Wednesday, January 12, 2011

eh, jangan! aku tak kawen lagi.

Kamu pernah tak berada dalam situasi begini,

"wei, bawak moto elok-elok. aku ni belum kawen", kata Seman.

atau ini,

"isk, baik-baik la goreng telur tu. aku bujang ni, belum kawen", kata Senah.

"Ahh, aku takmau mati sekarang. Aku tak kawen lagi!"

Biasanya, orang bujang la yang cakap begini. Jarang la dengar orang yang dah berkahwin mengungkap begini. Kalau ada pun, 'aku tak kawen lagi' tu mungkin bermaksud 'aku tak kawen lagi satu, dua atau tiga'. hehe.

kenapa ya, wujud ungkapan begini? apa kaitannya mati dengan belum berkahwin? lama juga saya tercari-cari jawapan. dan saya tak menemukan jawapannya, sehinggalah saya telah cukup bersedia (agaknya) untuk memahami jawapan itu.

Rupanya, maksud ungkapan orang bujang, 'aku tak kawen lagi ni' adalah,

'aku takmau mati sekarang sebab aku belum rasa nikmat bersetubuh'.

Siapa mampu nafikan, remaja / orang muda sekarang kebanyakannya keluar rumah dengan keinginan bersetubuh yang tinggi. Balik rumah dengan keinginan bersetubuh yang meluap-luap. Masuk tidur juga dengan perasaan yang sama.

Semuanya sama. Bezanya, sama ada orang itu dapat menunaikan keinginannya atau tidak.

Yang berkeinginan tapi tak mampu, menahan diri dengan pasak iman yang kukuh ataupun melampiaskan keinginan bersetubuh itu dengan cara lain.

Yang dapat menunaikan gelojak diri itu, sama ada melalui pernikahan yang halal, ataupun proses berkasih sayang bersama pasangan tanpa pernikahan. Yang merasakan diri mereka bijak sedikit berbanding yang lain, mereka melariskan jualan kondom di kedai-kedai, yang kurang bijak pula bersetubuh tanpa berjaga-jaga, seterusnya membuatkan perilaku berkasih sayang itu membuahkan hasil.

nota tumit ; ini entri kesalan dengan trend buang bayi sekarang ni. orang dulu-dulu buang bayi supaya dijumpai orang lain, dijaga dengan elok dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. orang sekarang buang bayi sebab memang nakkan bayi itu mati.

6 komen tak puas hati:

ana said...

betul tu...org skrg lagi x berperikemanusiaan.

Azym Azizi said...

Hehe..betul jugak tu Ain..

Pendapat aku plak, "Aku tak kawin lagi.." maksudnya takde zuriat lagi. At least, bila dah ada zuriat nnt, boleh la doa2kan kita bila dah takde nnt.. :)

Unknown said...

Alamaaakkkk... betul la ain :(

HEROICzero said...

hurm. true, indeed. =)

chiLleD...!! said...

btol3..kesian ngn byi2 y tk berdosa tu..

Qib said...

agree more :)

|I love BADANG|Siapa RAGAD WALEED AL KURDI? |