Remaja seusia saya (pastinya masih pucuk), rata-rata pernah merasakan indahnya bila jatuh cinta. Jatuh bukan sebarang jatuh, jatuh bersambut. Sambut juga bukan sebarang sambut, tapi sambut yang mesra.
Bagi yang meminati sesiapa dari jauh, juga merasakan indahnya. Aduh, kalau dah suka, tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumah pun jadi. Tak dapat jumpa orangnya, hari-hari baca blog tuan punya badan pun, getar di hati dah tak keruan.
Ditambah dengan situasi zaman sekarang yang tidak mengehadkan percampuran antara lelaki dan perempuan, proses berkenalan lebih mudah berlaku. Kalaupun dikawal rapi oleh ibu dan ayah di rumah, ahh apa susah. Internet ada. Dunia di hujung jari. Facebook ada. YM ada. Friendster ada. Banyak laman sosial yang ada.
Ramai juga yang jatuh cinta melalui internet. Perkenalan jarak jauh awalnya. Cinta dalam jarak awalnya. Ah, konon. Lama-kelamaan, yang jauh makin dekat, yang dekat makin rapat.
Bagi yang bercouple dengan rakan sekampus, mahupun rakan sefakulti dan rakan sekelas, jarak bukan masalah. Pagi petang siang malam berkepit. Bila masing-masing balik ke bilik sendiri pun, disambung pula dengan perbualan telefon.
Bergayut pula ada stail. Kebanyakan remaja seperti saya, bila berbual dengan buah hati di telefon, suara dimanjakan, perlahan dengarnya. Tambah dramatik, badan dan kepala diselubung selimut. Ataupun muka ditekup bantal tatkala berbual. Kiranya kawan sebelah katil pun tak dapat dengar apa yang dibualkan pasangan masyuk cinta.
Apapun caranya, semua detik-detik bercinta, terasa indah. Wah, dunia aku yang punya. Si dia lah sebaik-baik manusia yang pernah aku jumpa. Dalam keadaan belum halal, bangga pula berkata, 'si dia lah jawapan kepada doaku selama ini'. Semua yang baik-baik belaka. Tiada yang buruk pada si jantung hati.
Kenapa ya, cinta terasa indah? Dopamine, oxytoxin dan vasopressin dan bahan-bahan kimia cinta aktif dirembes dalam badan.
Bila rindu pada yang jauh, terasa hawa dingin yang menjalar dari leher ke pusat, dan ke seluruh badan.. ahh, rindu. Senyum seorang diri sambil peluk bantal erat-erat.
Saya selalu ingatkan diri, cinta saya dan remaja lain (kalau layak dikatakan cinta) sebelum adanya ijab dan qabul ini, terasa indah memanjang ada sebabnya.
Ya, cinta ini terasa indah kerana ianya cinta yang hadir tidak seiring dengan tanggungjawab. Cinta tanpa tanggungjawab.
Oh, patutlah memanjang terasa indah. Cinta tanpa tanggungjawab.
11 komen tak puas hati:
betul...cinta tanpa tanggungjawab memang indah!
setuju!
cinta public phone kot....hehehe. kena tanggung dan jawab..xpun radio set...
wahh..btol jugak yg dikatakan ni..cinta tanpa tanggungjawab mmg indah belaka..tak perlu pikir bnyk masalah psl cinta kn..
tp bila cinta tu halal lepas diijab kabulkan..cinta tu lebih indah sbrnya..kerna pasangan tersebut tak perlu lagi takut2 akan batas2 antara lelaki dan perempuan..
mksdnya kalo lps kawen, bleh berganda romantik berbanding blom kawen..ngehh..
sy x pecaya cinta onlinee
erk... bagaimana dengan cinta yg didasari tanggungjawab? adakah tidak terasa indahnya?
bagaimana dengan cinta kepada yang esa yang didasari rasa tanggungjawab seorang hamba?
'cinta tanpa tanggungjawab'..interesting...ptutla rse indah je, tnggu la dah sah nti..tp, mudah2an pilihan itu tepat...
macy time bcinta. cakap macam satu hostel nak dengar. percayalah. ahahahaha
sebab cinta itu buta. dia tak nampak yang tak indah melainkan yang indah-indah je....
bila dah tersadung baru dia tahu lantai itu ada tinggi ada yang rendah...
hehehe..memg betul,bile tgok kwn tepon,suara lgsg xdengar,tapi bile borak2 haish..satu blok b'gema..hehe..
cinta bile dah ad tgjgwb bru tahu ape yg digalas n ape yg t'beban..
Wau! haha :D
Post a Comment