mereka yang tegar

Tuesday, March 06, 2012

mimpi ngeri

masa sekolah rendah :

Baba, nak kawen.
Aik, baligh pun belum macam mana kawen.


masa sekolah menengah :

Baba, nak kawen.
Isk bagi habis sekolah dulu la. habis sekolah Baba bagi kawen kalau SPM teruk.


masa matrikulasi :

Baba, nak kawen.
Sabaq sat. matrik setahun ja. kat U takpa la nak kawen, kat U tak padat sangat waktu belajar macam kat matrik.


masa tahun 1 UPSI :

Baba, nak kawen.
Laa baru masuk U dah nak kawen. tunggu la tahun dua nanti.


masa tahun 2 UPSI:

Baba, nak kawen.
Tak sibuk ka dengan belajar? tunggu masa praktikal atau masa tahun akhir nanti la. masa tu dah tak sibuk sangat dah.


masa tahun 4 UPSI :

Baba, nak kawen.
Kan sibuk tesis ni? siapkan tesis dulu la.


bila dah habis UPSI :

Baba, nak kawen.
Keja dulu la. rasa pegang duit sendiri dulu sebelum kawen.


bila dah kerja :

Baba, nak kawen.
Kerja la lama sikit baru kawen. tak puas lagi rasa duit anak keja.


Satu hari :

Salam. Encik dikehendaki hadir ke pejabat agama sekarang. Anak encik didapati berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan dengan lelaki bukan muhrim.

Pangg! macam ni ka anak? memalukan keluarga! pangg! dushh debuk debukk!


huh. terjaga dari tidur. mimpi ngeri.

apapun, kadang-kadang hidup ini memang menakutkan, ya.

2 komen tak puas hati:

Ruby said...

haha. ngeri kot. dialog sama berulangkali buat aku gelak sorang2, "baba, nak kawen".

Mas said...

Lama betul mimpi sampai makan bertahun-tahun.. haha

Kalau bapak yang mimpi kan bagus, confirm terus dikahwinkan anak tu..