mereka yang tegar

Monday, April 05, 2010

Pembentangan oh pembentangan (Refleksi)

Sifat manusia yang rendah diri adalah yang sentiasa muhasabah diri, mencari di mana salah silap yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Mengenai pembentangan (gaya pembelajaran UPSI memang banyak pembentangan, cikgu-to-be kan), sepanjang empat semester saya di UPSI, agak banyak juga ragam gaya pembentangan (sebelum, semasa dan selepas) yang saya dapat perhatikan.

 

Gaya 1 :

 

Kumpulan 4 orang. Dua orang dikehendaki mewakili kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Dua orang menawarkan diri, dan dua yang lain setuju. Saling membantu untuk persediaan pembentangan. Semasa pembentangan, dua orang yang tidak membentang akan ke depan menjawab soalan semasa sesi soal-jawab jika si pembentang tidak dapat menjawab dengan baik.

 

Gaya 2 :

 

Kumpulan 4 orang. Dua orang dikehendaki mewakili kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Dua orang yang tidak mahu membentang mencadangkan dua yang lain. Setuju. Juga saling membantu untuk persediaan si pembentang membuat pembentangan. Semasa pembentangan, dua orang yang tidak membentang akan ke depan menjawab soalan semasa sesi soal-jawab jika si pembentang tidak dapat menjawab dengan baik.

 

Gaya 3 :

Kumpulan 4 orang. Dua orang dikehendaki mewakili kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Namun, semua menolak untuk menjadi pembentang. Hang suruh aku, aku suruh hang, hang suruh aku balik. Penyelesaian, cabut undi. Kertas dicarik kecil dan ditulis X dan O. Yang cabut carikkan bergulung X akan menjadi pembentang. Persetujuan dicapai, maka dua orang yang menjadi pembentang bertungkus lumus menyiapkan slide dan persediaan secara berdua (berdua lebih baik?).

 

Dua orang yang tidak membentang beranggapan, “Jika yang membentang hanya dua orang, mengapa perlu bekerja secara berempat? Dua cukup. Apa nak jadi kat pembentang semasa pembentangan, lantak kat hang. Aku tak mahu ambil tahu”

 

Gaya 4 :

 

Kumpulan 4 orang. Dua orang dikehendaki mewakili kumpulan untuk membentangkan hasil kerja. Namun, semua menolak untuk menjadi pembentang. Mu suruh aku, aku suruh mu, mu suruh aku balik. Penyelesaian, cabut undi juga. Kertas dicarik lebih kecil dan ditulis X dan O. Yang cabut carikkan bergulung X akan menjadi pembentang. Malangnya, yang tercabut (ter?) kertas X beriya-iya menolak untuk membentang. Alasan :

 

1.Tak yakin nak bentang

2.Tak pandai cakap

3.Takut.ketaq (terketar) pusat, perut dan telur (yg ada)

4.Markah kumpulan (konon tak mahu jejaskan markah kumpulan)

5.bukan aku,bukan aku. Kau bentang lebih baik.

6.Aku jarang bentang, kau dah selalu. Maka, kau la bentang. Aku taknak, taknak.

 

Kes ini lagi….apakah? apa guna cabut undi kalau macam tu? Boleh jadi sampai bergaduh-gaduh sesama ahli kumpulan.

 

 

Ada banyak lagi. Tapi cukup empat ini yang sempat ditulis.

 

Kenapa ya? Dah empat semester di sini (UPSI), masih tak yakin dan takut untuk ke hadapan? Perlukah ditanya, apa yang kamu buat selama empat semester?

 

Sibuk kejar 4rata tanpa usaha perbaiki nilai tambah diri? Apa yang pensyarah kamu buat? Perlukah disalahkan sistem pembelajaran di UPSI jika guru-guru keluaran UPSI dikatakan tak reti mengajar?

 

Kenapa ya? Bila bergelak ketawa bersama rakan-rakan, suara kamu boleh didengar dari hujung ke hujung dewan, tapi bila di depan ketika dalam kelas, suara kamu bak itik tercekik tulang? Tak keluar pun suara yang tadinya galak bergelak ketawa.

 

Jom. Sama-sama usaha ubah diri. Takkan 8 semester di UPSI, masih mahu di takuk lama.

 

Muhasabah diri, refleksi diri dan peringatan untuk diri. Moga saya dan kamu saling memberi ingatan. Semua kita inginkan yang terbaik dalam kehidupan. InsyaAllah.

4 komen tak puas hati:

alif.nun.ya.nun said...

i like dis post!!
setuju..bile ke depan sore romentik..bile belakang sore cam itik..quack3 aje..

serimawar said...

nice entry...
ase cam dpt motivasi lak...

azam sem dpn aku nak present je kalu ada peluang(huhuhu)

ain fathihah said...

anen, siapakah itu?

has, yeah, jom kita berebut nak present pulak lepas ni

Mas said...

setuju..
kalo u lain mybe xpe..
tp ni sume bakal cikgu, kalo xpndai bentang pon anggap la sbg latihan..