mereka yang tegar

Monday, February 06, 2012

cuba jatuh cinta

seminggu blog ain fathihah senyap. ada yang rindu kah? hehe.

alhamdulillah, saya sedang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran dan aktiviti yang baru.

FND11 - Fashion & Dressmaking
Tempat : Giatmara Bukit Bendera
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00pagi hingga 5.15petang

isnin hari pertama, saya diperkenalkan dengan mesin jahit. itulah seumur hidup pertama kali saya berada dalam jarak kurang 50cm dengan mesin jahit.

sepanjang hari ini, saya diberi peluang dan masa untuk bermesraan dan memujuk rayu mesin jahit ini supaya serasi dengan saya.

fuhh.

berpeluh-peluh. saya rasa sangat susah mau kawal tekanan kaki dengan kelajuan mesin. ada la dua tiga kali menjerit sebab terkejut dengan deruman mesin jahit ni. bunyi dah macam motobot dah. punya lajuuu!


orang lain jahit kain, saya jahit kertas. tanpa benang pula tu. muahahaha. cikgu jahitan cuma nak biasakan saya dengan mesin pada hari pertama tu. saya tertinggal kelas selama tiga minggu sebab masuk lambat. rasa tebal muka bila orang lain asyik kalih tengok saya sebab saya menjerit-jerit bila mesin tu di luar kawalan saya. malu tau, malu!

malamnya, saya sakit badan. adoi la. saya rasa sakit dan lenguh di bahagian tangan dan kaki. penangan mesin jahit. sakit badan serupa dah pi panjat gunung pula kan. padahal mesin jahit saja pun.


Hari kedua, saya buat empat jahitan asas ni. jahit lurus, jahit zigzag, jahit petak, dan jahit lengkung. yang zigzag tu memang paling hodoh. patutnya setiap garis zigzag tu seragam saiz dan jarak. oh ya, hal ini perlu diberitahu. hari kedua, saya masuk kelas jam 11.15 pagi sebab masa bangun subuh tu, seluruh badan sakit-sakit dan saya tak mampu nak bergerak. jalan pun kengkang. cis.


hari ketiga, buat bekas pensel. bangga. hahaha saya bangga. masa tu rasa nak melompat-lompat bila jadi rupa bekas pensel, bukan rupa kain perca. usah terpedaya dengan rupa. inipun jenuh tetas dan jahit semula sebab salah jahit dan senget-benget.


"okay, nurul ain ambil kain ni.. saya dah ajar guna mesin sulam. kamu sulam nama kamu kat kain untuk buat bekas pensel ni. lepas dah siap jumpa saya balik"
.

dasar ketegaq (degil), cikgu suruh sulam nama sendiri, saya sulam siput babi. lepas tu, boleh pula saya tersengih-sengih keseronokan sebab saya rasa siput babi saya comel. haha.


hari ketiga dan keempat, saya dah mula menjahit sampel pakaian. enam jenis poket.

ini pun, usah terpedaya dengan hasil akhir. jenuh tetas dan jahit semula, tetas lagi dan jahit semula lagi. risau pula, nanti habis tempoh enam bulan kursus, saya tak jadi jurujahit, tapi pakar penetas jahit. hihi.

dua poket ini adalah poket kegemaran saya.
ini poket paling kejam sebab paling susah nak buat dan paling banyak salah dan perlu ditetas banyak kali.

jumaat, selepas saya dah siapkan sampel enam jenis poket, saya mula membuat sampel kolar baju. tiga jenis kolar. dalam gambar, kolar mandarin.. ala kolar pada cheongsam tu. dua lagi adalah kolar hawaii dan kolar kotinental (kolar pada kemeja biasa). siap dua. kolar kotinental masih dalam proses.

sesungguhnya menjahit adalah satu kerja yang maha susah untuk orang seperti saya. wuu wuu. walaupun tiada siapa yang paksa saya ambil kelas menjahit, malah ini adalah pilihan atas kemahuan sendiri. tiap-tiap hari dalam kelas, saya tetap ada rasa nak menangis. tertekan. tekanan yang menggembirakan sebab bila dah siap satu-satu tugasan, saya bangga. haha.

semua kerja-kerja di atas saya buat seorang diri dengan bantuan cikgu jahitan sebab kawan-kawan lain dah ke depan dah. apapun, semua banyak membantu. terima kasih.

saya bukan seorang yang minat menjahit. minat langsung tiada. cuma belajar menjahit ini adalah keinginan sejak sekolah menengah. cuma bila dah habis ijazah pertama ni, baru saya dapat peluang dan kesempatan nak belajar. alhamdulillah.

nak bertahan selama mana tu, wallahua'lam. moga saya dapat selesaikan kursus enam bulan ni.

nota tumit : baru belajar sikit-sikit, dah lebih daripada tujuh tempahan buat baju yang saya terima. haha. jangan la weiii. jadi kain perca la nanti kain hangpa bagi.



5 komen tak puas hati:

Light of Heedful said...

cantik pencil box ;)

a kl citizen said...

teruskan ain... nanti nak tempah sulam ngan ain :)

Sarah Syahira said...

seronoknya belajar jahit. penah jugak nak belaja. tapi tak kesampaian je:*

Atiqa Victoria said...

menjahit boleh buat bisnes tau. suka sangat-sangat tengok hasil dia.. :)

wawaroxx said...

Wow. Impressed. Dulu nak jugak belajar menjahit, but til now never got the chance. good luck :)