Wednesday, June 25, 2008

..:N.A.F yg mEranGkak:..

"Tata, nanti dah besar nak jadi apa?"
"Doktor!" pantas ku menjawab. Seusai usia 4tahun, apabila sesiapa bertanya, maka jawapan yg tidak lekang dari bibirku berkenaan dengan cita-cita, 'Saya Mahu Menjadi Seorang Doktor'.
Kebetulan, saya lulus ujian PTS yg membolehkan saya melangkau kelas. Dari darjah3 terus ke darjah5. Jimat setahun!

Sepanjang persekolahan di Sek. Ren. Telok Bahang, azam yg kuat tertanam di minda saya adalah saya mesti menjadi seorang doktor.

Alhamdulillah, tamat sekolah rendah, saya mendapat tempat di SMKA (P) Almashoor, Pulau Pinang dgn keputusan UPSR 4A1B.

Perjalanan menyesuaikan diri di awal alam remaja merekodkan terlalu banyak kenangan2 pahit dan manis buat diri saya. Sepanjang tingkatan 1 hingga tingkatan 3, cita-cita saya tetap tidak berubah. 'Saya Mahu Menjadi Seorang Doktor'.

Setelah mendapat keputusan PMR (7A2B), saya disarankan supaya memasuki kelas aliran sains tulen (4Melur). Terdetik di hati saya, 'ya, inilah antara langkah2 awal utk saya menjadi doktor. Belajar di aliran sains'. Permulaan mempelajari subjek2 Matematik Tambahan(MT), Fizik, Kimia dan Biologi membuatkan saya terfikir, 'mampukah ku belajar utk menjadi doktor?' Keputusan peperiksaan mencatatkan 4% (9G) utk MT, 36% utk Kimia, 42% Fizik dan keputusan yg agak memuaskan hati utk Biologi. Subjek2 lain seperti Bahasa Arab, Pengajian Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sejarah agak memuaskan hati. Sebenarnya saya tidak begitu kisah dgn markah peperiksaan di tingkatan 4 memandangkan itu tahun bulan madu bg pelajar yg baru memduduki PMR (sepatutnya saya tidak berfikiran begitu, huhu). Ketika ini, cita2 saya mulai berubah (entah bagaimana).

disebabkan saya membaca agak banyak buku2 sejarah politik dan biografi tokoh2 politik, saya kemudian ingin pula menjadi Penganalisis Politik. wahhh!! bunyi cambest!

Subjek Bahasa Arab yg diajar oleh Ustaz Nik Rafik Sani (love u, Papa Nik!), membuatkn saya kepingin pula menyambung pengajian ke Jordan sepertinya dlm bidang Bahasa Arab. Pakar Bahasa beb!!

forward.....kn cerita....!

Dgn keputusan SPM 6A6B dgn A2 Fizik, B3 Kimia, Addmath & Biologi, saya mendapat tempat ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Jurusan? waa! Sains Fizikal. Maka dgn terkocoh2nya saya pantas menukar ke jurusan Sains Hayat.. Ehem3! Bio best! Tercampaklah saya ke Hayat7Praktikum5 ( H7P5), bersama2 pelajar lain dr sains fizikal yg menukar ke sains hayat (org gelar budak2 murtad fizik, huhuhu)


forward....lg...

CGPA saya di matrikulasi...3.16..haizz..cukup2 makan je..dipaksa Baba utk memilih bidang Pendidikan utk permohonan UPU..huawawa! tak rela jadi cikgu cikgi. Namun, minat itu mula muncul apabila menduduki ujian pemilihan tenaga pengajar, MEdSI. Kemudian, lulus dan dipanggil utk temuduga di USM. heh, pertama kali menghadiri temuduga (ketaqqq kata org Penang). Calon2 yg lain kebanyakannya lebih tua
3@4 tahun dari saya. Haizz, saya dipandang begitu kecil oleh calon2 lain, lantaran faktor umur (mmg begitu semenjak di sekolah rendah, panggilan budak kecik yg tak pernah lekang dr mulut kwn2 saya)

forward lg sekali...

Akhirnya, destinasi cinta saya...eh, destinasi pengajian saya yg seterusnya ialah di

Universiti Pendidikan Sultan Idris, bidang Pendidikan Sains pengkhususan Biologi.

Alhamdulillah...saya mengikut jejak Baba, TokWan, toknenek dan segala suku sakat saya menabur bakti dlm bidang pendidikan..

-ThE enD-

1 komen tak puas hati:

Anonymous said...

pelan2 la merangkak noh, 'cegu ayin' ;) kuatkn smgt 'cegu' tu tau!