mereka yang tegar

Sunday, February 07, 2010

manusia berpasangan, bukan mengawan

Siapa kata subjek sains semata-mata bersifat saintifik tanpa ada kaitan dengan kehidupan? Tipu, tipu, tipu. Sains lah yang paling berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan kehidupan.  

 

Semester ini, saya suka masuk kelas TBE3013 Ekologi. Rasa macam masuk kelas tatacara kehidupan. Dr.Husni, sangat berperanan mengaitkan konsep-konsep Ekologi dengan kehidupan seharian kita. Menarik, kelas pun tak mengantuk. Err, menguap itu ada juga sekali-sekala.

 

Antara konsep Ekologi yang paling melekat di hati saya adalah semasa kuliah minggu ke 3, Types of Mating System. Fokusnya pada haiwan. Tapi tak salah kan manusia belajar daripada haiwan.

 masih berfikir apa kaitan siput ni dengan entri. saya letak sebab saya rasa siput ini comel

Sekurang-kurangnya haiwan makhluk yang sentiasa berzikir pada Allah, berbanding saya ini yang mulut mengomel-omel menyanyi ‘i want nobody nobody but you, lalala’ sambil cuba tiru aksi tari Wonder Girls yang lincah tu.

 

Types of Mating System = Jenis Sistem Berpasangan (betul ke terjemah terminologi ni hah?)

(*baca : mate itu merujuk pada proses mengawan ya)

 

1.Polygyny (poligami)

Ciri-ciri :

Male mate with more than one female (satu jantan berpasangan dengan lebih dari satu betina..mungkin 2, 3, 4 dan seterusnya)

Sumber makanan dan habitat dikuasai oleh jantan. Maka, si betina yang mahu menumpang makan dan tempat tinggal akan menukarnya dengan seks dengan si jantan.

Tak tahu lah pulak kalau ada dialog dari Harimau Jantan (contoh),

 

“can I f**k you today?”

“yes, i do.. aummmm!”

.. dan si betina boleh dapat daging(makanan) yang diburu oleh Harimau Jantan, setelah mengawan dengan si jantan.

 

Dan kalau si betina takda mood nak mengawan pun, akan ‘dipaksa-rela’ jugak oleh si Jantan.

‘seks atau nyawa?’

‘atau!’

 

Dalam sistem mengawan jenis ini, biasanya bilangan haiwan jantan lebih sedikit dari betina. Betina banyak, kenalah kongsi jantan yang ada sikit ini.

 

Pasangan jantan dan betina ini tidak terikat untuk seiya serasa sehidup semati. Si jantan boleh ‘tabur’ benih merata-rata, dan blah.

Tanggungjawab menjaga anak adalah sepenuhnya tanggungjawab si betina.

 

Ain Fathihah, malu lah i. geget kang!

Ini sunnatullah, lumrah alam haiwan begitu, jangan pula kata Si Jantan ini kasanova dan Si Betina itu jalang.

 

2.Monogamy (monogami)

Ciri-ciri :

One male mate with one female.

Satu jantan, satu betina. Ewahh, dah macam kempen menteri wanita menentang poligami dulu tu, ‘satu suami, satu isteri’.

 

Taburan sumber makanan dan habitat adalah seragam. Tak ada mana-mana gender yang menguasai makanan dan kawasan.

 

Si Jantan akan setia dengan Si Betina dan sebaliknya.. seumur hidup mereka bersama.

Haiwan jenis ini sangat bagus dalam Pendidikan Keibubapaan. Maknanya, dua-dua akan sama-sama jaga anak, dan membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang, hehe.

 

Jumlah si Jantan dan si Betina adalah hampir sama banyak.

i'm lucky i'm in love with my bestfriend

Contoh haiwan : Burung-burung.. tahu kan Swan sangat setia. Lovebird pun. Kalau seorang seekor mati, tak lama kemudian pasangannya pun akan mati juga.

 

3.Polyandry (poliandri)

Ciri-ciri :

Dah boleh teka dah kot? Female mates with more than one male. Satu betina mengawan dengan lebih dari satu jantan. Ini juga bukan jalang mahupun sundal. Ini hukum alam, bagi haiwan ya.

 

Biasanya, si Betina adalah lebih dominan, dan menguasai sumber makanan dan habitat. Bila dah macam, si Jantan lah kena jaga anak. Wuu, Mr.Mama.

 

Contoh haiwan : spesis ular tertentu... Anaconda, tahu? Semasa proses mengawan, satu betina akan dibelit-belit manja oleh lebih dari satu jantan, untuk mensenyawakan benih mereka. Err, mungkin si Anaconda jantan tak cemburu, okey lah tu kan.

 

Nilai Pengajaran :

*sangat berguna untuk perempuan*

 

Masa dalam pantang bersalin, si isteri jangan balik kampung duduk rumah mak. Pernah tak kamu baca suratkhabar, beritanya begini

 

“isteri dalam pantang kecewa suami di tangkap basah”

“hancur luluh hati saya apabila suami kahwin baru semasa saya dalam pantang anak pertama”

 

Sebab? Bila suami isteri tak sama-sama jaga anak, si suami akan ada masa dan tenaga yang berlebihan untuk pergi mengawan menggatal dengan perempuan lain. Yelah, terabai kan...isteri 100hari di kampung, makan pakai suami tak terjaga, dan suami akan cari alasan ‘gersang’ untuk bermukah. Kononnya, sakit kepala 100hari tidak dapat 'bersama'

 

Haa, kalau boleh, semasa tempoh berpantang, pastikan ada penyertaan dari suami. Biarlah sama-sama berjaga malam melayan si anak menangis, atau si suami kena bangun malam pi bancuh susu anak (atau tukang kejutkan isteri bangun untuk menyusukan anak)

 

Bila suami dah luangkan masa dan tenaganya sama-sama jaga anak, tak sempat aih dia nak pi menggatal dengan perempuan lain. insyaAllah.

 

Hehe, saya sangat suka bila Dr.Husni bagi tips ni.

Sekian, jumpa lagi.

15 komen tak puas hati:

amirah said...

woaaa..aplikasi kelas dr husni
bgs2..
xyah dh aku stdy bab nie..hak3

alif.nun.ya.nun said...

haa baguih dok ada...ape kate post kan tuk topic2 laen juge..hakhak

atyrah said...

haha. i loike this entry.

nice one ain!

=)

encik luth said...

wah, contoh..
Can i f**k u today? hahah

ninim said...

adik aku dah denga cerita bi life dri ngko..dengar berkali2 pun tak boring

:: NadhirahNordin:: said...

hoho.
1 pkataan je nk ckp.
'dahsyat' hihi

ain fathihah said...

mira n anen, aplikasi isi P&P dlm blog..kongsi dgn pembaca blog ku..

tyra, ya TQ. ha3,sori terlebih terkurang tang penggunaan bahasa dlm entri ni

Luth, kan tengah glemer ayat 'can i f**k u today?' sekarang ni..hehe

ain fathihah said...

kak eni, kalau hg boring dgr aku menceceh, aku sekeh hg tau! =P

Nad,apa yg dasyat??

zetysh said...

patut ah aku rase cam takpenah dgr je dr.husni cite psl ni..baru aku ingat rupenye aku TERponteng lecture ni

haha..bagus jugak ko tolong cite..thanks ain!

ain fathihah said...

haha zety, kantoi la hang ponteng kelas ye

Che Adlia said...
This comment has been removed by the author.
HagakureKira said...

adess..

UNRATED article nih!!

ain fathihah said...

adlia, belajar bio best x? hehe

erm, Hagakure, apa yg tak kena pulak dgn entri ni? ok je kan

Che Adlia said...
This comment has been removed by the author.
HagakureKira said...

ok je..

asalkan open ur mind towards positive thinking..

p/s: ho3.. sempoi la artikel kali ni.. menarik!!