mereka yang tegar

Sunday, September 25, 2011

5 sebab kenapa saya lama tidak update blog.

lima tahun lepas, di masa saya masih berjinak-jinak untuk menjadi liar mencari buah hati, baba saya pernah berpesan

"Tata, jangan bercinta sebelum kawen"

saya senyum dan diamkan saja. tidak menjawab apapun. tapi dalam hati, saya membalas, 'alamak dah terlanjur jatuh cinta, nak buat macam mana. baba pesan lambat satu bulan'. tapi disebabkan saya takut akan ada suara latar berbunyi 'panggg!!', tetap saya mendiamkan diri sambil tersenyum saja.


lima tahun lepas juga, baba pernah berpesan,

"Tata, nanti kalau dah rasa gatai nak kawen, habaq la kat Baba. kalau takdak duit nanti kita buat kawen cara takdak duit"

saya senyum. dalam hati, wau! terbaekkklah pak aku. best ni. tapi masa tu, saya masih kecik dan mendengar perkataan kawen tu akan diikuti oleh bunyi 'eiwww..!', maka saya masih mendiamkan diri dan tersenyum saja mendengar pesan baba.

lima tahun berlalu. banyak perkara berubah. cabaran dan situasi hidup juga berubah. diri saya dah tentu banyak berubah. juga kematangan (itupun jika matang) dan rasa hati saya.

berbekalkan kata-kata baba dan keyakinan diri, saya menyuarakan hasrat.

"Ba, tata nak kawen".

saya mengharap baba akan angguk dan senyum. tapi sebaliknya.

"uishhh, tata tak keja lagi. baba pun takdak duit la nak kawenkan tata. bla bla bla tolong baba. bla bla bla adik-adik. bla bla bla belum masanya. bla bla bla tak sesuai buat masa sekarang." dan seribu satu bla bla bla lagi dari baba.


dan saya pun, kedebukk! rasanya seakan jatuh dari tingkat 5 setengah (sebab berdiri atas tembok koridor, jadilah setengah tingkat).

sepertimana peraturan dicipta untuk dilanggar dan janji dibuat untuk dimungkiri, saya menerima saja apa adanya. wuuu, sob sob sob.

nasib baik saya baru 21. kalau jadi macam ni masa saya umur 25, sah-sah la saya dah bawak lari anak teruna orang nikah kat siam. kih-kih-kih.

nota tumit : tajuk entri tiada kaitan dengan isi entri sebenarnya. tapi kalau saya letak tajuk entri 'aku nak kawen tapi pak aku tak bagi, so macam mana?', rasanya macam dah over-gatei sangat dah pulak.

4 komen tak puas hati:

lea said...

singgah kejap. :) alahai cikgu.. takutla kalau nanti perkara yang sama jadi kat saye X)

HEROICzero said...

cari juga mana datang lima sebab tu tak ada . ha ha .

time will tell . =)

amirah said...

ain, lau nak kawin hg kena rancang dlu elok2.

luahfikiran said...

SALAM,
MENDOAKAN YG TERBAIK . ALLAH YG MENENTUKAN DAN DI MASA YG SAMA ALLAH MEMBERIKAN RUANG DAN KESEMPATAN UTK KITA BERUSAHA. DGN NIAT YG BAIK DAN KAEDAHNYA JUGA BAIK, MAKA INSYAALLAH, HASRAT AKAN TERCAPAI.