Monday, June 16, 2008

prOgrAm hiMpunAn rAkyAt

salam'alaik.
lama benar rasanya saya tidak mencoretkn sesuatu di srikandiputri.blogspot ini.
entah apa anginnya, mataku ini tidak dpt dipejamkn.
Jadi, bolehlah kiranya saya berkongsi serba sedikit apa yg saya lalui.
Pada petang sabtu 14jun, Mama mengetuk pintu bilik saya dan bertanya,
"Tata, petang esok ada himpunan rakyat di stadium penang, nak ikut ke?"
berdetik hatiku..himpunan rakyat? eh, apa tu.. rakyat berhimpun ramai2? untuk apa? joget lambakkah? konsert AFkah? ataupun perlawanan bolasepak?
hehehe, takkan lah kot?
setelah mendapat maklumat yg pasti, saya mengetahui himpunan rakyat ini dianjurkn oleh Pakatan Rakyat(PR) di Pulau Pinang utk memberi penerangan mengenai isu yg paling hangat buat masa ini, HARGA MINYAK PETROL.. owh, isu ini rupanya. Sekali lagi dgn jiwa yg agak keliru saya berfikir.. ehh, ada ke orang nk pergi? siapa yg nak dengar pemimpin2 PR ni berceloteh? xda polis simpanan khas(FRU) ke? xda sesiapa yg akan disembur dgn gas pemedih mata? himpunan ini ada permit atau tidak?
disebabkn perasaan ingin tahu yg amat tinggi, saya membuat keputusan untuk menyertai Mama & Baba ke himpunan itu.

" Siapa yg ikut? Tata je ke?"
Mama tidak menjawab pertanyaanku, sebaliknya bertanya kembali,
" Siapa yg nak ikut? Tata cepat tnya adik2, depa nk ikut jgak ke?"
Heh, tanpa bertanya lebih lanjut kepada adik2ku, saya lantas membuat keputusan,
"Mama, kita pergi semua la. Seronok sikit, ramai2"

Ahad petangnya ketika bersiap2 utk pergi ke stadium, Baba dgn nada sinis mengusik kami,
"Semua sila pakai seluar ye, mana tau nanti ada FRU mai nk sembur, kita senang nak lari, hahaha" berderai ketawa kami.

Setelah sampai ke stadium penang (kira2 20minit dari rumah), lengang! ehh, xda orang pn. Erm, awal lagi rupanya. Program bermula jam 9 mlm, tapi kami dah berada di sana jam 6petang. Kami solat magrib di sana.
Sahabatku, Amal & Keluarganya pn ada jgak, heh..Apabila masa semakin hampir, wahhh!!! ramainya orang. Berduyun2 masyarakat pelbagai kaum yg hadir. Ibu2 dgn anak2 kecil mereka, bapak2 dgn rokok terselit di bibir, Pak2 Lebai dgn kopiah dan lebainya, Apek2 tua yg berseluar pendeknya, Anne2 dan Mamu2 bersama keluarga, Amoi2 dan Nyonya2 dgn rambut kaler2nya, anak2 muda, remaja2 yg datang bersama kawan2 sebaya & saya sekeluarga!

Setelah lama menunggu, sampai lenguh2 duduk di atas padang rumput (lebih kepada letih mengawal adik kecilku yg galak berlarian2 di atas padang stadium), program bermula. Suasana menjadi lebih gamat bila penceramah2 jemputan (pemimpin2 PR) telah hadir. Sorakan2 bergema

Allahuakbar!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!!

Reformasi! Reformasi!! Reformasi!!!

Makkal Sakti!
Makkal Sakti!!
Makkal Sakti!!!

bergema menyambut kehadiran para pemimpin2 PR ini ;
Tuan Haji Mohamad Sabu
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Tuan Lim Kit Siang
Dato' Seri Lim Guan Eng

ehemm3x!
isi kandungan ceramah penerangannya?
patutkah saya selitkan dalam ruangan ini?

srikandiputri.blogspot bukan blog politik.
saya tidak mahu menimbulkan kemarahan 'orang2 di puak sana'.

sekian, terima kasih (n_n)

1 komen tak puas hati:

paan said...

Salam,cite la kat aku skit,apa kandungannya ceramah tu...nak tau gak...hehehe.jap lagi cek kat harakah la...