Friday, December 31, 2010

melampau-lampau!

hangat rasa hati saya.

hangat bila masuk ke Blog Ain Fathihah, cuma ada dua entri untuk bulan Disember. fuh. sebagai blogger, terasa kerdilnyaaaaa diri ini bila melihat betapa lesunya blog saya sejak akhir-akhir ini.

insyaAllah, saya akan aktif menulis semula bermula Jan 2011.

salam sayang buat semua.

Monday, December 20, 2010

simple update

salam'alaik. uhuk uhuk uhuk! tepis-tepis habuk depan muka. sambil garu-garu hidung. amboi, banyaknya habuk.

sejak saya balik Penang untuk cuti semester 6/12, saya tak sentuh internet dan laptop langsung. Bukanlah bermaksud tahap keimanan adalah tinggi sampaikan takteringin nak online, FB, dan UPDATE BLOG.

Habis exam hari tu, ingatkan nak sakan update blog masa cuti. Dah ada dah cita-cita nak update satu entri setiap hari. Tapi apakan daya, bila balik rumah, rupanya sambungan internet di rumah bermasalah. wuu, punah harapan nak jadi blogger tegar semula.

Dua minggu berlalu dengan aman damai di rumah. Tak teringat langsung nak ke CC. Lagipun, bukannya mati pun kan bila tak online. Tak tahu lah kalau ada orang yang gigil-gigil badan bila satu hari tak dapat ngadap internet. hehe.

Ini kali pertama saya jejak kaki ke CC belakang rumah sejak beberapa tahun. Rasanya kali akhir saya ke sini, masa zaman sekolah dulu sebab nak isi borang online permohonan ke matrikulasi.

dan, online di CC sangatlah tak best. Bising. Rasa tak selamat (sebab penuh lelaki saja). Lampu malap. Sejukkk aircond. haha. Nampaknya tak jejak dah kot ke sini.

maaflah pada pembaca Blog Ain Fathihah yang menanti entri baru. Sungguh, ada banyak cerita mau dikongsi, tapi tak dapat nak tulis.

Pada kenalan-kenalan yang mesej ke nombor HP saya bertanyakan 'bila nak update entri baru? rindu',
wow! saya terharu tauuuu!

Monday, December 06, 2010

berkemas.

salam. sekali pandang, saya terkejut bila tengok gambar ni di FB adik perempuan saya.

isk, berani betul ambil gambar dengan lelaki begini! desis hati saya.

tapi, bila dah dua kali pandang,
ceh, Adeebah bergambar dengan Baba rupanya.

mod : sedang packing barang nak balik Penang esok. Yuhuuu! suka hati.

Tuesday, November 30, 2010

Ba Alif Ba Alif

salam'alaik. Lama rasanya saya tak menulis pasal Baba kesayangan ni. Hehe. Tiba-tiba rindu! rindu sangat kat Baba.
Baba saya hensem! haha.

Baru-baru ini, setelah selesai tiga kertas peperiksaan yang sangat meresahkan hati, macam biasa saya adukan pada Baba,

"Baba, tiga paper exam yang dah lepas ni, tata langsung tak boleh buat. sedihnya"

"Laa awat tak boleh buat? Pakcik tak telefon ka?"

"isk Baba ni. mana ada. tata duk pikiaq pasal kita la"

ceh. saya hampir hilang fokus pada peperiksaan dek memikirkan keadaan famili, Baba boleh sakat saya macam tu pulak.


Masa zaman sekolah dulu, bila kadang-kadang saya sakit kepala, saya akan buat-buat melentokkan kepada di paha Baba, sambil merungut,

" Tata sakit kepala ni "

dan Baba akan picitkan sikit dahi dan belakang leher saya. Cuma sekejab. Tapi menyegarkan dan menenangkan. hehe sayang Baba! Baba memang rajin tolong picit kepala saya. Sejak saya kecil rasanya.

Pernah sekali, ketika saya masih belajar di matrikulasi, saya yang sedang pening kepala dan separa demam terbaring di ruang tamu..depan TV. Sambil memicit-micit dahi sendiri, saya sedang berSMS dengan Pakcik Fadzil. kononnya mengadulah kan....

mungkin Baba perasan saya tidak pergi merengek pada dia seperti kebiasaan saya, Baba memerli saya,

"hah, dulu sakit sikit, demam sikit, cari Baba. La ni dah ada pakwe, sikit-sikit abang, abang."

hoho, sentap weh.

sampai sekarang saya tak lupa dialog tu. Tapi mungkin Baba tak pernah ingat pun. hihi.
Baba sayang,
moga Baba sihat selalu. Makan banyak-banyak sikit bagi berisi balik. Sejak ada diabetis melitus ni, makin kurus kering dah Baba ni. Bontot pun takda. keh3.


p/s : Baba, tata takda duit dah ni. err.... haha. dush dush!

(ini bukan entri membodek nak minta duit belanja okay!)

Saturday, November 27, 2010

resepi kejayaan

semua orang mahukan kejayaan. antara kekayaan kejayaan tipikal untuk pelajar seperti saya, adalah berjaya dalam peperiksaan.

Matlamat = Pencapaian akademik yang bagus.
Cara mencapai matlamat = macam-macam. terpulang pada individu.

Jika matlamat dan cara boleh dipecahkan kepada peratus,

matlamat = 1%
dan
cara = 99%

Lihat. Ada banyak cara dan jalan untuk mencapai satu matlamat yang sama, bukan?

Ini mungkin salah satu daripadanya.

Biasanya, bila saya kerap mengadu kepayahan belajar dan menghadapi peperiksaan, Baba akan tanya,

"nak petua tak?"

walaupun saya dah tahu petua lazim yang akan diberikan Baba, masih juga saya bertanya

"nak nak! apa dia?"

"Rebus buku, dan minum airnya. Selawat tujuh kali"

heh.

ramai orang nak berjaya. matlamat kejayaan setiap orang juga tak sama.

ada yang mau berjaya beli rumah. berjaya berkahwin. berjaya punya sumber kewangan yang kukuh dan stabil. berjaya menjawat jawatan suri rumah mithali. berjaya jadi menantu kesayangan. berjaya pegang jawatan tinggi. berjaya punya ringgit malaysia dua juta dalam akaun bank peribadi. dan berjaya serba-serbi.

apapun, bagi saya, tingkat paling atas matlamat kejayaan adalah,
hieraki keperluan Maslow

berjaya bahagia dan mencapai ketenangan hati.

Saturday, November 20, 2010

adik

12.20 pm

Baba : Tata, mana adik-adik? senyap ja. pi tengok sat depa main kat mana.


Tata : Baba, tengok depa ni, main kat bawah. turun tak bagitau!

Baba : Pi panggil adik-adik naik.


12.40 pm

Kakak : Cepat-cepat, Tata! tiup buih lagi banyak-banyak. Kakak n Adik Nin nak tangkap.


Tata : Dah banyak dah Tata tiup ni, hangpa dua asyik pecahkan ja. Haha.


anak-anak bertuah...si tukang panggil pun melekat main mainan budak-budak jugak. heh.

Sunday, November 14, 2010

apa yang kamu beli secara atas talian?

Sekarang zaman semua hal nak mudah. Nak cepat. Dan nak senang. Trend semasa, beli barang-barang secara online. Pilih, bayar dan tunggu barang pos sampai. Setakat ni, ada juga la beberapa barang yang saya pesan secara online. Antaranya,

Baju (dress). Saya beli 4-5 helai sekaligus, dari blog DressKami. Masa saya beli dress secara online dari Cik Siti Saleha ni, blog dress beliau baru saja dilancarkan. Saya pelanggan pertama. Hehe. Dapat la free gift yang comel.
Baju tidur pun saya pernah beli secara online. Comel. Dan murah. hehe. Tak ingat dah beli dari blog mana.

Shawl. Saya baru berjinak-jinak belajar pakai shawl pada semester lepas. Semester ini baru kerap pakai shawl ke kelas. Saya suka! sebab bila pakai shawl, tak payah seterika. Haha.

Pakai shawl melekap muka begini, bajet Yuna saja. hehe
Shawl hitam putih ni, shawl pertama saya. Beli online dari senior ex-UPSI.
Ops, ni bukan barang yang dibeli online. Tapi saya minta tolong pakcik bf belikan, sebab saya tak dapat cari refil dry liquid ni di tanjung malim. Kemudian minta dia poskan.
Saya juga pernah beli keychain, inner tudung, dan beberapa lagi barangan lain secara online.

Barang terakhir yang saya pesan secara online adalah ini ;
Barang dari Batu Pahat, Johor. Pengirimnya bungkus dengan berlapis-lapis kertas surat khabar. Punyalah susah nak buka. Dek nafsu yang menggebu-gebu, saya buka lapisan pembalut dengan cara agak ganas juga. Koyak cepat-cepat.

Bila dah nampak 'barangnya' dalam bekas, fuh. Bekasnya pula diselotep penuh. Keliling. Pusing tang tu, pusing tang ni...
Tadaa! Ikan pekasam online saya dah sampai! hehe. Bila dah buka tupperware tu, fuh. Baunya menyengat. Patutlah pengirimnya bungkus kemas-kemas sampai berlapis-lapis.

Ikan pekasan goreng garing-garing, ditabur dengan bawang merah, bawang putih dan lada kering yang dihiris halus, goreng garing-garing juga..sedap makan dengan nasi putih panas-panas.

Terangkaattt!
yum-yum!

Friday, November 12, 2010

momen UPSR - Amirah Fatin

Tahniah pada adik-adik sekolah rendah yang dah dapat keputusan UPSR. sempat juga saya menjengah ke blogger Ibu-ibu yang punya anak yang mengambil UPSR. Macam-macam kisah ada. Tahun ni takda adik saya yang ambil UPSR. cuma Kak Uda yang akan mengambil SPM dalam masa terdekat ni. Selamat Maju Jaya, Adikku.

Dalam adik-beradik saya, setakat 5 orang daripada 7 yang dah ambil UPSR ni, tak pernah lagi ada yang dapat 5A. haha. Boleh kata, kami semuanya sederhana saja dalam akademik. Tapi selalu juga terbeban dengan,

"laa awat tak dapat 5A? anak cikgu mesti pandai"

Baca. Anak cikgu mesti pandai. isk isk isk. sabar ja la.


Kak Uda dan UPSR.

Dalam ramai-ramai adik saya yang ada, saya paling tak boleh lupa semasa Kak Uda akan mengambil UPSR. dengan pencapaian akademik semasa yang agak lemah, memang Baba dan Mama sangat risaukan dia.

Kak Uda pula, semasa masih di sekolah rendah, agak buas juga. Nakalnya tak padan dengan nakal kanak-kanak perempuan. Ada saja yang di-projek-kan dengan dua adik di bawahnya, Kak Teh dan Kak Chik. Mandi bertiga, berjam-jam sampaikan pernah satu hari, mereka pecahkan sinki di bilik air. Tak tahu la bergalak apa tiga orang tu sampai sinki pun boleh pecah.

Berbalik pada kisah UPSR, menjelang empat atau lima bulan menghampiri UPSR, Baba arahkan Kak Uda berpindah bilik. Daripada duduk sebilik dengan Kak Teh dan Kak Chik, Baba suruh Kak Uda pindah bilik saya.

huh? awalnya saya membantah. Siap merengek-rengek lagi kat Baba, sebab tak mahu sebilik dengan Kak Uda. Sebabnya, err..ada macam-macam sebab la. Haha, masa tu, saya dah tingkatan empat. Umur dah 15tahun pun masih tak matang lagi. Asyik bergaduh dengan adik-adik.

Selain Kak Uda dipindahkan bilik untuk mengawal kenakalannya, Baba amanahkan saya untuk membantu Kak Uda menghadapi UPSR. kena jadi cikgu pada Kak Uda.

Lagi saya merungut,

"huh, tata dulu nak UPSR takyah susahkan kakak Tata pun! ni paseipa plak nak kena jadi cikgu dia. Cikgu kat sekolah kan ada"

balas Baba mudah,

"awat? kamu tu ada Kakak ka? kalau adik tak menyusahkan kakak dia, sapa lagi? Kamu takdak kakak, nasib la"

Jawapan yang membina kesabaran sekaligus buat ketidakpuasan hati saya hilang begitu saja. Begitu juga bila saya mengadu barang-barang saya diselongkar dan diusik oleh adik-adik, Baba akan cakap,

"Kalau adik tak kacau barang kakak, sapa lagi?"

grr..

Setiap malam, disamping menyiapkan kerja sekolah saya, saya akan mengajar Kak Uda. Yang paling kerap, Matematik. Baba suruh tekankan Matematik sebab Kak Uda sangat lemah dalam subjek ni.


Malam Pertama.

23+44 = ?

maka saya ajar Kak Uda satu persatu cara nak buat penyelesaian matematik dalam bentuk lazim tu. Siap satu soalan. Sempat juga membebel, "dah darjah 6 pun tak reti buat math bentuk lazim ka?"

Untuk menguji kefahamannya, maka saya ambil kertas lain, dah suruh dia ulang soalan yang sama. Kertas yang dah conteng tadi tu, saya simpan.

"nah, buat ni. 23 + 44 sama dengan berapa? kira dulu."

Lama dia diam. Merenung kertas tu. Diam lagi. Pensil di tangan tidak bergerak pun.

"weh, buat la. tadi kan dah ajaq. termenung apa? cepat!" saya mula meninggi suara.

Diam lagi. Tidak menguit. Tak bergerak. Lama.

"Mira, kamu reti ke tak buat soalan ni?"

Saya rasa nak menangis bila Kak Uda menggeleng kepala, tanda tidak tahu. Dah la dia buat muka takda perasaan. Aduh. Bukan rasa nak menangis. Memang dah menangis dah pun. Dah la baru saja buat soalan yang sama, tak sampai 5 minit. Dia boleh cakap tak tahu buat. Grrr!

Geram. Saya rasa nak menangis mungkin sebab geram yang amat-amat, ditambah kena buat benda yang saya tak suka (ajar adik).

Geram, nak marah. Tambah lagi rasa nak cubit-cubit saja budak ni, tapi Baba dan Mama ada berhampiran, jadi tak boleh nak lepaskan geram. hak hak!

dah malam-malam seterusnya, saya memperuntukkan masa untuk mengajar Kak Uda dalam Matematik dan subjek-subjek lain. Alhamdulillah, daripada Matematiknya memanjang E dalam ujian-ujian sekolah, dia dapat B untuk UPSR. Subjek lain saya tak ingat.

Lega. Memang masa dia nak pergi ambil keputusan UPSR, saya sangat-sangat berharap, jangan la ada subjek yang gagal. bikin malu cikgu kecik!

pada saya, arahan Baba itu secara tak langsung buat saya lebih bersabar dan rapat dengan adik-adik, dan juga menimbulkan rasa sayang saya pada mereka. Kekerapan saya bergaduh dengan adik-adik juga makin berkurang. Kurang saja, bukan tiada langsung. hehe.

Thursday, November 11, 2010

Baba

Semasa saya di sekolah rendah dulu, saya bersekolah di sekolah yang sama dengan sekolah tempat Baba bertugas. Dari darjah satu, hingga darjah 3 rasanya.

Perasaan jadi anak cikgu?

Jujur, tak la best sangat. Sebab saya akan jadi perhatian. Nama sendiri juga seakan tidak wujud, malah dipanggil 'anak Ustaz Roshidan' saja.

Berita mengenai saya, pasti cepat sampai ke telinga Baba. Bila dapat markah ujian atau peperiksaan pun, saya dengan hati teruja mau beritahu tapi,

"Baba, Tata dapat markah Matematik dah"

"oh, dah dua hari Baba tau dah markah Tata"

erk? terus keterujaan hilang.

Ada satu perkara yang saya masih tak boleh lupa sampai sekarang. Perasaan bila Baba berucap di perhimpunan sekolah. Bangga woh! Rasa macam saya ja yang ada atas pentas perhimpunan tu.

Selalunya bila Baba berucap, saya akan berdebar-debar. Seronok tengok Baba dari tempat murid-murid beratur.
Sekarang, rasanya dah banyak tahun saya tak tengok Baba di hadapan, berucap. Rindu rasanya!

Wednesday, November 10, 2010

emel cinta untuk saya

Kalau ada kalian yang perasan, dua tiga entri saya sebelum ini, lain sikit dari kebiasaan. Ya, sebelum saya alergik jarang menulis tentang cinta. Sejak-sejak saya rajin menulis entri berkisah cinta-kawen ni, secara tiba-tiba dapat emel bertanyakan soal cinta pada saya. huk alohh~~ tak pasal-pasal dah jadi Dokter Chenta Cik Cinta. bukan Chinta Chandurri ya!

Ehem-ehem. Jom! Mari bersama Cik CintAin Fathihah.

emel daripada ciktaktahunama@yieha.com.. (copy-paste saja, kurang rajin nak edit ejaan carca marba sangat ni)

'A'kum. aQ jumpe blog ko kt fb. ade jge bca ckit2 tlsn ko yg lama2. dr tlsn ko, aQ tetibe sdr byk pkara. tme ksh. erm, cmna ko blh tls dgn idea matang ek? ko mude dr aQ. tp aQ rsa cara kite bfkir sgt jauh beza.

ni aQ ada 1mslh nk tnya pndpt ko. ni mslh antara hdup + mati. aQ dh lma kapel dgn sorg laki ni. syg die sgt2. 2thn aku bhgia dgn die. mcm kapel2 lain gak, kmi dh biase ringan2, tp aku msih dara. itu aQ nk smpan mlm 1 kmi nti.

mslhnya sjk 2bln ni tbe2 die bt perangai, curang dgn aQ. die ada affair dgn adk agkat die. aQ dh minta dia plih antra aQ atau pmpn miang tu, tp x sgka2 dia plih pmpn tu. skrg hbgn kmi dh ptus. 3mggu aQ rse mcm myt hdup. asek ngs je. aQ nk mnum rcun. jntn tu mg xgne!'

erk. sebelum saya dapat faham apa yang mau disampaikan gadis ni, saya kena ulang-ulang baca dek ejaan yang susah difahami. Saya memang bermasalah sikit nak faham tulisan orang muda sebegini.

Wahai Cik Gadis TaktahuNama...

bila saja saya baca kenyataannya pasal nak minum racun tu, terus saja hati saya terdetik, minumlah, ada ku kisah? orang yang betul-betul nak bunuh diri takkan cakap pada orang yang dia nak bunuh diri. Senyum sinis saja depan laptop seorang diri.

Weh! Sapa la yang permainkan saya dengan hantar emel macam ni nih? Macam kelakar ja emel ni. Cepat! Sapa buat, baik mengaku.

haha. kalau begini caranya, memanglah saya tak layak jadi tempat rujukan untuk sesiapa yang ada masalah cinta. pertama, saya merasakan masalah-masalah sebegini remeh untuk diambil berat. bukan masalah antara hidup dan mati pun. ini namanya masalah yang dicari.

kedua, saya antara generasi baru yang sudah tak mengagumi kisah-kisah keagungan cinta generasi terdahulu.

Ya, apa relevannya Laila dan Majnu yang mati berpegangan tangan di padang pasir demi membuktikan kekuatan cinta? Umum tahu, Majnu si miskin mencintai Laila anak gadis orang kaya. Andai betul cinta, kenapa Majnu sanggup merosakkan diri merindui dan menangisi Laila yang terpisah darinya? Apa salahnya Majnu si miskin berusaha mempertingkatkan dirinya ke tahap yang lebih baik, supaya diterima oleh bapa Laila sebagai menantu?

dan ini juga bukan lagi zaman Juliet yang sanggup mati minum racun kerana menyangka Romeonya telah mati dibunuh.

Cinta itu, bila ianya dah tak lagi membahagiakan malah membeban jiwa, tinggalkanlah. Gadis, dengan usia yang ada ni, lebih baik diguna untuk mencipta kecemerlangan diri.

nota tumit ; ini bukan entri untuk menjawab emel ya.

Monday, November 08, 2010

teruja pada congkak merak

salam'alaik. Lama rasanya saya tak buat entri bergambar. Alhamdulillah, hari ini ada cerita berserta gambar yang saya mahu kongsikan. Mod keterujaan adalah tahap tinggi bila berjumpa sesuatu yang menarik perhatian saya hari ini.

Hari ini, kampus cuti. Cuti khas dua minggu selepas study week, dan sebelum peperiksaan bermula. Tapi saya dan Amirah yang gagah dan gigih ini, tetap berdiam di Tanjung Malim, azam awalnya adalah untuk mengulangkaji pelajaran secara tekun untuk menghadapi peperiksaan.

Dek semangat yang berkobar-kobar ni, kami gagahkan juga diri ke kampus. Untuk berjumpa ibu guru, pensyarah Kimia Organik, Dr.Saripah. Setelah berjumpa dengan Dr.Saripah, langkah kaki diteruskan ke Pusat Kesihatan UPSI. Sihat tubuh badan, sihat mental. nak pergi klinik sebab tumpang guna penimbang berat di klinik tu saja. Study week, agenda adalah makan-study-makan balik-tidur-makan lagi-study-sambil makan.

Lihat? betapa banyaknya agenda makan, sampaikan cik Amirah bising, "wei, duk bagi aku makan banyak-banyak sangat nih! nanti naik **** kilo macam sem lepas!"

Dalam perjalanan ke Klinik, melalui library UPSI, mata tiba-tiba terpaku pada arca-arca menarik hasil projek pelajar-pelajar Seni UPSI.

Jujur, saya kagum dengan hasil kerja budak-budak seni ni. Bukan mudah nak tampal jubin-jubin ni sampai jadi bentuk dan corak menarik sebegini. Sebelum ni dah ada arca yang berwarna-warni, tapi bentuknya tak menarik perhatian saya untuk mendekati. Ada bentuk kon, bulat, silinder dan macam-macam lagi bentuk yang ditampal dengan jubin-jubin kecil berwarna menarik.

Tapi siang tadi, sekilas pandang, saya ternampak merak besar yang seakan memanggil saya mendekatinya.

"weh bentuk merak! comei!"

"Ain, ni congkak besaq la. jom main."

"jom!"
Bukan setakat arca seni yang buat kepala saya pening nak faham nilai estetikanya, malah ada fungsi pula. Sementelah lama saya tak main congkak. Maka kami lepak 10minit di tepi jalan tu untuk lawan main congkak.
Bertambah teruja sebab congkak ni agak besar berbanding biasa. dengan guli yang besar juga. Rasanya kali terakhir saya main congkak, semasa di sekolah menengah.
Tekun saya mengatur guli-guli besar dalam lubang-lubang congkak. Memang kena guna dua tangan untuk pegang guli-guli tu. Tiga biji guli pun dah penuh satu tangan. Guli besar, nak main tipu pun tak boleh! hehe

Orang yang lalu-lalang, senyum sinis tertoleh-toleh melihat kami bermain tanpa menghiraukan rasa malu atau segan. Ala, bukannya kami buat tarian tiang pun di tepi jalan kan? Main congkak saja, ayu lagi sopan.
Rasa nak bawa balik bola besar ni. Buat hiasan di laman rumah. Cuba angkat! erghh, berat!
Ini lagi best. Itik! Quel quek! Bunyi gadis berbaju merah menguek. Yela kan, kalau betul-betul arca itik ni menguek, lintang pukang saya lari. Berdesupppp!
Ar! rasa macam nak bawa balik rumah arca itik ni. saya suka! comel. iya, comel. yang tudung hitam baju hijau tu, comel. hehe.

Ngee! riang ria sungguh masa membelek-belek arca yang ada di situ. Tak tahu apa yang diriakan sangat. Alhamdulillah. Kurang sikit tekanan nak exam. eh, tertekan ke? Baca buku pun tak sangat.

Sunday, November 07, 2010

tragedi cinta generasi saya

Belek-belek akhbar, kerapkali juga saya menggetap bibir sendiri. Gerun. Terasa sebu perut bila membaca ramainya anak-anak gadis seperti saya dan adik-adik perempuan saya yang lari dari rumah. Seterusnya berita gadis-gadis bawah umur yang lari dari rumah, diperkosa teman lelaki. Huhu.

Berani ya? Mau beli seluar dalam dan tuala wanita pun masih tadah tangan minta duit pada ibu bapa, sudah berani mau lari dari rumah. Entah apa yang difikirkan mereka ini.

Juga sesak nafas saya membaca berita gadis pintar 15 tahun yang berkeras dan sanggup menentang keluarga kerana mahu mengahwini teman lelakinya, seorang pembantu restoran 19tahun. Aduh. Sungguh, kalau saya menjadi ibu bapanya, masakan saya mahu melepaskan anak gadis yang akan mengambil PMR, dengan lelaki yang belum tentu masa depannya.

Orang Dulu Kawen Muda Juga, Tiada Masalah Pun?

Apabila Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rustam menyatakan kehairannya dalam Milenia Muslim November 2010 (Artikel Antara Kahwin Muda dan Buang Bayi, Cara Melaka Tangani Isu Ini)

"Saya sendiri tak faham mengapa umur antara 16 hingga 18 tahun dikatakan tidak bersedia menguruskan rumah tangga dan bakal meningkatkan perceraian dari perkahwinan awal usia. Bila kahwin lewat menjadi masalah dan sekarang kahwin awal pun jadi satu masalah juga. Dahulu nenek dan ibu kita pun berkahwin dalam usia seawal 12 tahun. Tiada pun bercerai-berai"

Adoi la.. anak perempuan dulu-dulu, tidak pun dihantar bersekolah dek keutamaan lebih pada anak lelaki. Anak perempuan dulu-dulu ditanamkan fahaman tempat perempuan di ceruk dapur. Umur 9-10 tahun sudah cekap (bukan sekadar tahu ya) menjaga adik, memasak, mengemas rumah dan tahu segala macam keperluan menjadi suri.

Gadis sekarang? Seusia saya (termasuk saya mungkin) sudah masuk 20tahun dan lebih pun, masih tidur mengelek anak patung. Patung beruang la, patung arnab la, bantal bintang kiut miut masih dibuat teman tidur. Matangkah?

(tapi ada juga rakan saya yang nakal membidas, gadis sekarang walaupun sudah di Universiti masih tidur dengan anak patung sebab dihalang tidur berteman lelaki bergelar suami. ahaks! nak setuju boleh tak?)

Gadis sekeliling saya, ada yang sudah 22 tahun masih mengadu mau balik rumah pada ayah, bila bergaduh dengan kawan sekursus. Matangkah?

Ada juga yang masih dalam dilema masalah kanak-kanak sekolah rendah iaitu, 'kau kawan aku jadi kau tak boleh kawan dia'

Adoi, macam mana mau kahwin kalau masih begini?

Kalaupun ada yang telah mencapai kematangan sepatutnya, berjumpa si dia yang berkenan di hati, dan demi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, lalu golongan ini memberanikan diri menyatakan mahu berkahwin muda pada ibu bapa, ramai yang dihalang.

Ya, situasi sekarang menghalang. Anak-anak muda yang bergelojak jiwanya mau hidup berteman terperangkap dalam sejenis sifir. Sifirnya mudah, 'belajar, kerja kemudian baru boleh kahwin'

"Jangan nak kawen sekarang! Habiskan belajar dahulu", ujar bapa.

"Hang dah gatai nak menikah dah noo. Kerja baru sebulan. Kerja la setahun dulu bagi mak puaih makan duit hang", bicara emak.

Haha, macam-macam. Tragedikah?

Saturday, November 06, 2010

betapa perlunya Cik Kakak menjadi contoh yang baik kepada Cik Adik

Tak berapa lama dulu, semasa dia di tingkatan empat, adik saya nombor dua mengadu,

"huhu, teruk la Add Math Kak Uda. masa ujian hari tu, dapat 8% ja"

terus saja saya menjawab,

"hah, bagus la tu. Tata dulu penah dapat 4% saja. Add Math memang susah kot. Takpa nanti usaha lagi"

"oh yaka? hehe kiranya Kak Uda lagi terer dari kamu la kan"

"ceh, perasan. ya la tu"

kemudian....

"Mama, mama tau tak. Add Math Kak Uda dapat markah 8% ja. Tapi kan, Tata dulu lagi teruk, dia penah dapat 4% ja. Kiranya Kak Uda lagi okay la kan, Mama? hehe"

erk??

Sejak kecil, secara tidak sedar dan tanpa dipaksa-paksa, saya selalu merasakan adanya bebanan pada diri saya, untuk menjadi yang terbaik. Beban mental. Entah bagaimana doktrin anak sulung perlu menjadi yang terbaik ini tertanam di minda saya.

Ya, terbaik di mata adik-adik. Moganya. Baba Mama selalu pesan, saya perlu jadi contoh pada adik-adik. Orang itu pesan, orang ini pesan. Dan sejak kecil, memang pun saya sentiasa cuba memastikan saya menjadi contoh yang baik, dan seboleh mungkin contoh terbaik.

Kadang-kadang risau juga bila terasa adik-adik dibanding-bandingkan dengan saya. Saya sedar, kemampuan setiap orang itu tak sama. Saya lebih tang sini, adik-adik pula lebih tang situ.

Selalu berharap, moga adik-adik saya berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat..

Friday, November 05, 2010

bertelefon. ada berani?

akhir-akhir ini, kerap juga saya bertelefon dengan pakcik bf. mengadu itu ini. ahh, selama ni memang saya gelarkan dia Peti Aduan. ya, peti aduan peribadi. saya ja guna. err, setakat yang saya tahu la, saya seorang saja. hukhuk.

"ain lapaq la tengah-tengah malam ni. jom keluar makan roti canai jom"

"heh, merapu. macam la ain tu boleh keluar malam. kalau boleh pun, cara cakap tu macam tanjung malim - kulim ni dekat"

"hehe. jauh eh. hehehe"

biasa juga saya mengadu..

"assignment banyak yang tak buat lagi ni. huhu. payahnya laptop takda"

"sabar la dulu. nak buat macam mana dah laptop rosak. lain kali jaga laptop elok-elok tau!"

juga,

"ain mengantuk la..tapi kena study. dah la tak faham menda. macam mana ni? nanti kalau pointer exam jatuh, habis la ain"

"ala ain tu. tiap-tiap sem merungut macam ni. nanti dekan juga. jangan risau la. abang tau ain boleh. pi la baca buku"

perbualan biasa antara. kerap juga saya menelefon semata-mata mau menceritakan perkara menarik yang berlaku seharian (jika ada). juga bertanya khabar.

biasa juga berlaku, semasa berbual di telefon, ada rasa hangat yang menjalar di muka. terutamanya bila saya disindir oleh pakcik bf begini,

"waa, banyak assignment nak kena buat. ain tak larat la nak ngadap semua ni. jom kita kawen! haha"

"ni, makcik kechik! dengaq ni. masak pun tak reti duk merengek nak kawen plak! pi belajaq masak dulu"

"ar, tengok. abang kutuk ain. huhu. sampai hati. tau la ain tak reti masak. nanti belajaq la. jangan la kutuk"

"laa, betui apa. hehe"

ya, semua yang indah-indah. yang tak indah pun jadi indah. siapa dapat nafikan betapa mabuknya orang bercinta? tapi mujur pula saya tak pernah berdrama begini,

L : Lihat sayang, bulan jadi saksi cinta kita.
P : Iya, bulan yang bersinar terang akan selalu jadi saksi cinta kita.
Bulan : Oit oit! apa ni? aku tak campur ar!

tapi rupanya ada yang lebih menggembirakan hati. walaupun setiap kali mahu menelefon wanita ini, hati berdegup kencang. dup dap dup dap! dah pernah telefon beberapa kali pun, masih berdebar juga.

Gadis : Assalamualaikum. Makcik apa kabaq?
Makcik : Wslm. Haa, sihat alhamdulillah. Pakcik pun sihat. Ain ada kat mana ni? macam mana belajaq okay ka? bla bla bla....

Lima minit yang mendebarkan, juga membuat muka terasa lebih hangat dari biasa. juga sengih memanjang seharian. apa orang kata tu, kalau nak mengorat anak, kena la mengorat emaknya juga kan. hehe.

Bila mengenangkan saya yang sungguh tak cekap di dapur ni, seriau juga rasanya. Dah la Mama kerap mengingatkan, 'Tata, belajaq la masak. Nanti dah kawen, kena marah dengan mak mertua baru tau'

err, kawen? haha. takpa. lambat lagi. masih sempat bertaubat belajar masak.

Wednesday, November 03, 2010

kenapa cinta terasa indah?

Remaja seusia saya (pastinya masih pucuk), rata-rata pernah merasakan indahnya bila jatuh cinta. Jatuh bukan sebarang jatuh, jatuh bersambut. Sambut juga bukan sebarang sambut, tapi sambut yang mesra.

Bagi yang meminati sesiapa dari jauh, juga merasakan indahnya. Aduh, kalau dah suka, tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumah pun jadi. Tak dapat jumpa orangnya, hari-hari baca blog tuan punya badan pun, getar di hati dah tak keruan.

Ditambah dengan situasi zaman sekarang yang tidak mengehadkan percampuran antara lelaki dan perempuan, proses berkenalan lebih mudah berlaku. Kalaupun dikawal rapi oleh ibu dan ayah di rumah, ahh apa susah. Internet ada. Dunia di hujung jari. Facebook ada. YM ada. Friendster ada. Banyak laman sosial yang ada.

Ramai juga yang jatuh cinta melalui internet. Perkenalan jarak jauh awalnya. Cinta dalam jarak awalnya. Ah, konon. Lama-kelamaan, yang jauh makin dekat, yang dekat makin rapat.

Bagi yang bercouple dengan rakan sekampus, mahupun rakan sefakulti dan rakan sekelas, jarak bukan masalah. Pagi petang siang malam berkepit. Bila masing-masing balik ke bilik sendiri pun, disambung pula dengan perbualan telefon.
Bergayut pula ada stail. Kebanyakan remaja seperti saya, bila berbual dengan buah hati di telefon, suara dimanjakan, perlahan dengarnya. Tambah dramatik, badan dan kepala diselubung selimut. Ataupun muka ditekup bantal tatkala berbual. Kiranya kawan sebelah katil pun tak dapat dengar apa yang dibualkan pasangan masyuk cinta.

Apapun caranya, semua detik-detik bercinta, terasa indah. Wah, dunia aku yang punya. Si dia lah sebaik-baik manusia yang pernah aku jumpa. Dalam keadaan belum halal, bangga pula berkata, 'si dia lah jawapan kepada doaku selama ini'. Semua yang baik-baik belaka. Tiada yang buruk pada si jantung hati.

Kenapa ya, cinta terasa indah? Dopamine, oxytoxin dan vasopressin dan bahan-bahan kimia cinta aktif dirembes dalam badan.

Bila rindu pada yang jauh, terasa hawa dingin yang menjalar dari leher ke pusat, dan ke seluruh badan.. ahh, rindu. Senyum seorang diri sambil peluk bantal erat-erat.

Saya selalu ingatkan diri, cinta saya dan remaja lain (kalau layak dikatakan cinta) sebelum adanya ijab dan qabul ini, terasa indah memanjang ada sebabnya.

Ya, cinta ini terasa indah kerana ianya cinta yang hadir tidak seiring dengan tanggungjawab. Cinta tanpa tanggungjawab.

Oh, patutlah memanjang terasa indah. Cinta tanpa tanggungjawab.

untuk Amirah Fatin

Salam'alaik. Beberapa hari saya menyepi. Membawa diri, sedikit baju dan perut yang kempunan nak makan yang sedap-sedap ke Batang Kali (kurang sejam perjalnan dari Tanjung Malim). Ziarah Makjang dan Kak Hanim sekeluarga. Alhamdulillah. Puas rasanya dapat makan yang best-best.

Entri ini untuk adik saya yang manja yang manis, Amirah Fatin. Ini orangnya... Adik kedua yang muda 3tahun dari saya. Masa kecil, Mira ni cengeng orangnya. Sikit-sikit nak nangis. Manja. Anak mama. ya, itu pasti, anak mama.
Entah mengapa, masa kecil saya tak begitu sukakan Mira. Rimas. Dia suka kacau saya. Suka usik barang-barang saya. Ketika masih menetap di Telok Bahang, kerap jugalah saya kejar dia satu rumah. Biasanya dia akan lari berselindung di belakang Angah. Angah lah dewa Otromen Penyelamat yang akan melindungi adik-adik daripada dicubit dan dibuli saya. Tapi Mama cakap, lepas saya masuk asrama semasa tingkatan satu, Angah serta merta jadi tukang buli adik, pengganti saya.

Dalam banyak-banyak adegan kejar-mengejar yang saya paling tak boleh lupa, akibat kerap sangat dibuli saya, Mira penah mengejar saya sambil memegang garfu. Kelam kabutlah saya lari pi mai pi mai keliling rumah. Sambil mengejar saya, Mira menjerit,

"Adik nak bunuh Tata! Adik nak bunuh Tata!"
(Mira masih membahasakan dirinya sebagai adik, walaupun dia sudah mempunyai dua adik ketika itu)

haha. tak senonoh betul masing-masing. mujur saya sempat lari, kalau tidak jadi Kassim Selamat lah saya dicucuk garfu.

Setelah masing-masing meningkat remaja, barulah saya boleh jadi kamcing dengan Mira. Itupun dia lebih rapat dengan Angah, memandangkan mereka berdua menuntut di sekolah yang sama.
Gambar di atas, Mira bersama sepupu kami, Fathunnizat, dan anak menakan, Wafi Hamiz Hakim (anak Kak Hanim). Mereka berdua ni, sibuk nak kawen sepupu. haha. Entahkan jadi, entahkan tidak.

Buat Amirah Fatin, SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 17.. maaf tak sempat nak buat entri pada 25 Oktober lepas (sebenarnya lupa).

Selamat Maju Jaya dalam SPM 2010.

Tuesday, November 02, 2010

cokodok ada kodok?

Jam 12.20 tengah malam
Situasi : Tiga gadis sedang makan satu paket megi goreng yang dikongsi bertiga, sambil berbual.

Gadis A : Esok pagi nak breakfast apa ek. Aku ada buah. Esok pagi nak buat coq (cucur) pisang lah. Nak kena guna tepung apa ek?

Gadis M : Nak goreng ka? Guna tepung beras campur tepung gandum. Rangup.

Gadis F : oh, nak buat cokodok ek?

Gadis A : eh tak lah. bukan nak buat cokodok. aku tak guna kodok pun. nak buat coq pisang lah.

Gadis F : sama lah tu, cokodok dengan cucur pisang!

Gadis A : dak aih, tak sama. aku tak bubuh kodok pun! (masih berkeras)

(Habis tu, cucur badak ada badak ka?)

Gadis F : cokodok la tu!

Gadis A : tak lah. coq pisang tu kan pisang goreng. aku nak goreng pisang salut tepung je lah.

Gadis M : weh! hang yang salah. coq pisang dengan pisang goreng tu tak sama lah!

Gadis A : eh, yaka? ingatkan sama.

Thursday, October 28, 2010

burung hantu AinoFathihahoho species

Ini minggu terakhir minggu akademik di UPSI bagi semester ini. Minggu 14. itupun saya masih bergelut dengan kuiz dan assignment (kes buat & hantar lambat).

Dah berapa malam jadi burung hantu.... tidur lambat, bangun awal. Bersiap mandi dan bergegas ke kampus. Perlu gariskan eyeliner di mata untuk elakkan sindrom mata panda yang agak ketara..
lihat, burung hantu AinoFathihahoho species sedang merayap di malam hari menjengah rakan-rakan seBIO yang sedang bertungkus lumus buat kerja masing-masing...

Berjaga-jagalah wahai gadis-gadis seBIO sekalian...hee heee heee! terutamanya Cha'ah.

(Ain Fathihah dalam mod bosan menunggu laman web MySIS UPSI yang takdapat dilayari. saya perlu add subjek-subjek semester hadapan)

Lagi satu, menjelang musim peperiksaan, seperti biasa wabak histeria merebak..

Histeria dari sudut perubatan..

Histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai 'somatoform disorder' dan dibagaikan kepada dua jenis iaitu 'conversion disorder' dan 'dissociative hysteria'.

Conversion disorder adalah keadaan yang mana mereka diserang histeria biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan. Kebiasaannya, histeria jenis ini berlaku kerana konflik dan trauma seperti melihat saudara dirogol, kemalangan dan kematian.

Dissociative hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal.

Prof Azhar berkata, Dissociative Hysteria kerap berlaku dalam masyarakat Malaysia dan biasanya membabitkan pelajar sekolah, penuntut IPT dan pekerja wanita di kilang manakala di Barat lebih popular dengan histeria jenis conversion disorder.
Trend popular semasa musim orientasi dan musim peperiksaan ?

Beliau menjelaskan kira-kira 20 tahun lalu kes histeria dilaporkan banyak berlaku di negara ini dengan kes tertinggi di sekolah berasrama, kilang dan kem motivasi serta minggu orientasi. Namun ia mulai berkurangan dan menjadi kes terpencil pada 1990-an. Berdasarkan kajian kes terdahulu, kebanyakkan kes histeria didapati berlaku dalam minggu peperikaan di sekolah berasrama dan minggu orientasi di IPT. Dipercayai penglibatan terlalu banyak aktiviti yang meletihkan hingga mengganggu masa tidur dan rehat pelajar dikatakan punca kepada kes histeria semasa minggu orientasi.

Selain itu, pelajar asrama juga mudah terkena histeria kerena tidak dapat mengawal konflik seperti mengikut disiplin yang ketat selain kerinduan pada keluarga. Dalam kes 1980-an, kebanyakkan kes histeria berlaku di sekolah agama yang mana disiplinnya lebih tinggi berbanding sekolah biasa.

Kes membabitkan perkerja kilang, biasanya berlaku pada waktu malam. Ia dipercayai berlaku kerana pekerja keletihan tidak cukup tidur selain faktor ketakutan kerana sering mendengar cerita mengenai hantu.

Wanita lebih cenderung dengan fenomena histeria ?

Menurut Prof Dr Azhar, kebanyakkan kes membabitkan wanita kerana tahap ketakutan mereka lebih tinggi berbanding lelaki. Tambah Prof Dr Azhar lagi, histeria sebenarnya berlaku kerana konflik yang tidak dapat dibendung dan dikawal oleh individu itu dan cara mengawalnya adalah dengan memberikan bantuan bukan tekanan kepada mereka yang ada masalah atau lemah.

Kenapa ya? tapi kalau lelaki yang sakan histeria secara berjemaah, geli lah saya nak dengar suara garau garuk lelaki terjerit-jerit. awww! mak tak rela, nyah!

Wednesday, October 27, 2010

projek penyelidikan. apa?

salam. (mod = ulangkaji Organic Chem).

Rasa macam baru ja lagi saya menjerit (tak dapat dipastikan menjerit suka atau tak suka) ketika melihat keputusan permohonan UPU.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JURUSAN : PENDIDIKAN SAINS

yeah, sungguh. Rasa macam baru semalam saya kalut buat persiapan untuk masuk Universiti. Sedar tak sedar pun...

dan tiba-tiba dah kena pilih bidang untuk tesis. ohh! Saya dah kena buat tesis rupanya.

antara bidang pilihan:
1. PEMBINAAN MODUL P & P
2. PEMBINAAN MANUAL MAKMAL
3. PEMBINAAN BAHAN MULTIMEDIA
4. PENYELIDIKAN PEDAGOGI / PENDIDIKAN
5. PENYELIDIKAN CONTENT
6. ULASAN BUKU
7. DOKUMENTARI

err.. saya baru saja tengok pilihan bidang yang ada. Dan esok dah kena beritahu bidang yang menjadi pilihan hati. Ceh! Apakah? tak sampai 24 jam dah kena buat pilihan.

Projek Penyelidikan = 6jam kredit, tauhu sumbat!

apa bendanya ketujuh-tujuh pilihan yang ada ni ya? (mod = blur)

nota tumit ; tiba-tiba rasa patutnya Jabatan buat taklimat dulu, baru suruh pilih. takla terpinga-pinga sangat, kan? huhu

Monday, October 25, 2010

bagaimana kening Ain Fathihah berparut lintang?

Salam'alaik. Pagi tadi, saya di tag oleh adik perempuan saya yang nakal.. tersenyum saya membaca tag dari dia. Pertama kali dia ucap terima kasih untuk satu perkara 'itu'. Ya, pertama kali. Saya juga sedang menunggu permohonan maaf dari dia, juga untuk perkara 'itu'. haha.
Ya, peristiwa yang menyebabkan saya mendapat cop mohor ini di kening kanan.
Nampak?
Cop mohor yang membuat kening saya seakan terbelah. Tak kurang juga rakan yang bertanya,

"wei ain, awat hang cukoq bulu kening hang lagu tu"

"ar! aku tak cukoq pun. ni parut lah. cis!"
Tambah meresahkan, bila ada yang mengusik,

"habis la ko ain. ada parut. kurang seribu"
(bermaksud kurang RM1000 dari nilai hantaran perkahwinan saya)

Saya cuma spontan ketawa dan menjawab,

"hah, takpa takpa. baru kurang seribu. ada lagi empat puluh sembilan ribu tau"

Untuk menyedapkan hati, saya cuba berbangga dengan segarit bekas luka di kening kanan ini. Pemanis wajah ni, ujar saya. Buat wajah saya yang comot ni bertambah manis lalu menjadi comel.

comot + parut = comel dan manis

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Imbas 13 tahun lalu. (Ain Fathihah, 7 tahun, selebet dan comot)

Tarikhnya masih saya ingat, 31 Ogos 1997, hari Isnin. Cuti merdeka. Saya demam hari tu. Tapi demam-demam pun, petang hari saya menjadi segar bugar untuk keluar bermain. Budak-budak kan, tiap-tiap hari tak sabar tunggu waktu Asar sebab lepas solat Asar baru boleh keluar main.

Lepas saya minta izin nak keluar main dari Mama, Mama paksa suruh saya bawa adik yang paling kecil tu (masa ni Adeebah yang paling kecil) sekali. ceh, menyibuk ja kan. Budak kecik ni suka menyibuk. Huh.

Dalam bebal, saya turutkan juga. Maka kami empat beradik pun terkedek-kedek keluar menuju padang permainan berdekatan rumah. Dekat ja padang tu. Saya, Angah, Amira dan Adeebah. Berpimpin lah kami menuju ke taman permainan.
Tapi masa tu taman permainan bukanlah begini.

Papan gelongsor, jongkang-jongkit dan buaian yang ada masa saya kecil tidaklah secantik sekarang. Papan gelongsor pun, yang jenis tangga tinggi dan tempat gelongsornya daripada besi. Bila main gelongsor macam tu, panas bontot wohhh..!

Buaian yang ada pun, jenis daripada papan rata, berat dan tebal untuk tempat duduk, dihubungkan dengan tali besi yang agak tebal dan berat juga, supaya buaian tu boleh berayun.

Sampai di taman permainan setelah merentas padang, saya berjumpa kawan-kawan sepermainan. Masa tu kami main aci lut duduk rasanya. Sakan bermain, saya melupakan adik kecil yang diamanahkan pada saya.

(tapi sekarang saya terfikir-fikir apa jadahnya beri budak kecil setahun lebih untuk dijaga oleh kanak-kanak 7 tahun. Mungkin masa tu keadaan boleh dikira selamat sebab takda kes culik macam Nurin Jazlin kot? Dan lagi satu, sungguhpun saya anak sulung, saya kan masih hingusan untuk menjaga adik yang masih kecil)

Dalam galak berlari-lari bersama kawan-kawan, entah macam mana ekor mata saya terpandang Adeebah, yang dengan pampers besar di punggung, berjalan terkedek-kedek dengan langkah huyung-hayang menuju ke tempat buaian.

Pada masa yang sama, ada seorang budak lelaki (saya tak pasti lelaki atau perempuan yang berambut pendek, India atau Melayu yang berkulit gelap) sedang bermain buaian itu. Bukan main cara saya main, tapi cara extreme. Dia berdiri di atas papan buaian, dan menghayun buaian papan tu dengan laju.

Adeebah dengan muka tak bersalah makin terkedek-kedek menghampiri buaian yang sedang diayun laju itu.

Saya pula, tanpa sempat berfikir terus berlari untuk mendapatkan Adeebah. Sejurus saya dapat mencapai Adeebah (saya masih dalam mod berlari), saya terus menolak Adeebah jauh daripada buaian itu.

Dan serentak juga, papan buaian yang sedang berayun laju terus menghentam kepala saya. Cerita Amirah yang masih ingat kejadian ni, dia memang nampak tubuh kecil saya melambung jauh sebaik saja kepala dihentam buaian tu, dan budak lelaki tu terus berlari balik tanpa menghiraukan saya. Takut la tu, kan. haha.

Pening lalat jadinya saya lepas dihentam buaian. Masa tu memang terasa perit di dahi. Tanpa reaksi, saya bangun berdiri dan menoleh ke arah Adeebah yang tadinya tergolek atas rumput setelah ditolak saya.

Saya cuma berdiri tanpa reaksi apa-apa. Peliknya muka terasa basah dek peluh. Memang rasa lencun muka saya.

Ketika itu, entah makcik mana (yang menemankan anaknya bermain), datang menghampiri saya. Saya masih ingat, saya dengar makcik tu cakap,

"eh dik. banyaknya darah ni. rumah kat mana? anak sapa ni?"

Saya spontan memegang dahi saya. Lekit. Hamis. Makcik tu menanggalkan tshirt yang saya pakai, lalu membalut tshirt tu di kepala saya yang cedera.

Terkejut melihat darah yang begitu banyak meleleh hingga ke badan saya, barulah saya menangis. Seingat saya, masa tu saya menangis sebab takut dimarah mama. Bukan nangis sebab sakit pun. Entah kenapa, masa tu memang tak terasa sakit. Terer tak saya? haha.

Makcik tu memimpin saya menuju ke hujung padang, menghala ke arah Kampung Mukim Masjid. Dalam pada riuh menangis tu, saya sempat lagi menarik Amirah dan Adeebah balik bersama-sama saya, diiringi Makcik tu. Lihat, betapa bertanggungjawabnya saya kan. Bakal ibu yang baik juga ni

Afnan pada masa tu terus berlari dulu pulang ke rumah. Itupun takut-takut dia beritahu Mama,

"tata jatuh...."

dan terus di marah Mama
"hah, dah jatuh. balik la!"

Sebelum saya dan adik berdua bersama Makcik misteri tadi (sampai sekarang masih misteri sebab saya masih tak tahu siapa) sampai di rumah, Baba yang ketika itu sedang membasuh kereta di halaman ternampak kami.

Kemudian Baba dan Mama membawa saya ke klinik berhampiran. Tetapi petugas klinik tu suruh kami ke Hospital Besar Penang, katanya luka saya dalam. Jauh juga la....

Dah sampai ke hospital pun, lama jugalah saya menunggu sebelum di rawat. Perlu menunggu Dr. Pakar Mata agak lama sebab Medical Assistant biasa tak boleh jahit luka saya.

Sakit yang saya ingat, cuma lah sakit ketika dibius. Kena cucuk kat tepi mata. Pergh ngilu betul. Terasa-rasa lagi mata jarum tu macam tembus ke biji mata saya. Hoh. Masa kena jahit, tak sakit pun. Hehe kerek. Kan dah bius tadi. Walaupun muka ditutup dengan kain hijau pembedahan tu, saya dapat dengar bunyi macam bunyi tali tangsi disemat dan ditarik di kening saya. Haha. srettt.....sretttt.....srettt! Ngilu beb.

Lepas selesai pembedahan kecil tu, banyak kali jugalah saya perlu berulang-alik ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Mujur juga ya, buaian tu tak menghentam mata saya dan menyebabkan buta. Dulu bekas luka yang dah dijahit ni melintang panjang dari tengah dari hingga ke hujung mata. Makin saya membesar, parut ni makin mengecil.

Sampai sekarang, kadang-kadang saya merungut juga pada Adeebah,

"ni sebab kamu lah ni kening Tata hodoh tau"

dan dia cuma ketawa gedik. Tak yah ketawa pun dia dah memang gedik. Ahaks!

Apapun, sehingga hari ini, saya bersyukur juga sebab buaian tu tak menghentam Adeebah, sebaliknya menghentam saya. Tak dapat saya bayangkan kalau buaian sekeras dan bermomentum selaju itu menghentam padu dan tepat ke kepala Adeebah yang ketika itu berusia setahun lebih. Mungkin pecah agaknya kepala dia. Tak pun dia buta. Tak pun sewel jadinya budak tu disebabkan gegaran yang kuat di otak.

Tapi sebenarnya, masa kejadian tu berlaku, saya berasa mujur buaian tu tak kena Adeebah sebab kalau kena Adeebah sudah pasti la setengah mati saya kena bantai dengan Mama sebab tak jaga adik betul-betul! haha.

Sunday, October 24, 2010

'minat' zaman anak-anak.

Sebagai remaja, punya peminat rahsia atau secret admirer tu perkara biasa. Teruja bila ada secret admirer juga perkara biasa. Sesiapapun, mesti la akan rasa teruja + gedik bila tahu ada yang minat kita kan. haha. Tapi biasanya seronok sendiri sajalah.

Itu hal diminati orang. Hal saya minat orang pun, ada banyak hal juga. eh tak banyak. beberapa saja. Antara yang sempat saya tuliskan di Blog Ain Fathihah, adalah kisah ini dan ini. ada banyak lagi yang lain, tapi saya tak tulis untuk elak Pakcik Padil berasap kepala, hwa hwa hwa!

Bercerita soal minatkan seseorang, ada kisah yang saya rasa malu bila dikenangkan kembali. Lucu mengenang kegatalan saya. Lucu mengenang kebebalan saya membeza realiti dan mimpi.

Saya membesar di Kampung Mukim Masjid di Telok Bahang. Persekitaran kampung biasa, dengan jiran-jiran penuh sekeliling rumah. Ada yang terasa bagai saudara dek eratnya mereka dengan keluarga saya.

Selang satu atau dua rumah dari saya, ada satu keluarga yang memang rapat dengan ibu bapa saya. Saya panggil pakcik dan makcik tu sebagai Pak Ngah dan Mak Ngah (meskipun tiada talian saudara), dan juga anak-anak mereka (semuanya empat orang lelaki), dengan nama timangan keluarga (Along, Angah, Bang Chik dan Udin).

Mereka sekeluarga juga memanggil saya adik-beradik dengan nama timangan kami. kecuali Kak Teh Diba, yang dipanggil Bang Teh. Juga mereka sering mengusik Kak Uda (Amirah) dengan panggilan Nora (dek irasnya Amirah dengan penyanyi Nora Desa Tercinta tu)

Ketika saya masih sekitar usia 8-10 tahun, si Along, Angah dan Bang Chik sudah sekolah menengah. Cuma yang bongsu, si Udin sebaya dengan adik lelaki saya, Afnan.

Dalam empat beradik tu, saya kagumkan Angah (Yon). tengok, Ain Fathihah ni kecik-kecik dah gatal. isk! Beza usianya enam ke lapan tahun dari saya. Entah kenapa, saya suka melihat Angah Yon ni. Kecil saja orangnya. Tapi punya senyuman dan gelak tawa yang mendebarkan hati saya. Tengok (lagi), kecik-kecik dah pandai berdebar hati macam tu.

Tapi apa nak kisah debar anak kecil seperti saya ketika itu. Debar tak debar pun, saya yang comot dan selebet ni tak kisah pun bermain aci lut duduk sehingga ke kawasan rumah Pak Ngah tu. Kerap juga saya menembak ayam-ayam Pak Ngah dengan senapang terung pipit. Kerap juga dikejar angsa-angsa jahat peliharaan Pak Ngah. Cis! Mujur tak pernah kena patuk.

Rasa suka saya pada Angah Yon saya pendamkan saja. Suka tengok gaya dia, terasa comel di hati saya. Ketika saya di tingkatan 3, keluarga saya berpindah ke Tanjung Tokong. Jadi, sesekali saja keluarga saya berjumpa keluarga Pak Ngah, terutamanya ketika ziarah raya.

Ketika saya meningkat remaja, rasa suka saya pada Angah Yon berubah. Dari suka seorang adik kepada abang (memandangkan saya tiada abang), ianya menjadi lain. Diam-diam saya mengharap suami seperti Angah Yon. ceh, gatal lagi. Lebih membuatkan harapan saya membukit, selepas Angah Yon tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Saham makin tinggi lah kan. Tengok, lelaki impian saya, ustaz-ustaz gitu....haha.

Sehingga saya selesai SPM, rasa suka dan minat itu masih ada. Entah macam mana, satu hari ketika dalam perjalanan ziarah raya ke Telok Bahang, saya berkata pada Baba yang sedang memandu,

"Baba, nanti pinangkan lah suami macam Angah Yon tu untuk Tata. Suka la orang macam dia tu"

ujar saya dengan nada gurauan. gurau tau! tapi mungkin ada juga nada mengharap. tapi, eh apa ke halnya Baba yang nak pergi meminang anak teruna orang untuk saya kan? hihihi

Baba pula, entah kenapa, ketika kami sekeluarga beraya di rumah Pak Ngah, dia menyakat saya dengan memberitahu Pak Ngah yang saya sukakan anaknya. Okay, dah tentu la saya jadi bahan sakat masa tu. Mujur Angah Yon tak ada sekali, dia masih di Mesir masa tu.

Kisah itu berlalu begitu saja. Sehinggalah satu hari, saya terima berita yang Angah Yon akan pulang ke Malaysia, untuk melangsungkan perkahwinannya. Ya, dia berkahwin dengan ustazah pilihannya, mungkin teman sekuliah di Al-Azhar.

Masa tu hati saya membentak,

"huh, kenapa dia tak tunggu aku besar sikit!"

(okay, takyah cakap. protes yang sangat sengal)

Pada hari bahagia Angah Yon, saya sengaja tidak pulang ke rumah untuk hadir bersama keluarga memeriahkan majlis perkahwinannya.

Rasa sayu hati saya ketika itu..sempat juga menangis di bilik B4.3.5 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Erghh! Tak tahu kenapa saya sedih. Bukan kecewa (frust menonggeng) putus cinta atau apa. Tapi ianya suatu getar hati yang tiba-tiba datang.

Indah untuk dikenang.

Haha.

nota tumit ; saya menaip entri ini dengan rasa hangat di muka. adeh. malunya bila teringat.

Saturday, October 23, 2010

aku 'ptuihh! ptuihh!' kau

Jam 9.00 malam :

jari comel menaip SMS, pada gadis F yang jaraknya 11 jubin dari bilik saya.

'weh aina, tolong kejut pukul 11.30'

badan letih, mata berat, otak serabut. Seharian di kampus menjayakan simposium biologi, kali ni untuk kursus Biotechnology. maka saya ambil keputusan untuk tidur awal dan bangun di tengah malam untuk siapkan tugasan apa yang patut disiapkan.

baring.
golek kiri, golek kanan.
peluk bantal.
tindih bantal.
tebar selimut.
golek kanan, golek kiri.
mata terkebil-kebil, tak boleh lelap.
ohh, ada kerumitan yang rumit kah di benakku?
mata, cepat tidur.
masih tidak. hoih.

terus saya bangun, pergi bilik gadis F. suruh dia kosongkan katil dia untuk saya baring.
letak kepala, terus zZzzzZZ (tak tahu kenapa aksi tidur diwakilkan dengan abjad Z)

jam 12.00 tengah malam :

bangun dengan muka comel. tidur lena, lega. menapak pergi bilik air. basuh muka. mata lip-pop-lip-pop, masih kantuk. ambil berus gigi. letak ubat gigi saiz 3 kacang soya untuk elak keracunan florida (patut saiz sebiji kacang soya saja ok!). sebab masih mamai, terletak ubat gigi lebih.

gosok gigi, dan..
ptuihhh! ptuihh!

ar! kenapa tersalah letak pencuci muka Clean & Clear atas berus gigi ni?

nota tumit : pencuci muka ni rasa payau (rupanya). saya baru tahu.

Thursday, October 21, 2010

Pasembur pujaan. malu-malu tapi mahu. ah, nak!

Tiba-tiba lidah sangat teringin nak makan pasembur. huhu. teringin ya amat!

Sapa-sapa yang ada di Penang, tolong la poskan pasembur RM10 untuk saya. Tolonggg!!!

Orang Penang selalunya ada kecintaan yang kuat terhadap makanannya. Saya boleh tiba-tiba gembira bila ada jumpa gerai char koew tiau di Tanjung Malim, dan spontan juga bengang bila mendapati penjual meletakkan tanda 'Char Koew Tiau' pada Koew Tiau Goreng! grrr...

Berbalik pada pasembur, bagi saya, ingat dating, ingat pasembur. ingat pasembur ingat dating. Ada signifikan yang jelas antara keduanya. haha.

Dating saya dengan Pakcik Padil ialah pergi makan pasembur di Gurney Drive, yang lima minit dari rumah saya. Yum yum, sangat menyelerakan makan pasembur sambil menikmati terpaan angin pantai ke muka. (yang pasti kena abaikan dulu kejelekan pantai yang kotor di Gurney Drive)

Biasanya, pelanggan memilih sendiri isi pasembur yang jadi pilihan hati, kemudian beri pada mamak pasembur tu untuk dipotong, dicampur sengkuang dan timun lalu dicurah kuah. Mamak tu akan buat sepinggan penuh, dengan dua garpu. Kongsi berdua.

Mamak tu yang letak dalam satu pinggan ya! kalau tak, tak hingin saya kongsi pinggan dengan Pakcik Padil sebab nanti dia makan lebih! ceh ceh, padahal dalam hati berbunga gembira. ahaks!

Ada sekali tu elok saja saya dan Pakcik Padil mau duduk makan, tiba-tiba nampak Baba menonong dengan muka selamba, parking motor di bahu jalan berhampiran medan selera Gurney Drive tu, lalu menghampiri kami berdua dan duduk berhadapan saya!

Hoih, terus saya jadi tersipu-sipu. Ar, segan! (utara : segan = malas. Lain2 : segan = malu). Segan saya adalah segan malu. Maka saya diam saja.

Diam-diam, berpandangan,
Mata bertentang mata,
Malu-malu, aku malu,
Kau buat begitu...

Dulu malu, tapi mahu,
Kini baru ku tahu......(Diam-diam Jatuh Cinta ; Ramlah Ram)

Tiba-tiba saya jadi diam. Padahal bila jumpa Pakcik Padil, panjang lah celoteh saya pada dia. Tak berhenti-henti menceceh itu ini, sampaikan dia cakap "Ain, boleh diam sat dak lima minit? Abang nak drive ni"

Grrr!

Berbalik pada meja pasembor di Gurney Drive, saya serba tak kena nak makan dengan buah hati depan Baba. Tapi Baba dan Pakcik Padil rancak pula berbual. Ceh!

ditarik balik

entri 'bertengkar' sebelum ini ditarik balik buat sementara waktu. haha. rumah ni dah serupa berlaku gempa bumi. pintu-pintu menanti masa nak pecah. juga suara bingit melebih 40 desibel amat mengganggu gegendang telinga.

harap maklum.

hehe.

ain fathihah tidur dengan senyum senget sinis

bye

Tuesday, October 19, 2010

tahniah Sara Tomeng

Episod 13 Musim 5
Babak 1

Gadis 1 : Sekarang ni elok cari pakwe yang dah keja ke, atau yang sama-sama belajar lagi ya?
Gadis 2 : Weh kita dah tahun 3 la..carik yang dah keja la. nanti elok konvo dah boleh terus kawen.
Gadis 1,3,4,5 : Haa, betul betul betul!

Babak 2

Gadis 1 : Ala, nak cari suami yang beza umur berapa banyak paling elok ya?
Gadis 2 : mesti la kena cari yang sebaya, baru la best. sama-sama menempuh kehidupan.
Gadis 3 : weh takleh. kena cari suami yang beza umur paling kurang 5 tahun. baru la suami matang dari kita.

Babak 3

Gadis 1 : Rasa macam nak jatuh cinta kat laki ni, beza 10tahun. okay tak weh?
Gadis 2 : weh tak banyak sangat ke beza umur?
Gadis 3 : okay la tuh. dah keja. dah ada keta. dah ada rumah. rumah siap perabot. Nanti ko masuk rumah dia bila dah kawen, bawak beg baju ja!
Gadis 2 : haa yelah tu. nanti bila kena halau pun keluar rumah bawak beg saja.
semua : hahaha.

Babak 4

Gadis 1 : bla..bla...blaa kawen kawen kawen
Gadis 2 : kawen kawen kawen bla bla bla!
Gadis 1-55 : nak kawen gak!


Ya, itulah situasinya dalam kalangan rakan-rakan perempuan seBio saya. Semua bercakap soal kawen. Tiba-tiba juga semua pakat hafal doa pendekat jodoh. Haha! padahal sebelum ni mungkin tak pernah ambil tahu pun doa ni.
semuanya disebabkan petang semalam, ramai akaun FB rakan-rakan seBio menerima jemputan walimatul 'urus daripada salah seorang daripada kami.

Ya, ada seorang coursemate saya akan melangsungkan perkahwinannya pada Disember ini. Tahniah pada Fatin Maisarah dan bakal suami, Mohd Khairul Ikhwan.
Waa. Sara. Aku jeles! haha

Monday, October 18, 2010

bertengkar

Seingat saya, sejak saya tinggal di rumah nombor tujuh jalan lima taman bahtera ni, saya tak pernah bertengkar atau berperang mulut atau bergaduh atau bertumbuk mahupun berkapak-kapak dengan rakan serumah.

Yang biasa, cuma bergomol mesra bersenda gurau sesama gadis M dan gadis F. Adapun, cuma sesekali berasa tidak selesa ketika ramai-ramai berada di dapur. Pernah dengar orang perempuan (selalunya dikaitkan dengan ibu mertua dan menantu perempuan) tak boleh berkongsi dapur? hehe. yang itulah..

Ada dua gadis dalam rumah saya, yang kegemaran mereka adalah menjerit-jerit. Bukanlah jeritan histeria, tapi bercakap dengan nada terlalu kuat walaupun berdekatan.

Contohnya, gadis 1 berada di biliknya, dan gadis 2 berada di biliknya yang bersebelahan.

"WEIIII! PINJAM GARAM. SATGI AKU NAK MASAKKK!!"

gadis 2 membalas,

"HAAA! AMBIK LAAA!! ADA KAT ATAIH MEJA BAWAH!!"

jangan kata berada di bilik bersebelahan, kalau seorang di katil, seorang di pintu bilik pun, mereka akan menjerit-jerit semasa bercakap..

hairan juga saya. ada masalah auditori kah? ada masalah jiwa kah? atau saja mau bagitau satu rumah apa yang dibualkan?

hairan berlalu tanpa ada jawapan.

satu lagi kegemaran mereka berdua adalah, membanting pintu bilik dengan kuat. Baik pintu bilik air, mahupun pintu bilik. Juga pintu dapur ketika keluar rumah. Walaupun tidak la setiap masa menghempas pintu, tapi boleh dikatakan kerap.

BAMMM!! BUMMMM!!! BAMMM!!

nasib baik pintu tu takda mulut, kalau tak mungkin pintu tu dah maki balik,

"hoi sakitlah badan aku hang hentak kuat-kuat!"

saya, seperti biasa, tetap comel dan menawan, setiap kali pintu dihentak kuat, saya buat tak tahu. kadang terkejut, kadang merungut, kadang buat-buat hempas pintu juga. tapi selalunya memang dalam hati rasa nak terajang ja orang yang suka buat keja kasar-kasar ni. cuma nasib baik kaki saya pendek, nak terajang orang pun tak sampai agaknya

kemuncaknya, tiga malam lepas.

gadis 1 sedang bersiap mahu keluar melalui pintu belakang rumah. kebetulan saya ada di dapur, mahu menjerang air panas.

seperti biasa, ketika menutup pintu dapur setelah keluar dari rumah, gadis 1 membanting pintu dengan kuat.

"BAMMMM!!!!"

apa yang spontan saya rasakan ketika itu? dah la cuma saya seorang yang ada di dapur. gadis 1 ni menghempas pintu sebegitu kuat, marahkan saya kah? atau saya ada dosa dengan dia kah? saya menggoda pakwenya kah? apakah? kenapakah?? kah?

tak sempat berfikir pun, terpacul dari mulut saya dengan kuat,

"ni ada masalah apa?!"

tanpa disangka, gadis yang saya sangkakan sudah berlalu dari rumah, masih ada di belakang pintu. hehe. ingatkan dah blah. rupanya masih ada lagi, mungkin tengah sarung selipar.

Opss!

dan tanpa disangka (lagi), gadis 1 kembali membuka pintu, menjengul mukanya ke arah saya, dan bertanya

"awat ain?! hang cakap kat aku ka?" garang nadanya. dengan wajah berkerut seribu, tanda ketidakpuasan hati.

tercengang saya sebentar. alamak, ni boleh jadi gaduh ni. desis hati saya. tapi, alang-alang goreng pekasam, kena makan dengan nasi panas-panas!

belum pun dua saat, saya terus berpaling badan menghadap ke arah gadis tadi.

"hah, aku memang cakap dengan hang! awat hang tutup pintu macam tu? tak reti tutup elok-elok?"

dan bertengkarlah dua gadis sampaikan ahli rumah yang lain tercengang-cengang... mujur ada yang menyabarkan.

salah saya agaknya. patutnya saya buat seperti biasa, tiap kali pintu dibanting kasar begitu, saya perlu dan wajib (wajibal ghunnah) buat tak tahu saja. biarkan ya. biarkan saja kelakuan seperti itu. jangan menegur, jangan merungut.

patutnya saya sedia tahu, ada jenis manusia tak boleh ditegur dan dicabar.