mereka yang tegar

Saturday, October 22, 2011

rumput misteri

Rasa ada pembaca Blog Ain Fathihah yang tahu saya ni lompat kelas kan. alaa yang dulu-dulu ni ada ujian PTS, kemudian siapa yang lulus, daripada darjah tiga boleh terus naik ke darjah lima. tak ada darjah empat. jadi, bye-bye kawan-kawan sekelas.

masa masuk kelas baru, memang saya tercengang-cengang juga la. tak kenal siapa. rasanya masa tu semua budak kelas baru pun pandang saya pelik, 'isk paseipa la budak ni menyibuk masuk kelas orang?'

saya mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru dan juga isi pelajaran darjah lima. yelah kan, tak belajar darjah empat, terus mengadap silibus darjah lima, memang ternganga-nganga saya dibuatnya..

guru kelas masa tu, Cikgu Nizam. mungkin untuk mengelakkan pelajar bising, Cikgu Nizam susun kedudukan pelajar berselang-seli. Tak boleh duduk meja sebelah dengan sama jantina. Lelaki duduk meja sebelah perempuan. Perempuan duduk meja sebelah lelaki.

Rakan sebelah meja saya, namanya Hafiz. awal-awal memang la saya senyap. tapi bila dah lama-lama, banyak cakap juga saya dengan si Hafiz ni. perkara yang saya masih ingat pasal Hafiz ni, kami berdua selalu mengelat masa kena buat homework matematik.

"aku buat nombor genap, hang buat nombor ganjil"

lepas siap, saya tiru jawapan dia, dia tiru jawapan saya. tadaaa! kerja siap cepat, lalu boleh bersembang. hehe.

Meja Hafiz selalu jadi port untuk budak-budak lelaki kelas 5Biru melepak dan bersembang. Kerapjuga lah Salehudin, Faiz Hakim, Rezuan, Yusuf dan budak lelaki lain mai melepak, usung kerusi keliling meja Hafiz (yang juga bersebelahan meja saya).


Mungkin sebab depa anggap saya budak kecik, depa tak lah tersipu-sipu bila berdepan dengan saya. ganas lagi ada. Ada satu perbualan mereka yang saya tak lupa sampai hari ni. Saya terdengar sebab saya ada di meja saya waktu itu, dan saya tak menyampuk pun.

"wei, aku dah naik rumput la wei. tapi sikit ja la"

"laa hang baru nak naik rumput ka. aku dah lama dah"

"nanti lama-lama rumput tu banyak ka weh?"

"yala, nanti bila dah banyak, kena buang la"

"oooo"


masa tu saya masih naif, bila terdengar perbualan sebegitu, sungguh saya tak faham langsung. apanya rumput tu. kenapa rumput banyak sikit pulak. rumput kat laman rumah ke.

muahaha. saya tak bertanya siapa pun berkenaan perbualan budak-budak laki tu. akhirnya lebih kurang tiga tahun kemudian baru la saya faham. ciss, rasa macam bodo ja.

Ini la budak-budak yang terlibat dalam perbualan misteri di atas. tapi sekarang semua dah boleh jadi bapak budak dah. kacak-kacak semuanya. haha. dulu comel je masa sekolah rendah.

8 komen tak puas hati:

UniMeOw said...

muahahaha agak lama jugak r sy nak paham...adeh!

cikgu isza said...

tak tahan..
HAHAHA..

nurul said...

saya pun xfaham sangat mula2..tapi bila tfikir perbualan lelaki ni kalo guna bahasa lain mesti psl private..hu3..

a kl citizen said...

nasib baik ain tak tunjuk rumput diorang...alahai

asnizaziz said...

haha,lawak XD

lynawan said...

hahaha, lawk la depa ni.apa nama gang depa dulu?aku ingat ada satu kertas ada org lukis komik kat kertas tu.perempuan mengandung dok dlm ambulans. MA dlm tu ckp minumlah tummytrin untuk perut kempis kat permpuan sakit nk beranak tu.

salehudinsaid said...

hahaha..entry yg membuat aku tergelak sorg2..anyway, hi Ain..ni aku saleh ..blog hg besh gak..;)

P/S:yang pasti tanya pasai rumput tu mesti bukan aku..aku msti jd pendengar ja..hahaha

Benrauf said...

darjah lima baru nak tumbuh rumput? haha.