mereka yang tegar

Wednesday, June 25, 2008

..:N.A.F yg mEranGkak:..

"Tata, nanti dah besar nak jadi apa?"
"Doktor!" pantas ku menjawab. Seusai usia 4tahun, apabila sesiapa bertanya, maka jawapan yg tidak lekang dari bibirku berkenaan dengan cita-cita, 'Saya Mahu Menjadi Seorang Doktor'.
Kebetulan, saya lulus ujian PTS yg membolehkan saya melangkau kelas. Dari darjah3 terus ke darjah5. Jimat setahun!

Sepanjang persekolahan di Sek. Ren. Telok Bahang, azam yg kuat tertanam di minda saya adalah saya mesti menjadi seorang doktor.

Alhamdulillah, tamat sekolah rendah, saya mendapat tempat di SMKA (P) Almashoor, Pulau Pinang dgn keputusan UPSR 4A1B.

Perjalanan menyesuaikan diri di awal alam remaja merekodkan terlalu banyak kenangan2 pahit dan manis buat diri saya. Sepanjang tingkatan 1 hingga tingkatan 3, cita-cita saya tetap tidak berubah. 'Saya Mahu Menjadi Seorang Doktor'.

Setelah mendapat keputusan PMR (7A2B), saya disarankan supaya memasuki kelas aliran sains tulen (4Melur). Terdetik di hati saya, 'ya, inilah antara langkah2 awal utk saya menjadi doktor. Belajar di aliran sains'. Permulaan mempelajari subjek2 Matematik Tambahan(MT), Fizik, Kimia dan Biologi membuatkan saya terfikir, 'mampukah ku belajar utk menjadi doktor?' Keputusan peperiksaan mencatatkan 4% (9G) utk MT, 36% utk Kimia, 42% Fizik dan keputusan yg agak memuaskan hati utk Biologi. Subjek2 lain seperti Bahasa Arab, Pengajian Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sejarah agak memuaskan hati. Sebenarnya saya tidak begitu kisah dgn markah peperiksaan di tingkatan 4 memandangkan itu tahun bulan madu bg pelajar yg baru memduduki PMR (sepatutnya saya tidak berfikiran begitu, huhu). Ketika ini, cita2 saya mulai berubah (entah bagaimana).

disebabkan saya membaca agak banyak buku2 sejarah politik dan biografi tokoh2 politik, saya kemudian ingin pula menjadi Penganalisis Politik. wahhh!! bunyi cambest!

Subjek Bahasa Arab yg diajar oleh Ustaz Nik Rafik Sani (love u, Papa Nik!), membuatkn saya kepingin pula menyambung pengajian ke Jordan sepertinya dlm bidang Bahasa Arab. Pakar Bahasa beb!!

forward.....kn cerita....!

Dgn keputusan SPM 6A6B dgn A2 Fizik, B3 Kimia, Addmath & Biologi, saya mendapat tempat ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Jurusan? waa! Sains Fizikal. Maka dgn terkocoh2nya saya pantas menukar ke jurusan Sains Hayat.. Ehem3! Bio best! Tercampaklah saya ke Hayat7Praktikum5 ( H7P5), bersama2 pelajar lain dr sains fizikal yg menukar ke sains hayat (org gelar budak2 murtad fizik, huhuhu)


forward....lg...

CGPA saya di matrikulasi...3.16..haizz..cukup2 makan je..dipaksa Baba utk memilih bidang Pendidikan utk permohonan UPU..huawawa! tak rela jadi cikgu cikgi. Namun, minat itu mula muncul apabila menduduki ujian pemilihan tenaga pengajar, MEdSI. Kemudian, lulus dan dipanggil utk temuduga di USM. heh, pertama kali menghadiri temuduga (ketaqqq kata org Penang). Calon2 yg lain kebanyakannya lebih tua
3@4 tahun dari saya. Haizz, saya dipandang begitu kecil oleh calon2 lain, lantaran faktor umur (mmg begitu semenjak di sekolah rendah, panggilan budak kecik yg tak pernah lekang dr mulut kwn2 saya)

forward lg sekali...

Akhirnya, destinasi cinta saya...eh, destinasi pengajian saya yg seterusnya ialah di

Universiti Pendidikan Sultan Idris, bidang Pendidikan Sains pengkhususan Biologi.

Alhamdulillah...saya mengikut jejak Baba, TokWan, toknenek dan segala suku sakat saya menabur bakti dlm bidang pendidikan..

-ThE enD-

Thursday, June 19, 2008

amatur yg teruja

Sebagai seorang gadis nakal yg agak gemar men'snap' gambar2 tidak kira di mana jua saya berada, saya amat tertarik melihat blog abg suhaimi dan konco2nya di http://www.kacalensa.blogspot.com/.
Wahh! entah mengapa mata saya terpaku apabila melihat gambar2 daun bersama titisan2 air hujan yg begitu mengasyikkan.
Terus sahaja saya menegur abg suhaimi di YM bertanyakan mengenai gambar2 itu
& saya berasa amat teruja apabila abg suhaimi mempelawa (kemungkinan besar ajak2 ayam shj) saya utk menyertai(tidak rasmi) team kacalensa beliau. Sambil menolak, saya memberi alasan tidak pandai mengambil gambar2 menariknya.
Heh, sekali lg saya berasa teruja apabila abg suhaimi memuji koleksi gambar2 saya yg telah dilihatnya.


"gambar ain tangkap abg tgk menarik laaaaa"
"ada benda nak disampaikan"
"kedudukan gambarpun menarik"
"jadi xkisah pakai kamera apa, asalkan ada nilai dan shoot yg menarik"

Jadi, saya dengan senang hati ingin mempamerkan koleksi gambar yg saya ambil sepanjang di KMPP.
Gambar2 ini bg saya,
membawa seribu satu kenangan dan pengertian

Gambar ini saya ambil semasa bersendirian menelaah nota2 kuliah biologi semester satu

ujian pengesahan darah di makmal biologi

biofilic (Bro Kaini SMS yg dia amat sukakn gambar ini)

menjelang detik2 terakhir di KMPP (gambar oleh sahabat saya, Tira)

p/s: tira, rindu sgt2!

Hand of Wax (arca ni dah berada dlm simpanan seseorang)

hati mereka yg gembira

cikgu cikgi

Monday, June 16, 2008

prOgrAm hiMpunAn rAkyAt

salam'alaik.
lama benar rasanya saya tidak mencoretkn sesuatu di srikandiputri.blogspot ini.
entah apa anginnya, mataku ini tidak dpt dipejamkn.
Jadi, bolehlah kiranya saya berkongsi serba sedikit apa yg saya lalui.
Pada petang sabtu 14jun, Mama mengetuk pintu bilik saya dan bertanya,
"Tata, petang esok ada himpunan rakyat di stadium penang, nak ikut ke?"
berdetik hatiku..himpunan rakyat? eh, apa tu.. rakyat berhimpun ramai2? untuk apa? joget lambakkah? konsert AFkah? ataupun perlawanan bolasepak?
hehehe, takkan lah kot?
setelah mendapat maklumat yg pasti, saya mengetahui himpunan rakyat ini dianjurkn oleh Pakatan Rakyat(PR) di Pulau Pinang utk memberi penerangan mengenai isu yg paling hangat buat masa ini, HARGA MINYAK PETROL.. owh, isu ini rupanya. Sekali lagi dgn jiwa yg agak keliru saya berfikir.. ehh, ada ke orang nk pergi? siapa yg nak dengar pemimpin2 PR ni berceloteh? xda polis simpanan khas(FRU) ke? xda sesiapa yg akan disembur dgn gas pemedih mata? himpunan ini ada permit atau tidak?
disebabkn perasaan ingin tahu yg amat tinggi, saya membuat keputusan untuk menyertai Mama & Baba ke himpunan itu.

" Siapa yg ikut? Tata je ke?"
Mama tidak menjawab pertanyaanku, sebaliknya bertanya kembali,
" Siapa yg nak ikut? Tata cepat tnya adik2, depa nk ikut jgak ke?"
Heh, tanpa bertanya lebih lanjut kepada adik2ku, saya lantas membuat keputusan,
"Mama, kita pergi semua la. Seronok sikit, ramai2"

Ahad petangnya ketika bersiap2 utk pergi ke stadium, Baba dgn nada sinis mengusik kami,
"Semua sila pakai seluar ye, mana tau nanti ada FRU mai nk sembur, kita senang nak lari, hahaha" berderai ketawa kami.

Setelah sampai ke stadium penang (kira2 20minit dari rumah), lengang! ehh, xda orang pn. Erm, awal lagi rupanya. Program bermula jam 9 mlm, tapi kami dah berada di sana jam 6petang. Kami solat magrib di sana.
Sahabatku, Amal & Keluarganya pn ada jgak, heh..Apabila masa semakin hampir, wahhh!!! ramainya orang. Berduyun2 masyarakat pelbagai kaum yg hadir. Ibu2 dgn anak2 kecil mereka, bapak2 dgn rokok terselit di bibir, Pak2 Lebai dgn kopiah dan lebainya, Apek2 tua yg berseluar pendeknya, Anne2 dan Mamu2 bersama keluarga, Amoi2 dan Nyonya2 dgn rambut kaler2nya, anak2 muda, remaja2 yg datang bersama kawan2 sebaya & saya sekeluarga!

Setelah lama menunggu, sampai lenguh2 duduk di atas padang rumput (lebih kepada letih mengawal adik kecilku yg galak berlarian2 di atas padang stadium), program bermula. Suasana menjadi lebih gamat bila penceramah2 jemputan (pemimpin2 PR) telah hadir. Sorakan2 bergema

Allahuakbar!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!!

Reformasi! Reformasi!! Reformasi!!!

Makkal Sakti!
Makkal Sakti!!
Makkal Sakti!!!

bergema menyambut kehadiran para pemimpin2 PR ini ;
Tuan Haji Mohamad Sabu
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Tuan Lim Kit Siang
Dato' Seri Lim Guan Eng

ehemm3x!
isi kandungan ceramah penerangannya?
patutkah saya selitkan dalam ruangan ini?

srikandiputri.blogspot bukan blog politik.
saya tidak mahu menimbulkan kemarahan 'orang2 di puak sana'.

sekian, terima kasih (n_n)

Friday, June 06, 2008

Read Each One Carefully and Think About It a Second or Two


1. I love you not because of who you are, but because of who I am when I am with you.

2. No man or woman is worth your tears, and the one who is, won't make you cry.

3. Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have.

4. A true friend is someone who reaches for your hand and touches your heart.

5. The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can't have them.

6. Never frown, even when you are sad, because you never know who is falling in love with your smile.

7. To the world you may be one person, but to one person you may be the world.

8. Don't waste your time on a man/woman, who isn't willing to waste their time on you.

9. Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one, so that when we finally meet the person, we will know how to be grateful.

10. Don't cry because it is over, smile because it happened.

11. There's always going to be people that hurt you so what you have to do is keep on trusting and just be more careful about who you trust next time around.

12. Make yourself a better person and know who you are before you try and know someone else and expect them to know you.

13. Don't try so hard, the best things come when you least expect them to.

REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON

Thursday, June 05, 2008

..:hAniMun:..

alhmdlh..penang terasa panas! uik? ngeh3x, mentang2la baru balik dr Cameron Highlands..ngada2 plak Penang panas..
yup! baru balik dr sana..3hari 2malam..honey moon..
Hanimun? erm..menikmati kesejukan bersama..saling menghangatkan..ohh, sayang..ermm..ehh?bila aku kwen..kuat berangan plak!

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN-19 !!
Baba---> Mohd Roshidan b. Hassan
Mama---> Junaidah bt Kassim

bserta..pengiring2 setia..(wakaka, parents ku p hanimun bwa anak2, meriah gler beb!)

-->Tata
-->Angah
-->kak Uda
-->kak Teh
-->kak Chik
-->Kakak &
--->dik Nin


ucapan dr kami adik-beradik..
"terima kasih kerana dah menjadi ibubapa terbaik buat kami, MUAHHHH"