Tuesday, October 19, 2010

tahniah Sara Tomeng

Episod 13 Musim 5
Babak 1

Gadis 1 : Sekarang ni elok cari pakwe yang dah keja ke, atau yang sama-sama belajar lagi ya?
Gadis 2 : Weh kita dah tahun 3 la..carik yang dah keja la. nanti elok konvo dah boleh terus kawen.
Gadis 1,3,4,5 : Haa, betul betul betul!

Babak 2

Gadis 1 : Ala, nak cari suami yang beza umur berapa banyak paling elok ya?
Gadis 2 : mesti la kena cari yang sebaya, baru la best. sama-sama menempuh kehidupan.
Gadis 3 : weh takleh. kena cari suami yang beza umur paling kurang 5 tahun. baru la suami matang dari kita.

Babak 3

Gadis 1 : Rasa macam nak jatuh cinta kat laki ni, beza 10tahun. okay tak weh?
Gadis 2 : weh tak banyak sangat ke beza umur?
Gadis 3 : okay la tuh. dah keja. dah ada keta. dah ada rumah. rumah siap perabot. Nanti ko masuk rumah dia bila dah kawen, bawak beg baju ja!
Gadis 2 : haa yelah tu. nanti bila kena halau pun keluar rumah bawak beg saja.
semua : hahaha.

Babak 4

Gadis 1 : bla..bla...blaa kawen kawen kawen
Gadis 2 : kawen kawen kawen bla bla bla!
Gadis 1-55 : nak kawen gak!


Ya, itulah situasinya dalam kalangan rakan-rakan perempuan seBio saya. Semua bercakap soal kawen. Tiba-tiba juga semua pakat hafal doa pendekat jodoh. Haha! padahal sebelum ni mungkin tak pernah ambil tahu pun doa ni.
semuanya disebabkan petang semalam, ramai akaun FB rakan-rakan seBio menerima jemputan walimatul 'urus daripada salah seorang daripada kami.

Ya, ada seorang coursemate saya akan melangsungkan perkahwinannya pada Disember ini. Tahniah pada Fatin Maisarah dan bakal suami, Mohd Khairul Ikhwan.
Waa. Sara. Aku jeles! haha

23 komen tak puas hati:

. said...

nak hafal jugalah.

PuanPepel said...

nak kawen jugak..hehe

~fais~ said...

kawen???
mmg best..
tp tkot r...
tkot nk kwen..
xtaw nk kwen ngan sape....

faINa989 said...

mahu kawennnnnnnn.....

Anonymous said...

hmboih siap jeles. mungkin kami belum smpai seru.hehe

hentian said...

dulu doa untuk lulus periksa. sekarang doa untuk dapat pak we. lepas tu doa untuk dapat anak. akhir sekali doa supaya akhir hidup di dalam husnul khotimah

ana said...

kawen..kawen...best!

Anonymous said...

kahkah aku zra n noris pon duk wat meja bulat tadi..[mode:kawen mawen]

Along Tapa said...

haha...baik ko contohi Meon dalam entri aku yang terbaru ni...

Goregbaek - Teknik ngorat kreatif...versi Meon

umi kalsom said...

ain fatihah...hg bila pla?hehe..
ruzaina pun nk kawin dah bulan 12 ni..=)

Unknown said...

Nice! terima kasih berkongsi yang bermanfaat semuanya :)

Mari menjadi manusia

ain fathihah fhm said...

nizam sani kan dah kawen, tak payah dah kot..hehe..

ain fathihah fhm said...

mier, jom kawen. tapi taktau la bila yg mampu ni..

ain fathihah fhm said...

aku dan hidupku, jodoh akan datang...tapi kita pun kena usaha cari jugak...kn?

ain fathihah fhm said...

faina takleh kawen dulu sebelum aku okay!

ain fathihah fhm said...

maCy, jeles je la..tapi takda rasa nak buat pape pun. haha. seru kita belum sampai.

ain fathihah fhm said...

IM, sepanjang hidup insan kena berdoa..tapi saya sejak sek men lagi dah doa moga dapat suami penyabar n penyayang macam baba...

ain fathihah fhm said...

ana, mana tau kawen best? haha

ain fathihah fhm said...

anen, tula..sana sini topik kawen...sabar je la..sara dah mencetuskan kekecohan

ain fathihah fhm said...

Along Tapa, haa aku pi baca sekarang jugak!

ain fathihah fhm said...

kalsom, aku bila? haha. besok-besok aku kawen la ok. tunggu la kad kawen dr aku. ruzaina nk kawen...erghh aku jeles gak. haha.

ain fathihah fhm said...

iqbal, ni komen x ikhlas ke apa ni? haha

Exora said...

jeles ah..nk kawen gak..