mereka yang tegar

Wednesday, April 14, 2010

rindu kalian

kasih sayang itu, bukan setakat sayang mak ayah, sayang adik-beradik, sayang cikgu, sayang pakwe/makwe.

kasih sayang itu universal. berkasih sayang sesama makhluk. tiba-tiba sangat rindu dengan makhluk-makhluk unik ciptaanNYA yang saya dah bermesra-mesra dengan mereka di semester 4 ini.


(sindrom study week)

siput apa? siput babi. siput siapa? siput Azi.

comel kan siput-siput ni. walaupun tekstur mereka agak lembik, sejuk dan berlendir,  saya gagahkan  hati jugak cuba cuit-cuit mesra mereka ini. wow, bila lagi nak amik peluang pegang siput babi kan?

saya dah membuktikan kepalsuan cerita dongeng putera katak.

tengok? dah kena cium, katak tu tak bertukar jadi putera raja yang kacak pun.

ops, tapi mungkin saya tak cukup cantik untuk jadi puteri katak.


sekalian rakyat jelata di Bukit Malawati, Hulu Selangor. salah seorang dari mereka cuba menodai kawan sekelas saya, Chaah. mujurlah dia tak apa-apa. sang penoda cuma mahukan makanan.


ini tiada apa-apa. cuma lukisan tikus di kelas BSMM semester 2. macam-macam rupa gaya tikus. patutlah kami di jurusan Pendidikan Sains, bukan Pendidikan Seni.

12 komen tak puas hati:

sI tEDI said...

katak tu pasrah je di cium!

amirah said...

ikan xdak ka?muscle ayam?

handhalah ibnu kamil said...

haih. tajuk takde kolerasi dengan entry. dui3

Azuan said...

ganas monyet sekalian~

Insan Marhaen said...

Alamak, batal air sembahyang ...!@#

Terima kasih kerana masih sudi ziarah pak cik di IM...

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha..

perlu samak x lepas pegang siput babi tu? adeh..

ain fathihah said...

tedi, katak tu terpaksa pasrah kalau nak selamat. hehe

ain fathihah said...

mira, takda la kot amik gambar masa lab muscle dgn ikan. hehe

ain fathihah said...

abu, yeka? alamak kena improve bahasa aku lagi nih. hehe

ain fathihah said...

azuan, monyet tak ganas pun. semuanya baik hati belaka

ain fathihah said...

IM, hehe. jom amik wudhu' baru jom

ain fathihah said...

Asada, isk isk isk..rasanya tak perlu samak.

itu siput, bukan babi. haha