Sunday, November 14, 2010

apa yang kamu beli secara atas talian?

Sekarang zaman semua hal nak mudah. Nak cepat. Dan nak senang. Trend semasa, beli barang-barang secara online. Pilih, bayar dan tunggu barang pos sampai. Setakat ni, ada juga la beberapa barang yang saya pesan secara online. Antaranya,

Baju (dress). Saya beli 4-5 helai sekaligus, dari blog DressKami. Masa saya beli dress secara online dari Cik Siti Saleha ni, blog dress beliau baru saja dilancarkan. Saya pelanggan pertama. Hehe. Dapat la free gift yang comel.
Baju tidur pun saya pernah beli secara online. Comel. Dan murah. hehe. Tak ingat dah beli dari blog mana.

Shawl. Saya baru berjinak-jinak belajar pakai shawl pada semester lepas. Semester ini baru kerap pakai shawl ke kelas. Saya suka! sebab bila pakai shawl, tak payah seterika. Haha.

Pakai shawl melekap muka begini, bajet Yuna saja. hehe
Shawl hitam putih ni, shawl pertama saya. Beli online dari senior ex-UPSI.
Ops, ni bukan barang yang dibeli online. Tapi saya minta tolong pakcik bf belikan, sebab saya tak dapat cari refil dry liquid ni di tanjung malim. Kemudian minta dia poskan.
Saya juga pernah beli keychain, inner tudung, dan beberapa lagi barangan lain secara online.

Barang terakhir yang saya pesan secara online adalah ini ;
Barang dari Batu Pahat, Johor. Pengirimnya bungkus dengan berlapis-lapis kertas surat khabar. Punyalah susah nak buka. Dek nafsu yang menggebu-gebu, saya buka lapisan pembalut dengan cara agak ganas juga. Koyak cepat-cepat.

Bila dah nampak 'barangnya' dalam bekas, fuh. Bekasnya pula diselotep penuh. Keliling. Pusing tang tu, pusing tang ni...
Tadaa! Ikan pekasam online saya dah sampai! hehe. Bila dah buka tupperware tu, fuh. Baunya menyengat. Patutlah pengirimnya bungkus kemas-kemas sampai berlapis-lapis.

Ikan pekasan goreng garing-garing, ditabur dengan bawang merah, bawang putih dan lada kering yang dihiris halus, goreng garing-garing juga..sedap makan dengan nasi putih panas-panas.

Terangkaattt!
yum-yum!

10 komen tak puas hati:

faINa989 said...

erkk..that fish..i remember..hehehe

PUAN PIA said...

seumur hidup akak , xpernah lagi beli online... huhuhuhu.. tapi, beli online mudah dan cepat.. f

. said...

depan komputer je boleh habis duit.huhu.

ana said...

setakat ni blm pernah beli brg online...ikan pekasam pun boleh beli online ker? hebat!

ghost said...

tak jadi nak komen lar...ayat aluan dah menghalau.

HEROICzero said...

heheh. x penah beli on9. x berani.

mrs jamal said...

yang last tu sedapnyer

Anonymous said...

hehehe...suker sgt blog u nie..nak2 part pkasam on9 nie...

Anonymous said...

nnt mesti ada kedai runcit online.. kat dalam taman just oder online nnt tokey dia akan hntar barang tu.. nak2 pulak beli barang yang besar2..

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

hoiiiiii

pinggan sama ngn aku!
mana beli? hahahaha