Wednesday, August 27, 2008

antara bodoh dan tidak tahu

Bodoh adalah seseorang yang apabila diberi peluang dan panduan, tetapi dia tidak mahu mengikutinya.
Tidak tahu bermaksud dia tidak tahu wujudnya sesuatu perkara itu lalu dia tidak dapat bertindak mengunakan sesuatu yang dia tidak tahu.
Kita semua tidak bodoh pada asalnya, cuma kita tidak tahu.
Ada orang kata diri dia tidak baik sangat, diri dia tidak pandai sangat, maka dia menunjukkan kebodohan dan kekasaran dia.
Ada pula orang yang suka mendiamkan diri, tidak mahu berbuat apa-apa, tidak mahu memberi sumbangan biar satu patah perkataan pun kepada orang-orang di persekitarannya kerana dia kata tidak mahu dikatakan tunjuk pandai dan sebagainya.
Orang seperti ini adalah seperti seorang yang memiliki sekeping syiling emas, tetapi dia tidak tahu bagaimana dengan sekeping syiling emas itu, dia dapat berkongsi dengan orang di sekitarnya.
Dia tidak akan kehilangan syiling emas itu, jika dia tahu menggandakannya.
Dalam situasi sebenar, contohnya di buletin Friendster.
Tahukah anda, jika kita ada ilmu atau perkataan baik untuk dikongsi, maka itulah peluang untuk diri anda menggandakan sesuatu. Kita panggil sebagai, modal insan.
Kebanyakan manusia tidak segan silu untuk berkongsi sesuatu yang tidak baik, bercakap dalam perkataan yang sia-sia, tetapi bila tiba bab untuk bercakap sesuatu yang berguna, mereka menolak. Sesetengah orang menganggap dengan cara demikian mereka telah menjadi diri mereka yang sebenar.
Mereka silap. Mereka menafikan siapa diri mereka sebenarnya.
Adakah mereka jahat dan diciptakan jahat, oleh itu mereka tidak boleh bercakap sesuatu yang baik. Adakah mereka kurang ajar maka mereka tidak boleh bercakap sesuatu yang baik. Adakah mereka suka memaniskan mulut supaya disukai orang maka mereka tidak boleh menegur sesuatu yang tidak baik?
Diri manusia yang sebenarnya tidak jahat, tidak kurang ajar, tidak hipokrit. Semua manusia asalnya adalah baik. Cuma manusia yang membentuk dan rasa dirinya jahat.
Mereka lupa fitrah manusia, suka kepada kesempurnaan. Mereka lupa bahawa manusia bila-bila masa boleh berubah atau terbuka hatinya untuk berbuat kebaikan.
Lalu kerana takut dianggap tunjuk pandai, berlagak, poyo, bercakap besar dan sebagainya maka mereka holding back. Sedangkan pada masa yang sama mereka tidak segan silu berkasar bahasa dengan orang lain.
Sebab mereka lupa asal usul mereka. Mereka jadi sebegitu. Mereka seolah-olah menganggap mereka berasal dari sesuatu yang jahat. Lalu mereka tidak segan silu berkasar bahasa atau memaniskan mulut. Mereka menyembunyikan kebenaran. Tetapi mereka tidak segan silu mengaibkan orang lain.
Jadilah diri kita yang sebenar, iaitu manusia yang sepanjang masa berusaha menjadi lebih baik.
Bagi manusia yang berusia 24 tahun ke atas, anda mungkin bernasib baik. Tetapi generasi hari ini yang berusia 23 tahun ke bawah, berhati-hatilah kerana anda akan kecewa dengan generasi muda ketika anda berusia 50 tahun dan ke atas. Semakin tua, semakin kecewa...
sekiranya kita tidak berusaha untuk mengubah diri kita. Jika hari ini kita sudah kurang ajar dengan guru dan orang yang lebih tua, maka ingatlah... pada masa akan datang kita akan lebih kecewa lagi. Mungkin ada antara kita belum sedar, masih manja, masih degil, masih memberontak, masih ego...
tetapi penyesalan itu akan berlaku pada kemudian hari.
Dulu saya juga tidak faham kenapa guru-guru sekolah selalunya dingin dan tegas. Sekarang saya semakin memahaminya .
Sebab itu tanggungjawab mereka. Kasih sayang dan rasa untuk memanjakan anak-anak murid itu mereka pendam dalam derita. Sebab jika mereka tidak buat begitu, anak murid mereka akan naik lemak, naik kepala dan... menyedihkan pada kemudian hari.
Saya pun selepas ini akan menjadi seorang pendidik atau pensyarah yang garang dan tegas.

1 komen tak puas hati:

farid said...

benar...perubahan bermula dari diri sendiri :)
sibuk sikit skrang so to dapat nak update blog.hang kat sana ok? iman sihaat?