mereka yang tegar

Sunday, September 25, 2011

5 sebab kenapa saya lama tidak update blog.

lima tahun lepas, di masa saya masih berjinak-jinak untuk menjadi liar mencari buah hati, baba saya pernah berpesan

"Tata, jangan bercinta sebelum kawen"

saya senyum dan diamkan saja. tidak menjawab apapun. tapi dalam hati, saya membalas, 'alamak dah terlanjur jatuh cinta, nak buat macam mana. baba pesan lambat satu bulan'. tapi disebabkan saya takut akan ada suara latar berbunyi 'panggg!!', tetap saya mendiamkan diri sambil tersenyum saja.


lima tahun lepas juga, baba pernah berpesan,

"Tata, nanti kalau dah rasa gatai nak kawen, habaq la kat Baba. kalau takdak duit nanti kita buat kawen cara takdak duit"

saya senyum. dalam hati, wau! terbaekkklah pak aku. best ni. tapi masa tu, saya masih kecik dan mendengar perkataan kawen tu akan diikuti oleh bunyi 'eiwww..!', maka saya masih mendiamkan diri dan tersenyum saja mendengar pesan baba.

lima tahun berlalu. banyak perkara berubah. cabaran dan situasi hidup juga berubah. diri saya dah tentu banyak berubah. juga kematangan (itupun jika matang) dan rasa hati saya.

berbekalkan kata-kata baba dan keyakinan diri, saya menyuarakan hasrat.

"Ba, tata nak kawen".

saya mengharap baba akan angguk dan senyum. tapi sebaliknya.

"uishhh, tata tak keja lagi. baba pun takdak duit la nak kawenkan tata. bla bla bla tolong baba. bla bla bla adik-adik. bla bla bla belum masanya. bla bla bla tak sesuai buat masa sekarang." dan seribu satu bla bla bla lagi dari baba.


dan saya pun, kedebukk! rasanya seakan jatuh dari tingkat 5 setengah (sebab berdiri atas tembok koridor, jadilah setengah tingkat).

sepertimana peraturan dicipta untuk dilanggar dan janji dibuat untuk dimungkiri, saya menerima saja apa adanya. wuuu, sob sob sob.

nasib baik saya baru 21. kalau jadi macam ni masa saya umur 25, sah-sah la saya dah bawak lari anak teruna orang nikah kat siam. kih-kih-kih.

nota tumit : tajuk entri tiada kaitan dengan isi entri sebenarnya. tapi kalau saya letak tajuk entri 'aku nak kawen tapi pak aku tak bagi, so macam mana?', rasanya macam dah over-gatei sangat dah pulak.

Tuesday, September 13, 2011

kau sakit aku tidak.

bila baca berita, hari-hari ada orang sakit. toleh kiri toleh kanan, ada saja orang sakit. buka facebook, ada khabar kawan-kawan yang terlantar tak berdaya.

pernah juga terdetik hati saya,

"syukurlah aku tak sakit. aku tak menyusahkan sapa-sapa nak jaga aku kalau aku sakit"

tapi, sungguhkah orang sihat tak menyusahkan sesiapa? sungguhkah orang sihat tak menyusahkan orang sekeliling dengan tingkah lakunya, dengan tutur katanya?

erm, itu perlu difikirkan semula.

apapun, saya perlu bersyukur dengan nikmat sihat.

nota tumit : sejak umur 21 ni, saya banyak didekati ejen insuran. hehe. tunggu saya dah kerja nanti ya!

Monday, September 12, 2011

saling tegur menegur (eh, tajuk entri skema sebab tak boleh nak fikir catchy title)

fitrahnya sifat manusia, tidak boleh tidak, tidak lari dari membuat kesalahan. mana ada manusia zaman sekarang yang tak buat salah langsung. salah pada diri sendiri. salah dengan Tuhan. salah dengan orang lain. salah dengan alam. salah dengan haiwan.

bezanya antara manusia itu, adalah cara kita menerima teguran. suka saya ingatkan, ada beza antara teguran dan kutukan.


(sengaja guna nama sendiri, menunjukkan entri ini adalah peringatan untuk diri)

teguran :

"Ain, sudah-sudah la merokok. tak elok untuk kesihatan. bazir duit pula tu"


kutukan :

"bodoh ar hang ni Ain. hisap rokok cam lahanat. biaq la hang mampuih cepat. nyaman sikit udara ni"


Namun, bila sudah ditegur cara baik pun, bukan semua daripada kita boleh menerima teguran. biasalah manusia, ada egonya. malah sebab ego dalam diri ini juga yang buat kita rasa dan fikir, kitalah betul. kita saja yang betul. orang lain salah. orang lain yang patut disalahkan. bukan kita. sebab aku betul dan maha betul.


jenis manusia pertama : langsung takmau menerima teguran

bila ada yang menegur,

"Ain, tak patut hang buat macam ni. salah ni. hang kena fikir masak-masak. jangan menyesal kemudian hari. aku tegur sebab aku sayang."

"ADA AKU KISAHHH??! hati aku, suka hati aku la. ada aku kacau duit mak pak hang?"

manusia sebegini, sekali dua orang-orang tersayang di sekelilingnya akan masih mampu menegur. kali keempat dan seterusnya, orang yang menegur tidak lagi akan bertindak untuk menegur, sebaliknya cuma memerhatikan dari jauh dan berpura-pura tidak endah apa saja yang berlaku. lantak hang la. hang rasa hang pandai kan.


jenis manusia kedua : pura-pura menerima teguran

"Ain, tak patut hang buat macam ni. salah ni. hang kena fikir masak-masak. jangan menyesal kemudian hari. aku tegur sebab aku sayang."

kemudian dengan nada pura-pura sayu menjawab

"yalaa, semua salah aku. memang aku yang salah. semuanya yang berlaku adalah salah aku. akulah yang patut disalahkan. mat indera masuk komunis tu pun salah aku jugak. bik mama beli cincin juta-juta tu salah aku. jambatan pulau pinang sesak pun salah aku. semua salah aku. kau memang saja nak salahkan aku kan?!"

aik? sengaja dia buat-buat mengaku semua kesalahan sampaikan yang tak berkaitan langsung pun disebut juga. motifnya, untuk alih isu utama. manusia ini, di mulut saja mengaku salah, padahal dalam hati dia menafikan kesalahan yang dilaku, malah tidak berubah pula. terus melakukan kesalahan yang sama.


jenis manusia ketiga : terasa hati dengan teguran tapi berubah

"Ain, tak patut hang buat macam ni. salah ni. hang kena fikir masak-masak. jangan menyesal kemudian hari. aku tegur sebab aku sayang."

dia tidak menjawab sepatah. malah diam. diam. dan diam.

tapi, lama-kelamaan si penegur boleh nampak dia menerima apa yang ditegur, dan mengubah kelakuan. dalam terasa hati, dia berubah. bagus.


jenis manusia keempat : menerima teguran dengan senang hati

"Ain, tak patut hang buat macam ni. salah ni. hang kena fikir masak-masak. jangan menyesal kemudian hari. aku tegur sebab aku sayang."

jawabnya,

"oh yaka? maaf la aku tak perasan aku buat salah. terima kasih ya sebab tegur."


Bagi saya, saya adalah antara manusia yang bertuah mendapat rakan-rakan di sekeliling saya yang tidak segan silu untuk menegur saya. memanglah kadang-kala rasa berdesing telinga, tapi saya selalu ingatkan diri, dia tegur sebab dia sayang.

orang-orang tersayang tu bagi saya, adalah orang yang kita kenal betul di alam nyata, bukan takat kenalan di alam maya. isi entri saya di blog ain fathihah dan status facebook saya tidak cukup untuk menjadi kayu ukur orang menilai bagaimana saya sebenarnya.

terima kasih pada manusia-manusia yang memerhatikan tingkah laku saya, menilai saya dan menegur apa yang sepatutnya.

kawan yang baik adalah kawan yang menjadi cermin. tempat kita boleh refleks diri.

Friday, September 09, 2011

imbas lagi ; Sungai Petani

Empat bulan dari mukasurat diari hidup saya bertapak di Sungai Petani. Empat bulan cuma. Tapi beri seribu kenangan yang bermakna. Cerita manis sewaktu berpraktikum, usahlah saya sebut-sebut lagi, itu sudah pasti memori terindah.

Hijrah sementara dari Tanjung Malim ke Sungai Petani beri pelbagai cerita.

1. Tesco depan mata. sekentut saja dari rumah sewa. Mau beli apa? Gula sepaket? Vroomm motor pergi tesco. Susu cair setin? Vroommm motor pergi tesco. Nak makan kfc? Vroomm motor pergi tesco, ada kfc di situ. Pergi pukul 4.00 petang membeli dan membelahkan diri, pukul 4.20 petang dah boleh balik rumah semula.

2. Rasanya kerap juga saya tengok wayang semasa di Sungai Petani. Mall dekatlah katakan. Juga, Village Mall dan CS yang sekentut saja dari rumah. Balik mengajar dari sekolah, boleh terus ke VM. tengok wayang semata-mata bersama housemates, dan cepat-cepat balik rumah sebab perut dah lapar. Pernah juga petang hari saya dan Robiah tertonton The Making of...Sekali Lagi, terus decide nak pergi tengok, 20minit bersiap dan terus bermotoran pergi VM.

3. jika Sungai Petani boleh saya katakan sebagai syurga makanan, maka peti ais rumah sewa saya adalah taman bunga di syurga makanan. haha. manakan tidak, tinggal empat orang, peti ais sendat dan sesak macam diisi stok makanan 20orang buruh binaan yang buat kerja berat. dapat pula housemates suka main masak-masak, memang syiok la. awal praktikum, berat saya tak cecah pun 40kg, tiga bulan praktikum berat saya lebih 45kg. tapi bulan puasa dah buat berat badan saya turun balik. sob sob. rubi n dida, mai la duduk rumah aku sem depan masa kat Tanjung Malim nanti.

kedai makan? berlambak keliling taman rumah sewa. tapi jarang pula kami makan di luar. tak sedap, kata kami. (sebenarnya nak cakap kami masak lagi sedap dan berkhasiat, tapi malas la nak kecoh. nanti bakal mak mertua baca, terus dia paksa anak teruna dia mai bawa dulang ke rumah saya, muahaha)

buat tuan rumah sewa, maafkanlah kami sebab serai depan rumah dah hampir gondol dikerjakan kami. mujur pokok limau purut tak botak daunnya.

4. perkara ke empat ini khas untuk housemates saya, robiah dan amirah. mira macam biasa, maintain sejuk cool dengan caranya. ruby pula, ini pertama kali saya kenal rapat dengannya. sebelum ni kenal setakat kenal gigi saya. ruby ni memang seteru saya nombor satu. ada saja nak digadohkan. soal gula berapa sudu dalam teh pun, boleh jadi bahan bertengkar.

5. perkara ke lima dan terakhir khas untuk roommate aka mak tiri angkat saya, syadida zakaria. saya tak pasti sama ada dida sedang praktis jadi mak-mak, atau sikap saya yang membuatkan dia rajin berleter. muahaha. kadang-kadang tu saja saya menyakat dia,

"wei dida hang ni asyik marah aku ja. hang tak sayang kat aku ka?", soal saya sambil kalut mengutip barang-barang yang saya sepahkan.

"hurm, sayang la. ni pasai sayang la yang saya duk tegoq ni. ain ni, tak habaq tak buat".

kerapkali juga,

"wei didaaaa!!! mana kunci moto aku?? carik tak jumpa ni"

"ada kat belakang pintu"

"aik macam mana hang tau? ni mesti hang yang sorokkan kunci aku kan?"

"dah ain letak rata-rata. saya amik sangkut la"

banyak kali juga, bila saya ke hulu ke hilir menggaru-garu kepala, masuk bilik depan, pergi dapur, masuk bilik tengah, pergi ruang tamu dan u-turn, syadida akan bertanya,

"cari apa ain?"

"suaq jean. mana ntah"

"ada kat bilik tengah"

"aik macam mana hang tau? hang pakai suaq jean aku ka? isk hang ni tak elok la pakai ketat-ketat"

"takdak keja nak pakai suaq ain. ni lain kali jangan londeh suaq merata. "

erks. haha.


sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis..tapi, sampai sini saja dulu la. hingga bertemu lagi, salam.