mereka yang tegar

Thursday, December 11, 2008

santai-santai cuti

Salam'alaik.. Lega rasanya hati saya apabila sudah dapat bercuti dan bersama keluarga di rumah. Namun, timbul pula kekalutan berdepan dengan keletah adik lelaki saya, Adnin yang kini semakin nakal. Ada saja akalnya untuk 'mengacau' abang dan kakak-kakaknya. Huhuhu. Pantang dia melihat sesiapa duduk bersenang-lenang, akan adalah rengekannya untuk meminta perhatian. Gelagat inilah yang saya rindu saban hari semasa berada di bumi kandung suluh budiman..
entah apa sebabnya, semalam...bangun saja daripada tidur, saya terasa sedikit sakit di hujung kelopak mata kanan. Terasa sengal apabila mahu mengerdipkan mata. Seharian saya biarkan kesakitan yang sedikit ini menguasai diri. Namun hari ini, bangun saja daripada tidur, saya dapati kelopak mata yang sakit bertambah sakit. Tidak pula kelihatan bengkak atau bentuk mata saya berubah. aduhhh, sakitnya bila mengerdipkan mata...
Sedang saya online dan menyemak email, ada satu email yang membuatkan saya tersenyum pagi ini. Terima Kasih Baba...




3 komen tak puas hati:

Muhammad Nor Azim B. Nor Azizi said...

Haha..mana ko dpt gmbr2 kt atas ni?

anyway, ak pn rindu kt adik2 ak jgak..huhu..
Lama dah tk balik ni..

nurulnadiah said...

Haha..cabaran,kita cikgu2 science math kena ajar dlm BI...

Semoga junior suma berjaya di ASTAR

nike dunk said...

can you email me: mcbratz-girl@hotmail.co.uk, i have some question wanna ask you.thanks