Monday, August 31, 2009

jangan buat tuduhan rumah aku sakit

salam'alaik.. sudah 10 hari berpuasa.. cepat sungguh. 

Namun dalam 10 hari ni, tiap-tiap hari masa bersahur dan berbuka, saya tetap rasa terkilan. rindu nak bersahur dan berbuka dengan famili. 

bila saya merengek begitu begini pada Baba, dia cuma kata 

'sabaq..sabaq. puasa kat mana-mana dan bersahur berbuka dengan sapa-sapa pun sama ja'.

iyalah tu, saya cuma mengiakan, tapi diiringi dengan penafian bertalu-talu (dalam hati cuma

tak sama! tak sama! 

kat sini takda adik Nin yang paling kalut mencuit itu ini masa berhidang, 

kat sini takda Kakak yang akan tegur sapa2 yang makan tapi tak baca doa dulu, 

kat sini takda KakTeh yang selalu suruh-suruh KakChik buat macam-macam, ambil cawan, ambil sudu, ambil itu ambil ini, 

kat sini takda KakUda yang suka menyakat Nin & Kakak sampai nanges (eh saya pun sama), 

kat sini takda Angah yang bila dia tolong Mama buat kerja dapur, dia akan cakap perli 'haihh, anak dara ramai saja ja, anak laki gak kena buat'. okay2, kadang-kadang saya terasa disentap dan cepat-cepat pergi tolong Mama, tapi selalunya saya dan KakUda akan mengekek-ngekek gelak sambil tengok Angah buat kerja.

Okay..okay, taknak cakap apa yang saya selalu teringat pasal Baba & Mama. Takut keyboard ni basah sebab hujan plak. Eh eh, yelah, Tanjung Malim kan selalu hujan.

Sebenarnya cuma nak cakap, saya dah dua hari demam. Tekak terasa perit. Kepala berat. Badan pun kejab sejuk kejab panas. Telan nasi terasa pasir (ceh cehh), teguk air terasa masam sebab kak Neha suruh saya minum air asam jawa. Kaw-kaww punya, memang masam.

Amy & Siti cakap, saya ni frust menonggeng tak dapat balik Penang sebab tiket habis, maka terus demam. Apa omputeh cakap eh, homesick. Haa, begitulah.

Apa pun, terima kasih kepada Kak Neha & Kak Wana yang ambil berat pasal budak kecik yang homesick ni. TQ dohh..

Friday, August 28, 2009

pak ketipak ketipung bunyi gendang bertalu-talu, pura-pura bingung hati dalam bagai digaru


Pucuk pauh dari Palembang,

Buah langsat lebat di hulu,

Duduk jauh berasa bimbang,

Sudah dekat berasa malu.

**********

Apa khabar nasi di daun,

Nasi di talam bagai nak basi,

Apa khabar tinggal setahun,

Tinggal semalam bagai nak mati..

(n_n)

pakcik, ingat lagi ke pantun2 ni..hehe

pencil case - Amal


Amal, ingat lagi tak pencil case ni?

TQ.. sampai sekarang aku simpan lagi..

seingat aku hang bagi pencil case ni kat aku masa kita form5 dulu..

wei, rindu kat hang

.

.

.

.

p/s : tira, hang nampak apa lagi dalam gambar ni? hehe

Monday, August 24, 2009

projek ramadhan

salam'alaik.. lama rasanya saya tidak meninggalkan sesuatu di sini, di ruang maya kesayangan saya. Agak ramai yang bertanya 'ain, kenapa lama tak update blog?', 'ain, lama tak blogging ye?', dan yang agak celupar, 'ain, ko hidup lagi ke tak, kenapa blog sunyi sepi'.. huhu, kepada yang bertanya, terima kasih saya ucapkan. masih ada yang prihatin pasal saya. masih ada yang merindui (rindu ke) celoteh saya. masih ada yang menanti cerita-cerita saya...

Suka+duka-->cita dimaklumkan, saya agak kesibukan (entah sibuk apa pun tak tau lah) kebelakangan ini. Ditambah lagi bonusnya, internet di rumah agak bermasalah. mula-mula dulu, bila internet tak dapat je, saya akan merungut-rungut.. 'weh mira...internet tak dapat. ahh, gersang aku bila internet tak ada'.. wee...hihihi..ayat hiperbola yang tak patut dicontohi.

**************************

**************************

**************************

Masih belum terlambat, salam ramadhan kareem buat semua. Alhamdulillah, 3 hari berpuasa berjalan lancar. Agak terasa kedatangan ramadhan kali ini, sebab saya dan kawan2 seBIO ada projek baekkk punya! projek yang sudah diangan-angankan semester lepas, akhirnya dapat dijalankan dengan jayanya (sila baca : bermula dengan mengensot dan merangkak2) pada ramadhan ini.

Projek yang agak menguji kesabaran dan persahabatan. doakan saya dan kawan-kawan berjaya mendapat ijazah pengalaman yang tidak ternilai. (n_n)

'weh, apa projek? kecoh lebih'

'yela, nak cerita la ni. reti sabaq tak?'

err...entri akan datang ye? yadaa..yadaa!

wassalam

Sunday, August 23, 2009

jangan ada benci

Jangan Ada Benci

( 1 )
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

( 2 )
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

( 3 )
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

( 4 )
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

( ulang 2 & 3 )

( ulang 3, 4 & 1 )
Di sudut hati

Saturday, August 22, 2009

hari pertama ramadhan

Salam'alaik..

hari pertama ramadhan..alhamdulillah

sahur berdua dengan Kak Neha

(dah tentu dia yang masak, aku cuma ambil part basuh pinggan)

seharian berpuasa agak tidak terasa

mungkin faktor cuaca Tanjung Malim yang redup dan hujan renyai memanjang

berbuka dengan ikan masak asam pedas johor

perghh..sedap

sama macam Mama buat

huhu

entah bila nak dapat berbuka puasa dengan Baba, Mama & Adik-adik..

rindu!

.

.

.

p/s : tira, tetiba rindu nak makan laksa kafe B dengan hang

Thursday, August 13, 2009

tutorial pengurusan e-mel - files attach

Salam’alaik. Sebelum saya mulakan tutorial mudah dan asas ini, sukacita dimaklumkan entri ini saya khaskan kepada pengguna-pengguna amatur emel (juga kepada pengguna emel yang dah lama tapi baru nak sedar kegunaan emel ini selain untuk sign in Frienster, YM dan Facebook.)

Kepada encik-encik programmer dan penggila ICT yang dah cekap dan pakar, tidak digalakkan membaca entri ini sebab kamu akan rasa tutorial saya sangat mengjengkelkan...

Apa sebab saya membuat entri ini? Percaya atau tidak, masih ramai pengguna emel yang tak tahu macam mana nak buka dan hantar fail (files attachment) melalui emel. Emel sendiri tak pernah dibuka pun ada. Buat emel cuma untuk membolehkan sign in akaun FS, Hi-5, Twitter dan segala laman sosial yang wujud.

Ahhh, sedih kan? kamu tahu bagaimana upload gambar kamu dan kekasih hati di Galeri Gambar Friendster. Kamu tahu bagaimana untuk ‘copy & paste’ kod-kod HTML untuk hias akaun Fs, Ms dan segala itu2 tu dengan icon ‘i heart u’, katak lompat2 yang comel, benda hati yang pusing2 dan berkilau. Kamu tahu untuk download semua siri drama Jepun dan Korea. Kamu tahu di mana nak cari dan download segala lagu2 hits terbaru ..tapi, kamu tak tahu nak buka emel sendiri untuk download fail Word yang dihantar oleh kawan kamu?

Ahhh! Kalau kamu pelajar sekolah rendah atau menengah atau minah kilang atau makcik-makcik yang tidak kenal pun apa tu komputer dan tetikus, saya boleh terima. Ini tidak. Kamu itu pelajar universiti. Siswa-siswi universiti. Malu lah kat Mama saya surirumah sepenuh masa itu. Siswi U tak reti dan tak tahu bagaimana menguruskan emel. Uhhh!

Internet memang banyak faedah. Juga membawa masalah. Terpulang pada diri sendiri bagaimana mengaplikasikan kemajuan teknologi ini untuk menjadikan kamu, insan yang bitara.

Saya bukan memandai-mandai dan berlagak bijak dengan membuat entri picisan ini. Cuma untuk membantu pada siapa yang mahu tahu dan mahu belajar. sifat seorang guru itu mengkritik. tapi bukan kritikan kosong. selepas mengkritik, ya..saya sertakan bersama bagaimana untuk menguruskan emel anda.

******************

Mula-mula, sila sign in emel kamu terlebih dahulu...

kemudian setelah berjaya sign in, kamu akan jumpa paparan seperti di atas... 

Klik pada Inbox untuk melihat emel yang ada dalam mail-box kamu..

Bagi sesiapa yang ada Frienster, Facebook (dll)..kamu akan lihat berderet-deret emel dari laman sosial berkenaan. Abaikan. atau delete.

Kemudian, cari nama orang yang menghantar emel kepada kamu. sila klik. (klik pun nak kena beritahu ke?)

setelah kamu masuk ke emel berkenaan, kamu akan nampak fail yang telah dihantar kepada kamu dikepilkan bersama emel. (tulisan warna biru).

untuk mendapatkan fail berkenaan, kamu perlu download fail tersebut terlebih dahulu. haa, klik jangan tak klik. klik kat mana? kat fail berkenaan laa, sayang oi..

downloading.......

simpan fail.. simpan la kat mana2 pun..asalkan bukan dalam almari baju..

haa, kan dah berjaya download fail yang kawan kamu hantar.

dah ada pun dalam laptop kamu?

mudah saja kan

************************************

ain, macam mana pulak nak buat files attachment pada emel?

haa, bagus anak muridkan.

tak malu bertanya...

Klik pada 'compose'... pada sesiapa yang guna Yahoo Malaysia, klik pada 'karang'.

kemudian, cari perkataan 'attach files' untuk membuat files attachment..

haa, dalam satu emel boleh letak lebih dari satu fail serentak..

pilih fail yang kamu ingin kepilkan daripada laptop kamu...

mudah je kan?

hah, pilih jangan tak pilih!

kemudian, 

pastikan kamu menulis emel penerima di tempat yang sepatutnya..

lepas tu,

'send'

********************************

..selesai..

Sunday, August 09, 2009

menjaga anak dara seorang bak membela lembu sekandang, apatah lagi 5 orang

Latar Tempat : Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong

Latar Masa : 2.30 petang (Ahad, 8hb 9, 2009)

Latar Masyarakat : Orang kampung tengah pulun makan nasik kenduri, ada yang beratur untuk mengambil makanan yang dihidangkan secara bufet, dua pasang pengantin berpeluh2 berbaju songket melayan tetamu, bentara kenduri sibuk menukar air basuh tangan di meja-meja dan budak-budak berlari sana-sini (cis, picisan)

Watak Utama : Ustaz Roshidan sebagai Baba

.......... Puan Junaidah sebagai Mama

......... Ain Fathihah sebagai Tata

......... Amira Fatin sebagai Kak Uda

......... Adilah Farihah sebagai Kakak (watak tak berdialog)

Watak sampingan : Orang kampung

Watak tempelan : Penunggang motor lalu lintas di hadapan masjid, merempit.


petang tadi saya dengan paksarela mengikut Baba ke kenduri kahwin anak kenalannya di Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong..
Alhamdulillah, dua masjid baru didirikan. Dua pasang pengantin.
Semasa makan, flower girl menghampiri meja makan kami sekeluarga dan meletakkan beg kertas berwarna maroon.
Beg kertas yang comel itu diabaikan sementara. Tumpuan saya cuma kepada makanan. Ditambah dengan percikan hujan yang menderu di luar khemah kenduri. Yum3x!

Selesai makan,

Tata : Meh nak tengok apa ada dalam beg kertas ni..(membelek)

Kak Uda : Apa ada?

Tata : Bunga teloq, sapu tangan kecik, gula-gula, sumi..isk isk iskk

Kak Uda : Nak satu..

Tata : Baba, kos nak kawen mahai tang benda-benda remeh ni la kan..bunga teloq ni kalau beli siap sekuntum (ke selidi ntah) lebih kurang RM2.50..kalau seratus? Seribu?

Kak Uda : Ta, kita kawen nanti balut teloq rebus tu dengan tisu dah la noh. Tak payah cenderahati lawa-lawa ni. Membazir ja.

Tata : Hah, jimat tu. Bagus la. Nanti duit lebih kawen boleh guna pi honeymoon.

Mama : Kalau macam tu punya nak jimat, nanti hangpa kawen tak payah buat kenduri la..nikah aja kat masjid..senang! mama pun tak penat nak uruskan kenduri.

Tata & Kak Uda : (serentak) eh tak boleh. Kenduri kena buat jugak. Kena hebah kat orang bila dah kawen. (gelak teruja)

Tata : nak jimat benda-benda remeh yang tak perlu ni ja. Beg maroon ni mahai tau. Orang tak simpan pun. Buang ja. Rugi ja bagi kat tetamu, kan Baba?

Baba : (senyum, angguk)

Kak Uda : Ba, pelamin nanti nak buat kat bawah blok ke kat dalam rumah?

Mama : baba hangpa bagi bersanding ke? Kalau nak gak, buat (pelamin) kat dalam rumah la. Nanti senang nak bergambar. Orang tak tengok.

Baba : yang haramnya bersanding tu sebab pengantin tak tutup aurat. Haram la jadinya bila aurat duk tayang kat tetamu semua. Kalau pengantin tutup aurat, haa, tak salah pun bersanding.

Kak Uda : (muka teruja) maknanya Baba bagi la bersanding kan?

Tata & Kak Uda : (serentak) yeahh! Boleh bersanding..hahaha..

++++++++++++++++++++++++

Babak ditamatkan
Sebab terdapat unsur-unsur rahsia keluarga yang tak patut didedahkan kepada umum



Persoalan :


1. dua anak gadis itu masih belasan tahun. Teruja sembang pasal kahwin? Tett!

2. bincang pasal kenduri macam la masing-masing dah boleh kahwin bulan depan? Uhh!!


3. ibubapa yang ‘mendekati’ anak-anak dengan berbual mengenai topik sensitif. Rasanya kalau ibubapa orang lain, bila anak cakap pasal kawen, agaknya muka dah menyinga, “awat hang dah gatai nak menikah ka? Spender pun mak yang basuhkan lagi tau! Keja pun takdak! Macam mana hang nak bagi anak orang makan?...bla3...bla3..”

4. jadikan suasana di meja makan (di rumah, di kedai makan, juga di kenduri kahwin) menjadi mesra. Boleh sembang macam-macam topik, daripada aktiviti harian ahli keluarga, perancangan harian, gosip cinta anak-anak, kisah cinta lama ibubapa hinggalah kepada tips mencari jodoh yang baik. Hahaha, kawalan ibubapa sangat penting di sini ya!
Kesimpulan (yang tak kemas simpulannya) : majlis kenduri perkahwinan untuk meraikan pasangan pengantin atau memuaskan hati tetamu atau membuatkan pasangan pengantin baru pening kepala membayar hutang selepas kenduri yang gah dan hebat di mata masyarakat?

*******************

Tata! Awat tak tidoq lagi? P masuk tidoq lekaih. Dok ralit main laptop tak habeh-habeh. Tren esok pukul 7 pagi kan.

Friday, August 07, 2009

aku memang pencinta KTMB

Sejak Tanjung Malim menjadi rumah kedua saya, memang saya berulang-alik dari Penang ke Tanjung Malim mengggunakan keretapi.

KTMB --> Keretapi Tanah Melayu Berhad. Tahu kan?

Kata Mama dan Baba juga, saya boleh dikatakan membesar dalam keretapi. Semasa saya masih kecil, masih perlu didodoi dan masih perlu disusukan dulu, Mama dan Baba berulang-alik dari Ipoh (maktab baba belajar) ke Kedah (kampung baba) dan ke Johor (kampung mama) dengan menaiki keretapi.

‘Mesranya’ saya dan KTMB sampaikan mereka berdua perlu menggantung buaian di dahan pokok di stesen keretapi Alor Setar dan di besi tempat letak barang di gerabak kelas tiga, demi menenangkan saya yang meraung-raung mesra tak kira masa. Tidak dapat tidak, tidur saya mesti dihenjutkan buaian. Mesra kan?

Hehehe..

Kemudian, menjelang usia saya lima atau enam tahun, keretapi tidak lagi menjadi pengangkutan utama keluarga saya. Masa tu, Baba sudah mampu punya kereta sendiri ketika anak bertambah kepada empat orang. Alhamdulillah. Makanya, adik-adik saya boleh dikatakan tidak lagi merasa keseronokan (sebenarnya jerih payah) menggunakan pengangkutan awam (keretapi dan bas).

Namun, mungkin jodoh saya masih panjang dengan KTMB, saya telah ditetapkan oleh yang di Atas, perhentian penting hidup saya adalah di Tanjung Malim. Di bumi kandung suluh budiman. Ya, di UPSI. Dan selepas itu, saya kembali bermesra dengan keretapi. Saya berulang-alik dari Tanjung Malim untuk pulang ke Penang, menaiki keretapi. Dan balik semula ke Tanjung Malim, juga menaiki keretapi.

Sebab saya memilih pengangkutan klasik ini? (ada yang cakap, orang tua saja suka naik keretapi)

Pertama, perjalanan terus Tanjung Malim ke Penang. Kalau saya memilih bas, saya perlu ke Ipoh atau ke KL dulu sebelum menaiki bas ke Penang. Tiada bas terus Tanjung Malim-Penang. Dan saya berasa renyah untuk tukar-tukar bas. Takut ada yang terpikat dengan kecomelan dan kejakunan saya di KL atau Ipoh. Hehe.. (orang culik kang! Bahaya tau)

Kedua, ringgit malaysia yang dapat dijimatkan. Harga tiket kelas tiga dari Penang ke TM adalah RM14 untuk perjalanan sehala. TM-Penang-TM baru mencecah RM28. harga tiket bas adalah dua kali ganda. jadi, sesuailah dengan poket nipis dan status pelajar saya. Kelas tiga atau kelas dua, sampainya sama saja. (sebenarnya teringin nak naik koc berkatil, tapi mahal ah..lebih RM50...huhu)

Ketiga, setiap kali saya naik bas, timbul kerisauan...pakcik bas ini bawa dengan cermat tak..dah la banyak kes bas terbalik..kalau bas ni ‘eksiden’, tak sempat la aku kawen.. (pengguna bas tegar : oit ain, mulut jangan celupar boleh tak?)

Hahaha..dush3x!

Keretapi dan saya memang mesra. Malangnya makcik kaunter tiket di Jeti Penang kurang mesra dengan saya. Mungkin juga dengan sesiapa saja.

Selalunya saya beli siap-siap tiket keretapi untuk dua hala. TM ke Penang dan Penang ke TM semula. Cuma kadang-kadang terpaksa beli tiket di Penang. Ada dua pilihan tempat, di Jeti Penang (sebelah pulau) dan di stesen keretapi Butterworth.

Kali pertama saya beli di kaunter KTM di Jeti, saya menunggu hampir setengah jam. Waktu rehatnya dari 12.30 sampai 2.00petang. tapi menjelang 2.30 pun kaunternya masih belum dibuka. Agaknya wirid selepas solat zohor si penjaga kaunter lama. Setelah kaunter dibuka, muka cik/makcik yang jaga kaunter tu masam mencuka. Muncung sedepa. Iskk! Tak reti senyum ke? Dah la layan pelanggan pun nak tak nak ja. Eh ehh....

Kali kedua, hari rabu lepas...saya tiba di Jeti lebih kurang pukul 4.00petang untuk beli tiket. Menjengah ke kaunter KTM, masih muka makcik KTM yang sama. Semasa saya bertanya soal tiket, terus makcik tu bercakap dengan nada lantang (sebenarnya agak kurang ajar),

“kaunter dah tutup. Buka dari pukul 8.30 pagi sampai 4 petang ja. Sekarang dah pukul 4.10..tutup dah..kalau nak jugak, pi beli kat Butterworth. Buka sampai pukul 5petang! Sini dah tutup, dah tak boleh beli dah..takpun mai esok ja la!”

Ewahh ewahhh..panjang lebar pulak makcik KTM ni cakap yaa.. 

Entah bagaimana, atau memang mulut saya celupar, atau memang saya sedikit jaki dengan makcik KTM ni..selamba saya katakan pada dia

“eh tepatnya masa tutup kaunter. Hari tu masa makcik buka kaunter lambat setengah jam, boleh pulak? Seronoknya kerja macam ni yaa. Bukak lambat, tutup nak cepat..”

Muka makcik tu agak menyinga. Sambil jari telunjuk ditayangkan pada saya,

“adik jangan nak kuang ajaq kat sini tau!” kuatnya suaraa diaa...!

Hehehe..

Alamak, dah jadi terlebih mesra pulak. Sebelum saya dibalun, jom cepat-cepat blah dari situ..

Thursday, August 06, 2009

sesuatu perkara tu kadang-kadang tak perlukan perkataan untuk menyampaikan maksudnya


bak kata 'mak' aku, cik tira , 'sesuatu perkara tu kadang-kadang tak perlukan perkataan untuk menyampaikan maksudnya'

yup! betul la sangat tu, tira..

upsi cuti, blog pun cuti ke?

sindir tira...

makna beliau yang tersirat adalah

oit ain! aku rindu kat celoteh2 kau dalam blog. segeralah update blog agar hilang rasa kerinduanku ini

.

.

.

betul kan tira?

haha

*senyum*

Saturday, August 01, 2009

perempuan berkalung sorban - hayatilah dengan mata hati

Wanita Berkalung Serban. Pakainya hanya beberapa babak tetapi dibuat judul. Mungkin mahu digambarkan serban itu simbol perjuangan wanita tersebut. Orang Palestin lilit serban kerana itu lambang budayanya, namun filem ini? Entahlah. Emak saya kadang-kadang pakai kain serban juga yang dibuat tudung kepala.

Biarpun cerita ini mungkin sudah basi bagi Malaysian yang menggemari youtube, namun masih segar bagi saya kerana baru sahaja berkesempatan menonton. Itupun setelah hangat diperkatakan oleh mereka yang melihat perlunya penjelasan terhadapnya. Kerana apa iya perlu diperjelaskan? Pasti bukan kerana pelakonnya bintang sinetron Bawang Putih, tetapi konflik yang diketengahkan oleh filem ini berkait rapat dengan kefahaman Islam dari sudut kebebasan wanita. Kontroversi filem ini telah lama panas di Indonesia yang melibatkan pandangan ulamak dan juga karyawan.

Sebelum ini saya menafsirkan Annisah hanya gadis yang tiada kekuatan agama setelah hanya melihat babaknya di bangsal dalam trailer. Alah, ini mesti kes cintan-cintan orang beragama yang tidak kesampaian. Lepas itu hendak pertahankan ianya diharuskan. Sebab itu saya kurang berminat, tetapi rancak pula orang berbicara mengutuk atau mempertahankan WBS . Jadi ingin juga untuk menonton biar isunya jelas dalam menjadi pengkritik bebas.

Saya mulakan tontonan dengan cuba memadamkan segala tanggapan negatif mahupun positif terhadap filem ini yang saya tahu berdasarkan komen-komen penonton. Satu persatu dicari apakah mesej yang ingin disampaikan oleh filem ini. Keganasan rumahtangga, sudah banyak filem Indonesia yang sedemikan. Keautoritian bapa dalam menentukan masa depan anak gadisnya? Juga sudah basi. Cintan cintun? Itu sudah mesej wajib bagi kebanyakan filem.

Kejumudan institusi pondok? Mungkin juga ya. Kefahaman salah dalam memahami Islam? Mungkin juga. Konflik jiwa? Mungkin juga. Kelemahan menjiwai Islam? Mungkin juga. Banyak lagilah kemungkinan yang cuba diketengahkan secara tersirat di sebalik kejelasan mesej filem ini.Tersuratnya ia cuba menafsirkan kebebasan wanita mengikut kacamata Islam.

Bagi saya Annisah memperjuangkan sesuatu yang ada benarnya dan sering disalah tanggap atau sengaja ditanggap salah. Isunya kebebasan wanita dalam (mesti ada) Islam. Wanita ada kebebasannya di dalam Islam, namun ada keterbatasannya bagi memuliakannya dan melindungi perasaannya jika dikaji mendalam.

Annisa yang ditampilkan bijak adalah heroin yang diangkat dalam cerita ini. Dia mewakili mangsa keadaan yang cuba berani bangkit biarpun terpaksa melalui fasa-fasa ujian yang begitu berat. Namun Annisa bukanlah contoh pejuang yang kental berpasakkan kefahaman Islam. Apatah lagi untuk sangat menjiwai Islam itu sendiri, Cuma Annisa cuba juga menjadi hamba yang patuh.

Annisa adalah contoh generasi why yang suka kepada logik dalam memahami Islam. Apatah lagi perkara yang berkisar dengan haknya sendiri. Akibat ketidakupayaan masyarakat sekeliling memberikan jawapan yang dibangkitkannya apatah lagi kesalah fahaman yang didokong, jiwa Annisah kabur dan lemah. Maka tidak hairan jiwa Annisa begitu mengharapkan cinta Khadori, seorang yang seakan sangat memahaminya.

Annisah semakin lemah dan jiwanya makin ponggah apabila satu persatu peristiwa yang terjadi kepadanya semakin menyesakkan. Akibat tekanan hidup yang makin kemuncak, bertambah dengan kehadiran semula Khudori, ketauhidan Annisa yang difahami hanya sebatas itu menjadi semakin rapuh. Lalu ingin dirungkaikan terus bersama harga diri ketika peristiwa di bangsal. Apabila tekanan tidak terkawal, manusia boleh melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Apatah lagi setelah dibius bisikan nafsu dan syaitan. Nah, sudah jelas bukan bahayanya cinta meskipun di kalangan penuntut agama?

Setelah itu satu persatu peristiwa yang makin memperlihatkan rahmat dalam kehidupan dan perjuangannya pula makin jelas sehingga akhir cerita. Annisah sebenarnya dapat menjiwai tauhid bukan dari kitab, tetapi dari ketentuan hidupnya yang semakin bersinar setelah berlalu kegelapan ketika perkahwinan pertama yang sangat malang.

Tertarik juga sikap Annisah yang tidak terlalu menafsirkan kebebasan seperti yang dilaung-laungkan oleh Barat. Annisah tidak terikut dengan budaya rakan-rakannya yang membuang terus harga diri akibat kebebasan yang diimpikan selama ini, telah tidak terkawal. Annisa bebas untuk melakukannya di bandar tetapi itu bukan fokus dan dokongannya. Jawapannya pada rakannya, “Iya, kebebasan itu seronok” adalah sindiran yang menyedarkan rakannya dan bukan membenarkan. Buktinya rakannya itu tidak tersenyum dengan jawapan tersebut yang seperti diajak bermuhasabah semula.

Saya suka apabila Annisa tetap tega mencari makna kebebasan meskipun bukan lagi dengan kekuatan cinta. Akhirnya Annisa berjaya mendapatkan cintanya dengan ikatan halal dalam kondisi ia cuba melupakannya. Berbanding sebelum kahwin, Khudori lebih terlihat kekuatannya selepas mengahwini Annisa dengan menjadi suami yang sangat memahami kondisi dan masalah isterinya berdasarkan kefahaman Islam yang lebih jelas. Sebenarnya hanya itulah Annisa dambakan dari pemikiran dan layanan seorang lelaki terhadap wanita. Bukannya kebebasan total tanpa kekangan dan batasan yang ia inginkan



Babak yang menarik.

1. Annisa tidak menanggalkan tudungnya sekalipun ketika di kota sedangkan pernah ingin dilepaskan kesemuanya ketika di bangsal dahulu. Maknanya perjuangannya dan pendirian agamanya makin jelas meskipun dia bekerja dengan mereka yang free hair yang begitu memperjuangkan hak wanita mereka.

2. Pensyarah Annisa yang menggalakkannya menulis. Begitu juga galakan Annisa kepada pelajar-pelajar pondok. Penulisan dan karya digambarkan sesuatu yang mampu memberi kekuatan dan melejit kebangkitan. Annisa pula memberi buku bukan sekadar untuk dibaca, namun dipanjangkan dengan cuba menulis dan mengolah kefahaman tersebut. Malah Annisa ada titik tuju perjuangannya sendiri dengan menubuhkan sebuah maktabah.

3. Layanan Annisa terhadap pelajar-pelajar pondok tersebut. Kalau kita sebagai pengajar, pernahkah kita memberikan buku-buku kepada pelajar, atau sekurang-kurangnya meminjamkan mereka buku? Pernah tidak kita mengesyorkan mereka sesuatu buku yang di luar muqarar atau memberikan mereka semangat untuk mencintai buku? Mendorong mereka berkarya atau cuba memahami jiwa mereka? Fikirkan dong!

Teringat saya ketika di bersekolah dahulu seorang guru merampas sebuah novel dari kawan saya yang lebih kurang bertajuk Derita Dilambung Badai. Sebenarnya buku itu menceritakan kisah benar seorang nelayan yang mengharungi detik-detik getir dilambung ombak ketika sampannya hanyut di lautan. Tetapi obses dengan tajuk terus kawan itu teruk dimarahi.

Dahulu di sekolah rendah lagi saya sudah membaca karya Mana Sikana, Khadijah Hashim, Arena Wati yang dicari di perpustakaan dewasa. Masuk sekolah agama, tiada lagi kesempatan dan galakan begitu yang akhirnya minat sastera dan membaca saya terus kehilangan jejak buat sekian lamanya. Hanya baca buku muqarar sahaja yang dibenarkan.

4. Suasana berbahasa arab di madrasah. Kita ramai yang bersekolah agama, namun kita mengakui suasana menjiwai bahasa Arab sangat nihil. Guru Arab di madrasah saya belajar dahulu dan di tempat mengajar sekalipun, lebih bertutur dalam bahasa Melayu. Malah di universiti dan setelah berada di negara arab sendiri, masih kurang budaya tersebut di kalangan pelajar kita. Saya banyak mengenali rakan-rakan dari Indonesia. Rata-ratanya mereka boleh menguasai pertuturan Arab dengan baik biarpun lahjahnya huruf shin menjadi sin. Antara kekuatan mereka, dasar pondok mereka dahulu yang begitu menekankan perbualan dalam bahasa Arab.

Antara babak yang tidak menarik.

1. Bab-bab couplelah, tetapi jangan tipu, kes ini biasa juga berlaku di sekolah-sekolah agama. Annisah berpegangan tangan dengan Khudori ketika kecil lagilah sebal. Ia menunjukkan percintaan ketika umur yang tidak sepatutnya, bukannya melihatkan kesetiaan dan kejujuran dalam erti persahabatan kanak-kanak atau remaja.

2. Khudori menyentuh tangan Annisa di kedai makan. Gatal sungguh dan ini satu lagi bahaya dating-dating baik di kalangan penuntut agama sekalipun. Khudori digambarkan seorang yang berpendidikan tinggi dalam agama. Namun terkalah juga ya dalam babak ini yang mengurangkan kesiqahannya. Cinta tidak semestinya terzahir dengan sentuhan kecuali setelah perkahwinan. Perasaan cintanya ketika menuntut itu sendiri sudah mengurangkan siqahnya.

3. Annisa menonton wayang. Kali pertama ia boleh dianggap atas dasar kesalahan fahaman dan juga kerana kekaburan jiwa remaja yang inginkan hiburan. Namun tidak bagi kedua kalinya ketika mereka di kuliah dan rupanya pengarah memang memahami menonton wayang sesuatu yang dihalalkan dan tidak perlu disekat.

Ini tidaklah menghairankan sekiranya seorang sudratara filem berfahaman sedemikan. Siapa lagi yang ingin menyokong industri filem kalau tidak mereka sendiri. Tidak hairan kalau kita mendengat ‘Ustaz’ A menonton wayang dengan penyanyi W. Pawagam adalah lambang kejayaan mereka dan lubuk wang bagi mereka. Namun salahnya apabila ‘kehalalan’ itu diangkat dari sudut gambaran kefahaman Islam yang sebenar di dalam filem ini. Hendak perjuang kebebasan Islam, tunjuklah sungguh-sungguh.

Apa yang jelas, Islam bukan mendiskriminasi kebebasan wanita, namun wanita diangkat dengan penuh kemuliaan. Wanita Islam tidak perlu disalah tanggap sebagai hamba kepada Muslim kerana setiap dari kita adalah hamba Allah, Pencipta Yang Maha Kuasa. Cuma wanita adalah insan lemah yang penuh berperasaan dan seribu prasangka. Bijaknya hanya bila disulami dengan keimanan dan ilmu yang mendalam.