mereka yang tegar

Thursday, October 27, 2011

percubaan membunuh diri yang gagal di Genting

Pada hari selasa yang lalu, kawan-kawan seBio telah memaksa saya supaya ikut trip sehari ke Kota Keriangan Tanah Tinggi Genting. Disebabkan mahu menjaga hati, dalam keterpaksaan saya ikut juga mereka ke sana. Kalau tak ikut, takleh grad kata depa. sobss. tak best kan bila kena paksa-paksa macam ni. muahaha.

Okay, hentikan ayat karangan budak UPSR. mari berjimba bersama saya dalam entri bergambar ni.

Saksikan dulu sekeping gambar muka keriangan saya. sah sangat kena paksa pi Genting kan.
ini semasa kebasahan selepas main Sungai Rejang Flume Ride. masa bot baru mula bergerak terkedek-kedek, sempat saya merungut pada cik robiah, 'alaa macam ni je ka? tak mencabar pun'.. Bila dah lalu bukit curam tu, hah ambek kau. rasa nak tercampak keluar dari bot je.



Ini muka selepas kepeningan main roller coster. Pertama kali dalam hidup saya naik roller coster. huhu. yelah kan, dasar orang penang tak pernah pergi pesta penang, jadinya saya kejakunan di sini. taktau pun macam mana rupa roller coster tu. kampungan kan.



Muka keriangan ke tiga. Latar belakang Hotel First World. err saya memang nampak gelap dalam gambar sebab saya memang gelap. rubi dah tonyoh foundation sebab tu dia nampak cerah berseri. heh, jeles.



muka over riang di kota keriangan. pergh. masa ni doa banyak-banyak kalau la nak mati pun, biar la saya mati kat tempat lain. jangan la mati kat genting ni. haha.


Ini semasa kami beratur nak naik Flying Dragon. Yang geramnya, punyalah panjang dan lama beratur, elok sampai giliran kami, hujan turun lalu naga terbang ditambat di sarang. tak boleh main...huuu. Dida kecewa. Rubi kecewa. Mira kecewa. Dayah kecewa. Ecah kecewa. Ain Fathihah lega sebab takpayah naik benda tu. takut! haha.


Saya taktau kenapa robiah asyik nak tonyoh kepala saya bila bergambar. tu tak puas hati la tuuu. Ehem, perasan la spec syadida sat gelap sat jernih. Spec baru tuuu. fotokromik. Dida tiru spec saya.


lagi gambar berlatarbelakang bangunan warna-warni. asyik berkabus. bajet macam ada kat korea, kata dayah.


Berdiri dari kiri : Dida, Has, Dira (pengarah program), Nas, Yuni dan Zety
Duduk dari kiri : Ecah, Anen, Noris, Ain (bendahari), Miza (AJK Prebet)

Gambar semasa menunggu bas di Puduraya. Pertama kali juga saya jejak kaki di Pudu baru. Wow! kagum. tapi serasa saya, patutnya dahhhh lama Pudu jadi macam sekarang ni kan.



saya rasa saya senyum ikhlas dalam gambar ni. sebab tu upload jugak. hehe.


berpimpin tangan dari kiri : Mira Robiah Ain Dida.
Kami berempat adalah rakan serumah di Sungai Petani. sedang buat mini reunion di Genting.



Skyway Genting. Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway di Genting Highlands, Pahang adalah sistem kereta kabel terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Sistem ini merentangi jarak sepanjang 3.38km dari stesennya di kaki bukit hingga ke hotel peranginan yang terletak 2,000m dari aras laut. Sistem ini juga merupakan sistem kereta berkabel tunggal yang terpantas di dunia – setiap gondola yang boleh membawa 8 penumpang itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 6m sesaat atau 21.6km sejam. woahhh, rasa nak terkeluar isi perut bila tengok bawah.



Gambar terakhir. Semasa sedang beratur nak naik Spaceshot. sepanjang duk beratur, boleh kata saya diam je. tak bising dan tak kacau orang. dalam hati duk bergolak nak naik ke tidak. tapi bila fikir tak macho la kalau tak naik dan fikirkan duit yang dah bayar, saya paksa diri jugak.

wohh! memang rasa nak tercabut jantung. saya tak menjerit langsung sebab tak mampu nak jerit. terlalu takut. serius saya takkan naik dah benda tu.

akhirnya, setelah berkali-kali percubaan membunuh diri di Outdoor Genting gagal, kami bersembilan belas balik ke Tanjung Malim dengan gembira dan hati rasa puas.

Saturday, October 22, 2011

rumput misteri

Rasa ada pembaca Blog Ain Fathihah yang tahu saya ni lompat kelas kan. alaa yang dulu-dulu ni ada ujian PTS, kemudian siapa yang lulus, daripada darjah tiga boleh terus naik ke darjah lima. tak ada darjah empat. jadi, bye-bye kawan-kawan sekelas.

masa masuk kelas baru, memang saya tercengang-cengang juga la. tak kenal siapa. rasanya masa tu semua budak kelas baru pun pandang saya pelik, 'isk paseipa la budak ni menyibuk masuk kelas orang?'

saya mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru dan juga isi pelajaran darjah lima. yelah kan, tak belajar darjah empat, terus mengadap silibus darjah lima, memang ternganga-nganga saya dibuatnya..

guru kelas masa tu, Cikgu Nizam. mungkin untuk mengelakkan pelajar bising, Cikgu Nizam susun kedudukan pelajar berselang-seli. Tak boleh duduk meja sebelah dengan sama jantina. Lelaki duduk meja sebelah perempuan. Perempuan duduk meja sebelah lelaki.

Rakan sebelah meja saya, namanya Hafiz. awal-awal memang la saya senyap. tapi bila dah lama-lama, banyak cakap juga saya dengan si Hafiz ni. perkara yang saya masih ingat pasal Hafiz ni, kami berdua selalu mengelat masa kena buat homework matematik.

"aku buat nombor genap, hang buat nombor ganjil"

lepas siap, saya tiru jawapan dia, dia tiru jawapan saya. tadaaa! kerja siap cepat, lalu boleh bersembang. hehe.

Meja Hafiz selalu jadi port untuk budak-budak lelaki kelas 5Biru melepak dan bersembang. Kerapjuga lah Salehudin, Faiz Hakim, Rezuan, Yusuf dan budak lelaki lain mai melepak, usung kerusi keliling meja Hafiz (yang juga bersebelahan meja saya).


Mungkin sebab depa anggap saya budak kecik, depa tak lah tersipu-sipu bila berdepan dengan saya. ganas lagi ada. Ada satu perbualan mereka yang saya tak lupa sampai hari ni. Saya terdengar sebab saya ada di meja saya waktu itu, dan saya tak menyampuk pun.

"wei, aku dah naik rumput la wei. tapi sikit ja la"

"laa hang baru nak naik rumput ka. aku dah lama dah"

"nanti lama-lama rumput tu banyak ka weh?"

"yala, nanti bila dah banyak, kena buang la"

"oooo"


masa tu saya masih naif, bila terdengar perbualan sebegitu, sungguh saya tak faham langsung. apanya rumput tu. kenapa rumput banyak sikit pulak. rumput kat laman rumah ke.

muahaha. saya tak bertanya siapa pun berkenaan perbualan budak-budak laki tu. akhirnya lebih kurang tiga tahun kemudian baru la saya faham. ciss, rasa macam bodo ja.

Ini la budak-budak yang terlibat dalam perbualan misteri di atas. tapi sekarang semua dah boleh jadi bapak budak dah. kacak-kacak semuanya. haha. dulu comel je masa sekolah rendah.

Monday, October 17, 2011

menDABDAkan diri

saya mau cerita pasal dabda. apa ini ya? siapa tau sila klik tanda X di sudut atas kanan skrin. ngeh ngeh ngeh. kalau dah tau, sudah. ini untuk siapa yang taktau apa itu dabda.

dabda ini adalah akronim kepada teori yang dikemukakan oleh Elisabeth Kubler-Ross, iaitu berkenaan dengan lima peringkat menghadapi kematian/kehilangan. suka saya ingatkan, lima peringkat dalam teori dabda ini akan diceritakan semula dengan gaya bebas oleh si comel ain fathihah, sesuai dengan kefahaman dan situasi saya.

DABDA

D-denial
A-anger
B-bargaining
D-depression
A-acceptance

disebabkan si pencerita belum pernah mati mahupun berhadapan dengan kematian orang tersayang, saya akan menjelaskan teori ini dari sudut pandang seorang anak yang menghadapi perceraian ibu bapa. iyalah, dekat di hati kan.

Fasa 1 : Denial (penafian)

apabila seorang anak menerima berita dan berhadapan dengan perceraian ibu bapa, perkara pertama yang akan muncul di kepalanya adalah,

"eh, betul ke ni?"
"isk, takkan kot. bukan aku. bukan mak bapak aku yang bercerai"

begitu juga apabila berhadapan dengan kematian ataupun kehilangan, sesiapapun akan cenderung menafikan apa yang berlaku.


Fasa 2 : Anger (marah)

pernyataan 'bukan aku' seterusnya akan berubah kepada 'kenapa?'

"kenapa jadi macam ni kat aku?"

"apa yang tak kena selama ni? macam mana boleh jadi kat aku?"

"kenapa mak bapak aku? kenapa bukan mak bapak orang lain? tak adil!"
persoalan-persoalan yang bermain di fikiran lama-kelamaan akan menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati. malah mungkin jika tidak dikawal akan menimbulkan rasa dendam dan benci.


Fasa 3 : Bargaining (tawar-menawar)


fasa ini lebih melibat diri si anak terus kepada tuhan.

"ya tuhan, Kau kembalikanlah situasi famili aku macam dulu. aku janji aku akan jadi anak baik"

"ya tuhan, kalau semua jadi balik macam asal, aku janji takkan melawan cakap mak ayah dah."

"ya tuhan, Kau kembalikanlah kebahagiaan yang pernah aku rasa dulu. aku janji aku takkan tinggal solat, takkan menipu, aku akan selalu buat baik pada semua orang"


Fasa 4 : Depression (kemurungan)

beban perasaan, seribu tanda tanya dan begitu banyak permintaan yang bermain di hati akan membawa kepada kemurungan. selain tu, mungkin juga si anak akan cenderung untuk memberontak.

memberontak, jadi kasar. kuat melawan. bahasa pertuturan kasar. perlakuan kasar.
biasanya, budak-budak yang stress, dia akan gigit kuku.

yap, budak kecil yang menggigit kuku adalah petanda dia sedang dalam kemurungan. tapi dah sebab dia kecik kan, mana la reti nak bagitau dan luah perasaan. orang dewasa di sekeliling, sila prihatin.


Fasa 5 : Acceptance (penerimaan)

setelah empat peringkat di atas dapat dilalui tanpa bunuh diri mahupun mati dilanggar lori, seseorang yang menghadapi kematian/kehilangan akan mula menerima apa yang terjadi.

"tak apalah. asalkan dua-dua mak bapak aku hidup lagi."

"sekurang-kurangnya aku masih ada mak bapak walaupun depa dah tak serumah"

"syukur aku ada adik beradik. hubungan suami isteri boleh putus, tapi hubungan mak ayah dengan anak-anak takkan putus sampai bila-bila".


nota tumit : saya? erm, a long journey to go before stage 5. its hurt. aww.

anwar hadi dah jadi adik ain fathihah. sah.

Saya tengah terharu ni. aww. haha. rupanya ada rakan seBio yang tertunggu-tunggu entri terbaru dari saya. katanya, lama sangat dah saya tak update blog. hari-hari dia buka blog ain fathihah tapi tiada cerita terkini. sobs, rasa macam ada peminat pulak. keh keh keh.

baru-baru ini, saya ada berbual dengan Sir Azman, guru bahasa inggeris di sekolah saya berpraktikum, merangkap bapaknya AnwarHadi.

Saya minta sedikit nasihat daripada Sir Azman, dan dia menerangkan teori DABDA pada saya. pertama kali saya tahu pasal teori tu. (saya akan jelaskan lebih lanjut berkenaan teori itu dalam entri seterusnya)

Sejak saya habis praktikal ni, ada juga beberapa kali sempat chat dengan Sir Azman di facebook. Banyak kali juga dia panggil saya 'princess'. muahaha. seronok pulak dipanggil macam tu.


tengok la cikgu english ni. bila saya cakap saya maukan anaknya, si anwar hadi, iya tidak. tidak pun tidak. tup-tup hari tu dia cakap saya tak boleh kawen dengan anwar hadi sebab kami adik-beradik. cis, ini merupanya satu penolakan secara halus. takpa, Sir. takpa. kempunan la saya nak jadi menantu. sedih ni, sedih tau.

jaga hati la katakan.

Saturday, October 15, 2011

kedekut? jom sedekah

ramai orang tahu, tapi mungkin belum ramai yang benar-benar faham. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. benar, bercakap itu mudah. modal air liur saja. nak melakukan apa yang dicakapkan itu, payah.

jujurnya saya sebagai manusia, saya masih payah nak terima sesetengah perkara yang berlaku dalam hidup. dan normalnya saya sebagai manusia, ada masa-masa tertentu, saya akan merungut dan meluahkan rasa tidak puas hati atas apa yang berlaku.

biasanya orang di sekeliling akan menasihat,

'ikhlaskan hati untuk terima, ain'

'redha ya sayang'

ya, saya terima nasihat itu. belajar untuk ikhlaskan hati. tapi tak ada siapa pula yang bagitau saya macam mana nak ikhlaskan hati tu.

jadi saya ambil keputusan, saya nak membanyakkan sedekah untuk mengikhlaskan hati. sedekah tu, boleh juga bukan dalam bentuk wang ringgit. tenaga. perhatian. idea.


pernah juga saya merajinkan diri menyediakan juadah ringkas dan dibawa ke kelas untuk dikongsi dengan kawan. alhamdulillah. baru saya rasa seronok jamu orang makan dan buat orang lain gembira.

rupanya, untuk capai kegembiraan, kita tak perlu pun harapkan sangat orang lain datang dan buat kita gembira. bila kita cuba menggembirakan orang, rasa gembira yang kita rasa adalah berlipat ganda dari orang yang kita tolong itu.

apapun, saya masih dalam proses belajar sedekah. info tambahan yang saya dapat daripada Amal baru-baru ini, tiga keadaan paling afdal untuk bersedekah,

1. masa banyak duit
2. masa takda duit
3. masa tengah rasa kedekut

jadi, sapa-sapa yang rasa diri tengah kedekut tu, perbanyakkanlah sedekah. disamping tu, kita belajar untuk ikhlaskan hati dan berlapang dada.