Thursday, January 27, 2011

Sg.Tekala - JJ Cheras

Cerita cuti Thaipusam belum habis lagi rupanya.. hehe. saya sambung. Walaupun dah seminggu berlalu, saya tetap nak tulis juga sebab saya tahu ada orang yang mengikuti aktiviti dan perkembangan saya waima cuma melalui Blog Ain Fathihah.

Lepas penat memanjat mendaki sedaya upaya Bukit Broga, kami berlima mengambil keputusan untuk pergi mandi sungai.

Sungai Congkak = jarak sejam lebih (kata 'Ain Ibrahim)
Sungai Tekala = setengah jam saja.

okeh, jom!

(sebenarnya masa ni Cik Zety dah merengek nak balik sebab katanya dia kena siapkan proposal. hehe)
Sungai Tekala tak berapa best sebab ramai sangat pengunjung. wuuu.

Selesai menyegarkan badan lebih kurang dua jam di Sungai Tekala, lebih kurang waktu zohor, kami singgah rumah 'Ain, untuk rehat, solat, dan makan-makan (disponsor sepenuhnya oleh Encik Ibrahim).

Demi menunaikan niat Cik Noriswana yang tak pernah tengok wayang dan teringin nak tengok wayang katanya, kami pergi Jaya Jusco Cheras.

Noris = pertama kali tengok wayang
Zety = pertama kali tengok movie seram (seram ke?) di pawagam
Ain Fathihah = pertama kali tengok movie Melayu di pawagam

hehe.
Ini Noris. saya tak suka bergambar dengan orang tinggi. Keketotan terserlah dengan jayanya. Huh, tak mau, tak mau. nak bergambar dengan orang lain pulak.
Ini Aznin. errr, saya masih tidak kelihatan tinggi. Siapa tingginya kurang 150cm? mari lah mari, bergambar di sebelah saya. hehe.
Kaki pendek bukanlah alasan saya tidak memandu. Memang saya belum reti memandu kereta, dan belum berlesan. Jadi 'Ain Ibrahim adalah cik supir setia kami.
Gambar berlima. sob..sob..sob. tiada komen. Waa! dari kiri ; Noris, 'Ain Ibrahim, Ain Fathihah, Aznin dan Zety.
Merajukkkkkkk!
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kenalan Ain Fathihah yang menyambutnya..hehe balik penang ni, boleh tengok tarian naga di kawasan berhampiran rumah. meriah tau Raya Cina di Penang.
Saya dan Zety nampaknya tidak mempedulikan kamera. Wahh, besarnya bekas bertih jagung. Tapi rasanya macam tak cukup saja ni.

Yum..yum.

Dan saya kelihatannya masih tidak mempedulikan kamera. Makan lagi best!
Movie ; Khurafat.
Mistik semacam muka saya. hehe

Jom balik penang!! Tren jam 11.30malam ini.

teruja!

7 komen tak puas hati:

chiLleD...!! said...

sononya dpt jln2..semoga selmt smpai penang..=)

faINa989 said...

nak tgk wayang jugakkk....huhu

Mr. Asada said...

kesian lak ngan zety, kena gak temankan budak berempat tu tengok wayang walaupun ada proposal nak disiapkan.

selamat balik ke penang. err.. (barangkali sekarang dah pun ade kat rumah di penang. hahaha)

HEROICzero said...

hehe. gud, enjoy ur holiday k? =)

. said...

masih ketot?
haha.

luth textile said...

kenapa kawan kamu semua nampak matang dan kamuuuuuu..... ?

Anonymous said...

aku 150cm, nnt jumpa jom ambil gambar !