, tunggu la juga setengah jam. Orang yang tak sabar, 10minit mungkin sudah berangkat keluar jika pensyarah masih tak kunjung tiba. Semangat semester baru lah katakan.
Jam 11 pagi sebab ada kelas Kimia Analisis. Kelas pertama yang sangat teruja, menakutkan, seram sejuk tubuh badan dan sesi pengenalan subjek yang memeningkan daripada pensyarah. Ohh, moga saya tak dapat nightmares malam ni.
Petang hari, semasa saya balik dari keluar makan dengan Gadis Mira dan Gadis Aina, saya lihat Cik Roommate, Suraya sedang mengangkut barangnya ke bilik sebelah.
(sementelah bilik sebelah kosong sebab dua orang senior Pendidikan Kimia pergi Latihan Mengajar)
'eh, Su. Pindah bilik?'
'haah, Su pindah bilik sebelah. nak duduk seorang'
'wah, bestnya. Ain pun dapat duduk bilik seorang lagi sem ni. hehe'
tanpa penafian, muka teruja saya memang tak dapat diselindungkan. suka bila roommate pindah, jadi saya dapat meluaskan semula kawasan jajahan dalam bilik ni. ngee!
Lima minit kemudian, terfikir-fikir pula, apa sebab Cik Roommate pindah bilik. Adakah semata-mata dia mau duduk seorang satu bilik, ataupun saya yang bermasalah?
Saya belum tanya Su. Mungkin sekejab lagi atau esok baru nak slowtalk.
Mungkin juga Suraya tak selesa sebilik dengan saya.
Dia jenis tidur awal, tapi saya tak dapat tidur awal sebab banyak tugasan perlu disiapkan. Mungkin dia jenis tak lena tidur dengan lampu terpasang, sebab saya selalu tengok dia tutup muka dengan bantal bila dah tidur pukul 10 malam, sedangkan saya masih bergelut dengan tugasan rasmi pelajar.
Maafkan saya, Cik Roommate, atas ketidakselesaan kamu sepanjang sebilik dengan saya. Saya percaya kamu berpindah bilik demi keselesaan bersama. Hehe.
Apapun, Suraya memang teman sebilik yang baik dan tidak bermasalah. (justeru itu, saya percaya, saya yang bikin masalah kepada beliau)
p/s : Nuriha Ismail masih mengungguli carta teman sebilik terbaik saya! lalala.
9 komen tak puas hati:
baru 1st day dah gado2.ish3..minta maaf kat rumate tu ye. :P
p/s: 1st time tgk yer...ceh. :P
saya pun looking forward untuk tinggal sendiri.. pape pun i will miss my romie.. huhu~
zaini, tak gaduh pun laa. langsung tak. dgn rumet yg baik mcm dia tu, tak mau la saya gadoh2
salwa, best ada rumet, best jugak xdak. haha
hohoho... igtkan single apenya~
dok single dalm bilik rupanya...huh
hahahaha.. sape la yang bikin masalah tu? isk.. isk.. sian kat Su..
fikir yang baik2 jek. =)
tak seramkah?
hehehhe...thanks...sama la ain...ain pon roommate tbek la...tabik spring kat kamu...rindu ain!!!!!!!!!!!huhuu...
Post a Comment