mereka yang tegar

Monday, August 31, 2009

jangan buat tuduhan rumah aku sakit

salam'alaik.. sudah 10 hari berpuasa.. cepat sungguh. 

Namun dalam 10 hari ni, tiap-tiap hari masa bersahur dan berbuka, saya tetap rasa terkilan. rindu nak bersahur dan berbuka dengan famili. 

bila saya merengek begitu begini pada Baba, dia cuma kata 

'sabaq..sabaq. puasa kat mana-mana dan bersahur berbuka dengan sapa-sapa pun sama ja'.

iyalah tu, saya cuma mengiakan, tapi diiringi dengan penafian bertalu-talu (dalam hati cuma

tak sama! tak sama! 

kat sini takda adik Nin yang paling kalut mencuit itu ini masa berhidang, 

kat sini takda Kakak yang akan tegur sapa2 yang makan tapi tak baca doa dulu, 

kat sini takda KakTeh yang selalu suruh-suruh KakChik buat macam-macam, ambil cawan, ambil sudu, ambil itu ambil ini, 

kat sini takda KakUda yang suka menyakat Nin & Kakak sampai nanges (eh saya pun sama), 

kat sini takda Angah yang bila dia tolong Mama buat kerja dapur, dia akan cakap perli 'haihh, anak dara ramai saja ja, anak laki gak kena buat'. okay2, kadang-kadang saya terasa disentap dan cepat-cepat pergi tolong Mama, tapi selalunya saya dan KakUda akan mengekek-ngekek gelak sambil tengok Angah buat kerja.

Okay..okay, taknak cakap apa yang saya selalu teringat pasal Baba & Mama. Takut keyboard ni basah sebab hujan plak. Eh eh, yelah, Tanjung Malim kan selalu hujan.

Sebenarnya cuma nak cakap, saya dah dua hari demam. Tekak terasa perit. Kepala berat. Badan pun kejab sejuk kejab panas. Telan nasi terasa pasir (ceh cehh), teguk air terasa masam sebab kak Neha suruh saya minum air asam jawa. Kaw-kaww punya, memang masam.

Amy & Siti cakap, saya ni frust menonggeng tak dapat balik Penang sebab tiket habis, maka terus demam. Apa omputeh cakap eh, homesick. Haa, begitulah.

Apa pun, terima kasih kepada Kak Neha & Kak Wana yang ambil berat pasal budak kecik yang homesick ni. TQ dohh..

8 komen tak puas hati:

ABD MALEK SELAMAT said...

Sabaq la Ain... sapa kata kat sini tak dak sapa2.. Kawan2 kan ghamai boleh tolong pehabih apa2 yang patut.. hehe..

MuhD NoR AzyM said...

Ramadhan pun bleh homesick kah?

Releks la ain..hihi

Precious said...

Home sick? Cian ...

a kl citizen said...

kesiannya...
doa banyak2
insyaAllah makbul

adeebah said...

(kat sini takda KakTeh yang selalu suruh-suruh KakChik buat macam-macam, ambil cawan, ambil sudu, ambil itu ambil ini, )

ehem2..ya btul,tdk dnfikan lg..
tp skrang sdah tak mengarah2 lg..
nnti k.teh mengarah2 dy nnti SENTAP..
tegoq sikit sentap2..
byk kali dah...

neem said...

rindu juga ain..

MaMa MoDeN said...

salam,

'sabaq..sabaq. puasa kat mana-mana dan bersahur berbuka dengan sapa-sapa pun sama ja'. hehehe pinjam jerlah ayat baba ni...

janganlah buat post camtu, sedih mama tau! takapalah kjayaan prlukan pngorbanan...

kat umah ni pun smua rindu kat tata&angah. tak sabar nak tunggu cuti raya. nanti raya kita bkumpul together gether ok...

good luck, slamat bpuasa....

ismiaisha said...

semoga cepat sihat ain..
g kelas pkai mask!!!
jgn sebar virus demam tu kat aku...
hehehe~
=P