Friday, August 07, 2009

aku memang pencinta KTMB

Sejak Tanjung Malim menjadi rumah kedua saya, memang saya berulang-alik dari Penang ke Tanjung Malim mengggunakan keretapi.

KTMB --> Keretapi Tanah Melayu Berhad. Tahu kan?

Kata Mama dan Baba juga, saya boleh dikatakan membesar dalam keretapi. Semasa saya masih kecil, masih perlu didodoi dan masih perlu disusukan dulu, Mama dan Baba berulang-alik dari Ipoh (maktab baba belajar) ke Kedah (kampung baba) dan ke Johor (kampung mama) dengan menaiki keretapi.

‘Mesranya’ saya dan KTMB sampaikan mereka berdua perlu menggantung buaian di dahan pokok di stesen keretapi Alor Setar dan di besi tempat letak barang di gerabak kelas tiga, demi menenangkan saya yang meraung-raung mesra tak kira masa. Tidak dapat tidak, tidur saya mesti dihenjutkan buaian. Mesra kan?

Hehehe..

Kemudian, menjelang usia saya lima atau enam tahun, keretapi tidak lagi menjadi pengangkutan utama keluarga saya. Masa tu, Baba sudah mampu punya kereta sendiri ketika anak bertambah kepada empat orang. Alhamdulillah. Makanya, adik-adik saya boleh dikatakan tidak lagi merasa keseronokan (sebenarnya jerih payah) menggunakan pengangkutan awam (keretapi dan bas).

Namun, mungkin jodoh saya masih panjang dengan KTMB, saya telah ditetapkan oleh yang di Atas, perhentian penting hidup saya adalah di Tanjung Malim. Di bumi kandung suluh budiman. Ya, di UPSI. Dan selepas itu, saya kembali bermesra dengan keretapi. Saya berulang-alik dari Tanjung Malim untuk pulang ke Penang, menaiki keretapi. Dan balik semula ke Tanjung Malim, juga menaiki keretapi.

Sebab saya memilih pengangkutan klasik ini? (ada yang cakap, orang tua saja suka naik keretapi)

Pertama, perjalanan terus Tanjung Malim ke Penang. Kalau saya memilih bas, saya perlu ke Ipoh atau ke KL dulu sebelum menaiki bas ke Penang. Tiada bas terus Tanjung Malim-Penang. Dan saya berasa renyah untuk tukar-tukar bas. Takut ada yang terpikat dengan kecomelan dan kejakunan saya di KL atau Ipoh. Hehe.. (orang culik kang! Bahaya tau)

Kedua, ringgit malaysia yang dapat dijimatkan. Harga tiket kelas tiga dari Penang ke TM adalah RM14 untuk perjalanan sehala. TM-Penang-TM baru mencecah RM28. harga tiket bas adalah dua kali ganda. jadi, sesuailah dengan poket nipis dan status pelajar saya. Kelas tiga atau kelas dua, sampainya sama saja. (sebenarnya teringin nak naik koc berkatil, tapi mahal ah..lebih RM50...huhu)

Ketiga, setiap kali saya naik bas, timbul kerisauan...pakcik bas ini bawa dengan cermat tak..dah la banyak kes bas terbalik..kalau bas ni ‘eksiden’, tak sempat la aku kawen.. (pengguna bas tegar : oit ain, mulut jangan celupar boleh tak?)

Hahaha..dush3x!

Keretapi dan saya memang mesra. Malangnya makcik kaunter tiket di Jeti Penang kurang mesra dengan saya. Mungkin juga dengan sesiapa saja.

Selalunya saya beli siap-siap tiket keretapi untuk dua hala. TM ke Penang dan Penang ke TM semula. Cuma kadang-kadang terpaksa beli tiket di Penang. Ada dua pilihan tempat, di Jeti Penang (sebelah pulau) dan di stesen keretapi Butterworth.

Kali pertama saya beli di kaunter KTM di Jeti, saya menunggu hampir setengah jam. Waktu rehatnya dari 12.30 sampai 2.00petang. tapi menjelang 2.30 pun kaunternya masih belum dibuka. Agaknya wirid selepas solat zohor si penjaga kaunter lama. Setelah kaunter dibuka, muka cik/makcik yang jaga kaunter tu masam mencuka. Muncung sedepa. Iskk! Tak reti senyum ke? Dah la layan pelanggan pun nak tak nak ja. Eh ehh....

Kali kedua, hari rabu lepas...saya tiba di Jeti lebih kurang pukul 4.00petang untuk beli tiket. Menjengah ke kaunter KTM, masih muka makcik KTM yang sama. Semasa saya bertanya soal tiket, terus makcik tu bercakap dengan nada lantang (sebenarnya agak kurang ajar),

“kaunter dah tutup. Buka dari pukul 8.30 pagi sampai 4 petang ja. Sekarang dah pukul 4.10..tutup dah..kalau nak jugak, pi beli kat Butterworth. Buka sampai pukul 5petang! Sini dah tutup, dah tak boleh beli dah..takpun mai esok ja la!”

Ewahh ewahhh..panjang lebar pulak makcik KTM ni cakap yaa.. 

Entah bagaimana, atau memang mulut saya celupar, atau memang saya sedikit jaki dengan makcik KTM ni..selamba saya katakan pada dia

“eh tepatnya masa tutup kaunter. Hari tu masa makcik buka kaunter lambat setengah jam, boleh pulak? Seronoknya kerja macam ni yaa. Bukak lambat, tutup nak cepat..”

Muka makcik tu agak menyinga. Sambil jari telunjuk ditayangkan pada saya,

“adik jangan nak kuang ajaq kat sini tau!” kuatnya suaraa diaa...!

Hehehe..

Alamak, dah jadi terlebih mesra pulak. Sebelum saya dibalun, jom cepat-cepat blah dari situ..

9 komen tak puas hati:

Azym Azizi said...

Haha..bagus jugak hang buat camtu ain..Org2 mcmtu kene maki hamun balik baru nak paham..

ain fathihah fhm said...

haha..hang neh azym

aku tak maki hamun dia pun tau

cuma aku menyindir dgn sinis ja..
hehe

ninim said...

hahaha...ain...windu dengar hang punya kepoweran mulut tuh...

Rashid said...

hehe.. kasihan makcik tu.

MaMa MoDeN said...

Salam
Wah! masuk juga kisah ni dlm catatan tata yer ( kisah ain&buaiannya, bukan kisah mcik keretapi tu)...

tapi sayangkan masa kita p ambik tiket di KTMB AS baru ni pokok btuah tu dah tak ada, kalau tak memang mama nak ambik gambar...

Ermmm harap cucu mama nanti takkan ada buaian dlm hidupnya..

fobia tokmama tau!

Aik! dah ada cucu ker mama moden ni? Belum lah, lambat lagi. ain kata nak kerja & curah bakti kat mama dulu...
kan... kan...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

mmg makcik tu sepatutnya menyesali perbuatannya kerana laser pada si ain.

sbb mulut ain ni lagi power.
hahaha.

rindu nak kena sentap ngan hang.
kuang3.

ain fathihah fhm said...

couple of the year..si abu & si aini ni apahal?

boleh plak rindu nk dengar aku menyentap..

tersentap aku tau!

ismiaisha said...

hehe~
bgus btol ang jwb cm2 ain...
ajar sket makcik tu..
mcm la bsor sgt keje dia tu..
jual tiket je pun kan..
ngee~
pasni ang kne bkak kelas mnyentap org la ain..
aku nak blajo..
ekeke~
=D

Unknown said...

TM - Penang berapa jam? then sampai penang kat station mana? Sy first time nak p penang guna ktm.