Friday, March 23, 2012

giatmara ; matlamat penambahbaikkan

'okay anak-anak. minggu ni kita buat baju melayu moden. amik nota ni. lepas tu lukis pola', cikgu shidi, dengan suara mendatar memberi arahan.

'cikgu apa beza baju melayu moden dengan baju melayu purba?'

'baju melayu tradisional ada pesak ya kakak'

oh yeah. saya kurang rajin nak tulis langkah demi langkah membuat baju melayu moden dalam blog ini. maka saya tampilkan terus hasil akhir berserta model muka berminyak dan gelap gulita sebab hari-hari main panas bawa moto pi mai pi mai.

 
tadaaa! baju melayu moden saiz M. terpaksa saya memaksa diri sendiri jadi model sebab patung tak free masa ni, cikgu duk guna.

komen cikgu shidi,

'kak ain, ni jahit pemati awat huduh sangat ni? jahit macam ni, saya boleh bagi 65 per 100 saja'

'ala cikgu ni. kedekut. saya buat dengan penuh kasih sayang tau'

'ya saya tau. tapi ni ja la markah saya boleh bagi'


komen cikgu Lan,

'hang ni buat keja laju, tapi haram jahit tak kemas pun. ni kalau aku nak amik hang keja dengan aku, jangan harap la. jauh lagi (maksudnya mungkin jahitan saya sangat jauh untuk memenuhi piawai yang dikehendaki cikgu Lan)


haha. betoi. saya perasan juga saya buat kerja agak cepat berbanding yang lain. tapi saya kalah dalam bab kekemasan. jahit nak cepat saja. tangan pulak pengkar mungkin masa kecik tak dibedung agaknya, jahitan lurus boleh jadi kona tang tu, kona tang ni.


maka dengan ini, saya ain fathihah mengisytiharkan, dalam masa 3 minggu akan datang, saya akan berusaha perbaiki kekemasan hasil kerja saya. no cincai-cincai. no halai-balai lagi. haha.



2 komen tak puas hati:

Kuazue Mohd said...

hahaha... tu baju melayu tradisional or baju melayu moden tuuu??? ce cek snap close up... mami tak nampak ler..

Guru said...

wah sangat bangga ngan ain ... bila boleh nak ambik tempah baju ni ain?