sejak saya balik Penang untuk cuti semester 6/12, saya tak sentuh internet dan laptop langsung. Bukanlah bermaksud tahap keimanan adalah tinggi sampaikan takteringin nak online, FB, dan UPDATE BLOG.
Habis exam hari tu, ingatkan nak sakan update blog masa cuti. Dah ada dah cita-cita nak update satu entri setiap hari. Tapi apakan daya, bila balik rumah, rupanya sambungan internet di rumah bermasalah. wuu, punah harapan nak jadi blogger tegar semula.
Dua minggu berlalu dengan aman damai di rumah. Tak teringat langsung nak ke CC. Lagipun, bukannya mati pun kan bila tak online. Tak tahu lah kalau ada orang yang gigil-gigil badan bila satu hari tak dapat ngadap internet. hehe.
Ini kali pertama saya jejak kaki ke CC belakang rumah sejak beberapa tahun. Rasanya kali akhir saya ke sini, masa zaman sekolah dulu sebab nak isi borang online permohonan ke matrikulasi.
dan, online di CC sangatlah tak best. Bising. Rasa tak selamat (sebab penuh lelaki saja). Lampu malap. Sejukkk aircond. haha. Nampaknya tak jejak dah kot ke sini.
maaflah pada pembaca Blog Ain Fathihah yang menanti entri baru. Sungguh, ada banyak cerita mau dikongsi, tapi tak dapat nak tulis.
Pada kenalan-kenalan yang mesej ke nombor HP saya bertanyakan 'bila nak update entri baru? rindu',
wow! saya terharu tauuuu!
6 komen tak puas hati:
bg yg xpena de line tenet kat uma..
cc la tmpatnye kan..
:)
rindu sudah...
aku bergigil kalo satu ari takde internet..hehe
serius update blog kat cc boleh mengurangkan 70% contain idea yang nak disampaikan..nak2 terganggu dengan bunyik senapang bebudak main counter strike~~~
Gorengbaek - Hello Malaysia!!!apa sudah jadik??
Hangit habis dah - Kali ni giliran sok kabor online pulak..
cari2 maklumat tesis...adeyyyy
heheh. update la selalu =)
hmm..dah dapat online nanti masukkan kisah sepanjang cuti kat uma tu..
mesti byk citer baru
Post a Comment