Thursday, October 21, 2010

Pasembur pujaan. malu-malu tapi mahu. ah, nak!

Tiba-tiba lidah sangat teringin nak makan pasembur. huhu. teringin ya amat!

Sapa-sapa yang ada di Penang, tolong la poskan pasembur RM10 untuk saya. Tolonggg!!!

Orang Penang selalunya ada kecintaan yang kuat terhadap makanannya. Saya boleh tiba-tiba gembira bila ada jumpa gerai char koew tiau di Tanjung Malim, dan spontan juga bengang bila mendapati penjual meletakkan tanda 'Char Koew Tiau' pada Koew Tiau Goreng! grrr...

Berbalik pada pasembur, bagi saya, ingat dating, ingat pasembur. ingat pasembur ingat dating. Ada signifikan yang jelas antara keduanya. haha.

Dating saya dengan Pakcik Padil ialah pergi makan pasembur di Gurney Drive, yang lima minit dari rumah saya. Yum yum, sangat menyelerakan makan pasembur sambil menikmati terpaan angin pantai ke muka. (yang pasti kena abaikan dulu kejelekan pantai yang kotor di Gurney Drive)

Biasanya, pelanggan memilih sendiri isi pasembur yang jadi pilihan hati, kemudian beri pada mamak pasembur tu untuk dipotong, dicampur sengkuang dan timun lalu dicurah kuah. Mamak tu akan buat sepinggan penuh, dengan dua garpu. Kongsi berdua.

Mamak tu yang letak dalam satu pinggan ya! kalau tak, tak hingin saya kongsi pinggan dengan Pakcik Padil sebab nanti dia makan lebih! ceh ceh, padahal dalam hati berbunga gembira. ahaks!

Ada sekali tu elok saja saya dan Pakcik Padil mau duduk makan, tiba-tiba nampak Baba menonong dengan muka selamba, parking motor di bahu jalan berhampiran medan selera Gurney Drive tu, lalu menghampiri kami berdua dan duduk berhadapan saya!

Hoih, terus saya jadi tersipu-sipu. Ar, segan! (utara : segan = malas. Lain2 : segan = malu). Segan saya adalah segan malu. Maka saya diam saja.

Diam-diam, berpandangan,
Mata bertentang mata,
Malu-malu, aku malu,
Kau buat begitu...

Dulu malu, tapi mahu,
Kini baru ku tahu......(Diam-diam Jatuh Cinta ; Ramlah Ram)

Tiba-tiba saya jadi diam. Padahal bila jumpa Pakcik Padil, panjang lah celoteh saya pada dia. Tak berhenti-henti menceceh itu ini, sampaikan dia cakap "Ain, boleh diam sat dak lima minit? Abang nak drive ni"

Grrr!

Berbalik pada meja pasembor di Gurney Drive, saya serba tak kena nak makan dengan buah hati depan Baba. Tapi Baba dan Pakcik Padil rancak pula berbual. Ceh!

9 komen tak puas hati:

. said...

kat tanjong malim ni,
ada ke cakotiaw sedap?

NasQ said...

cam sedap jea... meleleh air liur cek...

Ariff Budiman said...

Laa pasai apa yang ain tulis cerita ni. kan en diman dah lapar. Nak keluar cari pasembur pitchay di sungai nibong. Dekat rumah saja. Jangan mare ha sendiri cari pasai

ana said...

hah..ok la tu, green light!!!!

Anonymous said...

Bila laki bertemu laki pasti banyak isu yg nk dibincangkan..serius! umpama masing2 pemimpin negara berjiran. budak kecik? ehem..diam sat ye? para 'pemimpin' nk bmesyuarat..

p/s: mcm la pompuan akan duk sembang (tanpa gosip) pelan2 (sungguh! x pernah xde isu nk digosipkan sama2 pompuan)

:P hehe...

~ HagakureKira ~

faINa989 said...

mahu try pasemboqqq penang hampa!!

hentian said...

teringat makan pasembor dengan pekerja Indon bersama ibu_suri sebelum puasa dulu...

Ati Masrif said...

uiisssh..terliuq lihat ..lama tak mai penang..so lama tak makan...yummi

Guru said...

saya tak gemar sangat pasembor ni...
tapi kalau laksa utara... meleleh air liur