Itu hal diminati orang. Hal saya minat orang pun, ada banyak hal juga. eh tak banyak. beberapa saja. Antara yang sempat saya tuliskan di Blog Ain Fathihah, adalah kisah ini dan ini. ada banyak lagi yang lain, tapi saya tak tulis untuk elak Pakcik Padil berasap kepala, hwa hwa hwa!
Bercerita soal minatkan seseorang, ada kisah yang saya rasa malu bila dikenangkan kembali. Lucu mengenang kegatalan saya. Lucu mengenang kebebalan saya membeza realiti dan mimpi.
Saya membesar di Kampung Mukim Masjid di Telok Bahang. Persekitaran kampung biasa, dengan jiran-jiran penuh sekeliling rumah. Ada yang terasa bagai saudara dek eratnya mereka dengan keluarga saya.
Selang satu atau dua rumah dari saya, ada satu keluarga yang memang rapat dengan ibu bapa saya. Saya panggil pakcik dan makcik tu sebagai Pak Ngah dan Mak Ngah (meskipun tiada talian saudara), dan juga anak-anak mereka (semuanya empat orang lelaki), dengan nama timangan keluarga (Along, Angah, Bang Chik dan Udin).
Mereka sekeluarga juga memanggil saya adik-beradik dengan nama timangan kami. kecuali Kak Teh Diba, yang dipanggil Bang Teh. Juga mereka sering mengusik Kak Uda (Amirah) dengan panggilan Nora (dek irasnya Amirah dengan penyanyi Nora Desa Tercinta tu)
Ketika saya masih sekitar usia 8-10 tahun, si Along, Angah dan Bang Chik sudah sekolah menengah. Cuma yang bongsu, si Udin sebaya dengan adik lelaki saya, Afnan.
Dalam empat beradik tu, saya kagumkan Angah (Yon). tengok, Ain Fathihah ni kecik-kecik dah gatal. isk! Beza usianya enam ke lapan tahun dari saya. Entah kenapa, saya suka melihat Angah Yon ni. Kecil saja orangnya. Tapi punya senyuman dan gelak tawa yang mendebarkan hati saya. Tengok (lagi), kecik-kecik dah pandai berdebar hati macam tu.
Tapi apa nak kisah debar anak kecil seperti saya ketika itu. Debar tak debar pun, saya yang comot dan selebet ni tak kisah pun bermain aci lut duduk sehingga ke kawasan rumah Pak Ngah tu. Kerap juga saya menembak ayam-ayam Pak Ngah dengan senapang terung pipit. Kerap juga dikejar angsa-angsajahat peliharaan Pak Ngah. Cis! Mujur tak pernah kena patuk.
Rasa suka saya pada Angah Yon saya pendamkan saja. Suka tengok gaya dia, terasa comel di hati saya. Ketika saya di tingkatan 3, keluarga saya berpindah ke Tanjung Tokong. Jadi, sesekali saja keluarga saya berjumpa keluarga Pak Ngah, terutamanya ketika ziarah raya.
Ketika saya meningkat remaja, rasa suka saya pada Angah Yon berubah. Dari suka seorang adik kepada abang (memandangkan saya tiada abang), ianya menjadi lain. Diam-diam saya mengharap suami seperti Angah Yon.ceh, gatal lagi. Lebih membuatkan harapan saya membukit, selepas Angah Yon tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Saham makin tinggi lah kan. Tengok, lelaki impian saya, ustaz-ustaz gitu....haha.
Sehingga saya selesai SPM, rasa suka dan minat itu masih ada. Entah macam mana, satu hari ketika dalam perjalanan ziarah raya ke Telok Bahang, saya berkata pada Baba yang sedang memandu,
"Baba, nanti pinangkan lah suami macam Angah Yon tu untuk Tata. Suka la orang macam dia tu"
ujar saya dengan nada gurauan. gurau tau! tapi mungkin ada juga nada mengharap. tapi, eh apa ke halnya Baba yang nak pergi meminang anak teruna orang untuk saya kan? hihihi
Baba pula, entah kenapa, ketika kami sekeluarga beraya di rumah Pak Ngah, dia menyakat saya dengan memberitahu Pak Ngah yang saya sukakan anaknya. Okay, dah tentu la saya jadi bahan sakat masa tu. Mujur Angah Yon tak ada sekali, dia masih di Mesir masa tu.
Kisah itu berlalu begitu saja. Sehinggalah satu hari, saya terima berita yang Angah Yon akan pulang ke Malaysia, untuk melangsungkan perkahwinannya. Ya, dia berkahwin dengan ustazah pilihannya, mungkin teman sekuliah di Al-Azhar.
Masa tu hati saya membentak,
"huh, kenapa dia tak tunggu aku besar sikit!"
(okay, takyah cakap. protes yang sangat sengal)
Pada hari bahagia Angah Yon, saya sengaja tidak pulang ke rumah untuk hadir bersama keluarga memeriahkan majlis perkahwinannya.
Rasa sayu hati saya ketika itu..sempat juga menangis di bilik B4.3.5 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Erghh! Tak tahu kenapa saya sedih. Bukan kecewa (frust menonggeng) putus cinta atau apa. Tapi ianya suatu getar hati yang tiba-tiba datang.
Indah untuk dikenang.
Haha.
nota tumit ; saya menaip entri ini dengan rasa hangat di muka. adeh. malunya bila teringat.
Bercerita soal minatkan seseorang, ada kisah yang saya rasa malu bila dikenangkan kembali. Lucu mengenang kegatalan saya. Lucu mengenang kebebalan saya membeza realiti dan mimpi.
Saya membesar di Kampung Mukim Masjid di Telok Bahang. Persekitaran kampung biasa, dengan jiran-jiran penuh sekeliling rumah. Ada yang terasa bagai saudara dek eratnya mereka dengan keluarga saya.
Selang satu atau dua rumah dari saya, ada satu keluarga yang memang rapat dengan ibu bapa saya. Saya panggil pakcik dan makcik tu sebagai Pak Ngah dan Mak Ngah (meskipun tiada talian saudara), dan juga anak-anak mereka (semuanya empat orang lelaki), dengan nama timangan keluarga (Along, Angah, Bang Chik dan Udin).
Mereka sekeluarga juga memanggil saya adik-beradik dengan nama timangan kami. kecuali Kak Teh Diba, yang dipanggil Bang Teh. Juga mereka sering mengusik Kak Uda (Amirah) dengan panggilan Nora (dek irasnya Amirah dengan penyanyi Nora Desa Tercinta tu)
Ketika saya masih sekitar usia 8-10 tahun, si Along, Angah dan Bang Chik sudah sekolah menengah. Cuma yang bongsu, si Udin sebaya dengan adik lelaki saya, Afnan.
Dalam empat beradik tu, saya kagumkan Angah (Yon). tengok, Ain Fathihah ni kecik-kecik dah gatal. isk! Beza usianya enam ke lapan tahun dari saya. Entah kenapa, saya suka melihat Angah Yon ni. Kecil saja orangnya. Tapi punya senyuman dan gelak tawa yang mendebarkan hati saya. Tengok (lagi), kecik-kecik dah pandai berdebar hati macam tu.
Tapi apa nak kisah debar anak kecil seperti saya ketika itu. Debar tak debar pun, saya yang comot dan selebet ni tak kisah pun bermain aci lut duduk sehingga ke kawasan rumah Pak Ngah tu. Kerap juga saya menembak ayam-ayam Pak Ngah dengan senapang terung pipit. Kerap juga dikejar angsa-angsa
Rasa suka saya pada Angah Yon saya pendamkan saja. Suka tengok gaya dia, terasa comel di hati saya. Ketika saya di tingkatan 3, keluarga saya berpindah ke Tanjung Tokong. Jadi, sesekali saja keluarga saya berjumpa keluarga Pak Ngah, terutamanya ketika ziarah raya.
Ketika saya meningkat remaja, rasa suka saya pada Angah Yon berubah. Dari suka seorang adik kepada abang (memandangkan saya tiada abang), ianya menjadi lain. Diam-diam saya mengharap suami seperti Angah Yon.
Sehingga saya selesai SPM, rasa suka dan minat itu masih ada. Entah macam mana, satu hari ketika dalam perjalanan ziarah raya ke Telok Bahang, saya berkata pada Baba yang sedang memandu,
"Baba, nanti pinangkan lah suami macam Angah Yon tu untuk Tata. Suka la orang macam dia tu"
ujar saya dengan nada gurauan. gurau tau! tapi mungkin ada juga nada mengharap. tapi, eh apa ke halnya Baba yang nak pergi meminang anak teruna orang untuk saya kan? hihihi
Baba pula, entah kenapa, ketika kami sekeluarga beraya di rumah Pak Ngah, dia menyakat saya dengan memberitahu Pak Ngah yang saya sukakan anaknya. Okay, dah tentu la saya jadi bahan sakat masa tu. Mujur Angah Yon tak ada sekali, dia masih di Mesir masa tu.
Kisah itu berlalu begitu saja. Sehinggalah satu hari, saya terima berita yang Angah Yon akan pulang ke Malaysia, untuk melangsungkan perkahwinannya. Ya, dia berkahwin dengan ustazah pilihannya, mungkin teman sekuliah di Al-Azhar.
Masa tu hati saya membentak,
"huh, kenapa dia tak tunggu aku besar sikit!"
(okay, takyah cakap. protes yang sangat sengal)
Pada hari bahagia Angah Yon, saya sengaja tidak pulang ke rumah untuk hadir bersama keluarga memeriahkan majlis perkahwinannya.
Rasa sayu hati saya ketika itu..sempat juga menangis di bilik B4.3.5 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Erghh! Tak tahu kenapa saya sedih. Bukan kecewa (frust menonggeng) putus cinta atau apa. Tapi ianya suatu getar hati yang tiba-tiba datang.
Indah untuk dikenang.
Haha.
nota tumit ; saya menaip entri ini dengan rasa hangat di muka. adeh. malunya bila teringat.
9 komen tak puas hati:
huhuhuhuhu
sabar ea..ain..
mingkin xde jdoh..ain ngan angah yon..
hahahaha...xpe skrg pakcik padil kan ada :P
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
aku ingat cerita ni. kih3. lohh.. smpai nanges ke cik kak? hehehe
ahaks...entry ni, kelakar...
kelaka2..smpai menangis 2..haha
ahahaha...
kelakar gilerr...
ahakss!...
hahaha. macy doa korang ade jodoh. isk2 ape merah2 pipi tu? haha ;p
memlilih suami penting dalam menjamin kebahagian rumah tangga.. wakakak
Latest entry di:
Saya blogger baru.
Kisah ikan keli
sob2..huu
Post a Comment