mereka yang tegar

Thursday, February 25, 2010

stress! jom terjun lombong ramai-ramai

Semalam, sedang saya berusaha gigih menyiapkan tugasan PBL dan sambil-sambil layan FB, tiba2,

“ Woi ain ketot! Ko ingat ko bagus tak update blog seminggu?”

 

Arr? Kenapa tiba-tiba kena marah sebab tak update blog ni….huhu.. rasanya orang tu (nama dirahsiakan) tengah stress dan nak lepaskan kemarahannya pada saya. Alasan nak marah? Sebab saya tak update blog! Ciss kamu.

 

Okay, memandangkan ramai sangat orang sekeliling saya tengah stress dengan dateline assignments yang berlambak-lambak dan mencekik tekak, jom kita cakap pasal stress.

 

**Bahan diolah semua daripada blogger Pesonatasia dengan gaya bebas oleh Cik Ain Fathihah.

 

Stress? Pressure? Tertekan? Ditekan? Menekan? Paku tekan?

 

Tekanan dalam hidup memang tidak boleh dielak tapi jika diurus dengan baik pasti tidak akan memberi kesan kemudaratan. Jangan sampai, tertekan sikit nak lari dari rumah, tertekan sikit nak bunuh diri, tertekan sikit nak terjun gaung. Oleh itu adalah cukup penting bagi kita mengetahui cara menguruskan tekanan.

 

Namun begitu tahukah kamu bahawa emosi yang banyak memainkan peranan dalam mempengaruhi perjalanan hidup seorang individu.

 

Sama ada gembira atau bersedih, kamu yang menentukan. Jika jamu memilih untuk gembira, lalui hari dengan ceria. Bukan sahaja riak wajah muka lebih tenang (juga sedap mata orang sekeliling memandang) tetapi juga tidak memudaratkan anda.

 

Kalaupun kamu tidak gembira hari ini, usah berusaha untuk menayangkan muka cemberut kamu pada satu dunia. Simpan elok-elok moody kamu itu dalam poket, dan uruskan dengan baik. Orang sekeliling mungkin muak untuk tengok muka moody kamu hari-hari.

 

Ramai penyelidik berpendapat bahawa perasaan positif terutamanya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan mengawal perasaan negatif seperti geram dan marah. Apabila berjaya menghindarkan perasaan negatif, perasaan positif boleh dipupuk dengan dirangsang.

 

Untuk mendapat kegembiraan, kamu perlu selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kelemahan diri dengan hati yang terbuka. Tidak perlu berasa rendah diri terhadap kekurangan yang dimiliki dan yakinlah bahawa setiap anugerah Allah adalah sempurna.


Jadi, bagaimana kamu menguruskan stress?

3 komen tak puas hati:

SwEeTFoResT said...

men game kt fb..huhu =P

amirah said...

zzzzzzzzzzz....

KAZA said...

Tidur la yg best... Huhuhu