mereka yang tegar

Monday, December 22, 2008

muka cuak adikku

salam'alaik. Tempoh bercuti dan berada di rumah, memang membahagiakan saya. Bersantai bersama keluarga, bersembang macam-macam hal, dan menyakat adik-adik memang hal yang amat menyenangkan hati. Hehehe. Adik ketiga saya, Adeebah (disapa Kak Teh di rumah) akan mengikut jejak langkah akak-akak dan abangnya (saya, Angah, dan Kak Uda). Tahun hadapan, Kak Teh akan memasuki sekolah menengah. Seperti dijangka, dia akan MENETAP di asrama. SMK Telok Bahang. Keputusan UPSRnya, 3A 2B dia ditempatkan di aliran agama sekolah berkenaan. Ohhh, saya amat kecewa semasa mengetahui keputusan UPSRnya.
Mengharapkan adik yang saya lihat berpotensi ini mampu merekod sejarah keluarga dengan 5A UPSR. Hampa. Adik yang seorang ini memang lain dari kami. Lain perangai dan tingkah lakunya. Bagaimana dia? hehe, tidak dapat saya catatkan di sini sebab adik-adik saya sudah pandai berblog.

Sejak mengetahui dia akan tinggal di asrama tahun hadapan, saya dan Kak Uda gemar menggiatnya. Mengusik-usik jiwanya dengan cerita-cerita kehidupan asrama (tentunya direka-reka untuk menakutkan Kak Teh, hahaha). Entah bagaimana lah dia akan menyesuaikan diri di asrama nanti. Saya harap dia tidak akan menimbulkan masalah. Sekalung doa kasih saya saya tujukan kepada adik-adik saya, walau di mana kalian berada.
  1. Angah
  2. Kak Uda
  3. Kak Teh
  4. Kak Chik
  5. Kakak
  6. Dik Nin

baiti jannati

3 komen tak puas hati:

Luth Textile said...

xpa..
rilex..cool..

Ibnurashidi said...

Salam..

ohh adik saya dapat UPSR 2A 3B...okla tu dari takda A langsung kan.:)

fashion jewelry said...

can you email me: mcbratz-girl@hotmail.co.uk, i have some question wanna ask you.thanks