Thursday, March 31, 2011

mana hilang

Ini print screen slip peperiksaan saya untuk semester ini. Tiba-tiba perasan ada satu perkataan tercicir.

Ijazah Sarjana Muda - Sains. uik? Yang pasti, selama ni saya ambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan - Sains.

Mana hilang pula perkataan Pendidikan tu. Pertama kali dalam slip peperiksaan tulis ISM- Sains. Dan dalam profil pelajar di portal UPSI pun sama, tiada lagi perkataan Pendidikan pada status ijazah pra graduasi saya.

Oh, mungkin perkataan Pendidikan tu tercicir dari poket. Atau terselit celah handbag. Mungkin juga dah hancur dalam mesin basuh masa dobi pakaian.

Mari tolong saya cari.

nota tumit : kalaupun ini merupakan kesilapan teknikal, saya tak suka berlaku kesilapan teknikal sebegini.


Update 31 Mac.
UPSI, jangan la buat melawak kasar macam ni lagi. Saya tak suka tau.

Monday, March 28, 2011

tanda aras hidup

Sebenarnya saya cuba mencari terjemahan untuk perkataan landmark. Rasa tak sesuai saja kalau guna istilah penanda tanah (?). Setakat yang termampu fikir ni, mungkin penanda aras hidup adalah yang paling termolek sekali.

Disebabkan saya jenis manusia yang percaya usia hanyalah angka semata, saya meletakkan beberapa peristiwa yang diingati sebagai penanda aras yang saya makin dewasa.

1995 Peristiwa besar pertama dalam hidup yang saya ingat, (sejak dah berakal. saya tak ingat apa-apa di bawah usia 5tahun) bila mahu bercerai botol susu. Sekitar usia lima tahun. Masa tu beberapa minggu sebelum saya nak masuk Tadika. Baba buat perjanjian dengan saya, sekiranya saya mampu berhenti minum susu dari botol dan digantikan dengan cawan berpenutup tu, Baba akan belikan beg sekolah. Oh dasar budak-budak memang mudah dipergulakan dengan janji manis sebegitu.

Ketika pertama kali minum susu dari cawan, memang rasa seksa tenaga batin dan perasaan. Tapi, itulah pertama kali saya rasa saya dah besar dan matang, kononnya. Dan ini juga merupakan pencapaian penting yang pertama dalam hidup, bercerai botol susu.

1995 Sebelum masuk tadika, saya bergraduasi daripada Bacalah Sayang 1 dan 2. Masa ni juga saya tengah beralih dari Iqra' 3 ke Iqra' 4. Seingat saya, saya boleh membaca jawi terlebih dahulu sebelum reti baca rumi. Baba guna buku Bacalah Sayang untuk ajar anak-anak membaca. Dan juga Iqra' untuk mengaji. Jadi saya tak reti mengeja huruf-huruf dalam Alquran macam yang kawan-kawan reti sebab Baba tak guna Muqaddam (ada yang panggil Quran Kecil)

Siri Iqra' yang saya guna dulu, bukan jenis gabungan Iqra' 1 - Iqra' 6 begini. Yang Baba guna dulu, diasing-asingkan setiap tahap. Setiap tahap Iqra' guna warna kulit buku yang berlainan. Yang saya ingat, Iqra' 1 warna pink. Iqra' 4 warna coklat muda. Iqra' 6 warna ungu gelap.

Ini buku kaedah bacaan yang ibu bapa saya guna untuk ajar saya dan adik-adik. Tapi yang saya guna dulu, adalah buku yang difotostat, tak ada warna mengikut sukukata. Baba cakap, masa tu kaedah bacaan ni masih dalam modul percubaan. Belum diterbitkan lagi. Baba dapat daripada kawan dia, minta test pada anak-anak. Kecil-kecil saya dah jadi tikus putih. Muahaha.


1997 Landmark seterusnya adalah bila saya melangkah kaki ke darjah satu. Kena pakai baju sekolah, kena pakai tudung, kena bawak beg sekolah berat. Wow. Rasa dah besar. Dan juga kena beli makanan sendiri daripada makcik kantin. huhu, kaunter bayar tinggi betul rasanya.

1999 Ada seorang budak darjah enam mengorat saya yang darjah 3. Tiap-tiap hari dia datang usik saya masa sekolah agama. Comel budaknya, ada lesung pipit dan selalu kenyit-kenyit mata kat saya. Serius masa tu saya tak faham kenapa mata dia asyik tertutup sebelah. Tiba-tiba rasa saya dah gadis walaupun masa tu belum pun datang haid. Haha. Seminggu tak lena tidur bila dapat surat cinta. Tak pasti masa tu saya rasa macam mana. Yang pasti seronok bila ada orang minat saya.

2000 "Tahniah, kamu lulus PTS". Ujar guru besar, Cikgu Majid namanya. Masa ni saya kena langkau kelas. Dari darjah 3 terus ke darjah 5. Rasa besar daripada kawan-kawan sebaya yang lain. Tapi agak tak best sebab kena buli bila masuk kelas orang. Dipandang serong. Dipandang remeh sebab saya muda setahun dari depa. Sebulan dua pertama yang sangat menyeksakan sebab ramai cemburu cikgu-cikgu memberi lebih perhatian pada saya yang terkial-kial nak terima silibus darjah 5. dah la tak belajar silibus darjah 4. Cuma bila ujian penilaian satu, saya dapat nombor 3 dalam kelas, barulah budak-budak darjah 5 tu terima saya sebagai sebahagian dari mereka. Lega sebab dah dapat kawan.

2002 Masuk tingkatan satu. Pakai tudung cendawan, tudung labuh sebab masuk sekolah agama. Kain warna biru. Baju kurung ada cekak kat tangan. Kena duduk asrama. Kena basuh baju sendiri. Sebulan awal, hari-hari telefon Mama sambil tahan sebab nak nangis. Tak suka sebab ada kakak senior. Saya anak sulung, jadi saya tak suka ada kakak-kakak yang mengkakakkan diri mereka depan saya. Haha. Saya memang dikira budak jahat pada senior asrama sebab saya suka melawan depa. Ampun ya.

16 Feb 2002 Menstrual pertama. Pertama kali tengok darah pada seluar dalam. Pucat muka. Mulanya saya ingat saya sakit kanser dan akan mati. Tapi teringat senior ada bagitau pasal haid masa minggu orientasi pada budak-budak tingkatan satu. Siap ajarkan macam mana nak pakai tuala wanita dan cara basuh. Oh. Setelah tenang, saya pergi minta tuala wanita pada kawan sebilik. Masa ni rasa betul-betul dewasa. Masa ni juga ada fikir nak tanya pasal kahwin kat Baba, oh, apakah?

2004 Saya dah tak duduk asrama. Kena buang asrama. Berulang dari sekolah ke rumah. Kena naik bas awam. Selalu terketar-ketar takut bila masa nak tekan loceng. Rasa besar sebab bila habis sekolah, kadang-kadang tak terus balik rumah. Pergi makan KFC dengan kawan. Kemudian buat kerja sekolah dalam KFC @ McD. Sejuk, best ada aircond. Masa ni nak PMR, saya dapat kawan rajin. Saya pun jadi rajin.

2007 Saya dah habis sekolah. Bila dah dapat keputusan SPM, satu-satunya tawaran yang saya dapat, adalah matrikulasi. Kat matrik, rasa dah dewasa amat sebab pergi kelas dah tak perlu pakai baju sekolah. Belajar dalam dewan kuliah. dan, dan, dan......dalam kelas ada budak lelaki! haha. Jakun sebab saya sekolah perempuan. dah la kat matrik, ramai yang hensem-hensem belaka. Tertekan juga kenapa semua orang pandai-pandai ni.

2011 Percaya atau tidak, sejak matrikulasi sampai tahun ini, saya tak merasa apa-apa perubahan kedewasaan dalam diri saya. Sama saja rasanya.

Cuma baru-baru ini, bila blogger-blogger cikgu bahasakan diri mereka 'kakak' pada saya, saya terfikir betapa perasan mudanya cikgu-cikgu makcik itu. Rasa pelik. Tapi bila dihitung-hitung, usia cikgu-cikgu makcik ni sebenarnya tak sampai 40an pun. Wajarlah mereka bahasakan diri mereka kakak dengan saya, dengan menganggap saya ni pangkat adik. Okey, bukan mereka perasan muda, saya yang perasan. Saya 21.

Juga, bila ibu-ibu muda yang ada anak, suruh anak mereka panggil saya 'acik ain', mulanya memang saya sentap. Makcik? uik. Kakak lah. Tapi bila bukan seorang dua kanak-kanak bawah 3tahun diajar ibu mereka memanggil saya makcik, saya dah rasa saya perlu letak landmark baru dalam hidup.

Tahniah Ain Fathihah. Selamat menjejak dewasa.

Thursday, March 24, 2011

perasan muda

Dulu masa saya anak-anak, usia masih sekitar 8-12 tahun, saya selalu bayangkan, bila dah berumur 20tahun lebih, saya akan jadi matang. justifikasi matang pada minda anak-anak bawah 12tahun ketika itu adalah,

1.bawak handbag vouge
2.kepit beg duit panjang celah ketiak
3.calit-calit warna kat muka (mekap)
4.kasut tumit tinggi
5.dan yang sewaktu dengannya, yang difikirkan wajar.

Ketika saya berusia 18-19 tahun, masa tu rasa berdebar-debar nak tunggu umur 20. Rasanya seolah perubahan umur belasan ke puluhan tu akan memberi signifikan yang tersendiri.

"macam manalah rasanya bila umur 20 nanti ya"

Masa berlalu, dan saya dah umur 21 (akan genap April ini, muahaha, promosi). Tapi, eh, tak rasa apa-apa pun. Sama ja perasaannya macam umur 15 jugak. Jadi saya sudah mula percaya umur sekadar angka. Sebelum ni main sebut ja. Takda makna di hati.

Saya rasa saya masih sama. Masih anak-anak. Masih di usia awal remaja. Ahaks. Tiada yang berubah.

Cumanya, bila saya dengan perasannya menganggap saya masih sekecil seusia budak sekolah, beberapa kali saya salah memanggil nama gantidiri pada wanita yang kelihatan seusia mak saya.

Hati saya kata patut panggil makcik, tanda hormat kan. Tapi bila panggil makcik, kena marah pula. Ops.

Monday, March 21, 2011

tudung senget untuk abu.

Alam berubah. Manusia juga berubah. Saya termasuk. Bezanya antara manusia, sama ada perubahan itu perubahan yang positif, ataupun negatif. Ah, tipulah kalau kamu katakan

"aku tidak berubah. masih sama seperti setahun lepas"

mungkin fizikalnya kelihatan sama. Tapi mana mungkin pemikiran dan pengalaman tidak mengalami perubahan setelah bulan demi bulan berlalu.

Dua hari lepas, saya sempat berbual ringkas dengan teman Pend. Kaunseling (sem6 juga) yang saya anggap seorang abang yang senget baik. Dia mungkin memerhati perubahan saya sejak awal kami bertapak di UPSI.

(Abu Handhalah, entri ini khas untuk kamu. Kasihan kamu bersusah payah mau mencari gambar saya pakai tudung senget. Ini saya akan lambakkan untuk kamu.)

Semasa di sem satu dan dua,

Fawiz : Ain, tudung ko senget.
(tegur fawiz setelah dia perasan saya pin tudung tak kemas, serabut dan panjang sebelah)

Ain : Weh, suka hati lah aku nak pakai tudung macam mana pun. Sebok ja lah hang ni.

Abu : Weh ain. Baju hang kaler hijau tapi tudung hang kaler coklat. Tak match la wei.
(tegur abu ketika berselisih dengan saya ketika dalam perjalanan ke kelas)

Ain : Ala biaq pi la. Bukan ada orang nak tengok pun.

Masa tu, serius saya langsung tak terasa dan tak ambil kisah pun dengan teguran-teguran depa mengenai penampilan dan kekemasan saya. Tak tahu apa saya fikir masa tu.

Semester ini dan semester lepas, kerap juga bila saya terselisih dengan Abu, ayat yang diulang cakap oleh dia adalah,

"ain, ko dah lain la sekarang. dah reti pakai tudung ek"

"ain, dah lama tak tengok tudung senget hang"


Saya cuma ketawa. err, ataupun tersipu-sipu malu.

Sengaja saya godek-godek folder gambar saya. Sungguh, comot dan serabai. ++ tak kemas. Senget merata. Cuma kebanyakkan muka saya kelihatan naif, suci dan innocent. hehe.

1. Ini semasa di matrik penang. Ya, sila kagum sebab saya dengan yakinnya pakai tudung merah dengan baju kuning. Kuning menyala pula tu. Semua lima orang ini adalah kawan sekolah Almashoor. Dari kiri, Ain Fathihah, Senah, Amal, Fareh dan Farahdila.

2. Inilah muka saya seperti yang tertampal di kad matrik. Gambar diambil ketika pertama kali jejak kaki ke UPSI, semasa pendaftaran. Nampak macam budak baik kan. Hehe. Takyah angguk, saya dah tahu jawapannya.
3. Ini gambar semasa semester 1. Masa ni ada perjumpaan dengan kumpulan yang ambil Wacana Akademik Bahasa Melayu. Meeting untuk buat program.

4. Ini gambar masa semester 3 kot. Ataupun sem 4. Tak pasti. Tudung coklat ini adalah tudung kegemaran saya yang dibantai ulang pakai sampai orang tanya, 'wei hang takdak tudung lain ka?'

5. Saya bergambar dengan Robihah, masa ni saya ikut delegasi debat UPSI ke royal debate 2009 di UM. Haa tengok. Masa ni dah pandai sikit pin tudung ke bahu. Sekian saja, terima kasih. Haha.

Friday, March 18, 2011

sumbang

ini bukan entri mengenai perilaku sumbang remaja ataupun sumbang mahram. bukan juga mengenai sumbang saran dalam memberi pendapat.

saya rasa terpanggil (oleh papan kekunci) nak menulis entri berkenaan memberi sumbangan. dalam konteks niche kecil saya, bab sumbang-menyumbang dalam memberi bantuan ataupun melakukan kerja-kerja kumpulan.

seringkali, si penyumbang merasakan dialah manusia yang paling banyak memberi sumbangan dan orang sekelilingnya tak buat apa-apa. Si penyumbang merasakan dia yang paling banyak memberi dan dia tidak menerima apa-apa sebagai timbalbalik.


"Asyik aku ja yang kena bersihkan sinki tersumbat ni. Orang lain reti buang sisa dalam sinki ja. Tapi tak reti nak betulkan sinki yang melimpah air"


"Asyik-asyik aku ja yang bersihkan dapur ni. Orang lain pakai dapur tak reti ka nak lap-lap balik minyak tumpah?"


"Huh. Bosan aku. Depa ni ambil kesempatan ni. Asyik aku ja yang kena buat kerja ni. Orang lain duk relax ja. Tak aci"


"Aku isteri yang dah terlalu banyak mengorbankan diri dan jadi lilin yang terbakar cair demi kebahagiaan rumahtangga. Tapi aku tak pernah terima apa-apa sebagai balasan. Aku bosan. Lebih baik aku keluar dari institusi perkahwinan"


"Aku suami yang bekerja penat lelah mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak. Tapi kenapa isteriku masih tidak gembira? Dia cuma duduk rumah, aku yang perlu berpanas berhujan mencari rezeki di luar rumah"


Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita berkisarkan soal tidak puas hati dalam perkara-perkara begini. Kenapa ya?

Saya teringat beberapa semester lepas saya pernah dengar Sue Sejarah (housemate) bercakap begini ;

"apa nak kecoh-kecoh bab guna elektrik ni. Kita guna kurang kat sini, maybe kita guna lebih kat lain"

Ya, dalam memberi dan menerima, bila kita memberi sesuatu (A), jarang kita dapat balasan A juga. Allah mungkin beri kita B sebagai balasan kepada A tadi.

Masalahnya minda sempit dan terbatas kita sebagai manusia memandang hal memberi dan menerima ini dalam skop kecil. malah sangat kecil. Kita percaya beri C wajib dibalas C, sedangkan kita lupa D mungkin lebih baik dari C yang kita beri.

Dan bila kita percaya pada konsep yang tak kena, jadilah kita manusia yang tak habis-habis merungut dan mempertikaikan orang sekeliling.

Mari jernihkan hati dan fikiran.

Wednesday, March 16, 2011

membidas abang prebet

ada kenalan yang komen, kelainan blog saya (maksudnya cara penulisan saya) adalah cara saya menceritakan apa yang berlaku, dan cara saya memerikan situasi. saya tak begitu pasti apa maksud dia.

Mungkin kalau saya menulis mengenai sesuatu perkara begini, blog saya tiada pembaca.

bodoh punya driver prebet. ada ka patut satu kepala caj RM3? tiga orang naik, ko caj sampai RM9. bodoh cekik darah betul. biasa satu perjalanan caj RM5 ja. tak kira berapa orang yang naik, RM5 jugak. Eiyy bengangnya aku. ko pegi mampus la driver prebet. jangan harap aku nak naik prebet ko lagi. Geram, geram!


dan berbeza pula kesan moodnya jika saya menulis begini,

pulang dari perjalanan ini dan menonton ini, saya dan Man memilih untuk naik komuter balik Tanjung Malim. pergi pun dengan komuter sebab saya agak penakut nak naik bas. ngeri perut rasanya bila pemandu pecut laju sangat. naik komuter lagi selesa dan tenang hati, walaupun perjalanan 1jam 45minit baru sampai MidValley. Naik bas 1jam saja.

Sampai Tanjung Malim, kami bertiga (ada seorang lagi kawan Man tiba-tiba jumpa dalam komuter) naik kereta sapu/prebet/teksi haram untuk saya balik ke rumah sewa.

Tiba di tempat tujuan, saya menghulurkan not merah untuk abang prebet tu.

"erm, nah bang. lima ringgit kan"

(sambil senyum. sedekah kan. sedekah)

"saya kira satu kepala tiga ringgit"

"eh, berapa?"

"satu kepala tiga ringgit. jadi korang tiga, sembilan ringgit la"

"eh kenapa pulak macam ni. kan biasa prebet lima ringgit saja, tak kira berapa orang naik pun"

(senyuman dah hilang)

"memang macam ni la dik. minyak mahal. semua mahal"

(muka abang tu selamba tiada rasa)

"masalahnya kenapa tadi abang tak cakap abang caj mahal dari prebet lain? prebet lain semua lima ringgit satu perjalanan. teksi ada permit pun lima ringgit ja"

(bermaksud saya perli dia punya prebet, teksi haram, haha)

"tiga ringgit satu kepala, dik"

(dia mengulang cakap. dah bosan melayan saya agaknya)


"abang ni kira dah tipu kami ni. tadi kenapa tak bagitau awal-awal abang caj mahal dari orang lain?"


"sori lah tadi abang terlupa nak bagitau"



"hah memang la kalau abang bagitau, confirm saya cari prebet lain!"


saya masih berminat untuk berlawan cakap dengan driver prebet tu supaya dia tak jadi caj mahal. saya maukan dia ambil caj biasa saja, lima ringgit. ketika saya nak buka mulut untuk minta dia kurangkan harga, tiba-tiba terjulur tangan Man dari belakang, menghulur not-not seringgit.

ceh, wujud lagi si Man ni dalam kereta rupanya. Senyap saja depa dua. saya terlupa ada lagi penumpang di belakang. saya duduk depan. semangat nak gaduh dengan abang prebet tu. tak puas hati. haha.

bila Man dah hulur duit, saya kembalikan duit dia, dan bayar prebet guna not merah saya tadi. dapat la baki sekeping not seringgit saja.

Man : weh aku dah takut tengok hang tadi. tu yang aku hulur duit aku tu.

nota tumit
cerita di atas adalah kisah benar.

Monday, March 14, 2011

ulasan Hikayat Merong Mahawangsa

saya tulis review ini untuk Fiza, Asilah dan kawan seBio yang gigih mau pergi menonton Hikayat Merong Mahawangsa esok. hehe.

budak-budak cikgu-to-be seBio agak cemburu sebab saya dah tonton Hikayat Merong Mahawangsa sabtu lepas. dah la pergi senyap-senyap, pergi sendiri-sendiri tak ajak depa pulak tu. haha.
terima kasih Man sebab bagi aku ikut hang.
terima kasih Tira sebab sanggup tak balik kampung & luang masa date dengan aku! muah!


jom, ini review filem dari saya yang amatur.

‎1. Bagi saya, ada sedikit kelemahan kat skrip. saya agak kecewa sebab bahasa melayu yg Amir Hafizi & Yusri guna, bahasa melayu biasa yg cuma beritma saja. sepatutnya ketengahkan lebih banyak bahasa melayu klasik. kita ada banyak perkataan melayu klasik yang indah tapi dah dilupakan. mungkin skrip tak dirujuk pada sasterawan dulu kot.

tapi kalau perkataan
sahaya, waima dan masyghul pun kamu tak tahu maksudnya, apatah lagi tak pernah dengar nama Demang Lebar Daun atau Tun Sri Lanang...err, lupakan saja ulasan pertama ini. hehe. Ada kenalan lelaki yang cakap, bahasa melayu yang digunakan dalam filem ni terlalu sastera sampai dia tak mampu nak faham. Mujur ada sarikata bahasa inggeris.

2. watak Lang (umi aida) walaupn seco'et, bagi impak pada keseluruhan jalan cerita. kiranya sepanjang cerita, Merong tercari-cari maksud pantun ibu dia. masa dah nak habis cerita baru terjawab. best. saya suka cara filem ni menjawab maksud tersirat pantun ni pada babak akhir.

sampai masa tibanya waktu
redup hati kaum berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama


3. shoot masa babak perang nampak bersepah dan terabur taugeh. cara pelakon tambahan yang cikeding yang kat belakang-belakang buat naya kat Yusri adalah mereka berlawan pedang macam budak-budak main ninja. Haha. nampak macam pelakon di barisan utama saja yang bersungguh nak berlawan. apapun, babak perang memang menarik.

4. watak Embok (umi nazeera) berkesan. saya boleh rasa la dendam kesumat, kemarahan dan emosi dia. Masa berlakon cerita ni, umi nazeera umur 16. sungguh gadis sunti.

5. watak Merong mungkin terlalu berat untuk dilakonkn Stephen Rahman. tapi dah sebab malaysia tidak ada pelakon yang badan sasa seperti dia kan, kena la ambil jugak. haha. ni jangkaan saya saja. jangan marah.

6. puteri china, putera rom n panglima cina tu, macam tak beri kesan pada perjalanan cerita ja. tapi dah sebab filem ini milik Merong Mahasuasawangsa, watak lain jadi minor. ada satu babak yang kelakar, puteri cina dengan gediknya pi tayang tangkal yang dia berjaya rampas dari orang jahat tu.

7. haa lg satu. saya rasa dah jatuh cinta dengan Khir Rahman Kamawas! watak dan perwatakan Kamawas lebih menonjol dari Merong. suka Khir Rahman. (lagi) suka Kamawas. saya jatuh cinta sebab Kamawas ucap 'Selamat Malam Sayang' kat puteri cina dengan nada suara yang ganas. grr!

Tahniah KRU dan Yusri. Ini kali kedua saya menonton filem malaysia di panggung, dan saya rasa berbaloi.

alih punggung dari panggung

Semalam, saya pergi MidValley dengan Encik Man (dari Tanjung Malim) dan Cik Tira (jumpa terus di sana, dia dari UKM).

Misi peribadi anak muda bertiga adalah nak tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa. Pertama kali saya teruja nak tengok filem Malaysia. tambah-tambah watak utamanya berbadan sasa
Disebabkan orang Tanjung Malim lagi jauh dari orang Bangi, jadi Tira belikan dulu tiket sementara menunggu kami sampai. Semasa dalam komuter, Tira mesej,

'Madam please kindly be here before 1.50pm'

maksud mudah, dia dah beli tiket untuk tayangan jam 1.5opm.

Kami berdua sampai sebelum pukul 12. jadi ada masa yang selesa untuk makan-makan dan berbual. Lepas solat zohor di surau, terus berkejar ke GSC.

Masuk hall 12 dengan agak tergesa-gesa. Cari tempat duduk. Masa masuk tu dah sedikit kecewa sebab movie dah bermula. Tapi tak apa lah, mungkin lewat tiga atau empat minit saja. cari kerusi 11,12,13 H. Tapi di seat 13, tengok ada seorang lelaki duduk. dan seat 14 kosong. Jadi saya jangkakan, lelaki tu duduk salah seat dan Man minta dia pindah ke seat 14.

Dalam 5minit menonton, ada seorang perempuan masuk dan mahu duduk di seat 14. Si lelaki di seat 14 minta tengok tiket kami bertiga untuk semak nombor kerusi.

Dalam kelam romantis pawagam tu, Man terkial-kial periksa tiket. Saya menyibuk tanya,

"awat weh?"

"ni haa, nombor seat bertindih"


"oh, apalah staf GSC salah bagi tiket"


untuk lebih kepastian, Tira panggil staf GSC yang ada berhampiran untuk bagitau ada pertindihan nombor kerusi. Staf tu panggil Man dan lelaki tadi keluar dari panggung.

(peralihan punggung pertama dari panggung berlaku)

Lepas Man keluar, saya bisikkan pada Tira,

"weh habislah Man mesti bengang. Dah la dia nak kena buat review"

Seminit kemudian, Man masuk balik. Lelaki tadi taktau pi mana. Masa ni saya dah mengomel-omel geram dalam hati. Kacau lah bila jadi macam ni. Ada dialog-dialog dan babak dalam movie yang saya terlepas pandang sebab bercakap dengan tira, usha staf GSC dan kalih-kalih tengok orang.

Sempat juga saya kesiankan lelaki yang bertindih tiket dengan Man tu

'kesiannya orang tu salah masuk panggung'

Kami teruskan menonton. Tak sampai dua minit, saya tanyakan mana tiket tiga serangkai kami yang ada pada Man. Dia seluk-seluk poket jaket, seluar dan beg, tiketnya tak jumpa. Tira panggil (lagi) staf GSC,

"Bang, mane tiket kitorang?"

Kemudian ada staf lain yang uniform elok sikit dari yang lain datang pada kami bertiga.

"U all tiga orang, tolong keluar kejab"

ohh! kami yang kena keluar? dah la orang orang lain yang salah tiket. tumpuan kami pada movie terganggu. saya geram. dah 15minit masih tak faham jalan cerita sebab asyik kalih-kalih kiri kanan. maka saya, tira dan man pun angkut barang masing-masing keluar dari panggung.

(peralihan punggung kedua dan ketiga berlaku serentak)

di luar hall, staf yang pakai vest hitam tu tunjukkan pada kami, waktu tayangan pada tiket kami adalah 11.15 am. Bukannya 1.50 pm! oh. malu.

malu 1 : tiket salah
malu 2 : pertama kali saya kena keluar dari pawagam masa menonton filem.
malu 3 : saya dah kesiankan lelaki tadi sebab salah tiket.

rupanya tiket kami yang salah.

Tira tegaskan yang dia minta tiket tayangan 1.50pm dan staf GSC yang salah bagi tiket. Masa ni saya dah nak kecewa dalam hati,

'waa, jangan la jangan la pulang duit. nak tengok juga Merong.'

Kemudian, kami bertiga kena keluar semula ke kaunter tiket untuk tukar waktu tayangan. Saya cuak dan takut dah takda seat kosong untuk tayangan seterusnya. Orang sangat ramai di MidV. Takmau tengok movie lain, nak Merong jugak!

Setelah sedikit diskusi di kaunter, kami dapat tiket untuk tayangan 4.25petang. Mujur!

Sunday, March 13, 2011

buku cerita untuk Kakak

Rindunya pada adik-adik! tak sabar nak balik jumpa depa tapi entah bila. saya terpaksa bersabar sementara menunggu habis peperiksaan semester.

Semasa pesta baju dan makanan buku dan informasi KHAR baru-baru ini, sempat juga saya belikan buku cerita kanak-kanak untuk Kakak. Dia dah lancar membaca, cuma di rumah saya kurang bahan bacaan berbahasa inggeris.

Saya juga suka dengar dia membaca buku BI. jadi bahan gelak dulu sebelum betulkan sebutan dia

Nampaknya lambat lagi saya nak balik Penang. Mungkin saya pos saja buku-buku tu untuk Kakak. Hehe.

p/s : kepada Kak Teh atau sesiapa yang baca entri ni, tolong bagitau Kakak, Tata dah belikan dia buku cerita. Bila buku ni dah sampai rumah, sila praktis baca, nanti Tata balik, Tata nak dengar, okey!

Saturday, March 12, 2011

antara tesis dan testis

Ini kenalan maya saya. Sekarang dah jadi kenalan nyata sebab dah beberapa kali pernah berjumpa. Entah hari apa (saya tak ingat), encik luth textile menegur saya di chatbox FB.

Muahaha! Terhambur gelak saya dengan teguran dia. Walaupun dari awal dah tahu dia sekadar bergurau, bukannya salah cakap atau miskonsepsi, tapi rasa lucu pula.

Sibuk dengan pro-pasal dan persediaan projek tahun akhir, nak bersenda gurau dengan kawan-kawan pun terasa kurang mood. Masing-masing masuk kelas dengan muka ketat dan mata zombi.

Kepada kawan-kawan yang berada semester akhir di U lain, (terutamanya cik amal dan cik tira), selamat menyudahkan penulisan tesis anda!

Kepada kawan-kawan seBio, mari mencipta dan pegunkan banyak-banyak kenangan sebelum pergi praktikum!

Friday, March 11, 2011

pra komen ; Wanita Venus, Lelaki Marikh

Banyak perkara saya yang bebal ini selalu tidak faham. Kenapa dan mengapa. Contohnya seperti ini :
Contoh tipikal, bukan.

Banyak sangat perkara mengenai kerumitan cara berfikir yang saya memang takkan jumpa jawapannya dalam silibus pembelajaran saya. Melainkan opsyen saya memang bidang pembangunan manusia, sains sosial atau psikologi.

Saya sedang berusaha menghadam bacaan Men Are From Mars, Women Are From Venus hasil John Gray. Dah dekat seminggu, buku setebal tiga ratus muka surat sahaja itu, belum dapat saya habiskan. Lambat juga, biasanya saya tak begini. Nak buat macam mana, baca sikit, tersenyum-senyum, tersengih-sengih seorang diri.

Banyak perkara yang dibincangkan tepat terkena batang hidung saya yang mancung ni.

antaranya ;

1. saya mula faham kenapa perempuan suka berleter, selalu terfikir-fikir masalah dan bercakap tidak henti-henti.

2. saya baru sedar mengapa bila pakcik padil menawarkan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang saya adukan pada dia, saya akan berkecil hati dan merajuk.

3. saya telah bersetuju dengan pernyataan seorang kenalan

"dalam apa jua perhubungan, perkara yang paling penting adalah komunikasi"

masa berbual dengan dia, saya setuju bodoh saja, angguk-angguk tapi belum betul-betul dapat memahami dan menafsir apa maksud beliau. ketika membaca buku John Gray ini, barulah saya dapat faham betul-betul. hehe. muka yakin itu perlu ya.

Alhamdulillah, dalam kesibukan menjadi pelajar tahun akhir (erk, dah jadi senior tak laku), saya masih sempat juga meluangkan masa untuk membaca.

10 sebab kenapa saya perlu jadi roommate Chaah

*ini adalah entri menyakat.

Saya ada kawan. Kawan saya nama Chaah. Kawan saya comel macam saya. yang pasti saya lagi comel dari dia. Saya, Chaah, Amirah, Rubi, Sinah dan Dida bakal sama-sama berpraktikum di Sungai Petani, Kedah pada bulan Mei ini.

Kami berlima rancangnya akan menyewa rumah bersama. Tidak termasuk Sinah sebab dia memang orang SP yang rumahnya sekentut saja dari sekolah. Jadi Sinah, kamu tidak terlibat dalam ini cereka.

Dida pandai masak. Kamu masakkan untuk kami ya. Saya tolong. Tolong potong-potong, tolong rasa dan tolong hidang.

dalam entri ini, saya akan berikan 10sebab kenapa saya perlu jadi teman sebilik Chaah.

1. Saya dan Chaah sama-sama budak lompat, kami berdua lahir pada 1990. Jadi, kita akan serasi bersama. kan chaah, kan.

2. Chaah bercermin mata. Saya juga. Sekarang Chaah tidak lagi bermata empat. Baru seminggu ini dia memakai kanta sentuh ke kelas. Saya dah lama teringin nak belajar pakai kanta sentuh. Jadi, kita perlu sebilik supaya kamu boleh ajar saya cara-cara mengendalikan kanta sentuh. kan chaah, kan.

3. Saya agak cekap mengendalikan hal-hal software dan komputer. Jadi Chaah boleh minta bantuan saya. Nanti kita buat Rancangan Pengajaran Harian bersama-sama, ya Chaah ya.

4. Chaah anak sulung dari adik-beradik yang boleh dikira ramai. Saya juga. Saya 7. Chaah 8. Jadi kita boleh berkongsi cerita gelagat adik-adik bersama di kala kerinduan. Syadida kalau nak join pun, takleh!

5. Saya kreatif tapi malas. Chaah rajin. Jadi saya boleh bagi idea, dan Chaah menjana idea itu dengan mencari bahan-bahan yang perlu untuk digunakan semasa mengajar. Kita boleh la kongsi bahan bantu mengajar, kan kan. Hehe.

6. Saiz baju tak sama, err, tak boleh kongsi baju. Haha.

7. Saiz kasut tak sama, err, tak boleh juga nak bertukar-tukar kasut.

8. Reaksi Chaah ketika disakat adalah sangat menyeronokkan. Haha. Jadi saya perlu selalu sakat kamu sebab kamu semakin comel ketika disakat. Sampaikan kawan-kawan dalam kelas EDU marah saya sebab selalu sangat kacau Chaah.

9. Tudung Chaah lawa-lawa. Saya nak pinjam. Hehe.

10. Chaah tak reti pakai shawl. Saya boleh ajarkan Chaah. Tapi kat sekolah, cikgu-cikgu boleh pakai shawl ke..err.

Bonus 11. Chaah gebuuuu! Saya suka. Haha.

Chaah, sudikah kamu jadi teman sebilik saya di Sungai Petani?

Thursday, March 10, 2011

10 sebab kenapa Chaah takmau jadi roommate saya

10 sebab ini telah diemelkan Chaah kepada saya sekitar jam 10.00pm tadi. Disebabkan dia tiada blog untuk meluah rasa, saya tampalkan luahan hati beliau di sini. Saya juga membuat pemurnian sedikit ke atas tulisan Chaah, sebab saya tak begitu perkenan dengan singkatan perkataan yang digunakan.


Alasan saya

Saya ada kawan kecik yang x rasa diri dia kecik. Namanya Nurul Ain Fathihah. Nama dia sedap. Tp nama saya lagi sedap. Kawan kecik saya ni ada ajak share kotak empat segi berdinding masa kami praktikal nanti. Saya agak ragu- ragu dengan ajakan dia. Berikut dinyatakan sebab keraguan itu berlaku dalam diri saya.


1. Saya dan awak sama umur…jadi peluang saya untuk dipanggil adik semasa praktikal nanti sangat tipis maybe xda peluang langsung. Jadi awak…tolongla saya…saya sangat kempunan dengan gelaran adik yang saya dambakan sejak kecil ma saya kata abg saya xmau lahir…jadi saya perlu berkorban. Awak kesiankan saya kan???


2. Saya suka nangis ada org kta sya ni crying princess . kalau apa-apa sikit…mesti mutiara jernih ni gugur….saya takut awak x tahan hidup dengan saya.


3. saya xda Mr Penggetar Hati…Cuma ad Mr Ir ja…nanti kesian awak x boleh share cerita dengan saya…sebab saya kurang berpengalaman bercerita tentang Mr Penggetar Hati


4. saya kurang kuat smangat…kurang yakin…kurang tabah…saya tak macam awak…awak kuat…tabah…malulah nak sebilik dengan awak…


5. saya suka buat org tension dgn saya zon tension bergerak la katakan. So…awak..pleaseeelaaa jangan sebilik dengan saya.


6. Saya ambik space yg besar. Awak pon kata macam tu masa kata duduk sama2 kat bawah masa kelas EDU. Macam lagu yg kita nyanyi masa Cikgu Yana ajar hari tu, kita perlukan space untuk membesar…jadi nanti kesian kt awak tak boleh membesar dengan gemilang sebab saya dah ambik space awak…kan awak kan???


7. Mulut saya ada ketuk emas. Saya pendiam..pemalu…tak sporting macam org lain…nanti kesian kat awak kena berceloteh dan cakap sorang2…


8. Saya agak susah memang susah giler kot bangun pagi. Tanyalah semua org yg pernah share bumbung dengan saya. Kesian kat awak nanti kena dengar alarm saya menjerit hampir 10kali setiap pagi sebelum saya berjaya bangun….hehe


9. Saya tak reti buat karipap. Nanti, bila kita sebilik…mesti awak tension+ bengang tengok tiap-tiap malam saya asyik practice buat tu aja…

(ulasan ain fathihah : tadi semasa makropengajaran Zety, dia ada guna plastisin. dan saya tayang skil mengklim karipap pada kawan-kawan. jenuh la sepanjang kelas depa duk kelepet jari)


10. Saya silent reader blog awak….nanti…macam mana saya nk baca blog awak dengan silent kalau saya dah sebilik dengan puan punya blog…mesti awak pun segan kan…kan Ain kan???


11. Saya ikut nsihat kawan awak. Nama dia Athirah Hanafiah. Dia kta macam ni..ain suka sepahkan bilik tapi xsuke kemas bilik. jangan jadi roommate die! nanti bilik berhabuk xbersapu. Muahahaha”…saya x mintak tolong dia pon…tapi dah dia nak tolong..nak buat maca mana kan…hehe


12. Juga Bonus buat awak. Awak suka usik saya. Saya taula saya gebuuuu…haha....awak slalu buat banda2 yang boleh buat saya mnjerit. Saya geli…saya malu…malu-malu tp mahu...saya rasa tiap hari saya berlari keluar dari bilik jika kita jdi share bilik nanti…awak tak kesian kt saya ker???? Penatlah saya nanti tiap hari main aci ligan dalam rumah….hehe


Saya (Sarah Sazliana) sayang awak (Ain Fathihah) wekkksss . Jadi…saya tak mau awak susah sebab saya. Saya nk awak berpraktikal dengan hati yang girang. Bila awak girang, awak yang comel tu mesti lagi btambah comel. Jadi…awak, bolehkah terima alasan diatas????


Hampir muntah hijau ketika menulis perenggan terakhir…

Tuesday, March 08, 2011

tag nama

Siapa rasa nama saya panjang? Ditambah nama ayah, jadinya enam perkataan termasuk binti. Masa sekolah rendah saya pernah takpuas hati bila didenda cikgu. Dendanya, kena tulis nama sendiri sebanyak 1mukasurat penuh.

Awal-awal diberitahu denda, saya dah membantah. Tak aci la, ustazah. Denda ni tak adil, rungut saya. Tapi kata ustazah, adil lah tu. sama-sama buat salah, sama-sama kena denda. Denda pun sama, tulis nama sendiri sebanyak 20kali (contoh).

Kawan sedenda saya siapkan dendanya dahulu. Memang tak aci lah. Sampai sekarang saya masih tak puas hati. haha.

Nama saya ;
Nurul Ain Fathihah Bt Mohd Roshidan

Nama kawan ;
Saleha Bt Salman

Nama panjang saya juga mungkin menyukarkan bakal suami ketika akad nikah nanti.

'aku terima nikahnya nurul lain patehah eh eh'

ulang

'aku terima nikahnya nurul ain al-faatihah bt mohd padil dengan maskahwinnya..'

'ehem. sejak bila nama anak aku binti nama hang?'


kata wali mujbir dengan muka tak puas hati sambil tahan gelak.

Berkenaan tag nama, disebabkan saya akan pergi berpraktikum kurang dua bulan lagi, semalam saya pergi tempah tag nama. Magnet punyaa, nak jaga tudung. Tag jenis pin saya dah ada.

Memikirkan soal nama, mustahillah saya dapat menulis nama penuh di tag. NURUL AIN FATHIHAH. had huruf cuma 10 saja.

AIN FATHIHAH, tak muat.

NURUL, saya rasa pendek sangat, rugi bayar tapi huruf sikit.

FATHIHAH, payah. nanti orang panggil saya tak kalih.

NURUL AIN, mira cakap macam bukan nama saya ja nurul ain tu, sebab saya jarang guna nama nurul. cuma glemer dengan nama ain fathihah.

aishh, susah-susah sangat saya buat beberapa tag begini lah,

1. NURUL

2. AIN


3. FATHIHAH


4. N.A. FATHIHAH


5. NAF


6. NURUL AIN


jadi, masa praktikum nanti, hari-hari pergi sekolah dengan tag nama lain-lain. biar pelajar saya pening dan terteka-teka, apa nama cikgu kecik ni sebenarnya ya?

muahaha!

Monday, March 07, 2011

hal saya menulis

Saya suka menulis. Dulu nak jadi penulis. Dan selalu ada angan-angan mau menulis buku dan kolumnis majalah. Saya pernah ditegur cikgu sebab gunakan ayat yang panjang-panjang dan berbunga bahasa dalam esei Bio. Cara menjawab soalan Sains, kamu perlu jawab secara tepat dan ringkas, katanya.

Mungkin saya suka menulis sebab saya banyak membaca. Alhamdulillah, Baba tak lokek belikan saya buku-buku untuk memenuhi keinginan saya mau membaca. Masa darjah satu saya dah berebut suratkhabar dengan Baba.

Bila saya tak dapat masuk aliran sastera ketika tingkatan empat, saya merasakan skil menulis saya akan sia-sia saja. Masa tu, saya berfikiran wajib masuk aliran sastera, baru saya dapat menulis. Hehe, otak budak-budak.

Saya pernah menulis diari. Tapi saya tak suka tulis diari sebab tulisan saya buruk. Bila nak baca balik apa cerita yang saya tulis, adehh, si penulis tak dapat faham tulisan sendiri.

Habis SPM, saya temukan medium sesuai untuk saya kembali menulis. di sini lah, www.srikandiputri.blogspot.com. Saya pilih nama srikandiputri sebab masa tu terpengaruh dengan Tun Nyemah Mulya, srikandi Melayu yang dinukilkan penglibatannya oleh Faisal Tehrani membantu Melaka memerangi Portugis. 1515 kot tajuk novel tu. tak begitu pasti.

Bahasa saya ketika awal-awal menulis blog (Mac 2007) memang entah apa-apa lah. Standard bahasa budak-budak baru nak kering hingus. Sroott, sroottt! Ketika di matrik pula, saya tak begitu rajin menulis blog sebab kehidupan di matrikulasi agak sibuk dan sangat terisi.

Bermula di UPSI, jadual kelas dah best sebab rongak-rongak. Tak penuh seperti di matrik. Dan saya kembali menulis. Bukan cerita penting pun, cuma kisah-kisah yang saya lalui, pengalaman saya, perasaan saya dan segala yang berkaitan tentang saya saja.

Secara perlahan, kemahiran menulis saya bertambah baik. Saya seronok bila ada kenalan yang memberi komen, tulisan saya ada rasa. Ada yang tergelak-gelak, tersengih-sengih, tersenyum-senyum, tersebak, termeluat, teruja dan pelbagai rasa yang wujud ketika membaca entri-entri saya. Saya nak bagitau ada jejaka menyatakan cinta pada saya setelah membaca blog ini, tapi nanti pakcik padil jeles pula.

Sekarang baru saya sedar, tak kisah apapun kerjaya saya nanti, saya masih dapat meneruskan minat saya untuk menulis. Mau menulis perlu ada ilmu dan pengalaman. Jika saya punya semata-mata kemahiran menyusun kata, saya akan menghasilkan sesuatu yang picisan saja. saya selalu rasa novel cinta adalah novel picisan sebab cuma membuat pembaca terawang-awang saja pada kisah cinta yang tidak realistik

Saya masih ada cita-cita tentang minat ini. Moga dengan ilmu dan pengalaman saya sebagai guru sains/biologi nanti, dan ditambah dengan kemahiran menulis yang saya ada, moga suatu hari nanti saya dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Takmau tulis apa cita-cita saya tentang ini. Malu. haha.

saya bukan nak jadi cikgu

Kurang 2bulan lagi saya akan melangkah kaki ke sekolah sebagai Teacher Nurul guru pelatih. cik guru. kadang rasa macam tak percaya, saya yang agak nakai di sekolah dulu, akan jadi guru, insyaAllah.

Dulu masa zaman sekolah, saya kerap juga berharap 'cepat la cepat la habis sekolah. tak larat nak duduk sekolah dah'. Sekarang ni, hah, saya akan terus bersekolah selama lebih kurang 30tahun lagi. Cuma bukan lagi sebagai pelajar, tapi sebagai cikgu.

Seingat saya, dalam kad 001 yang warna biru dulu tu, saya tak pernah mengisi 'Guru' sebagai cita-cita saya. antara cita-cita yang pernah saya tuliskan adalah ;

1.peguam syariah
2.peguam sivik
3.pensyarah (eleh, guru la ni kan)
4.penganalisis politik.

Yang nombor 4 tu sangat takboleh blah. Hoho. Rasanya itu cita-cita semasa tingkatan 4. Masa tu, saya agak gila membaca buku-buku analisis politik Malaysia. Tak tahu kenapa.

Selain itu, saya juga pernah bercita-cita mau jadi penulis. Tapi bukan nak tulis novel cinta, sebab saya kurang gemar baca novel cinta. Masa tu saya nak jadi penulis, tapi belum tahu apa yang saya mahu tulis. Ehehe.

Selepas PMR, saya perlu memilih aliran di tingkatan 4. Mulanya, ada juga saya merengek pada Baba, supaya dapat bertukar sekolah. Sebab saya nak masuk aliran sastera. Kebetulan pula sekolah saya cuma menawarkan aliran perakaunan dan aliran sains.

Disebabkan keputusan PMR yang boleh dikatakan baik, cikgu masukkan saya ke aliran sains. Hurm, mula-mula rasa tak kena dengan jiwa langsung.

Masa berlalu dan minat saya terhadap subjek-subjek sains berjaya dipupuk oleh cikgu-cikgu di sekolah. Yang paling melekat di hati, Biologi. Saya sangat suka subjek ni masa di sekolah.

Habis SPM, saya jejak kaki ke matrikulasi.. Sejak tingkatan lima dan sepanjang matrikulasi, saya adalah pelajar yang takda cita-cita. Bila masuk matrik, semua orang nak jadi doktor, saya pun nak jadi doktor. tapi bukan nak jadi doktor pada orang hidup. Nak jadi doktor mayat, ahli forensik.

Tapi disebabkan keputusan matrikulasi saya di semester satu dan dua tidak empat rata (4.0) dan tidak melayakkan saya memilih jurusan yang hebat-hebat di IPTA, Baba dan Mama mencadangkan (sebenarnya sedikit memaksa, tapi tak baiklah tulis kat sini kan, kih3) saya memilih bidang pendidikan.

Sebagai anak yang baik walaupun kerapkali juga saya mempersoalkan kenapa dan mengapa sebelum bersetuju, saya turutkan cadangan mereka. Masa ni puaslah pujuk seorang rakan, Cik Amal supaya ikut saya pilih bidang pendidikan. Tak mahu, katanya. Bukan minat dia.

'weh tak aci lah. aku kena paksa tau. sebab tu aku nak paksa hang ikut aku nih'

'takmau jugak'

Saya berjaya melepasi ujian bertulis MEdSI. Semasa sesi temuduga, bila disoal penemuduga mengapa saya mau jadi cikgu, dengan muka yakinnya saya jawab,

'encik, saya takmau jadi cikgu. Tapi suku-sakat saya, ayah, datuk, moyang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu-sepupu dan keturunan saya, ramai yang jadi cikgu. Ayah saya paksa saya ikut jejak dia. Berkat katanya. Berdasarkan teori genetik, saya percaya yang saya memang berkelayakan dan dilahirkan untuk jadi cikgu. Saya yakin saya berkemampuan secara semula jadi untuk mendidik anak orang. tapi, saya takmau jadi cikgu.'

muahaha! masa tu jawab ikut sedap mulut saja sebab saya tak kisah kalaupun temuduga saya gagal.

Setelah saya berada di UPSI, alhamdulillah. Minat dipupuk, bakat diasah dan kesedaran dibentuk secara berperingkat. Terima kasih.

Sunday, March 06, 2011

adakah saya sedang memohon yang tidak-tidak?

Nama saya Ain Fathihah. Saya punya enam orang adik di bawah saya. Afnan, Amirah, Adeebah dan Atikah (14-20tahun). Saya juga punya dua adik kecil, Adilah dan Adnin, yang umur mereka selang berbelas tahun dari saya.

Gambar-gambar yang saya lampirkan bersama entri ini, merupakan gambar keluarga saya. Ya, keluarga saya. Bahasa Inggerisnya My Family dan bahasa arabnya, Usrati. Syukur ya amat, Tuhan. Saya dilahirkan dalam keluarga yang bahagia. dan saya sangat berbangga dengan keluarga saya.

atas sebab-sebab yang jiwa pucuk saya masih tidak dapat memahami, Baba dan Mama saya, telah berpisah sejak Ogos tahun lepas. Berpisah tempat tinggal. Bermakna tidak sebumbung.

Setengah tahun berlalu, hubungan ibubapa saya ada perkembangan. Mungkin secara negatif. Mungkin juga secara positif.

17Mac ini adalah sebutan kes (saya tidak pasti secara jelas istilahnya) tuntutan cerai dari Mama kepada Baba, di mahkamah. Ya, untuk memudahkan pemahaman, ibubapa saya sedang dalam proses bercerai. Proses akan bermula setelah Mama menfailkan tuntutan cerai mengikut prosedur sepatutnya.

Saya menaip entri ini dengan tangan terketar-ketar dan minda serabut menyusun ayat.

Keterlaluankah saya, jika saya katakan begini pada mereka,

Kepada Baba dan Mama.
tidakkah kalian merasakan
pandangan mata anak-anak ini
bermaksud kami memohon jangan.

Entri ini memohon ehsan kalian berdua pada kami.
Kalaupun tiada, mohon difikirkan semula.
untuk Tata, Angah, Kak Uda, Kak Teh, Kak Chik, Kakak dan Adik.

Ah, mungkin saya yang melebih-lebih untuk hal yang sebegini. Tapi, adakah saya sedang memohon yang tidak-tidak?

Baba memangku Adik, di kedai makan Mutiara Ombak, Tanjung Tokong. Kedai feberet saya sekeluarga.
Karnival Makan Durian di Teluk Bayu.
ketika kami sekeluarga pergi menyaksikan dan memberi sokongan kepada pasukan bahas sekolah Kak Uda, yang mara ke pusingan akhir pertandingan bahas peringkat Negeri, ASAT
Saya dan Adeebah bergambar di kenduri kahwin di Grik. Kami saja yang berseluar jeans pergi kenduri. Orang lain semua pakai baju kurung. Muahaha!
Mama dan Adik Adnin, dalam feri. Saya tak ingat masa ni kami nak ke mana.
Kak Teh bersama adik kesayangannya. Heh, untung jadi adik bongsu. Kesayangan semua orang.
Masih dalam feri
Saya tak berapa ingat. Masa ni mungkin dua budak kecik ni tengah main raksasa kot? tak pasti apa motif Adnin serkup raga atas kepala dia.
Kepala Baba banyak kelemumur. Tak payah pergi salun untuk cuci rambut. Suruh anak-anak saja.
Ada majlis di Masjid Tuan Guru, Tanjung Tokong.
Angah menyakat Adnin yang sedang berpura-pura tidur setelah merajuk. Hiyarhh, penyek sama dia! mungkin itu kata Angah ketika ini.
Keluarga saya memang suka makan-makan. Masaklah apa saja. Pasti licin. Masa ni kami bakar sate bawah rumah. Kami sekeluarga saja pun sudah cukup meriah.
Saya dan Amirah curik-curik berbaring di kenduri kahwin sepupu. Penatlah konon.

Ini BBQ semasa raya. Yang kecil itu menyibuk saja mau menolong. Kacau lagi ada.
Budak sebesar-besar ini dibedung-bedung? hehe. Bukan Kakak kecil punya angkara. Rasanya ini Kak Uda yang balut Adnin dengan selimut. Lepas tu letak atas meja makan. Main baby-baby.
Buas!
Ini ketika kami sekeluarga meraikan ulangtahun kelahiran Angah, Kak Chik, Kak Uda dan Kakak di Pizza Hut berdekatan rumah. Ada kek, potong ramai-ramai ya. Makan pun ramai-ramai jugak.
Birthday kids!

Ini ketika kami meraikan Mama di KFC.
Ada bunga siap. hehe. Dua budak kecik tu tak mempedulikan keromantisan di belakang. Cuma tumpu makan kek.
Baba memerhatikan Angah mencuci water filter di rumah. Haa, hangpa dah besaq panjang. Hangpa buat la. Baba dah pencen urusan panjat memanjat ni.
Si adik sedang merayu merengek pada Kak Uda supaya dikeluarkan dari troli. Mau lari-lari di pasar raya Tesco yang luas tu. Hey budak. Kalau hilang, sapa susah. dah la lari laju. Penat kejar tau tak.
Ini ketika kami sedang menunggu Kak Uda balik dari asrama di jeti Penang. Puas saya cuba mengingat kenapa Baba dan Adik bersila di ruang pejalan kaki tu. Rasanya masa tu depa tu main pengemis ka, duk main kena penjara ntah. err.
Mana Kak Uda tak sampai-sampai lagi ni? Tayar feri pancit ka.
Cakk! kata Adik.
Tempat kegemaran nak lepak-lepak di petang hari. Gurney Drive. Biasalah orang bandar, rumah takda laman. Nak amik angin kena pergi tempat rekreasi.

Nyanyi jom!

i love you
you love me
were a happy family
with a great big hug
and a kiss from me 2 you
wont you say you love me 2
i love you