Sunday, December 27, 2009

permulaan yang awal, Bismillah

1.       Saya selamat sampai jam 5 pagi tadi di stesen KTM Tanjung Malim. Ramainyaaa pelajar UPSI berdedai-dedai turun dari keretapi, bersekali dengan saya. Hampir kosong agaknya keretapi tadi setelah pelajar UPSI (dan mungkin ada sekali pelajar Politeknik Behrang) tiba di destinasi.

2.       Dari Butterworth, tren lewat hampir 1jam. Tak hairan, lewat macam biasa. Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB, sila tingkatkan kecekapan perkhidmatan kamu. Termasuk juga dengan staf KTMB yang bertugas di kaunter beli tiket etc. Mungkin perlu hantar staf pergi BTN, kursus komputer, atau apa-apa yang patut. Saya simpati dengan seorang Encik KTMB yang terkial-kial menaip (key-in) borang permohonon Kad Pelajar saya baru-baru ini. Guna satu jari telunjuk, merawang-rawang mencari huruf di keyboard.

3.       Apapun, terima kasih KTMB sebab sudi mengangkut saya dan orang lain selama ini. Untuk perhatian, harga tiket kelas ekonomi, lebih murah dari bas. Itu salah satu sebab keretapi masih menjadi pengangkutan pilihan ramai, kan? hehe.

4.       Pagi-pagi dah pergi sarapan roti canai dengan Noraini Ahmad (bukan mantan Ketua Puteri UMNO tu ya) di kedai mamak. Satu hal, di tempat selain Penang, susah sikit nak tengok gadis-gadis di kedai mamak. Penuh kedai didominasi oleh lelaki. Jadi, bila ada gadis pergi lepak-lepak makan di kedai mamak, maka ada mata-mata yang memerhati. Hey, apa tengok-tengok? Tahu lah Ain dan Aini ni comel.

5.       Teman serumah, sudah ada yang selesai mengemas apa yang patut. Terima kasih pada teman yang telah sudi merajinkan tulang belakang mop satu rumah, tingkat atas dan bawah. Terima kasih Aina dan Angah.

6.       Saya masih keseorangan di bilik, belum ada teman bilik baru. Puan Nuriha Ismail, teman bilik semester lepas akan pergi berpraktikal semester ini di Slim River. Bilik saya juga telah dikosongkan dari barang-barang Kak Neha yang sekontena itu. Woahaa, lapangnya bilikku! Tapi sedihnyaa sebab dah takda mulut bising becok pot-pet Kak Neha berlawan cakap dengan saya. Tiada sudah mak andam Neha yang rajin ajar saya, Angah dan Kak Shikin belajar guna alat-alat mekap.

7.       Baru 9jam di Tanjung Malim, saya sudah rindu adik-adik. Terutama si Kakak dan Adnin. Juga yang lain, Amirah, Adeebah dan Atiqah (tak sebut kang merajuk pulak nanti, hehe).

Sampai sini saja, sekian dulu. Terima kasih.

2 komen tak puas hati:

hentian said...

Udah lama IM tak pergi Tg Malim. Sebenarnya Kampung Slim adalah tempat lahir IM. Pekan Slim River, Kg Balun, Behrang, Kg Kuala Slim dan Tg Malim adalah lokasi penuh memori buat IM.

Dulu IM suka simpan tiket bas selain setem. Tiket bas Mogah adalah antara tiket yang lain daripada yang lain...

Guru said...

assalammualaikum ain

alhamdulillah dah selamat tiba...
selamat memulakan pengajian semula...