Pada hari selasa yang lalu, kawan-kawan seBio telah memaksa saya supaya ikut trip sehari ke Kota Keriangan Tanah Tinggi Genting. Disebabkan mahu menjaga hati, dalam keterpaksaan saya ikut juga mereka ke sana. Kalau tak ikut, takleh grad kata depa. sobss. tak best kan bila kena paksa-paksa macam ni. muahaha.
Okay, hentikan ayat karangan budak UPSR. mari berjimba bersama saya dalam entri bergambar ni.
Saksikan dulu sekeping gambar muka keriangan saya. sah sangat kena paksa pi Genting kan.
ini semasa kebasahan selepas main Sungai Rejang Flume Ride. masa bot baru mula bergerak terkedek-kedek, sempat saya merungut pada cik robiah, 'alaa macam ni je ka? tak mencabar pun'.. Bila dah lalu bukit curam tu, hah ambek kau. rasa nak tercampak keluar dari bot je.Ini muka selepas kepeningan main roller coster. Pertama kali dalam hidup saya naik roller coster. huhu. yelah kan, dasar orang penang tak pernah pergi pesta penang, jadinya saya kejakunan di sini. taktau pun macam mana rupa roller coster tu. kampungan kan.
Muka keriangan ke tiga. Latar belakang Hotel First World. err saya memang nampak gelap dalam gambar sebab saya memang gelap. rubi dah tonyoh foundation sebab tu dia nampak cerah berseri. heh, jeles.
muka over riang di kota keriangan. pergh. masa ni doa banyak-banyak kalau la nak mati pun, biar la saya mati kat tempat lain. jangan la mati kat genting ni. haha.
Ini semasa kami beratur nak naik Flying Dragon. Yang geramnya, punyalah panjang dan lama beratur, elok sampai giliran kami, hujan turun lalu naga terbang ditambat di sarang. tak boleh main...huuu. Dida kecewa. Rubi kecewa. Mira kecewa. Dayah kecewa. Ecah kecewa. Ain Fathihah lega sebab takpayah naik benda tu. takut! haha.
Saya taktau kenapa robiah asyik nak tonyoh kepala saya bila bergambar. tu tak puas hati la tuuu. Ehem, perasan la spec syadida sat gelap sat jernih. Spec baru tuuu. fotokromik. Dida tiru spec saya.
lagi gambar berlatarbelakang bangunan warna-warni. asyik berkabus. bajet macam ada kat korea, kata dayah.
Berdiri dari kiri : Dida, Has, Dira (pengarah program), Nas, Yuni dan Zety
Duduk dari kiri : Ecah, Anen, Noris, Ain (bendahari), Miza (AJK Prebet)
Gambar semasa menunggu bas di Puduraya. Pertama kali juga saya jejak kaki di Pudu baru. Wow! kagum. tapi serasa saya, patutnya dahhhh lama Pudu jadi macam sekarang ni kan.
berpimpin tangan dari kiri : Mira Robiah Ain Dida.
Kami berempat adalah rakan serumah di Sungai Petani. sedang buat mini reunion di Genting.
Skyway Genting. Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway di Genting Highlands, Pahang adalah sistem kereta kabel terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Sistem ini merentangi jarak sepanjang 3.38km dari stesennya di kaki bukit hingga ke hotel peranginan yang terletak 2,000m dari aras laut. Sistem ini juga merupakan sistem kereta berkabel tunggal yang terpantas di dunia – setiap gondola yang boleh membawa 8 penumpang itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 6m sesaat atau 21.6km sejam. woahhh, rasa nak terkeluar isi perut bila tengok bawah.
Gambar terakhir. Semasa sedang beratur nak naik Spaceshot. sepanjang duk beratur, boleh kata saya diam je. tak bising dan tak kacau orang. dalam hati duk bergolak nak naik ke tidak. tapi bila fikir tak macho la kalau tak naik dan fikirkan duit yang dah bayar, saya paksa diri jugak.
wohh! memang rasa nak tercabut jantung. saya tak menjerit langsung sebab tak mampu nak jerit. terlalu takut. serius saya takkan naik dah benda tu.
akhirnya, setelah berkali-kali percubaan membunuh diri di Outdoor Genting gagal, kami bersembilan belas balik ke Tanjung Malim dengan gembira dan hati rasa puas.
11 komen tak puas hati:
SALAM,
ENJOY HABIS NAMPAKNYA ! LAIN KALI, KALAU ORANG AJAK KE GANTING, NAK PERGI ATAU TIDAK?
wahhh
seronoknya dapat gi sana
den xpernah berpeluang lagi ke genting
bernfsu aku
syiok paa naek spaceshot...br je g dlm bln julai ari 2..sem akhir laa kata kan..penah laa rs jantung,perut,otak sumanyalah rs mcm tertinggal kt ats je kn..harharhar
bestnya berjimba.nak jugak! huhu
saya memang tak akan naik benda2 tu... takut
tak pernah sampai genting lagi ni....huhuhu..
dah bertahun tak kesini
kena paksa tapi muka dia macam yang paling seronok . keh3x~
IM tak pernah pi Genting. Dan gayat...
Cikgu, cantik jam XD
Post a Comment