mereka yang tegar

Sunday, February 28, 2010

Aku Gadis yang Tak Cekap Memasak

Kebanyakkan lelaki (baca : tak semua lelaki) meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama. Tak kira lah, wanita itu belajar setakat SPM, Ijazah, Master mahupun phD sekalipun.

 

Bak kata orang, tak lengkap diri seorang wanita kalau tak tahu memasak.

 Tapi, kadang-kadang saya rasa ada lelaki yang sangat ‘high demand’.

 

Ciri-ciri isteri idaman ku (lelaki itu) adalah:

-Cantik, muka cun body mantap

-Berpelajaran tinggi (yelah diri sendiri tak lulus SPM maka mahu secerdik-cerdik isteri untuk mendidik anak-anak)

-Pandai masak (mesti pula rasa masakan harus sama hebat dengan mak sendiri)

-Berkerjaya (berkerja dan bergaji besar. Baru lah boleh menumpang gaji isteri kan)

-Tahu agama (solat & puasa cukup. Boleh ajar anak-anak mengaji Al-Quran sendiri di rumah)

 

Huhu. Punyalah banyak criteria yang dimestikan A+.

 

Sebagai seorang gadis yang tak berapa mahir di dapur, saya memang takkan menafikan kepentingan suri untuk memasak dan menyediakan makanan untuk keluarga (terutamanya suami).

 

Saya pernah baca, cara seorang isteri menjaga suami, adalah dengan menjaga perut dan bawah pusatnya. Maksudnya, isteri tu perlu menjaga makan-minum suami, dan juga keperluan seksnya.

Erm erm, abaikan dulu yang pasal bawah pusat tu. Ahaha, entri ni nak cakap pasal jaga perut suami.

 

Orang dulu-dulu, kalau tak pandai memasak, takkan boleh kawen. Yelah, memandangkan wanita dulu yang sangat berperanan dalam menjaga hal ehwal rumahtangga.

 

Tapi, zaman sekarang, apabila ayah si bakal pengantin perempuan beritahu bakal besannya,

“ni anak kami ni tak reti memasak”

Jawabnya,

“tak apa, tak apa. Yang penting bekerja”

 

Hoho, zaman no money no talk. Cari isteri pun, mau cari yang bekerja dan ada pendapatan sendiri. Sekurang-kurangnya, kurang sedikit beban suami menanggung kos hidup. Itupun kalau isterinya mahu berkongsi gaji.

 

Kalau si isteri berprinsip ‘duit kau, duit aku. Duit aku, duit aku. Jangan minta-minta’…. Haa, botak cepatlah si suami.

 

Tak Reti Masak, Tak Boleh Kawen Kah?

 

Mama saya selalu membebel bila melihat keculasan saya masuk dapur.

“isk, nak masak pun tak reti, dah gatai nak menikah”

“Tata, cuba-cuba lah belajar masak. Nanti dah kawen kena berletiaq dengan mak mertua baru tau”

“kalau sanggup tahan telinga kena marah dengan mak mertua, haa tak payah lah belajar masak”

 

Hehe, intipati bebelan adalah :

Kalau tak reti masak, akan ada kesusahan selepas berkahwin nanti.

 

Selalunya saya akan menjawab nakal,

“takpa, nanti dah kawen mesti boleh masak”

“ala, Tata nak belajar masak dengan mak mertua lahh”

 

my dad my hero

Err, boleh tak saya nak cari suami yang pandai memasak?

Haha, belajar masak dengan suami sendiri, mesti lagi romantik kan?

20 komen tak puas hati:

KAZA said...

Orang putih kata "A way to man heart towards their stomach"

Huhuhu...

..Nor Fatihah.. said...

ak nk carik laki y xtkut air..heheh ps2 nnti ajak ye g tioman..mandi kat tmn laut..nnti blh la ye ajar ak..hehehe ak kn takut air..lg romantik..hohoho

farhana ghafar said...

amboi...ayah reti masak??? bagus nya.. jalan2 kat sini. follow u btw. hit me back kayh :)

ain fathihah said...

abg kaza, TQ.

Teh, takleh blah betul lah hang ni...haha jab2 nak bayangkan laki hg nanti kena sabar sesabar-sabarnya nak ajar hang berenang...haha

farhana, ye TQ sudi singgah

amirah said...

xpa lama2 cekap la 2...huhu

Rita Mohamed said...

buat mcm saya.. kawen ng tukang masak.. gerenti tak payah susah-susah masak.. hihihi

Rita Mohamed said...
This comment has been removed by the author.
ain fathihah said...

mira, jom la kita cekapkan diri bersama2..hehe

ain fathihah said...

Madam, bestnya tips! haa apa lagi..meh la kenalkan kat saya junior2 your hubby..yang bujang dan kacak ye

Rita Mohamed said...

hahaha.. nanti tengok kalo ada stok.. kena cari yg ensem2 kan.

Da Ahmad said...

ahaha..
nak jugak la suami macam tu...

Anonymous said...

huhu..semestin nya ak mnyokong post ni..best.. =) -i'ffah nasir-

Cik Z@i Pen@nG said...

salam...best n3 neh..

hat laki pon sblm nk kapel tnya dl keje apa..hat lekeh2 depa dh xmo dh...

dl btl pmpuan demand nk laki keja best2 tp skrg laki pon dh pndai demand dh...

nk gak laki tukang masak...
cheq malaih nk masuk dapoq...buleh2..

Anonymous said...

"Saya yang memasak berpandukan Internet"

- Teka siapakah saya -

B-) Hee..

ain fathihah said...

betul tu, Cik Zai.
org lelaki skrg (bkn semua) memang mencari isteri yg berkerja.

mgkin rsa tak mampu nk tanggung fmly dgn gaji sendiri.

kongsi berdua, mungkin lebih kurang bebannya.

ahaha, byk mungkin. saya pn tak kawen lagi maa...

ain fathihah said...

Anon yg memasak berpandukan internet, huhu. tak mampu nak teka. tak habis lagi belajar ilmu tilik orang

Anonymous said...

x dpt teka ye? :D

- H K -

ain fathihah said...

HK tu akronim nama awak ke?
alamak, maaf la. tak terkeluar nama sapa2 pun dalam kepala ni haa..maaf noh

..Nor Fatihah.. said...

lah ain..dh die jd laki ak sgt..kn la sabar..hahaha lalala xleh blah sungguh..

ain fathihah said...

HK!
Hagakure kira

adehh, lampi.